RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 26 November 2011

ORANG PAS SOKONG LYNAS ? MANA PENDEDAHAN CMK ?

Oleh:  WFAUZDIN NS

BENARKAH ada `orang kuat' PAS di Pahang bersekongkol dengan projek Lynas di Gebeng?  Tempoh seminggu yang telah diberikan oleh Blogger Cucu Mat Kilau (CMK) kepada PAS Pahang untuk menyiasat telah pun tamat, dan mengikut CMK beliau akan dedahkan siapa `orang kuat' PAS itu sekiranya PAS Pahang gagal menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang-orang berkenaan.

Saya sejak awal lagi menanti-nanti pendedahan CMK itu kerana bagi saya isu ini serius apatah lagi CMK menyebut tokoh-tokoh berkenaan juga menyalurkan dana yang banyak kepada PAS Pahang.  Sudah tentu mengikut hukum akalnya, sudah pasti PAS Pahang akan menolak dana yang diberikan jika terbukti bahawa dana itu datang dari umpan projek Lynas yang ditentang oleh rakyat Pahang itu.  

Blogger Cucu Mat Kilau (CMK)

Persoalannya, siapakah sebenarnya `pembelot' yang dimaksudkan oleh CMK itu?  Benarkah mereka itu `orang kuat' PAS atau ahli PAS dan mungkin juga bukan ahli mana-mana parti tetapi menyokong PAS?  Maka, saya teruja untuk membaca blog CMK di SINI yang saya harapkan dapat merungkai rahsia siapa orang itu kerana janji CMK akan mendedahkan orang yang didakwa terlibat menyokong projek Lynas tersebut.  Bagi saya, ini lah saat yang ditungu-tunggu oleh kita semua lebih-lebih lagi kepada pimpinan PAS Pahang untuk mengenali siapakah orang berkenaan bagi memudahkan siasatan atau tindakan seterusnya.

Malang sekali, CMK terus menjadikan isu ini misteri apabila beliau gagal mendedahkan siapakah orang itu sebenarnya.  Sama juga seperti kisah `Datuk T' yang mulanya menjadi misteri, tetapi akhirnya Rahim Thambi Chik berani juga mendedahkan siapakah `Datuk T' itu.  Tetapi, CMK masih tidak berani mendedahkan siapa mereka yang dikatakan `orang kuat' PAS tersebut sekadar beliau gelar sebagai `Dr. S' dan 'Haji Z'.  Mengapa perlu gelaran, mengapa tidak didedahkan sahaja nama mereka yang sebenarnya?  Jika dakwaan CMK itu benar, maka tiada sebab untuk PAS biarkan ianya berlaku tetapi jika dakwaan CMK itu salah, maka mereka yang didakwa oleh CMK itu boleh mengambil tindakan saman ke atas CMK sebagaimana Saiful Bukhari (jika tidak silap saya) pernah menyaman CMK dan PahangDaily di mana akhirnya permohonan maaf telah dibuat kepada Saiful Bukhari.

Nampaknya isu ini masih menjadi misteri kepada kita.  Mengapa perlu menyusahkan PAS untuk menyiasat siapa itu `Dr. S' dan 'Haji Z', sedangkan CMK sudah ada maklumat dan bukti kukuh?  Jika ada maklumat dan bukti kukuh, kita percaya mereka yang dituduh itu pasti tidak akan berani menyaman CMK.

Saya bimbang nanti ada tuduhan yang menyebut bahawa CMK sengaja mahu mencipta isu agar dapat menarik sokongan orang-orang PAS kepadanya untuk beliau bertanding di atas kapisiti calon Bebas nanti.  Oleh itu, CMK harus menjadi berani dengan dakwaannya tanpa ada selindung lagi.  Kita akan menghargai pendedahan CMK jika beliau berjaya mendedahkan mereka yang belot itu kerana bagi kita tiada maaf bagi mereka yang bersekongkol dengan projek yang bakal membawa binasa ini./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. S/Sarjan ,, mangkok ni pun tak boleh pakai sangat,, tidak ado pendirian ,, hahhaha kalau dalam askar layak jadi badman jer kah kah kah

    BalasPadam