RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 16 Julai 2011

TIMBALAN KPN MINTA JANGAN MUSUHI POLIS, SIAPA YANG MEMUSUHI SIAPA?

Oleh: WFAUZDIN NS

TIMBALAN Ketua Polis Negara sebentar tadi muncul di kaca TV memberi amaran agar jangan sesiapa cuba menghasut agar rakyat membenci Polis. Arahan ini mungkin ada kaitan dengan reaksi rakyat jelata terhadap beberapa tindakan Polis semasa Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul baru-baru ini.



Secara peribadi, saya bersetuju dengan Timbalan KPN yang tidak mahu pihak Polis dijadikan organisasi yang dibenci atau dimusuhi oleh rakyat. Hakikatnya ramai yang sedar masih ramai lagi anggota Polis yang mempunyai hati dan perasaan seperti manusia normal, yang jujur dan profesional sewaktu menjalankan tugas.

Namun demikian, sebelum Timbalan KPN mengeluarkan amaran sedemikian rupa sepatutnya beliau memberikan amaran keras kepada beberapa anggotanya yang bersikap tidak profesional, tidak mempunyai etika dan lebih-lebih lagi bertindak seperti binatang ganas. Anggota-anggota yang seperti ini lah yang mencemarkan nama baik pihak Polis dan mereka patut dipecat dari menjadi seorang anggota Polis sekiranya benar Timbalan KPN mahu pihak Polis sentiasa disanjung dan dihormati oleh masyarakat.

Masalahnya, adakah kita boleh salahkan anggota bawahan Polis semata-mata sedangkan kita tahu bukan sedikit pegawai-pegawai atasan mereka yang 2 x 5 dengan perangai anggota bawahan yang langsung tidak bermoral dan beretika itu? Bahkan, beberapa kenyataan dan tindakan dari Timbalan KPN sendiri pun seolah-olah seperti memberi lesen kepada perangai-perangai buruk anggota bawahannya. Justeru itu, munasabahkah beliau mahu rakyat memuji dan memuja pihak Polis sedangkan apakah yang telah beliau lakukan untuk memperbaiki imej Polis?

Sejurus selesai Perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini, tidak seorang pun pegawai atasan Polis yang tampil untuk memohon maaf di atas beberapa tindakan anggota bawahannya yang melampau dan tidak melambangkan sebagai seorang anggota keselamatan yang mesra rakyat. Zaman cyber sekarang ini tidak mudah untuk kita membohongi rakyat. Lagi banyak kita bercakap untuk melindungi kesalahan yang kita lakukan maka bertambah benci dan meluat orang kepada kita. Sukar sangatkah untuk merendahkan diri sedikit bagi mengaku kesilapan? Atau, masih yakin bahawa kezaliman itu memang dibenarkan di dalam melaksanakan tugas Polis?



Perhimpunan BERSIH dikatakan `haram' kerana tiada permit. Mengapa tiada permit? Jawapannya Permit tidak dikeluarkan. Mengapa tidak dikeluarkan? Jawapan mereka demi keselamatan. Akhirnya keselamatan dijadikan alasan untuk menghalang hak rakyat untuk bersuara seperti yang dijamin oleh Perlembagaan. Aspek keselamatan sebenarnya bukan hanya kerana berhimpun bahkan tanpa perhimpunan pun jenayah berlaku setiap hari di merata tempat. Adanya perhimpunan juga bukan bererti pasti berlaku huru-hara.

Perhatikan Konsert Jom Hebuh yang dihadiri oleh berbagai golongan yang majoritinya golongan muda, pernahkah berlaku huru-hara? Apa yang sering dilihat selepas selesai Konsert Jom Hebuh adalah terjumpanya ribuan kondom di merata tempat. Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya bersama PM pun tidak berlaku huru-hara. Banyak jalan juga ditutup sewaktu kita menyambut Hari Kebangsaan 31 Ogos di Ibu Kota, tiada seorang pun yang merungut sukar untuk berniaga mahu pun kesukaran mendapatkan pengangkutan awam, jauh sekali untuk melihat huru-hara.

Mengapa semua ini tidak dinilai oleh pihak Polis sebelum menimbang untuk meluluskan atau menolak permit yang dipohon oleh BERSIH? Sukar sangatkah untuk mengawal peserta perhimpunan yang ingin berhimpun di dalam stadium? Mana lebih sukar, mengawal di dalam stadium atau mengawal di jalanan? Mengapa mesti `memaksa' BERSIH mengadakan perhimpunan di jalanan?

Hakikatnya Polis tahu jika perhimpunan berlaku di jalanan sekali pun, jika dikawal dengan baik apatah lagi tiada provokasi dari mana-mana pihak sudah pasti suasana perhimpunan pasti aman, licin dan teratur. Jika ini berlaku, sudah pasti Kementerian Dalam Negeri tidak perlu mengeluarkan belanja RM 25 sepinggan untuk makanan nasi goreng dan seketul ayam untuk tahanan di dalam lokap. Sudah pasti kita boleh jimatkan RM 40 Ribu untuk makanan tahanan peserta perhimpunan yang kurang dari 2,000 orang itu. Tentu kita boleh jimatkan bekalan air kimia (water canon) dan bom asap yang agak mahal juga kosnya.

Malangnya, pihak Polis memilih untuk berdepan dengan rakyat yang telah merayu untuk memasuki stadium. Para peserta perhimpunan hadir dengan belanja sendiri tanpa sebarang senjata, tua, muda dari berbagai ugama dan bangsa dipaksa berdepan dengan pihak Polis yang bersenjata lengkap yang bukan musuh mereka. Siapa boleh nafikan tiada peserta perhimpunan yang dikasari dan dipukul? Siapa boleh nafikan berlakunya kematian semasa perhimpunan yang lalu?

Setelah semua ini berlaku, Timbalan KPN mahu rakyat jangan membenci atau memusuhi Polis.Link Benar, kita akan cuba menghormati Polis yang bermaruah dan profesional tetapi bukan dengan Polis yang menjadikan rakyat sebagai musuh utamanya. Cukuplah dengan imej Polis yang terlalu banyak tercemar selama ini. Sudah sampai masanya Polis di negara ini menjauhkan diri dari dipengaruhi oleh Sang Penguasa yang amat takut kehilangan kuasa.

Benarlah kata-kata dari Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS di dalam ceramahnya di P.Pinang baru-baru ini yang menyebut, " Sekiranya PR memerintah Putrajaya, Polis tetap menjadi Polis tetapi sekiranya Polis bersekongkol dengan Umno, maka apabila Umno tumbang nanti Polis juga akan berkubur bersama Umno". /wfauzdin.blogspot.com

16 ulasan:

  1. Ketua Polis Negara harus letak jawatan! Ganti dengan mereka yang taqwa, beriman dan ahlak mulia....

    BalasPadam
  2. Saya berpendapat setiap tindakan polis mestilah mendapat restu terlebih dahulu dari pihak atasan.Tanpa restu ni pasti mereka tak kan bertindak sewenangnya.Jadi untuk menyalahkan mereka 100% adalah tidak betul.So bagaimana caranya?PRU13 nanti kita kena pastikan yg BN tidak lagi memerintah....

    BalasPadam
  3. Ketua Polis Negara harus letak jawatan!!!
    kebodohan police ,tindakkan ganas terhadap rakyat .kita tak boleh biarkan anjing2 gila dimalaysia sedangkan police semakin berani demi kepentinggan mereka

    BalasPadam
  4. Ini bukan zaman keling dan India yang suka dipuji dan puja oleh manusia. Ini zaman akal dan pertimbangan yang wajar. Polis perlu
    buat sesuatu yang rasional dan betul
    dipikiran manusia.

    BalasPadam
  5. PADA AKULAH..

    INI SATU LAGI KESALAHAN BESAR PIHAK POLIS KERANA BERSIFAT APOLOGETIC DAN DEFENCIVE KPD PUAK YG KETUA DAN IMAMNYA KINI SAMI BETINA AMBIGA!!!

    SEPATUTNYA PADA APA2 METERIAL TIME.. KENA INGAT BERJUTA RAKYAT LAGI YG MENYOKONG POLIS.

    MEREKA NI GILA, BERAPA KERAT PENYOKONGNYA DAN MEWAKILI BERAPA PERATUS RAKYAT NEGERA INI YG DGN MUKA DITEBAL KULIT BABIKAN SEHINGGA BERANI2 MINTAK DS NAJIB DAN KETUA POLIS LETAK JAWATAN?.

