RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 16 September 2010

AZMIN, FUZIAH SALLEH, SHAMSUL DAN CHEGU BARD SATU KUMPULAN?

Azmin Umum Barisan Calon Esok, Shamsul Lawan Naib Presiden

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Pasukan Azmin Ali, yang setakat ini menerima sokongan sekumpulan wakil rakyat, dilihat semakin berkembang dan tersusun – dipercayai senarai calon barisannya pada pemilihan kali ini akan diumumkan di Kota Kinabalu, esok.

Azmin, Ahli Parlimen Gombak, juga akan mengumumkan pendirian rasmi mahu bertanding jawatan timbalan presiden PKR.

Beliau merupakan bekas pengerusi PKR Sabah.

The Malaysian Insider difahamkan Azmin turut telah mengadakan perbincangan sekumpulan calon berpotensi termasuk mereka yang memegang jawatan dalam pucuk kepimpinan pusat sekarang di ibu negara malam tadi.

Ini termasuklah kemungkinan membawa masuk Ketua Angkatan Muda (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang akan diberi ruang bertanding kerusi Naib Presiden di bawah barisan Azmin.

“Saya akan membuat pengumuman sama ada di Sabah atau Sarawak, saya sedang dalam perjalanan ke Sabah sekarang,” kata beliau kepada The Malaysian Insider pagi tadi.

Azmin akan berada di Sabah selama dua hari dan disusuli tiga hari di Sarawak dipercayai sempena sambutan Hari Malaysia peringkat parti itu.

Maklumat diterima kemudian menyebut persiapan sedang dibuat bagi membolehkan Azmin yang kini merupakan Naib Presiden PKR, untuk mengadakan sidang media di Kota Kinabalu.

Azmin yang dilantik sebagai Pengerusi PKR Selangor dua bulan lalu mengulas pendiriannya ekoran pengumuman Senator Dr Syed Husin Ali semalam bahawa beliau tidak akan mempertahankan kedudukan timbalan presiden pada kali ini.

Jawatan nombor dua itu kemungkinan akan ditandingi oleh anggota Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Seorang lagi pemimpin juga dipercayai akan bertanding.

Shamsul Iskandar ketika dihubungi The Malaysian Insider mengakui memang ada perbincangan mengenai “formula menang-menang” dalam pemilihan kali ini.

Bagaiamnapun Shamsul Iskandar enggan mendedahkan jawatan yang beliau bakal bertanding susulan hasil perbincangan tersebut.

Sebelum ini Shamsul Iskandar disebut-sebut akan bertanding mengekalkan kerusinya.

“Formula yang dicapai ialah bagaimana hendak mencapai situasi menang-menang dalam persaingan kali ini.

“Natijah formula ini ialah kami mahukan lebih ramai wakil muda dalam barisan kepimpinan,” kata Shamsul Iskandar yang dijangka membuat pengumuman dalam sehari dua ini.

The Malaysian Insider difahamkan Shamsul Iskandar perlu mencari ruang bagi calon-calon barisannya yang sebelum ini telah diputuskan untuk diletakkan dalam persaingan kerusi-kerusi AMK.

“Jika Shamsul Iskandar bertanding kerusi naib presiden, beliau perlu melakukan sesuatu agar kawan-kawannya yang sebelum ini disebut-sebut akan menyertai barisannya untuk saingan kerusi-kerusi AMK tidak ditinggalkan begitu sahaja.

“Jadi, hasil perbincangan malam tadi juga akan mengubah senario pembentukan pasukan dalam pemilihan AMK nanti,” kata beliau lagi.

Mesyuarat agung tahunan cabang akan bermula Jumaat ini di mana cabang-cabang akan membuat pencalonan masing-masing untuk jawatan utama peringkat pusat.

Seorang lagi pemimpin kanan yang bakal menyertai pasukan Azmin ialah Fuziah Salleh yang kini merupakan Pengarah Pilihan Raya dan Ahli Parlimen Kuantan.-THE MALAYSIAN INSIDER

3 ulasan:

  1. Kalau semua orang muda nak naik keatas dan pengalaman pun tak ada maka akan lingkup lah apabila memerintah nanti.
    Muda tu biar lah ada pengalaman bukan asal muda sahaja nak melompat. PKR ni party kurang rencah.
    Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan di cuba... tak kan dah lupa daratan.

    BalasPadam
  2. ko lupa name nuar ngan kak jijah plus izzah dalam group parti anak beranak tuh wei!

    bodoh wfauzdin!

    16 Sept, we have the number!

    BalasPadam