RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 16 April 2010

ZAID JAWAB BEBERAPA TUDUHAN TERHADAPNYA

Zaid sedia isytihar harta

HULU SELANGOR – Calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim bersedia mendedahkan keka�yaan�nya dan mencabar Timbalan Perd:ana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta seluruh anggota barisan tertinggi kerajaan turut sama berbuat demikian.

Cabaran tersebut dibuat beberapa jam selepas Muhyiddin mendakwa Zaid dipilih sebagai calon PR kerana kekayaan beliau dan bukannya kemampuan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Sebahagian anggota Kabinet menentang idea mengisytiharkan harta ketika berkhidmat di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Jadi saya akan dedahkan harta jika mereka juga mendedahkan harta mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Dewan Serba guna Kampung Sungai Buaya di sini, malam kelmarin.

Zaid berkata, beliau turut menyangkal dakwaan bekas rakan seperjuangannya dalam Kabinet yang mengatakan beliau mengamalkan rasuah.

Beliau juga menafikan dakwaan yang mengatakan beliau mempunyai rumah di Dubai, London dan Australia, berikutan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

“Saya berharap ia betul tetapi saya hanya ada rumah di Kota Bharu, yang saya beli 15 tahun lalu dan sebuah lagi rumah di Petaling Jaya,” katanya.

Beliau yang sebelum ini merupakan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri memulakan kempen tidak rasminya sebagai calon PR setelah diumumkan Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, Selasa lalu.

“Saya ahli politik sepenuh masa dan saya tiada kerja lain. Jadi saya akan berkhidmat sepanjang masa untuk rakyat,” katanya di hadapan hampir 300 orang./Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan