Puluhan  ribu penyokong Pakatan banjiri Labis  
Oleh Nazri Abdullah dan Hazayani Zakaria
LABIS, 22  Jan: Berpuluh-puluh ribu penyokong Pakatan Rakyat terutama dari  PAS membanjiri pekan Labis untuk mengiringi calon mereka, Cikgu Normala  Sudirman ke pusat penamaan calon Pilihan raya  Kecil Tenang.Mereka  berkumpul di sana sejak sebelum subuh bagi menyertai majlis solat hajat  di tanah lapang yang disewa khas oleh PAS untuk digunakan sepanjang  kempen pilihan raya ini.
Mereka dikatakan menerima arahan agar terus ke kawasan yang terletak di perkarangan markas besar PAS itu kerana beberapa masjid yang berdekatan dikatakan dikunci sejak malam tadi.
Mereka dikatakan menerima arahan agar terus ke kawasan yang terletak di perkarangan markas besar PAS itu kerana beberapa masjid yang berdekatan dikatakan dikunci sejak malam tadi.
Perarakan itu menjadi semakin besar apabila kumpulan kecil sepanjang jalan menyertai mereka.
Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub turut disertai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi./Tranungkite
 
 
 
 
 
 

 


Tiada ulasan:
Catat Ulasan