    PUAK SENGET DI KETUAI ULARMAK MONDOK DAN BINATANG HEMOPRODITE ALJUBURI..SATU MASA PERNAH DGN TAKBURNYA MENGATAKAN PEMIMPIN UMNO AKAN DITIMPA BALA DAN PUTRAJAYA AKAN DIAMBIL ALIH DGN PETIK JARI AJA..

    APASAL SKRG..MINTAK SANA, MINTAK SINI, MINTAK LETAK JAWATANLAH, MINTAK TELUSLAH DLL... BUAT AJALAH GAGASAN AL-JUBURI IAITU "REVOLUSI KUNYIT" (kuning warna baru menganti biru lesu, merah dan hijau)

    BERHUJAH BIAR STEADY
    MENYUMPAH PERGI MATI!!

    ....PEBENDE...

    BalasPadam
  6. Teo,mana bole yg beriman n bertakwa serta yg b/akhlak naik pangkat..bahaya tu..tak pasal2 nanti kena humban dari tingkap..la ni hanya yg baul,rasuah n lhanat je yg selamat..dunia akhir zaman gitu le...

    BalasPadam
  7. Untuk dihormati ,Polis sendiri hendaklah menghormati Institusi Kepolisian itu sendiri iaitu satu suruhanjaya yang berkecuali dlm politik,bukan dibawah KDN.Tindakan polis yang tidak konsisten dlm menangani demo dari berbagai pihak menyebabkan timbul pelbagai andaian seolah olah PDRM ini Polis Bantuan UMNO sama seperti Polis Bantuan PETRONAS,BSN, SHELL,Tabung Haji,dll. yang bertugas menjaga harta dan kepentingan majikan masing2 bukan rakyat keseluruhannya...Harap2 tidak akan ada demo yang nak mereformasikan PDRM pula seperti SPR...

    BalasPadam
  8. Hang dah tawan 4 negeri di Semenanjung. Kelantan dan Kedah dpt kat PAS. Pulau Pinang dapat kat DAP dan Selangor dpt kat Keadilan. Nak sangat berdemonstrasi??? Mudah je...buat la kat dalam rumah sendiri. Mohon permit, tengok Polis luluskan ke tidak? Kalau buat dalam rumah sendiri, jgn kata berdemonstrasi-bertelanjang bulat pun tak ada siapa yang marah. Tak kan tak pernah buat kot? Pakai OTAK la. Hang marah tak kalau orang terjerit-jerit kat dalam rumah Hang? Hang marah tak kalau orang bertelanjang bulat dalam rumah Hang? Simple je jawapannya, sebab kat rumah sendiri dah tak AMAN, tu sebab Hang nak kacau rumah orang lain. Back to basic la... Yang nak pi buat kat rumah orang buat apa? Pi buat kat Pulau Pinang ke, kat Shah Alam ke, kat Kota Bharu atau kat Kangar. Tapi dgn satu syarat, beritahu kat POLIS ini perhimpunan AMAN. Apa jadi sekalipun POLIS JANGAN MASUK CAMPUR SEBAB POLIS BRUTAL. Amacam- Ada berani????

