RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 25 Mei 2010

BUKTI NYATA DAN JELAS KERAJAAN PERPADUAN TELAH BERAKHIR



Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Kelab Penyokong PAS secara rasminya diterima menjadi keahlian di dalam PAS, maka PAS telah membuktikan bahawa parti tersebut telah `menoktah'kan isu Kerajaan Perpaduan yang lebih dikenali sebagai UG itu. Memang pun semenjak berakhir Muktamar Khas PAS sebelum ini, PAS menjelaskan tiada lagi isu Kerajaan Perpaduan, namun isu tersebut seperti sukar untuk diterima oleh beberapa ahli dan penyokong-penyokong PAS.

Sukarnya kepimpinan PAS untuk meyakinkan ahli dan penyokong mereka tentang ketetapan PAS untuk menamatkan isu tersebut lebih-lebih lagi media pencacai Umno memainkan peranan mereka untuk mendatangkan kesangsian orang ramai. Bahkan, beberapa Blogger pro PR juga dilihat seperti sangsi dengan jaminan tersebut. Mereka amat bimbang sekiranya PAS kembali terjebak dengan tipu daya sekutu APCO itu.

Akhirnya, isu tersebut dibuktikan dengan jelas dan nyata apabila PAS tidak berlengah lagi meluluskan kemasukan lebih 20 ribu ahli Kelab Penyokong PAS menyertai parti tersebut. Ini sekali gus menunjukkan PAS tidak lagi mahu bermain mata dengan Umno kerana bukan baru PAS mengenali wajah Umno. PAS kini ingin maju ke hadapan dan tiada jalan lain untuk memperkuatkan PAS melainkan berbaik dan bekerjasama dengan mereka yang terbukti tidak pernah menyakiti atau mengkhianati PAS. Kaum Cina dan India yang kebanyakan menjadi ahli kepada Kelab Penyokong PAS ini telah menunjukkan komitmen mereka untuk bersusah dan bersenang bersama PAS. Ini tidak pernah ditunjukkan oleh Umno dulu, kini dan selamanya.
Justeru itu, tindakan politik yang tidak lagi mahu bersama Umno adalah satu tindakan tepat dan wajar.

Sekiranya Umno ingin menyeru kepada perpaduan atas dasar bangsa Melayu atau atas dasar Islam, mereka mestilah berhijrah ke dalam PAS bukannya PAS melutut kepada mereka. Sekiranya kaum Cina dan India yang Non Muslim boleh terima PAS dengan mereka mengetahui dasar-dasar PAS, mengapa Umno masih segan atau takut untuk bersama PAS? Tidakkah Melayu dan Islam itu boleh bersatu di dalam PAS? Bersatunya Melayu Islam di dalam PAS akan lebih menguntungkan semua kaum dan agama di negara ini kerana prinsip Islam itu adalah adil kepada semua.

Selepas ini diharapkan tiada lagi yang mempertikaikan keazaman PAS untuk terus bersama PR. Saya yakin tiada lagi yang kerjanya hanya melabelkan pemimpin itu dan ini sebagai pro Umno. Biarlah sejarah lama berlalu dan dijadikan satu pengajaran. Komitmen PAS di dalam PR telah pun dibuktikan di dalam PRK di Hulu Selangor dan juga lebih cemerlang di Sibu. Semua pemimpin PAS bertungkus lumus membantu rakan-rakan di dalam PR. Komitmen ini juga dilihat oleh berbagai kaum di negara ini sebagai satu pendekatan politik PAS yang lebih mesra dan berhikmah. Justeru itu, jangan ada lagi di antara kita merosakkan semua ini. Biarlah Umno sahaja yang menjadi seteru kita sehingga Umno insaf bahawa mereka itu Melayu dan Islam.

Bagi pemimpin-pemimpin di dalam PR pula haruslah dilihat serius untuk meneruskan perjuangan menuntut keadilan ini. Tindakan pimpinan haruslah dilihat tegas agar mereka tidak lagi boleh mengandaikan pemimpin kita masih boleh dipengaruhi dengan berbagai umpan seperti perpaduan Melayu dan Islam, kununnya. Hanya satu jawapan sahaja yang boleh kita berikan kepada Umno jika mereka berhasrat untuk mewujudkan perpaduan, iaitu mereka hendaklah bersama PAS atau PR. Tiada lagi jawapan-jawapan yang boleh mengelirukan ahli dan penyokong-penyokong kita termasuk rakan kita di dalam PR.

Percayalah, Umno terutamanya amat takut dan gementar sekarang kerana PAS tidak lagi seperti PAS di era 70 dan 80 an. Di samping tidak menggadaikan prinsip, PAS mesti lebih bijak untuk menguasai politik tanahair selagi PAS masih memilih sistem demokrasi untuk berkuasa di negara ini. /wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. tak gadai prinsip? negara islam? kafir bekerjasama dgn kapir? tak gadai prinsip?...

    BalasPadam
  2. aku belum dgr lg ade mana2 statement drpd DAP yg kata mereka kini lbh paham islam lepas bekerjasama dgn pas. drpd pas byk. nampak mcm syok sendiri. kat blkg, pas ni cam keldai tunggangan je, kena cucuk hidung kesana kemari

    BalasPadam
  3. bodo ko mymassavoice...yang ko kene tunggang hari hari kene tipu tu apa jadahnya

    BalasPadam
  4. Puak2 tu camtu la....dia dah takde sokongan mula la dengki kat org lain. Masa dia ada sokongan boleh plak berkawan ngan MCA dan MIC. Bila dah tak ada kuasa, dia takde kawan kecuali APCO je la. Itulah penasihat dia sebenarnya.

    BalasPadam
  5. pegi mampos la lu mymassa. mentaliti ko masih di tahun 70an. sekarang dah masuk 10 tahun di abad ke 21, dunia dah jauh maju

    BalasPadam