RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 24 November 2011

CUBA BAWA ISU PENYATUAN UMNO-PAS, MUHYIDDIN TERTEKAN SEBENARNYA

Oleh:  WFAUZDIN NS


MUHYIDDIN nampaknya semakin menunjukkan hipokritnya terhadap rakyat.  Mungkin kegelabahan beliau melihat kebangkitan rakyat untuk menukar kerajaan di dalam PRU akan datang membuatkan beliau tiada lagi arah tuju.

Baru-baru ini di Kelantan, beliau melembutkan lidahnya menyeru agar PAS dan Umno bersatu.  Kerja pentadbiran lebih mudah dan tiada masalah tentang royalti minyak yang dituntut oleh Kerajaan PAS Kelantan jika PAS dan Umno bersatu, itu lah kata-kata dari Muhyiddin.  Adakah Muhyiddin sangka selama ini PAS menolak penyatuan dengan Umno adalah atas dasar royalti minyak atau atas kepentingan pembangunan semata-mata?  Mudah sangat TPM ini untuk menjadikan hak royalti minyak sebagai tebusan kepada penyatuan yang amat di gila-gilakan oleh Umno itu.

PAS menolak penyatuan bersama Umno kerana Umno hanya ingin bersatu dengan PAS atas dasar Kebangsaan Melayu semata-mata, sedangkan PAS melihat bahawa Islam boleh disatukan hanya berlandaskan Al-Quran sahaja.  Tiada Assobiyyah di dalam perjuangan PAS.  PAS juga tidak boleh bersatu dengan sebuah parti yang kekal zalim dan rasuah.  Mana mungkin PAS boleh tidor sebantal dengan parti yang banyak menyusahkan rakyat.

Di Kelantan, betapa Muhyiddin seperti gilakan penyatuan dengan PAS, berbeza pula apabila beliau berkunjung ke Kedah.  Di Kedah, TPM ini menunjukkan sikap yang berbeza di mana beliau mahu rakyat Kedah tidak lagi mempercayai PAS.  Beliau mahu rakyat Kedah menolak PAS.  Di Kelantan, beliau mahu PAS dan Umno bersatu, di Kedah pula beliau menghasut rakyat jangan percaya kepada PAS.  Di mana prinsip dan keikhlasan Muhyiddin sebenarnya?

Justeru itu, terbukti bahawa cakap-cakap Muhyiddin hanyalah cakap orang yang Munafik yang merasa tertekan kerana bimbang kehilangan kuasa.  Rakyat tidak akan terperangkap lagi dengan isu penyatuan Umno - PAS ini kerana Umno tidak pernah ikhlas untuk bersatu./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. umat melayu tidak lihat apa yang berlaku di palastin apabila umat islam tidak bersatu. itukah yang kita mahu.

    BalasPadam
  2. Di palastine umat Islam tak bersatu juga adalah kerana terdpt puak yg bjuang kerana bangsa Palastine...satu puak lagi bjuang kerana Islam...ada beza puak Hamas dan Fatah...cuba baca sejarah kedua2nya...

    BalasPadam
  3. camner nak bersatu sesama umat Islam..hak sorang tu tak mo Islam..hukum hudud tak relevan katanya...sedap mulut, makan kedarah guna rezeki Allah..hukum Allah tolak tepi

    BalasPadam