RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 14 September 2010

Kes Sosilawati mirip kekejaman pembunuhan Altantuya

KENYATAAN MEDIA 13 SEPTEMBER 2010

Kes pembunuhan Datuk Sosilawati Binti Lawiya Abdullah Yusof, pemandu, pegawai bank dan peguam beliau dalam insiden culik, pukul, bunuh dan bakar yang berakhir dengan berita kematian keempat-empat mereka di Morib dua hari lepas, Wanita Keadilan mengecam perbuatan terkutuk ini sebagai sesuatu yang kejam dan zalim. Wanita Keadilan juga merasakan tragedi tersebut merupakan satu lagi kes pencabulan terhadap wanita di negara ini.Perasaan hormat kapada kaum Hawa semakin hari semakin terhakis.

Sebelum ini negara digemparkan dengan berita kematian ngeri seorang model yang dikenali sebagai Altantuya Saribbu beberapa tahun yang lalu.Beliau dibunuh secara kejam dengan letupan bom.Peristiwa pembunuhan kejam dan zalim itu tidak wajar dan ini dengan jelas menunjukan bahawa tahap keselamatan rakyat di negara ini khususnya wanita makin tidak terjamin. Akibat daripada sikap lepas pandang dan tidak komitednya PDRM dalam membuat siasatan dan kegagalan menangkap penjenayah sebenar dalam kes Altantuya, menyebabkan ada pihak yang begitu berani mengambil kesempatan atas ketidakmampuan PDRM menyelesaikan kes pembunuhan tersebut dan juga beberapa kes lain yang melibatkan wanita .Masihkah kita ingat kes pembunuhan Mustakhizah. Jenayah ini berulang lagi hari ini akibat kegagalan kita sendiri memilih kerajaan yang telus, berwibawa, amanah yang tidak mempergunakan institusi kerajaan untuk kepentingan peribadi.

Oleh itu Wanita Keadilan mengecam kes pembunuhan ini dan menyampaikan perasaan simpati dan takziah kepada keluarga allayarhamah dan 3 yang lain. Wanita Keadilan mengharapkan satu bentuk tindakan yang tegas oleh pihak PDRM dan berharap Ketua Polis yang baru dilantik dapat membawa perubahan dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat Malaysia sekaligus menyegerakan siasatan dan mengheret semua mereka yang bersalah ke muka pengadilan.


YB Hajjah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan Malaysia

Dihantarkan Melalui Email Oleh:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

3 ulasan:

  1. politik oh politik.kes macam ni pun nak dibuat dengan kaca mata politik.

    BalasPadam
  2. ulasan terbaik datang dari Mahfuz.kalau kes lapuran mereka yang hilang selepas bertemu penjenayah ini berjaya diselesaikan,mungkin kes ini tak berlaku.
    kalau nak komen atau buat kenyataan macam ni,baik tak payah.bunuh bukan isue wanita atau lelaki.

    BalasPadam
  3. Kejadian jenayah sebegini berlaku kerana keadaan malaysia yang tidak terurus dan lemah....polis...mahkamah...dan semua badan penguatkuasa undang-undang tidak amanah dalam tugas yang diberi...Gelaran Dato itu sebagai lesen untuk melakukan jenayah dan orang yang kaya itu dilihat sebagai orang baik dan mulia.

    BalasPadam