RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 12 Januari 2012

ANWAR SUDAH SELESAI, MANA JANJI KHIR TOYO?

Oleh:  WFAUZDIN NS

MASIHKAH kita ingat janji Khir Toyo bahawa beliau akan menyatakan hala tuju politiknya selepas kes rasuah yang dihadapinya?  Khir Toyo berjanji akan berbuat demikian pada 09 Januari 2012 iaitu bersamaan dengan tarikh keputusan perbicaraan DS Anwar Ibrahim beberapa hari lalu.


Hari ini sudah masuk 12hb Jan, namun Khir Toyo terus menyepi.  Adakah kerana keputusan mahkamah yang membebaskan DS Anwar pada 09 Jan yang lalu membuatkan perancangan Khir Toyo terbatal?  Dan, apakah muslihat atau `simbolik'nya Khir Toyo mahu mengumumkan hala tujunya pada tarikh tersebut? Mengapa sehingga kini beliau gagal menunaikan janjinya? 

Apa pun kenyataan Khir Toyo selepas ini tidak lagi penting kerana rakyat sudah kenal siapa beliau.  Mantan MB Selangor ini jelas banyak melakukan penyelewengan di Selangor dan beliau yang tegas menyatakan beliau tidak bersalah hanya menyebabkan pengakuannya itu ditertawakan orang.  Kita tunggu bilakah masanya Khir Toyo akan mengumumkan hala tuju politiknya selepas ini.  Yang nyata, Khir Toyo telah gagal menunaikan janjinya./wfauzdin.blogspot.com

 


2 ulasan:

  1. Sepatutnya kita sudah memberi dia penyapu, sebagai penghargaan kerana tidak menentapkan janji.Kita pulang dia balik paku serpis yang dia menghinakan YDP semasa di menjadi Menteri Besar ( RASUAH ) dahulu.

    BalasPadam
  2. Barua penyapu anak toyol ooops toyo sangat patut malah wajib dihadiahkan 9 penyapu ,bersamaan dengan tarikh 901 !

    BalasPadam