RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 9 Oktober 2020

PENGKHIANAT TEBUK ATAP, ANWAR BUKA ATAP HALAU 'SAKA" KELUAR



Muhyiddin dan Azmin mencipta sejarah buruk negara apabila menubuhkan kerajaan melalui pengkhianatan mandat rakyat dan menjadi anggota kabinet melalui 'tebuk atap'. Kerja hianat mereka dan gerombolannya telah dipermudahkan dengan bantuan orang tua 95 tahun yang munafik, tidak sedar diri diuntung dan pendendam kepada Anwar.

Umno, Pas dan beberapa parti lain bukan 'hero' utama siri pengkhianatan ini, tetapi mereka sebagai parti politik sudah pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan keuntungan politik. Asalnya pendirian Umno dan Pas agak mulia dan terpuji apabila memutuskan tidak mahu bersubahat dengan pengkhianat ini dan mereka mahu Parlimen dibubarkan sebaik sahaja si tua itu meletakkan jawatan sebagai PM. Namun, iman mereka tidak kuat dan terpesona dengan berbagai tawaran yang diberikan oleh pengkhianat. Parti lebai lupa kepada serban di kepala dan jubah labuh yang dipakai dek kerana umpan duniawi. Mereka lupa kisah kerajaan Perak yang dikhianati dan dirampas pada tahun 2009, sewaktu MB nya adalah dari parti mereka. Mereka kini 2 X 5. Prinsip Islam hilang entah ke mana.

Anwar terus istiqomah dan mengepalai PH untuk mengembalikan semula hak rakyat. Apatah lagi di dalam situasi kritikal Covid dan ekonomi serta pengangguran yang semakin teruk, Anwar terus bersabar dan berusaha mencari jalan agar negara ini dapat diselamatkan dari kehancuran hasil kerja pengkhianat. Usaha Anwar ini dilihat begitu ikhlas kerana beliau selalu bercakap tentang ekonomi dan rakyat. Beliau tidak menyerang individu yang lain seperti si tua haprak itu yang tidak pernah lekang mulutnya menyerang dan memburukkan Anwar meskipun kuasa telah hilang dari tangannya. Mungkin, kesabaran dan keikhlasan Anwar inilah berjaya menambat hati beberapa MP lain untuk memberikan kepercayaan kepada tokoh reformasi ini. Mungkin tidak semua ikhlas menyokong, tetapi jangan kita menolak kesemuanya. Asalkan sokongan itu tidak disebabkan oleh tawaran atau habuan seperti yang dilakukan oleh PM sebelum ini, itu sudah cukup baik.

Tugas Anwar sekarang adalah membuka 'atap' untuk menghalau 'saka jahat' keluar yang selama ini merasuk rakyat. Dari mana 'saka; itu masuk, dari situlah kita akan nyahkan. Kebenaran akan mengatasi kebathilan, cuma masa menentukan. Kuncinya adalah kesabaran di dalam usaha dan tawakkal kepada Allah. Semoga Allah permudahkan kerja2 baik dan mulia ini. Kita mahukan negara yang dirahmati dan diberkati agar rezeki dari bumi, laut dan langit mencurah2 datang memberikan nikmat kepada seluruh rakyat Malaysia.

11 ulasan:

  1. Mandat yang rakyat berikan sebenarnya adalah kepada Tun bukannya DSAI. Kerana PH sepakat memilih Tun sebagai PM sekiranya PH menang pilihanraya dan rakyat telah memilih. Ulang, rakyat tak memilih DSAI tetapi Tun dan rakyat tidak tahu pun tentang perjanjian penyerahan kuasa kepada DSAI. Kalau Tun tidak turut serta mungkin PH tak berupaya mengambilalih negara dari BN. Tun letak jawatan kerana beliau kecewa atas desakan-desakan PKR dan Amanah untuk melepaskan kuasa kepada DSAI dan keputusan-keputusan mentadbir yang sering diganggu oleh mereka. Jadi apa yang diperkatakan sebelum pilihanraya dahulu benar, PKR menggunakan Tun untuk mendapatkan kuasa. Tapi Tun tidak bodoh.

