RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 23 November 2011

BERAHIM ALKATAKI KEMARUK UNDI POS PULAK DAH...

Oleh:  WFAUZDIN NS

SIMPATI juga saya apabila mendengar rintihan MP Pasir Mas, Ibrahim Ali atau yang lebih dikenali sebagai Berahim alkataki di dalam Parlimen hari ini.  Seolah-olah beliau sudah tahu dan merasai bahawa beliau akan hilang deposit di Parlimen Pasir Mas di dalam PRU ke 13 nanti, maka keluarlah usul yang orang bijak pandai tidak akan mengusulkannya.

Malaysiakini melaporkan, Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ.

NONE"Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata.
Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat
(Malaysiakini).

Kenapa perlu di Pasir Mas?  Terlalu banyakkah komunis atau pengganas di kawasan beliau sekarang sehingga perlunya kem tentera di bina di situ?  Setahu saya, di Pasir Mas yang banyak adalah katak-katak puru kerana di situ menetapnya `raja katak'.  Tidak ada idea lainkah MP Pasir Mas untuk bercakap di dalam Dewan?  Paling tidak, beliau boleh bercakap soal perpindahan ternakan katak puru kepada ternakan lembu seperti yang keluarga Shahrizat lakukan.  

Nampak sangat kemaruk Wakil Rakyat bebas ini kepada `undi pos'.  Cukup-cukuplah Najib sahaja yang bergantung dengan undi pos.  Beliau selaku Presiden Perkasa jangan buat malu jemaah Perkasa pula kalau menang pilihanraya pun dengan undi pos./wfauzdin.blogspot.com 

5 ulasan:

  1. lawak katak betul la hahaha

    BalasPadam
  2. Orang pasir mas dah nak buang dia....cari alternatif lain la pulak....undi pos boleh tolong kot

    BalasPadam
  3. Ha!ha!ha! Haaaaah!ha!ha Haaaaaaaaaah! ha!ha!ha!Teringat pesan tok Guru jgn ketawa lebih hi!hi!hi!

    BalasPadam
  4. bunyi mcm nak bukak fidlod katak pulak je, untung besar, lepas tu blh beli kondo.

    BalasPadam
  5. sekadar nak musnahkan katak-katak yang berada di pasir mas tak payah panggil tentera, panggil kaki pancing pun boleh settle. tangkap semua anak-anak katak buat umpan pancing ikan haruan. ok.

    BalasPadam