RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 20 Januari 2011

MB SELANGOR MEMBAZIR RM 10 JUTA HANYA KERANA MENYELAMATKAN UMAT ISLAM DI PREMIS ARAK?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERBUKTI bahawa kerjasama di antara PAS dengan PKR dan DAP lebih baik malah lebih menguntungkan umat Islam. Contohnya dapat kita lihat di Selangor, walaupun yang memimpin Kerajaan Selangor adalah PKR, namun semua pandangan dari rakan PAS dan DAP diambil kira. Kerjasama ini tidak akan berlaku sekiranya PAS bersama Umno, MCA, MIC dan Gerakan kerana PAS cukup mempelajari sejarah lampau di mana Umno telah mengkhianati PAS.

Isu agama mungkin dikatakan sukar buat PAS bersama dengan PKR lebih-lebih lagi DAP, tetapi itu hanyalah jangkaan Umno dan itu jugalah harapan Umno agar PR tidak mampu bersatu. Tetapi kita telah buktikan sebaliknya. Di dalam isu pekerja Islam di premis arak telah menjadi satu modal besar buat Umno untuk memecah belahkan PR di Selangor. Bantahan oleh Umno terhadap YB Ronnie Liu yang kununnya menentang larangan umat Islam bekerja di premis arak tidak memberi kesan apa-apa pun kerana rakyat Selangor tahu sikap Umno terhadap Islam selama ini.

Apabila kita membaca di sini, kita lihat isu ini dapat diselesaikan dengan penuh hikmah dan bijaksana. Itulah untungnya jika kita memilih kerajaan yang dipimpin oleh parti yang peka kepada rakyat. Umno tidak akan terfikir bagaimana Kerajaan Negeri Selangor sanggup berhabis duit sebanyak RM 10 Juta semata-mata untuk menyediakan alternatif dan membantu pekerja-pekerja Islam yang berhenti kerja di premis arak untuk mencari kerja lain yang halal. Wang tersebut juga akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan. Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain. Kerajaan Selangor tidak sayang untuk menghabiskan sejumlah wang tersebut asalkan rakyat Selangor tidak terpaksa mencari makan secara haram.

Apakah ini nanti akan dianggap satu tindakan populis oleh Najib? Adakah ini hanya taktik Kerajaan Negeri Selangor semata-mata? Pedulikan tuduhan jahat mereka, yang pasti sesiapa yang ingin memohon bantuan yang disediakan boleh terus ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selama 50 tahun lebih Umno memegang kuasa di Pusat atau di beberapa Negeri, pernahkah Umno terfikir untuk melakukan seperti ini? Jawapannya tidak, bahkan Najib pernah bercita-cita untuk meluluskan lesen judi Bola Sepak Piala Dunia dan ingin mewujudkan Hub Hiburan di negara ini.

Justeru itu, tepat sekali keputusan PAS untuk terus bersama PR dan menolak Umno ke tepi. Seandainya PR menerajui Putrajaya, boleh kita bayangkan kerjasama dan persefahaman ini tentunya lebih baik dan menguntungkan rakyat. Selepas ini Umno akan terus mencari isu untuk meruntuhkan kerjasama di dalam PR, tetapi kita percaya pemimpin kita lebih bijak dan cerdik dari pemimpin mereka walaupun pemimpin mereka mendapat bantuan khidmat nasihat dari Apco. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan