RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 17 Februari 2011

PRK DUN PELABUHAN KELANG SEPERTI SUDAH PASTI, SIAPAKAH CALON UMNO?

Oleh: WFAUZDIN NS

DARIPADA gerak geri Umno khususnya di Bahagian Klang, kuat dirasakan bahawa Pilihanraya Kecil Dun Pelabuhan Klang akan diadakan. Walaupun ianya menjadi satu rahsia yang mungkin cuma Umno yang tahu, saya percaya PR di Selangor sudah bersedia untuk menghadapinya.

Hangat diperkatakan, yang sibuk melobi untuk menjadi calon bagi mewakili Umno/Bn adalah Ketua Umno Bahagian Klang, Datuk Mazlynoor Abdul Latif . Seandainya benar Umno akan meletakkan beliau sebagai calon, dipercayai ianya merupakan satu bonus buat PR untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti lebih besar. Kerusi tersebut sebelum ini dimenangi oleh calon PKR yang kemudiannya belot melompat menjadi katak dan mencium keris telanjang Umno.

Ketua Umno Bahagian Klang tersebut dikatakan tidak lagi mendapat sokongan kuat akar umbi Umno di Bahagian berkenaan. Sudah ada desas desus yang menyebut akan mendedahkan beberapa rahsia peribadi beliau sekiranya beliau dipilih sebagai calon. Tidak menghairankan jika ini berlaku kerana di dalam Umno budaya `cah keting' adalah menjadi kebiasaan.

Kita perlu menunggu keputusan mahkamah samada kita akan menyaksikan satu lagi PRK dan tentunya ini akan `membotakkan' kepala Najib untuk memikirkan berapa banyak pula wang yang perlu dicurahkan. Harta kekayaan negara sedikit demi sedikit dikikis hanya kerana menghadapi pilihanraya sedangkan wang yang masuk semakin lama semakin surut. /wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. sebenornye puak2 umnooo tak perlu pertahan biawak idup nii...bior dia ada akai sikit sebab simpan buet perabih boras

    BalasPadam
  2. sebut harta yg dikikis oleh pemimpin ni..sy nak minta wfauzdin siasat...sy ada terima aduan dari kenalan, dia ni keje GSTT tahun lepas dan tahun ni tgh tunggu kemasukkan seperti yg di janjikan guna air liur oleh TPM sendiri termasuk pengampunya...tapi sampai skrg hapah pun tarak...bila dia call PPD daerah tempat dia boleh pegawai tu cakap GSTT dah dibekukan sbb duit habis utk ops piramid...tak ke bebulu kwn tu...dalam paper gah kata kita mampu sedangkan Raja mesir sendiri dah taja termasuk airasia serta mas kononnya....huhu!!!negara dah miskin ke?sampai dasar kerajaan dari dulu sampai tertubuhnya golongan GSTT ni dah terpaksa diketepikan....tolong ye bro..kita cungkil selagi mahu.....

    BalasPadam