RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 27 April 2011

VIDEO SEKS - DEDAHKAN SEGERA KERANA SUDAH TIDAK `SUSPEN' LAGI

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM isu video seks yang ditayangkan oleh `Three Strooges' @ Datuk T di Seri Carcosa itu, pihak Polis memaklumkan berkali-kali bahawa siasatan lebih tertumpu kepada kes penayangan dan pengedaran video seks tersebut setelah disahkan tulin. Apabila ini disebut, ertinya pihak Polis sedang menyiasat `Three Strooges' yang tanpa dipaksa mengaku terlibat di dalam tayangan filem lucah di khalayak umum.

Rasanya tidak susah untuk menyiasat kerana sudah ada pengakuan dari puak mereka di mana pengakuan tersebut dibuat secara rasmi melalui sidang media dan semua rakyat di negara ini menontonnya melalui TV dan dibaca juga di dalam akhbar dengan cerita penuh sensasi. Tetapi, mereka masih belum ditahan dan didakwa, mungkin masih ada yang belum selesai.

Semalam Timbalan KPN memaklumkan bahawa siasatan tertumpu kepada kes tayangan video lucah, tetapi jika perlu pelakun di dalam video berkenaan akan didedahkan. Ada yang bertanya, jika siasatan tertumpu kepada penayangan dan edaran video seks berkenaan, adakah pihak Polis tidak menumpukan kepada mengenalpasti pelaku di dalam video tersebut? Jika tidak, bagaimana pihak Polis boleh berkata jika perlu akan didedahkan siapa yang beraksi di dalam video berkenaan?

Sebenarnya, kita di dalam PR sudah bersedia untuk mendengar pengumuman yang kita rasa tidak lagi `suspen' untuk mendengarnya. Di dalam negara ini kadangkala banyak kes terutamanya yang ada kaitan dengan politik, tidak sukar untuk membacanya. Kes Teoh Beng Hock, misalnya dan kes Penolong Pegawai Kastam yang dikatakan mati mengejut di bangunan SPRM juga mudah untuk kita baca. Sebab itu, di dalam kes video seks ini kita sudah tidak teruja untuk mengetahui siapa pelakun yang berperut buncit, sekejap berjanggut dan sekejap tidak itu. Saya yakin 110 % (pinjam kata Zul Kulim) di antara kita telah boleh meneka siapa yang bakal diumumkan `aktor' filem porno itu nanti.

Sehubungan itu, tidak perlu lagi melambat-lambatkan pengumuman berkenaan. Kita berharap pihak Polis umumkan sahaja sekiranya mereka telah mendapat pengesahan siapa pelaku seks yang terdapat di dalam video berkenaan. Apabila telah diumumkan, kita harap mesti ada dakwaan kepada yang terlibat. Jangan umum, tetapi diam begitu sahaja kerana ini akan mengaibkan insan yang tidak dapat mempertahankan dirinya jika beliau tidak bersalah.

Katakanlah, pelakun lelaki berkenaan telah dikenalpasti kemudiannya didakwa dan dikenakan hukuman, maka jangan lupa ada seorang lagi tokoh utama dari parti komponen Bn yang wajib juga dikenakan tindakan yang serupa. Kesemua pasangan mereka mesti didakwa dan saya tidak pasti dakwaan akan dibuat di bawah peruntukan undang-undang mana.

Balik kepada tukang tayang video lucah berkenaan. Mereka tidak boleh dilepaskan begitu sahaja atas alasan kununnya mereka `berniat baik'. Mana ada sesiapa yang menayangkan video lucah mempunyai niat yang baik dan mulia? Saya `salute' sekiranya mereka menyerahkan video berkenaan kepada pihak Polis untuk disiasat. Malangnya di peringkat awal, mereka tidak terfikir langsung untuk menyerahkan video seks berkenaan kepada pihak berkuasa sebaliknya berbangga menayangkan video tersebut kepada para wartawan dan editor. Setelah tertekan dengan laporan Polis yang dibuat, akhirnya mereka menyerahkan video berkenaan kepada pihak Polis.

Baiklah, kita tunggu saja berapa lama pihak berkuasa akan mengambil masa di dalam kes ini. Kita sudah tidak sabar menanti apakah `ramalan dan jangkaan' kita tepat tentang pelaku lelaki yang beraksi di dalam video berkenaan. Jadi, baik umumkan saja segera kerana ianya sudah tidak `suspen' lagi. Sebelum umum, jangan bertanya Mufti atau Majlis Fatwa terlebih dahulu tentang hukum kita mendedahkan keaiban orang yang belum tentu kesahihannya dan orang itu tidak berpeluang untuk membela dirinya. Jika bertanya para Mufti atau Majlis Fatwa, saya rasa banyak menyusahkan mereka untuk memberi hukum nanti, ...maklumlah !!/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan