RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 8 Februari 2020

PAKATAN NASIONAL TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN, KECUALI....

Kalau ditanya kepada Zahid Hamidi, sudah pasti bekas TPM dan Presiden Umno yang kini dihadapkan dengan tidak kurang dari 40 pertuduhan di mahkamah akan teruja dengan perancangan untuk menggabungkan Umno, Pas serta Bersatu bagi mewujudkan kerajaan baru 'pintu belakang'.

Apa lagi cara untuk mengelakkan diri dari pertuduhan seberat itu jika tidak melakukan tindakan sedemikian rupa? Betul, Lokman Adam kata eloklah Umno dan Pas serta MCA terus dengan Muafakat Nasional sehingga PRU15 untuk membentuk kerajaan, tidak perlu bergabung dengan Bersatu. Zahid tidaklah bodoh sangat, Lokman bolehlah bercakap begitu kerana Lokman tidak rasa apa yang Presiden parti beliau rasa. Untuk menanti PRU15, masa ada lebih kurang tiga tahun lagi. Di dalam tempuh tersebut, Zahid akan bergelut di dalam mahkamah dan siapa boleh jamin Zahid tidak akan sangkut di dalam salah satu dari banyak tuduhan ke atas beliau?

Satu kes sahaja Zahid sangkut, hukumannya sudah pasti menjejaskan jawatannya sebagai Presiden Umno dan paling ditakuti olehnya adalah penjara Sg Buloh. Waktu itu, jawatan Presiden Umno akan disapu oleh orang lain. Sebab itulah Zahid fikir bergabung dengan parti Tun M lebih selamat untuk dirinya. Dia tak peduli tentang negara dan rakyat, jauh sekali untuk orang2 Melayu. Dia harap Tun M akan berselera untuk bergabung dengan Umno kerana Tun M boleh jadi PM lebih lama dan Zahid pula pasti selamat.

Kalau tanya saya, adakah Tun M akan berselera dengan perancangan Zahid itu? Jawapannya, sudah pasti Tun M tidak sebodoh itu melainkan beliau mengalami gangguan fikiran atau hilang akal. Tun M tahu, sekiranya Bersatu bergabung dengan Umno dan Pas, kedudukannya sebagai PM juga tidak selamat kerana jumlah MP di dalam Bersatu jauh lebih sedikit dari jumlah MP dari Umno. Bila2 masa Tun M akan dicampak keluar kerana dendam Umno kepada Tun M bukan sedikit. .

Oleh itu, tidak masuk akal Tun M yang kini berada di dalam bahtera yang lebih sempurna dan selamat mahu berpindah ke bahtera yang telah rosak, kotor lagi jijik. PH telah beri peluang Tun M menjadi PM sehingga dua tahun, baki lagi dua tahun lebih adalah untuk pemilik sebenar iaitu Anwar. Tidakkah itu mewajibkan Tun M bersyukur? Saya tidak fikir Tun M tamak haloba sehingga memakan dirinya sendiri.

Biarkan Zahid dan Umno syok sendiri. Jangan kerana mahu jadi PM lebih lama, kita sanggup khianati rakyat. Jangan kerana tidak mahu Anwar jadi PM, kita sanggup bersekongkol dengan penyamun. Sehingga kini, Alhamdulillah, Tun M masih berakal dan waras.

19 ulasan:

  1. kikikiki..

    tun mme masih waras tak akan lantik peliwat jadi PM yg sumbatkan diri nya dlm penjara dolu dolu...

    kikikiki... kau fikir lah yerrrr..!!

    BalasPadam
  2. bagus juga pakatan nasional tidak menjadi kenyataan, kita akan menyaksikan bergolakan berterusan akan berlaku diantara DrM dgn Anwar. Pakatan Harapan akan hanya tinggal harapan. DrM tahu apa akibatnya akan terjadi pada dia dan keluarga apabila Anwar menjadi PM nanti. Dendam Anwar masih belum padam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi ker tak pas nak bawak usul undi percaya neh? Kalu undi percaya tu kalah mcm mna? Sapa jadi PM?

      Padam
    2. Siapa yg nak jadi peeM antara atok dan nuar lah yg perlu bawa usul undi tersebut. Apalah susah sangat?
      Biarlah pas dan umno/bn jadi penonton sambil makan popcorn...
      Hihihi..

      Padam
    3. Bukan ker pas kata nak bawa undi peecaya kat tun Mahathir? Bagus tu dol. Mana ler tau kot2 dapat jadi tpm. Kihkihkih

      Padam
  3. Yg aku perasaan kan. Tun kata, saya akan berpegang pada Janji, anwar ibrahim plak Kata, saya tak kisah jika Tun nak lanjut kan sedikit masa lagi setelah 20 tahun menunggu. Nampak mcm boleh bertolak ansur. Yg aku tak perasan. Yg dibawah bawah ni. Kata org, Lebih Sudu dari Kuah, kalau org ph aku tak heran sgt la Pasal, Mungkin Mereka krnal Tun ni mcm mane. Yg aku hairan, Dari pembangkang plak. Ni Kata org pas, (dia org Suka guna binatang sebagai Contoh) mcm haiwan Najis Dan bayang2. Tapi bila tgk fakta mahkamah. Takde la heran sgt pun. Ape guna harta melimpah ruah, Tapi tak dpt dinikmati selama bertahun akam dikurung... Jadi, be cool OK. Sape kita nak lawan kuasa Allah, kita tak nak, Tapi kalau Allah nak, Jadi la. Jadi simpan skit Bahasa tu. Jgn keluar habis. Takut Jadi fitnah. Larat ke nak bagi pahala Kat org semua. Bangun Subuh pegi surau, sambung mengaji ( kalau buat la). Sambung sembahyang sunat lagi. Bila Buka je Mulut. Pahala Dah habis bagi Kat org lain, Terutama Kat anwar ibrahim. Tu kalau buat ibadah. Tapj kalau Lena diselimut kulit babi waktu Subuh, dosa org plak nak Kena ambik. Cuba Dengar ceramah agama sekali sekala. Jika kita Tau, Insyaalah taK buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mcm ni jer lah cai...
      Klu mahdey jujur...tetapkan 1 tarikh dan buat perjanjian bertulis. Mudah...
      Konco2 mahdey termasuk azmin sembuxxxx menolak peralihan kuasa wlpun sama2 berjuang dgn anwar. Begitu juga daim dan anak mahdey yg menolak sama sekali peralihan kuasa tersebut. Ingat senang ker nak lepaskan begitu jer kuasa klu dah 'hilang kuasa' ??!!
      Bnyk yg akan 'kebulur' klu kuasa tersebut hilang.

      Klu janji manipistol pon boleh kena kencing apatah lagi janji dgn bekas musuhnya.

      Dlm diam2.. rakan2 rapat anwar dah mula tamak dan menolak anwar. Dlm diam2 juga mahdey dah cuba memancing mp2 parti lamanya umno.Sayang sekali lokman adam dh pecahkan rahsia. Spoil...hihi
      Begitu caranya..ikhlas ker mahdey nak serah jwtn???!!!

      Yg terbaru dia bagi isyarat belum tentu anwar dpt jadi peeM klu majoriti menolaknya di parlimen wlpun pgayR memegang majoriti terbesar. Mgkin ada ahlinya yg menentang dan menolak anwar. Betul jugak!! Yg ini mgkin akan berlaku.
      Jadi perebutan kuasa sebagai pm wlpun nampak tenang tapi sangat bergelora di antara kedua2 pasukan ini.
      Hanya yg bijak dan mgkin ada kuasa wang yg bnyk dan janji palsu yg hebat akan menang.
      Majlis presiden ph????
      Ada tulur atau tak bertulur dlm isu ini...
      Kpd mahacai...aku tumpang simpati. Naik mrk krn fitnah dan janji2 palsu. Klu jatuh mmg sukar utk berdiri semula.

      Padam
    2. Siang2 tuan yg dipertua akan reject usul pas. Bukan perkara yg mendesak.

      Padam
  4. Kalo pas ada telur cubalah bawa usul undi percaya tu secepat mungkin. Jgn sembang aje lebih. Kita tunggu siapa yg tergolek kehkehkeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suruh anwar try dulu...
      Sumpah laknat tak mendubur saiful dan memuki chinadoll hilang tulur. Apa lagi nak berdepan dgn atok....hihihi

      Padam
    2. Oittt kata nak bawa usul undi percaya kat tun Mahathir... Sudah u turn ker? Telo dah hilang ker?

      Padam
  5. Bab 1
    DR Mahathir Mohamad perlu mengotakan janji menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

    Timbalan perdana menteri berkata, pelantikan ke jawatan perdana menteri sememangnya memerlukan sokongan ahli Dewan tetapi pada masa sama, Dr Mahathir perlu melunaskan janjinya itu...