    BalasPadam
  2. Frasa Tun tidak bodoh, agak tidak tepat. Sebab yang khianat adalah orang-orang kepercayaan Tun (TMY/AA) is. Pengkhianatan berpunca daripada grand design mereka(termasuk Tun?). Tun diperdayakan mereka, dan mereka jauh lebih muda dan panjang akal. Akhirnya,Tun tak nampak bijak...kerana usianya itu.

    BalasPadam
  3. Tun bijak dalam merencana strategi untuk menjatuhkan Najib dan juga bijak dalam memastikan lawannya tidak akan dapat kerusi PM. Kes pengampunan dan kes letak jawatan. Sebab itulah DSAI nampak terlalu gopoh ditambah lagi dengan kenyataan DAP tentang Shafie calon PM. Terdesak beliau terpaksa berpakat dengan semua parti melayu kecuali PBM untuk membentuk kerajaan Melayu Islam. Beliau agak berdendam dengan kenyataan DAP dan perlu bertindak segera bersendirian tanpa pengetahuan mereka.

    BalasPadam
  4. Kalau terjadi dlm sejarah Malaysia rakyat akan dpt seorang PM tebuk belakang

    BalasPadam
  5. Ya betul. Dan bawa catatan dan qazaf kamu ke dalam catatan amalmu dan disaksikan oleh ummah yang membaca qazaf kamu ini. Tabarakallah.

    BalasPadam
  6. Salam untuk ummah dan semua reformis:

    Bekas Presiden kedua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Profesor Ustaz Dr Razali Nawawi menyeru rakyat Malaysia yang bersimpati dan menyokong perjuangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melakukan solat hajat, zikir dan munajat menjelang 13 Oktober ini.

    InsyaAllah.

    BalasPadam
  7. Pru14 menang PH bukan kerana tunM. Rakyat mahukan reformasi. Rakyat mahukan pembaharuan. Apabila tak Ada apa yg berubah Dan kalau Ada pun lembab mcm Tak berubah, itu yg kecoh tu. Macam Mana nak berubah bila kepalanya tetapi makhluk yg sama yg buat punah sebelum ini.
    Keadaan ketika itu macam sekarang lah juga. Parti yg kecil jumlah representasi di parlimen nak kuasai segalanya. Mana dia orang belajar. Budak tadika pun tahu 40 tu lebih banyak drpd 10. Tapi yg 10 Ni bukan main beSAR kepala perasan mcm 100.
    Sudahlah tunM sudah sangat tua. Dsai pun tua gak. Najib pun bukan miss tambah just curi lagi. Jadi yg tua-tua Ni berundur jer lar. Beri kpd yg muda Dan bertenaga. Azmin muda lagi tp aku nak Tanya Sapa nak pemimpin gay. Beruk Dan kera Tak berhubungan sejenis inikan Pula manusia. Muhyidin lagilar. Bukan sekadar tua banyak penyakit pulak tu. Tambahan Pula skandal dgn Nika jee dah selesai Blum? Abah konon....

    BalasPadam
  8. Tapi erdogan tu bukan homo

    BalasPadam
  9. sendiri yang menebok atap rumah sendiri konon hendak menjerat seseorang tapi sayang orang yang hendak dijerat tahu tiang2 rumah itu sudah rosok kerna dimakan anai2 dan meninggalkan rumah itu kerana ia akan roboh

    BalasPadam
  10. Politikus bapak kepala lutut yang sangat buat menyemak di Malaysia.

    PM4/7 bukan sahaja anggap Melayu malas tapi dia juga percaya Melayu dan semua Rakyat Malaysia bodoh dan mudah lupa.

    Banyak pembohongan sekali lagi dalam posting terbaru dia.

    Kau kata Warisan menang Sabah di PRU14 tahun 2018.

    Ini satu pembohongan amat jelas.

    Warisan tak menang Sabah di PRU14.

    Yang membentuk kerajaan ialah BN dan Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri. Kau gunakan SPRM untuk ugut ADUN-ADUN kerajaan BN Sabah kononnya mereka dibayar wang untuk sokong Musa Aman.

    "The MACC probe comes after Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad vowed to investigate any element of corruption over the party hopping in the state assemblies.'

    "23 May 2018: MACC investigating ‘RM20mil for Jeffrey’ claims"
    https://www.thestar.com.my/.../macc-investigating-rm20mil...