    BalasPadam
  9. Gerenti tak berani!!!! Ana, 3 hari tak balik rumah sebab terpacak kat jalanraya buat roadblock.Ente ingat ana suka ke? Ente kena tangkap, makan buffet! Ana makan nasi bungkus itu pun miss makan malam sebab jalan sesak. Ada ente amik gambar ana yang bertugas dengan berhemah walaupun berhujan-berpanas dan siarkan dalam blog Ente? Yang Ente siarkan POLIS bertindak GANAS!!!. Puak-puak Ente yang panggil ana "anjing" kenapa tak siarkan? Puak-puak Ente yang meludah dan memaki hamun ana macam "yahudi mabuk" kenapa tak siarkan? Puak-puak Ente bawak warga tua dan kanak-kanak ke barisan hadapan kenapa tak siarkan? Golongan inilah dilindungi oleh Rasulullah ketika berperang!!! Tapi Ente jadikan mereka perisai Ente! Ini Ente katakan JIHAD??? Ana juga ciptaan ALLAH. Ada perasaan, ada maruah! Ente tau apa sebenarnya yang akan berlaku pada 9hb, kalau ana dan rakan-rakan ana tak bertindak? Tanya Sheikh Anwar? Kenapa nak buat di Kuala Lumpur tidak di Pulau Pinang, Shah Alam, Kota Bharu atau Kangar? Tanya Sheikh Anwar? Mana datang duit menimbun-nimbun sedangkan setiap ceramah PAS, derma dipohon? Tanya Sheikh Anwar? Siapa sebenarnya yang berlakon dalam video "F**k with Beijing"? Tanya Sheikh Anwar? Tak terpikir ke Ente, kenapa Karpal Singh yang dulu beria-ia menyatakan ada bukti tentang kes LIWAT Pak Sheikh membelanya pula? Tanya Sheikh Anwar? Selak jubah Ente dulu sebelum nak selak jubah orang. Takut, tak perasan koyak kat ponggong, dah tak sah Sembahyang. Wahlan Al Sahlan.

    BalasPadam
  10. a a a wilayah persekutuan kuala lumpur tu rumah siapa,siapa pegang majoriti kerusi parlimen,maaf saya terlupa....

    BalasPadam
  11. tak payahah nak beri amaran pada sesiapa, cermin dulu muka lepas tu panggil sekor-sekor prebet-prebet tu...buat mahasabah diri..memang ada yang bagus. Contoh. tak maulah sebut kat balai mana dan siapa OC nya dan tahun bila tetapi makumat tu ada.Mulut bau arak berbahas pasal fardhu ain dan fardhu kifayah...agaknya itulah simbol bagi polis kita, tetapi dalam balai yang sama ada seorang dua yang masih boleh berjalan ke masjid dan cantiknya menjadi imam solat!Cerita ditempat yang sama...20 sen pun depa sapu.Jangan bazirkan air liur memberi amaran sana sini...rakyat tidak dihasut oleh sesiapa tetapi kamu lah yang mengajar rakyat supaya membenci dan meluat kepada kamu.SALAM BUAT TIMBALAN KPN

    BalasPadam
  12. Dari rakaman video di atas....seolah-olah polis seperti gangster dengan menendang rakyat macam anjing...siapa yang membenarkan dia menendang dan memukul rakyat awam dikhalayak ramai...gambar polis yang memukul dan menendang tu ada dalam simpanan saya...sampai masanya nanti saya dedahkan secara terperinci...rumah...kampung dia...dan ahli keluarga dia sekali. Sekarang saya tengah menyelidik latarbelakang polis-polis terbabit....akan sampai zaman gelap anda wahai polis ANJING.

    BalasPadam
  13. Kalau dah cukup maklumat polis tu..past kat aku chee kuan tai...aku nak bagi rasa pula penangan komando melaka ni...sebenarnya yang disepak polis tu ADIK AKU....JANGAN TERPERANJAT POLIS...KALAU SAMPAI ADA YANG TERKELUAR BIJI MATA KENA BAHAM KOMANDO YANG TENGAH NAIK GILA NI SEBAB ADIK AKU KAU BELASAH....

    BalasPadam
  14. Bulan July, Ente dah buat kat KL. Apa kata 9hb August ni buat BERSIH kat Pulau Pinang. pakat gi ramai-ramai.tolong kumpul 100,000 peserta. Ente masuk ikut jambatan Pulau Pinang. Insyaallah Ustaz Eng benarkan. Masa berarak tu, Ente anak beranak JAGA keselamatan dan ketenteraman peserta. Ana pasti datang bwk video cam. Ana nak sangat Ente jayakannya. Insyaallah.

    BalasPadam
  15. Andainya mahukan rakyat sukakan polis: polis mestilah berakhlak mulia, jangan bermusuh dengan rakyat, bertindak ikut perlembagaan, buka pintu rundingan, jangan ikut telunjuk umno, jadi manusia yang berhemah (jangan jadi anjing umno). Kalau kita baik dengan orang pasti orang akan berbaik dengan kita.

    BalasPadam
  16. SARJAN MAJOR....21..

    Saya bekas 22 boleh join tak bantai polis yang kurang ajar tu....

    BalasPadam