    Pssstt janji lidah bercabang ko rase canner

    Bab 2
    Prime Minister Dr Mahathir Mohamad says he did not invite anyone to form a new government under the “Pakatan Nasional” banner, adding that his openness to meeting opposition leaders had been misinterpreted by some. Mahathir said in an interview FMT

    ulasan aku senang jerr.. !!

    sapa nak ngaku berak tengah jalan yerrr takk..!???

    berak mamak lah yang paling senang nak dikenalkan kat tengah jalan..!!!


    kikikikikikiki...!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Memerlukan sokongan ahli dewan"
      Kenyataan wan jijah macam mengharap sangat2 atok kotakan janjinya....hihihi

      Rasanya akan kena kencing!!!!

      Atok pon dah pasang strategi bersama dgn puaknya. Klu pgayR pecah 2 dgn sokongan penuh dapigs tambah anjeng belaan dapigs si PANxxx mgkin sukar bila masing2 tiada majoriti besar.
      Penghujung cerita ialah bubar parlimen. Tak terkejut cai...
      Kalau umno yg pernah menjadikan atok anak beranak serta proksi dan kroninya kaya raya mampu dikhianati.....setakat anwar brahim bila2 masa jer kena kencing....hihihi

      Padam
    2. Lainlah klu semua mp selain dpd gabungan separuh pgayR, dapigs dan PANxxx maka atok boleh bertahan sebagai peeM.
      Maksudnya semua komponen bn, pas termasuk mp sabah dan swk sokong atok maka anwar akan kempunan semula.
      Lokman adam kata atok cuba berunding dgn umno dgn janji2 manisnya dan bukan umno yg mulakan. Wlpun atok 'menafikannya' ....standard penafian biasa atok. Hihihi

      Nampak sangat pengkhianatan kpd janji.....hihihi

      Yg lawak...mahacai2 cuba buat donno dan hadap dgn hanceng kencing yg mrk bakal kena khianat....hihihi

      Padam
    3. Sbb itulah kalo pas ada telo bawalah undi percaya kat tun Mahathir. Kalo ada telo la.. Kihkihkihkih

      Padam
  6. Lupa...atok berjanji akan melepaskan jwtn tetapi keputusan muktamad ditentukan oleh dewan rakyat....hihihi

    Kalau undian memihak kpd atok maka anwar akan gigit jari.
    Setakat 20 tahun tambah 5 tahun sblm pru15 rasanya anwar boleh bersabar menanti....hihihi

    Nak guna isu Pakatan Nasional mgkin agak berat dan sensitif tapi kalau undian dlm dewan rakyat nampak lebih manis.....hihihi

    BalasPadam
  7. Apa masalah boboi ni ...!?

    Macai cap Bunga Jon Doe kata

    Bring it on..!! Bring it on..!!

    Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam mempersoal tindakan Pas yang berhasrat mengemukakan usul menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula bulan depan.
    Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata, dengan jumlah Pas hanya mempunyai 19 Ahli Parlimen, jumlah itu tidak mencukupi untuk beroleh majoriti dalam dewan...macai kata bring it on..!! so PAS bring it on dah nii..!!!

    Konvensyen Kepercayaan (Confidence Convention) bermaksud satu prinsip dimana kerajaan tidak boleh meneruskan tugasnya tanpa sokongan daripada ahli-ahli perwakilan yang dilantik di dalam Parlimen dan ia merupakan asas kepada konsep ‘kerajaan bertanggungjawab’.

    Sir Winston Churchill telah menerangkan Undi Percaya adalah merupakan ‘sesuatu yang normal, berperlembagaan dan demokratik’ apabila beliau meminta supaya diadakan Undi Percaya kepadanya pada Januari 1942. Usul Percaya kepadanya telah di bawa Mr. Attlee yang menyatakan

    That this House has confidence in His Majesty’s Government and will aid it to the utmost in the vigorous prosecution of the War’.

    Dalam konteks sejarah institusi Parlimen Malaysia, hanya sekali usul kepercayaan pernah dikemukakan di dalam Dewan Rakyat terhadap Y.A.B. Datuk Hussein Onn sebagai Perdana Menteri...

    boboi lets PAS bring it on...


    haaah tepokkkk...!!!

    BalasPadam
  8. Bila pas nak buat undi percaya kat tun mahathir? Ada tulur ker pas nih? Kihkihkih

    BalasPadam
  9. If you're trying to lose fat then you need to get on this totally brand new personalized keto plan.

    To design this keto diet service, licensed nutritionists, fitness couches, and chefs have united to produce keto meal plans that are powerful, convenient, price-efficient, and delicious.

    Since their first launch in early 2019, 1000's of people have already remodeled their figure and health with the benefits a good keto plan can give.

    Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover eight scientifically-proven ones given by the keto plan.

    BalasPadam