    Rumah digeladah, wakil Rakyat disoal siasat berhari-hari. Satu celah bukti pun tidak dapat dicari untuk menyokong tuduhan TUn Mahathir..

    Lalu parti UPKO yang bertanding atas tiket BN melompat ke Warisan untuk menjatuhkan kerajaan BN Sabah.

    "UPKO umum keluar BN, wujud kerajaan campuran dengan Warisan"
    https://www.astroawani.com/.../upko-umum-keluar-bn-wujud...
    (UPKO telah dihukum warga Sabah sebab melompat pada PRN lalu setelah mereka kalah 6 daripada 7 kerusi yang ditanding. Presiden UPKO sendiri pun kalah)

    Kau lah PM4/7 sebut kerajaan pintu belakang sebenarnya ialah kerajaan Warisan Sabah.

    Musa Aman tidak dibenarkan berjumpa dengan TYT Sabah dan digugurkan jawatan untuk membenarkan Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dengan cara yang melanggar perlembagaan.

    Ini telah disahkan mahkamah.

    "4 Sep 2020: TYT exceeded powers in sacking Musa; case not academic"
    http://www.dailyexpress.com.my/.../tyt-exceeded-powers.../

    Selepas beberapa ADUN hilang kepercayaan terhadap kerajaan Warisan dan Shafie hilang sokongan majoriti kepada Musa Aman.

    Kerajaan Warisan pun tumbang tapi Shafie kata dia sanggup mati daripada serah kembali kuasa sebagaimana dia rampas kuasa melalui pintu belakang selepas PRU14.

    Sebab dia sendiri kata dia sanggup mati maka dia bubarkan DUN untuk mengadakan PRN Sabah.
    Keputusan Shafie bubar DUN juga disokong penuh oleh majlis presiden PH.

    "30 Julai 2020: Majlis Presiden PH sokong Shafie bubar DUN Sabah"
    https://suaramerdeka.com.my/majlis-presiden-ph-sokong.../
    Masa itu, Najib bantah DUN dibubar untuk PRN. Bidas Shafie rakus kuasa. Musa Aman juga tolak PRN

    "30 Julai 2020: Musa Aman tolak keputusan bubar DUN kerana bahayakan nyawa rakyat Sabah"
    https://www.astroawani.com/.../musa-aman-tolak-keputusan...
    Musa Aman bersama 32 ADUN Sabah juga 3 kali mohon mahkamah untuk batalkan keputusan bubar DUN tapi kalah 3 kali.

    "11 Sep 2020: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan tangguh PRN Sabah"
    https://www.bharian.com.my/.../mahkamah-persekutuan-tolak...
    Perlu juga dinyatakan bahawa kerajaan negeri pernah tukar tangan 5 kali selepas PRU14 iaitu Sabah pada tahun 2018 dan Johor, Melaka, Perak dan Kedah pada tahun 2020.

    Tapi sekali pun DUN tidak dibubar dan PRN diadakan dalam kelima-lima kali ini.
    Hanya Shafie sahaja yang bubarkan DUN untuk adakan PRN.

    Sebab itu, Shafie bukan TERPAKSA bubar tetapi dia sanggup mati dan membahayakan nyawa warga Sabah untuk kekalkan kuasa dia.

    Sebab itu, Shafie mohon maaf kepada warga Sabah kerana membubarkan DUN pada ketika kes Covid mula meningkat di sana.

    "24 Sept 2020: Mohd Shafie mohon maaf adakan PRN ketika Covid-19"
    https://www.sinarharian.com.my/.../Mohd-Shafie-mohon-maaf...
    Ini ialah fakta sejarah yang tak dapat dinafikan.

    Pada Tun M, kau jangan cuba nak bohong Rakyat lagi untuk salahkan PN-BN.

    Kau adalah watak utama yang salah gunakan kuasa untuk tumbangkan kerajaan BN Sabah selepas PRU14.
    Posting PM4/PM7: https://www.facebook.com/TunDrMahathir/posts/10157763013748652

    ps : Kau yang paling ke depan kalau Buat menyemak kat Malaysia nih. Politikus fitnah lidah bercabang kepala lutut mudah lupa dah nyanyuk ni

    BalasPadam