DS ANWAR dibebaskan. Suasana perhimpunan aman di kawasan letak kereta mahkamah Jalan Duta benar-benar aman, kecuali pada awalnya dua tiga ekor berok yang berkeliaran di kawasan masjid di situ turun untuk cetuskan provokasi, katanya. Namun, alhamdulillah, pejuang-pejuang kita berjaya menghalau berok-berok yang kehilangan tuan itu. Dengar khabarnya berok-berok itu mengamuk pasal tuannya yang sepatutnya turun dari Pasir Mas tidak turun. Bacul,.
Keamanan di sekitar mahkamah Jalan Duta pada 09 Jan yang lalu amat merungsingkan puak-puak haramjadah. Mereka mahu suasana kecoh untuk dibuat modal di dalam media haprak lidah syaitan kepunyaan mereka. Maka, dirancang oleh puak-puak haramjadah tersebut dengam meletakkan bahan letupan di beberapa tempat sekitar luar mahkamah. Maka, didengari oleh ribuan yang datang tidak kurang dari tiga letupan `meraikan' pembebasan bakal PM kita yang ke-7. Persoalannya, siapa punya kerja?
Bangunan mahkamah dan sekitarnya merupakan kawasan penting dan mesti diawasi keselamatan sekitarannya. Kompleks yang berfungsi melaksanakan undang-undang ini wajib dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan yang ketat. Ditanya, adakah tiada kelengkapan CCTV di sekitar kawasan tersebut? Jika ada, tentu kita boleh mengenalpasti pelaku yang tidak berotak itu. Atau, CCTV juga rosak seperti yang berlaku di dalam kes Teoh Beng Hock yang mati di dalam bangunan SPRM dahulu?
Ada tuduhan yang sebut, pihak pro Anwar yang lakukan kerja khianat tersebut untuk cetuskan huru-hara. Pelik juga, mengapa bom meletup setelah diistiharkan Anwar dibebaskan? Untuk apa cetus huru-hara jika Anwar bebas? Dan, mengapa bahan letupan itu diletakkan berhampiran tempat letak kereta beberapa VIP yang menyokong Anwar? Mengapa perlu berbuat demikian terhadap pemimpin yang pro Anwar?
Diberitahu, bahan letupan itu diletakkan di bawah kon jalan. Ertinya, bukan dicampak merata-rata. Ertinya juga, perbuatan itu dilakukan setelah kon dipasang dan lazimnya ketika itu sudah ada pihak keselamatan yang ditugaskan di kawasan itu kerana kon telah dipasang. Difahamkan juga, bahan letupan itu telah di`set'kan masa. Ini seperti perbuatan orang yang pakar. Jika setakat melontar molotov cocktail atau mercun, mungkin ramai yang mampu melakukannya. Tetapi ini kerja orang yang tahu selok belok membuat bahan letupan atau bom jangka. Tidak mudah.
Apa pun, kita serah pada pihak berkuasa untuk menyiasat. Nampaknya media haramjadah telah mainkan isu ini untuk menunjukkan perhimpunan aman tersebut sebenarnya tidak aman. Puak-puak ini memang suka melihat suasana tidak aman. Alasannya mudah, akan datang jangan diberi kebenaran kepada penyokong-penyokong kita untuk berhimpun atas sebab khuatir berlaku kejadian seperti yang berlaku di mahkamah Jalan Duta baru-baru ini.
Pihak PDRM kata sekitar mahkamah dikenakan kawalan ketat termasuk waktu malam. Kalau dah dikawal mana orang luar boleh masuk. Jadi timbul pertanyaan di sini siapa yang letak bahan letupan itu? Cuba teka siapa punya angkara.
BalasPadamsiapa lg...cacai 901 le...blum apa2 dh tau Dato seri Aljuburi bersalah..tu yg plan awal2 nk buat kecoh.....tolol punya pakatan haram jadah..
BalasPadamPolis mula berkawal mulai jumaat malam lg..sehingga pada pagi isnin..jdi masa bilakah bom jangka tersebut d pasang...atau pn polis telah berpakat dgn puak2 yg memasang bom tersebut..atau pn polis sendiri yg memasang setelah menerima printah dri sesiapa dlm golongan pemerintah yg amat takut akan kebangkitan Anwar...jdi swbagai manusia yg berakal aku amat tdk pecaya sama skali yg perbuatan tersebut d buat olih penyokong Anwar...lain kali jika nk menipu biarlah org pecaya...sepatutnya jgn adakan kawalan pihak berkuasa d kawasan tersebut jdi bila kawasan tersebut tiada kawalan senanglah nk tuduh ssiapa pn dan aku pin akan percaya siapa saja yg akan d tuduh...
BalasPadamPencacai anuwar ni sanggup wat apa saja utk Boss mereka ni...mmg keje diaorg le ni yg letak bom jangka dalam kon...mmg le kawalan ketat tapi bile masa puak pencacai ni masuk, time tu le diaorg letak bom tu...apapun kita tunggu siasatan polis ye...siapa punya angkara...
BalasPadam