RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 23 Ogos 2012

APA BEZA KARPAL, NASRUDDIN DAN HASSAN ALI?

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA desakan yang meminta PAS mendesak DAP agar memecat Pengerusinya Karpal Singh kerana Karpal dilihat lantang menentang hukum Hudud.  Pertamanya secara peribadi aku tidak bersetuju dengan cara Karpal yang langsung tidak berhikmah atau bijak di dalam menyuarakan pendapatnya.  Ada yang mahu menyamakan isu Karpal ini dengan isu pemecatan Hasssan Ali oleh PAS.

Mereka mendakwa jika PAS boleh pecat Hassan Ali, mengapa DAP tidak boleh pecat Karpal Singh?  Benarkah isu ini boleh disamakan?  Apa salah Karpal Singh terhadap DAP dan apa pula salah Hassan Ali terhadap PAS?

Baiklah, kita semua tahu sejak dahulu lagi bahawa DAP tidak pernah bersetuju dengan hukum Hudud dan hal ini PAS pun maklum lama sudah.  PAS pula konsisten untuk memperjuangkan hukum Islam termasuk hukum Hudud walaupun dengan berbagai pendekatannya.  Pendirian PAS yang tegas ini pun DAP sudah lama tahu.  

Apabila Karpal sejak dari dahulu lagi lantang menentang hukum Hudud, apakah kerana itu Karpal mesti dipecat?  DAP memang tidak menyokong hukum Hudud, dan Karpal menyebut benda yang selari dengan prinsip DAP, salahkah Karpal?  Begitu juga PAS tetap tegas memperjuangkan hukum Hudud, dan pendirian PAS ini dipertahankan secara lantang oleh Ketua Pemuda PAS, Us Nasruddin Tantawi.  Salahkah Us Nsdruddin? Jawapannya, kedua-duanya tidak salah kepada parti masing-masing TETAPI amat tidak bijak di dalam pendekatannya terutama oleh Karpal Singh.

Ketidak bijaksanaan Karpal itu tidak sampai ke peringkat DAP perlu memecat beliau.  DAP boleh bertindak dengan menegur Karpal Singh di atas ketidak bijaksanaan beliau itu.  Karpal tidak boleh memaksa PAS berpendirian sama seperti DAP kerana PAS mempunyai dasarnya yang tersendiri.  Buat Us Nadruddin Tantawi pula, beliau bertindak bijak apabila terus lantang bersuara SELAGI Karpal Singh bersuara mengkritik dasar PAS tersebut.  

Mengapa mahu disamakan dengan apa yang menimpa Hassan Ali?  Amat jauh bezanya.  Hassan Ali dipecat kerana mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan keputusan  Majlis Syura PAS.  Beliau mengkritik Dasar Negara Berkebajikan yang telah dipersetujui oleh Majlis Syura sebagai satu pendekatan PAS tanpa menggadaikan matlamat penubuhan Negara Islam termasuk hukum Hudud.  Itu bezanya.

Karpal Singh memang tidak bijak langsung di dalam menyuarakan dasar partinya tanpa menghormati dasar PAS.  Ketua Pemuda PAS pula bertindak bijak membela PAS dari terus dikritik oleh Karpal.  Maka, di dalam isu ini tiada kena mengena langsung dengan Hassan Ali.  Menyamakan isu ini dengan isu Hassan Ali hanyalah kerja puak-puak yang mahu melihat PAS dan DAP terus berbalah, dan kerja ini biasanya adalah kerja pihak yang spesisnya lebih kurang Umno juga.

Sebelum aku tutup bicara, mari kita fikirkan secara lojik iaitu seandainya Karpal Singh atau DAP menyokong hukum Hudud, adakah kita fikir Umno akan terima dan laksanakan Hudud?  Kalau DAP konsisten sejak dahulu menentang rasuah, itu pun Umno tidak mampu untuk menghalang rasuah di kalangan pemimpinnya, adakah Umno mampu laksanakan perkara lebih besar seperti hukum Hudud ini?  Jadi yang lebih penting buat kita adalah kuburkan Umno dahulu kerana Umno lah sebenarnya penghalang hukum ini.

12 ulasan:

  1. tulah org org kata tentawi terkantoi besar xpercaya...satu malaysia dpt tengok

    ..tp ramai jugak tepuk tgn tentawi berkata 'benar'

    elok benar lah kapal sink ni ditamatkan perkhidmatannya...

    bukan sj menyusah pakatan.. kerajaan pun dia bikin susah jgak....kes liwat anwar dulu sapa yg korek bongkar...minta disiasat anwar tu..suruhjaya la..aaa kapal jujugak la..'

    penjenayah2 pembunuh semua dap bela...peguam yg handal.. anwar yg dia tuduh meliwat pun boleh dilepaskan jugak..puyoo..

    bawa pencen la kapal ooo..


    DAN

    kalau bebenor nak hudud bawak masuk la balik hasssan tu..dia mmg nak tegak undang2 islam sejati punya..(bukan flip flop mcm anwar la)




    .

    BalasPadam
  2. satu perkara yg org melayu pakatan xnak dengar

    dap x hingin pun melantik pas dlm kabinet pentadbiran dap penang..

    sampai mati kawan tu.. pun xda 'apa2' di hati dap...


    siapa lah langau hijau dikaca mata dap..


    pastu ada hati nak jd dominan dlm pakatan menggantikan umno dlm bn...

    jauh langau dari madu lebah..

    BalasPadam
  3. Bhai WFauzdin ....

    Macam boleh baca jer lu tibai saper... hahahaha... tapi memang betui pon... ader beza ngan kes Hassan Ali...

