RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 12 Januari 2012

PEGUAM NEGARA TIDAK RAYU KES RAZAK BAGINDA, ADAKAH KES ANWAR PEGUAM NEGARA BERTINDAK SEBALIKNYA?

Oleh:  WFAUZDIN NS

SAMADA Peguam Negara mahu merayu atau tidak keputusan Perbicaraan Liwat II, rakyat sudah tidak memperdulikannya lagi.  Yang nyata, kes ini sepatutnya lebih awal lagi dicampakkan ke dalam tong sampah kerana terlalu banyaknya perkara yang langsung tidak masuk akal samada dari segi lojik akal apatah lagi dari sudut perundangan dan jauh sekali dari sudut Hukum Islam.

Terkini, pihak Pendakwaan kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan ketua pembangkang itu daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Isnin lalu.
NONEDalam laporan berita bahasa Inggeris Nightline, terbitan TV3, Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (foto) dipetik berkata keputusan membuat rayuan dibuat setelah mengkaji semua bukti berhubung kes berkenaan.

Rakyat yang mahukan keadilan dan bencikan amalan fitnah telah bersedia untuk berdepan dengan gerombolan penfitnah dan korup ini.  Mereka jangan sangka dengan pembebasan DS Anwar Ibrahim pada 09 Jan yang lalu menyebabkan rakyat bersedia untuk menerima apa jua keputusan mahkamah selepas ini kerana kita telah lama sedar bahawa institusi kehakiman di negara ini masih memerlukan reformasi yang menyeluruh. 

Selagi Umno/Bn berkuasa dan selagi Najib dan Rosmah berada di Putrajaya, usah bermimpi untuk melihat sistem kehakiman boleh dipercayai hatta lima puluh peratus.  Justeru itu, kita tidak boleh lalai dengan sebarang bentuk helah mereka dan tidak mustahil pembebasan DS Anwar baru-baru ini adalah salah satu dari ribuan strategi dan helah rejim diktator sekarang.  

Apa yang perlu dilakukan sekarang, kita teruskan perjuangan kita dengan menyampaikan maklumat segala bentuk penyelewengan Umno/Bn selama lebih 50 tahun mereka berkuasa.  Umat Islam, Melayu, semua rakyat berbilang kaum dan negara ini wajib kita selamatkan dari terus menjadi mangsa buas Umno/Bn.  Rakyat sudah jelak dengan sifat dayus dan bacul pemimpin mereka yang tidak pernah berani berdepan dengan Pakatan Rakyat.  Mereka hanya bergantung kepada media pencacai di bawah kawalan mereka dan juga bergantung hayat `di dubur Saiful'.  Kali ini `ranap' sudah dubur pemuda tersebut kerana diusung keluar masuk mahkamah sehinggakan mahu diusung lagi dalam kes rayuan nanti.

Di dalam kes pembunuhan Altantuya, Peguam Negara tidak berhajat untuk merayu apabila Razak Baginda dilepaskan.  Mengapa?  Semua tahu jawapannya.  Namun, sekiranya Peguam Negara mahu menyelamatkan Umno dengan mengemukakan kes rayuan di dalam kes DS Anwar kali ini, kita akan tentukan kebangkitan yang berlipat kali ganda lagi dari 09 Jan yang lalu kerana budaya fitnah berbentuk konspirasi ini wajib kita tamatkan riwayatnya./wfauzdin.blogspot.com  

3 ulasan:

  1. sekiranya peguam negara telah bersungguh sgt nak membawakan rayuan kes fitnah ke2 umno ni selepas DSAI dibebaskan, org ramai kena bangun dan menjeritkan bahawa kes altantuya yg dilepaskan razak baginda itu juga dibawakan rayuan ke mahkamah ...peguam2 jgn menggunakan dacing bn yg berat sebelah tu..

    BalasPadam
  2. aku setuju dengan penulis.cukup lah certa dubur sifool dijaja untuk cari makan dan tutup pekong sendiri...rakyat dahagakan perubahan urustadbir negara yang lebih baik demi kelangsungan malaysia yang bertamadun....

    BalasPadam
  3. UndiBNalamatnyaKeNERAKA12 Januari 2012 pada 5:18 PTG

    TOLAK UNDI PARTI FASIK NASIONAL

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

    Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!

    Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.

    Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.

    Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api.

    Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

    (Al-Masad 111:1-5)

    BalasPadam