RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 12 Oktober 2010

SATU CARA UNTUK JATUHKAN KU LI

UMNO mahu jatuhkan Ku Li

GUA MUSANG –UMNO disifatkan parti yang tidak mempunyai dasar apabila sanggup memilih calon yang hanya boleh menang dalam pilihan raya sahaja tanpa memikirkan ia mampu mengabaikan prinsip parti.

Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohd Fadzli Hasan berkata, Pas tidak menyentuh soal calon memandangkan semua layak untuk menjadi calon sama ada mereka Orang Asli, Cina mahu pun India.

Menurutnya, terdapat banyak pihak berpendapat Pas takut dengan pelantikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, ditambah desas desus yang mengaitkan beliau akan dicalonkan.

“Kita tetap menghormati Ku Li, (namun) kita tidak takut, sebab kita tidak lawan Ku Li, tapi kita melawan ideologi UMNO, tetapi disebabkan UMNO letakkan Ku Li di barisan hadapan, kita nak buat macam mana.

“UMNO memilih Ku Li mungkin kerana kemenangan semata-mata, atau mungkin ada konspirasi sama ada hendak menjatuhkan Ku Li,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan Dividen Ladang Rakyat kepada 250 masyarakat Orang Asli di Markas Pas, di Bandar Lama, di sini.

Mohd Fadzli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemuning berkata, pada PRK Galas, UMNO melihat Ku Li boleh membawa kemenangan kepada mereka sehingga sanggup menunggu kepulangannya beliau dari luar negara.

Namun katanya, umum mengetahui sebelum ini UMNO telah mengetepikan Ku Li tetapi kini dijulang semata-mata mahu kemenangan berpihak kepadanya.

“Bagi kita, dia seorang (Ku Li) negarawan, anak raja dan politik veteran yang pernah mencabar bekas Perdana Menteri, tapi UMNO tetap mencalonkan Ku Li,” katanya.

Mohd Fadzli berkata, UMNO sanggup membuat apa sahaja demi mahu menang walaupun tindakan itu seolah-olah menjatuhkan martabat Ku Li./Sinar

2 ulasan:

  1. Bila jadi orang politik orang yang bijak macam Dr Mohf Fadzli ini pun kadang kadang bila bercakap akan terjumpa kebahlolan dan kebodohannya,malah kemunafikan politik.
    Woi Dr (exco pula tu)..lantak pi lah depa nak calun siapa pun?.Apa yang mu dok kisah dengan martabat Tengku Razalegh.Dia nak jadi KULI lah,gurkah kah,itu dia punya pasal.Yang penting cari jalan macam mana nak menang.
    Bila KULI ini tak hadir dalam majlis pemashuran Raja Kelantan bulan lepas,maknanya dia pun anak beranak Tengku Anis yang punca kelam kelibut kerabat diraja Kelantan.Dia pun termasuk kumpulan yang dok pelingkup harta rakyat Kelantan.KULI sekarang bukan KULI dulu yang ada tempat berlindong melalui istana.Ini pun nak kena ajar kah.

    BalasPadam
  2. ko ni cakap mcm ku li tu bodoh sgt ka??..dia sendiri yg nak jadi ketua pilihanraya galas tu keputusan sapa?

    aku rase org PAS sendiri yg cuba nak menjatuhkan martabat si KU Li..

    BalasPadam