    BalasPadam
  4. Salam bro... bukan masaalah kita untuk menyuruh DAP pecat Karpal Singh dan kita tahu bagaimana penentangan beliau terhadap hukum hudud kerana beliau adalah seorang yang total sekularnya bertetapan dengan perlembagaan negara yang beliau anuti bersama-sama Umno/BN. Yang kita tidak boleh terima ialah penghinaan beliau terhadap hukum hudud yang mana sepatutnya bila dah bersama-sama PAS dan PKR, sikit sebanyak pun beliau kena juga mentelaah berkenaan hukum ini tetapi sikap keras kepalanya itulah yang menyakitkan hati umat Islam. Gua pun tahu sudah ramai pemimpin tertinggi DAP tidak sependapat dengannya dan sekurang-kurangnya beliau ditegur oleh partinya sendiri. Gua boleh terima akan penolakkan beliau tetapi gua tidak boleh terima akan penghinaan beliau itu.

    BalasPadam
  5. bila dap tentang hukum hudud...pas susah

    bila mca tentang hukum hudud.. umno susah..


    da tiba masanya berpikirlah macam org2 muslim biasa..

    pasal masalah iraq kita terpaksa bersatu..sebab saudara kita lg jauh tu..filipin, selatan thai..dsbnya..

    pasal hudud umno dan pas wajib bersatu...

    masalahnya kalau dari dulu pas guna

    'tegak agama Allah'

    taklah perlu berselisih sgt dgn umno...

    ni tidak... ni cari point je apa yg umno jadi susah . yg payah utk di buat ..

    ...buat modal politik hentam jadi benci pd umno!


    note:
    ORG PKR JGN JADI BATU API...TRUTAMA ANWAR TU...

    KALU NAK JADI JAHAT JUGAK...TERPULANGLAH..ALLAH MENELEK HATI HAMBANYA...YG PENUH DENGKI KIANAT Takala UMAT2 NAK BERBAIK2..



    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalahnya bila PAS bersatu ngan UMNO, nak ikut sapa? Pasti UMNO tak mau ikut PAS. wakakakak rugi wooo.. harta pak menteri UMNO semua kena wakaf dan hibah pada fakir miskin kelak... bersatu UMNO hanya atas nama melayu bukan islam.. tak caya tanya mahathir dan najib.. dia dah cakap hudud tidak akan laksana di malaysia.. lebih kukuh lihat perlembagaan UMNO, ada list nak wujud negara Islam? wakakaka

      Padam
    2. Beza antara PR dan BN dalam isu agama ialah dalam PR, PAS boleh menegur pemimpin DAP yang mengkritik hudud tetapi dalam BN UMNO senyap tak menegur pemimpin MCA yang hina dan kritik islam. Cuma yang dibangkitkan jika dikritik adalah isu melayu! nasionalist dan bukannya isu agama!!

      Padam
  6. cukuplah hudud dijadikan modal ceramah/politik..utamakan yg utama dulu,dah 20 tahun enakmen hudud diluluskan,berapa peratus kandunganya dilaksanakan?dalam enakmen tu bukan hanya isu jenayah hudud dan hukuman tapi jugak isu logistik dan keterangan...so..bila masanya kerajaan kelantan tubuhkan mahkamahlogistik juga kena upgrade..ni lokap pun lum ada lagi.pastu hantar diorang gi Saudi..free je kursus..dah redi bab tu..baru cerita nak laksanaka dan blehlah nak salahkan perlembagaan perseketuan...WA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa nama 12.37 ptg : takkan kau tak tau. Siapa yg ugut , siapa nak saman kalau nak laksanakan hudud kat kelantan tu... Dap ke?. Satu lagi ubah dulu perlembagaan tu... Kan kiblat dia westminster... Islam kan agama rasmi negara. Takkan agama je rasmi, bagaimana dasarnya yg ada kat alquran tu. Jadi perhiasan je ke...

      Padam
  7. Saya amat tertarik dgn komen gerakan anti najib di atas. Bahkan saya bersetuju dgn beliau. Pertama, tindakan tidak boleh dikenakan ke atas karpal hnya kerana dia tolak hudud. Kedua, karpal boleh dikenakan tindakan atas sebab penghinaan ke atas hukum hudud jika terbukti ada unsur-unsur penghinaan. Mungkin perkara kedua ini harus difikirkan oleh pimpinan dap dan pr. Tkasih atas komen yg bernas...

    BalasPadam
  8. Aku setuju sahaja komen di atas, kecuali nak suruh UMNO dan PAS bersatu, bukan tak pernah bersatu tapi bila UMNO kuat dia suka terajang kawan... tu yang susah....

    Nak suruh UMNO laksanakan hudud lebih kurang macam suruh Rosmah menutup aurat setiap masa. Memang tak mustahil.... tapi fikir sendirilah jika menutup aurat tapi perangai suka memeluk dan mencium jantan tu tak berenti buat buruk akhlak Islam je.

    BalasPadam
  9. sementara kita menunggu dapat kuasa ubah consti>>kita kemaskini dan naik taraf sistem kehakiman syariah kelantan yg jauh tinggal dibelakang tu>>hakimnya tak cukup<bangunanya yg tidak lengkap,pihak pendakwaan yg lemah,pihak hisbah nya jugak..perkara ini dapat dinaik taraf tanpa perlu pindaan perlembagaan,sekalipun ada halangan,bukan bermakna kita perlu berpeluk tubuh,canangkan irama hudud dan menyalahakn musuh semtiasa,sedangkan usaha kita sedikit...20 tahun jarak masa yg lama..tapi malangnya usaha untuk bentangkan diparlimen tidak pernah dibuat(sekalipun kita tahun hasilnya-tp tunjukan kesungguhan)

    BalasPadam