RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 5 Oktober 2010

`MAHATHIR TERSUNGKUR' - MUSTAFA KAMIL DAN SEMUA AHLI PKR SOKONG AZMIN

Mustaffa Kamil persoal politik 'busuk' PERKASA
Jimadie Shah Othman
Okt 5, 10

Naib Presiden PKR Musttaffa Kamil Ayub mempersoalkan 'sokongan' Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) terhadapnya yang dicurigai sebagai percubaan melaga-lagakan pemimpin parti itu.

"Sekiranya beliau mahu melihat saya bersengketa dengan saudara Azmin (Ali) dan saudara Zaid (Ibrahim), saya nak tegaskan bahawa seluruh pemimpin PKR matang dalam menangani politik busuk PERKASA-Umno ini," katanya.

Menurut Mustafa (kiri), PKR sebagai parti berbilang kaum tidak akan berkompromi dengan sikap 'perkauman' NGO Melayu itu.

Tolak anasir ekstrim

"Sesungguhnya PKR adalah parti untuk semua bangsa. Ayuh kita tolak anasir ekstrim PERKASA dan Umno ini," kata Mustaffa yang bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR.

Semalam, Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah meminta semua ahlinya yang menganggotai PKR menolak Azmin sebagai timbalan presiden PKR, sebaliknya mengalihkan sokongan mereka kepada Mustaffa.

Ini kerana, menurut Arman Azha (kanan), Azmin sebagai naib presiden parti itu sekarang didakwa tidak berpendirian dan hanya bertindak sebagai "budak kopi" kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya harap semua anggota PKR memilih Mustaffa Kamil Ayub sebagai timbalan presiden. Beliau daripada ABIM (Angkatan Beliau Islam Malaysia), (beliau) ada agenda Islam," kata Arman Azha.

Beliau juga mendakwa, sebanyak 35 peratus NGO Melayu dengan keanggotaan 300,000 orang itu turut merupakan anggota PKR.

Dalam persaingan merebut jawatan nombor dua parti itu, Mustafa merupakan salah seorang yang menawarkan diri bertanding, di samping Azmin dan Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini, Mustaffa bagaimanapun berkata, jika sokongan yang diberikan PERKASA itu ikhlas, beliau mengucapkan terima kasih."Saya nak tanya, adakah ikhlas. Kalau ikhlas saya ucap terima kasih," katanya sambil menegaskan perkara itu tidak bermakna beliau menyokong NGO Melayu itu.

Katanya, walaupun menyokong membahaskan perkara berkaitan Islam dalam ruang lingkup perlembagaan, tetapi pendekatan chauvinis dan esktrim seperti PERKASA hendaklah ditolak.

Sokong bawa rebah

Ditanya tentang kepentingan sokongan itu kepadanya, Mustaffa berkata ia menarik minat ahli parti dan media.

"Tetapi saya kena pastikan supaya tak dilihat sokong membawa rebah," katanya.

Berhubung dakwaan PERKASA bahawa 35 peratus anggota NGO itu juga merupakan anggota PKR, Mustaffa berkata "tak ada angka sedemikian".

Sementara itu, mengulas kenyataan Azmin terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir yang dibidas pelbagai pihak, Mustaffa berkata seluruh ahli PKR berkongsi pandangan dengan bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

"Apakah tidak boleh mana-mana pemimpin PKR mengkritik Tun? Kalau Tun seorang negarawan, beliau tidak akan aniaya rakyat dan fitnah bekas timbalan perdana menteri. Mengapa perlu bengis apabila Tun dikritik pada penghujung usianya?" soalnya kembali.

Sementara itu, mengulas isu pilihan raya kecil Galas, Mustaffa berkata PKR akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi membantu calon PAS yang bertanding.

Beliau juga berharap pemilihan dalaman PKR tidak akan menjejaskan sokongan kepada rakan mereka dalam Pakatan./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan