RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 17 November 2009

PILIHANRAYA KECIL DI KEDAH - PAS BERSEDIA

Pas sudah kenal pasti calon:Azizan


Oleh: MOHD IDROS MOHD ALI
mohd.idros@sinarharian.com.my


ALOR SETAR - Pas sudah bersedia menghadapi pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh berikutan berlaku kekosongan kerusi itu seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, calon yang sesuai sudah dikenalpasti sejak beberapa waktu lalu walaupun mengakui itu adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Kita menghormati keputusan mahkamah dan tidak pernah menyalahkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai masalah yang berbangkit.

“Mungkin mereka mempunyai tafsiran undang-undang yang berbeza dengan kita," katanya kepada media selepas membentangkan Bajet 2010 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini. /Sinar

PILIHANRAYA DI KOTA SIPUTEH

16 November, 2009

Kerusi Kota Siputeh Diisytihar Kosong, Mahkamah Perintah Pilihan Raya Baru

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini pada hari Isnin.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN esok.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya ketika menyampaikan keputusannya pada 5.30 petang.

"Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) berpuas hati dengan syarat itu," kata Hakim Alizatul ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Abdul Isa, yang diwakili oleh peguam utama Sulaiman Abdullah, memfailkan semakan kehakiman pada 1 Okt, selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil rakyatnya.

Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.

Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika mana-mana anggota DUN tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran Speaker selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusi yang diwakilinya akan menjadi kosong.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Alizatul berkata tidak dipertikaikan bahawa Abu Hassan tidak memperoleh kebenaran daripada Speaker untuk tidak menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut, dan hanya mengemukakan sijil cuti sakit beliau kepada Speaker pada 10 Ogos 2009.

"Speaker mempunyai kuasa mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah bagi memberi kebenaran dan beliau tidak bertindak secara tidak munasabah apabila menolak sijil cuti sakit bertarikh 10 Ogos 2009 selepas mengetahui bahawa wakil rakyat itu turut menghadiri satu majlis pada hari yang sama," katanya.

Hakim Alizatul menegaskan SPR telah bertindak secara tidak sah ketika menerima sijil cuti sakit yang dikemukakan oleh Abu Hassan sebagai alasan kerana ketidakhadirannya.

SPR juga membuat keputusan tidak wajar ketika memutuskan bahawa Perkara 51 hanya boleh digunakan selepas Speaker merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, katanya.

"Tiada peruntukan mandatori dikenakan ke atas Speaker untuk berbuat demikian memandangkan keputusan sama ada merujuk perkara itu kepada jawatankuasa berkenaan atau tidak adalah budi bicara beliau memandangkan perkara berkaitan kebenaran bukanlah keistimewaan yang diberikan kepada seseorang wakil rakyat," kata beliau.

Hakim Alizatul berkata SPR telah tersalah tafsir maksud "dua persidangan berturut-turut" mengikut Perkara 51 sebagai dua sesi berasingan.

"Saya bersetuju dengan peguam pemohon bahawa responden pertama (Abu Hassan) telah tidak menghadiri dua persidangan berturut-turut dalam satu sesi tanpa gendala," katanya.

Mahkamah turut menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan SPR bagi penangguhan perintah pilihan raya kecil.

Di luar mahkamah, Abu Hassan memberitahu pemberita beliau menerima keputusan itu dan menyerahkan kepada peguamnya, Datuk Hafarizam Harun, untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

SPR diwakili peguam kanan persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said.


-- BERNAMA

Isnin, 16 November 2009

Anwar isytihar perang pertahan S'gor


Abdul Rahim Sabri
Nov 15, 09


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..

"Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habis-n," katanya.

Najib juga merupakan pengerusi perhubungan Umno Selangor dan pengerusi BN.

Anwar berkata demikian dalam ucapatama dalam konvesyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam pagi ini.

Kira-kira 1,500 perwakilan daripada 22 cabang PKR di negeri ini memberi tepukan gemuruh ekoran pengisytiharan perang itu.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata serangan untuk merampas Selangor, dapat dilihat daripada beberapa isu yang cuba ditimbulkan untuk melemahkan kepimpinan Khalid yang juga pengerusi PKR negeri.

"Hari-hari serang Tan Sri Khalid. Tak habis dengan isu lembu untuk hari raya korban, dia serang dengan isu kepala lembu. Kita jangan ingat (serangan) selesai. Kalau kita rasa selesai, kita silap.

"Bila PM (perdana menteri) nak serang dan rampas, dia akan guna segala jentera. Mungkin dia gunakan kata-kata yang lunak, ia manis bagaikan madu tetapi ia umpama racun bisa bagaikan hempedu," katanya.

Katanya, perkara itu juga menjadi antara sebab utama beliau menerima tawaran Khalid yang juga pengerusi PKR Selangor untuk menjadi penasihat ekonomi negeri itu.

"Saya datang untuk bantu kerajaan negeri dan rakyat dan tidak mahu menimbulkan ketegangan politik. Saya mahu (tugas) menteri besar menjadi lebih kukuh.

"Jangan ada anak-anak kecil yang nak bermain-main di sini, saya datang kerana ada pengalaman. Kalau ada anak kecil main-main, kita tangkap dan lempar keluar," katanya

Anwar juga berjanji untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan mempertahankan ekonomi negeri itu.

Beliau berkata, ini kerana laporan ketua audit negara menjelaskan bahawa prestasi dan rekod baik telah ditunjukkan oleh Khalid dan ia tidak pernah dicatatkan oleh menteri besar sebelum ini.

Dalam ucapan itu juga Anwar optimis bahawa kerajaan Selengor di bawah Pakatan Rakyat dapat dipertahankan dalam pilihanraya akan datang dan prestasinya juga akan jauh lebih baik daripada pilihanraya Mac tahun lalu.

"Ini markas kita, ini kubu kita. Dia datang sentuh, kita lesing dia," katanya yang sekali lagi mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Dalam sidang media selepas itu, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa pengisytiharan perang itu adalah tindak balas terhadap pengisytiharan Umno untuk merampas kembali Selangor.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang melibatkan pembangunan dan kepentingan rakyat.

"Kita tentunya akan bertahan dan serang balas (jika ada serangan). Dan pendekatan kita dari awal, dari segi kerajaan adalah kerjasama, bukan lawan. Dan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan.

"Kalau urusan pembangunan ikut lunas yang baik dan lunas demokrasi, kita ikut dan bukan bermaksud untuk melawan," katanya./Malaysiakini

Khalid: Umno puji kejayaan Pakatan tadbir S'gor


Abdul Rahim Sabri
Nov 15, 09


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa Tan Sri Muhammad Muhd Taib - bekas menteri besar Umno - mengakui bahawa perubahan dan kepimpinannya yang membuat reformasi di Selangor, menyukarkan parti itu untuk menguasai semula negeri itu.

Khalid yang juga pengerusi PKR negeri mendakwa Mat Taib telah berjumpa dengannya beberapa hari sebelum konvenshyen ini berlangsung.

"Dua tiga hari yang lepas, Tan Sri Muhd Taib datang jumpa saya, dia kata 'Khalid kalau macam ini habis lah kita'.

"Kalau macam ini, bekas menteri besar itu kata, 'wah dalam masa 20 tahun kami memerintah, dalam masa 20 bulan kamu boleh tunjukkan keupayaan PKR. Ini satu penghormatan kepada kita," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menggulung konvensyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam petang ini.

Muhammad Muhd Taib menjadi menteri besar Selangor selama 11 tahun mulai 1986.

Dalam pertemuan itu, beliau mendakwa Muhd Taib (kanan) mahu bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar di negeri itu.

"Tapi kita kata nanti dulu. Saudara tahu tentang reformasi atau tidak. Kalau saudara tidak faham tentang reformasi, nanti saya susah. Kalau orang dalam tidak reti, tambah lagi orang luar," katanya sambil disambut gelak ketawa kira-kira 500 perwakilan.

Dalam ucapannya juga, Khalid juga turut menyentuh mengenai perletakkan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah yang mengisytiharkan keluar daripada PKR dan menjadi 'mesra BN' akhir bulan lalu.

Katanya, tindakan Badrul Hisham itu tidak melemahkan parti itu untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Badrul bila lompat di Pelabuhan Klang, macam kita hilang satu parti. Ia tidak ada kena mengena. Dia hilang pun kita tak tahu. Kita pun tak kisah dia hilang.

"Hendak hilang, hilanglah tak jadi masalah. Itu kekuatan kita. Yang jadi masalah orang yang belah sana... Kalau (Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo rasa Badrul adalah kawannya, tahap dia (pun) macam Badrullah," katanya mengundang gelak ketawa hadirin sekali lagi.

Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak turut menyentuh kejayaan Pakatan Rakyat mengurus dan mentadbir Selangor dalam usaha untuk merakyatkan ekonomi negeri itu.

Katanya, kejayaan membawa perubahan dalam negeri Selangor telah mendapat pujian rakan dan lawan bahawa PKR dan Pakatan Rakyat boleh mentadbir negeri ini, hasil usaha bekerja dalam satu pasukan.

"Sokongan menggembirakan daripada rakyat, dan mereka merasakan kita sebahagian daripada mereka.

"Sokongan daripada DAP dan PAS, walaupun ada soal-soal yang cuba melagakan kita, cuba menimbulkan keadaan yang tak tenteram, tetapi kita dapat bekerja dalam satu pasukan," katanya.

Khalid berkata, kejayaan PKR dalam melakukan reformasi di negeri itu akan lebih nyata sekiranya dapat bekerja dalam satu pasukan./Malaysiakini

Sabtu, 14 November 2009

RAIS UMPAMA BOTOL LAMA BERKARAT YANG PECAH DI GAM SEMULA

Oleh: WFAUZDIN NS

ALANGKAH sakitnya hati anak Yatim Menteri Penerangan apabila mengetahui DS Anwar telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai Penasihat Ekonomi dengan elaun RM 1 sebulan. Si Rais anak Jolobu ini pun mengulas dengan katanya, "Tapi sebenarnya ini ibarat menjual air lama dalam botol yang lama," Kata-kata beliau ini menunjukkan beliau mengiktiraf betapa berharganya DS Anwar Ibrahim. Jika dilihat ketokohan dan keupayaan DS Anwar jika dibandingkan dengan anak Jolobu ni, teramat jauhnya umpama langit dan bumi. Rais masih hidup dalam politik sehingga kini pun akibat belas ehsan sahaja bukan kerana ketokohannya.

Orang yang pernah `membakar jambatan' dengan Umno sewaktu menyalak di dalam Parti Melayu Semangat 46 ini telah disedekahkan kerusi Ketua Bahagian Umno Jelebu oleh Yunus Rahmat penyandang kerusi tersebut sewaktu Rais melompat katak ke Parti S46. Apabila beliau rujuk dan menjilat kahaknya kembali bersama Umno, atas toleransi dan ehsan kerusi Ketua Umno Bahagian Jelebu diserahkan kepada beliau oleh Yunus Rahmat. Kita masih ingat Rais merayu untuk dicalonkan semula sebagai MP Jelebu pada pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Itulah Rais yang kononnya merasa hebat sedangkan tewas di dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno yang lalu. Tewas pula kepada Hishamuddin dan Zahid yang dikira budak hingusan jika dibandingkan dengan tua bangkanya Rais di dalam politik. Budaya ampu dan bodek memang kerja anak Jolobu ini.

"Tapi sebenarnya ini ibarat menjual air lama dalam botol yang lama," Kata-kata Rais itu kononnya untuk merendahkan kredibiliti DS Anwar tetapi beliau tidak secerdik seperti yang orang Jolobu mungkin fikirkan. Fikir dengan hati yang waras, jika sesuatu air atau botol yang lama masing ingin diguna atau dijual, apa ertinya? Bodohlah sekiranya sipengguna atau sipenjual ingin menjual air atau botol yang lama tambahan pula di era moden ini. Ini bermakna, air itu amat berharga mungkin air jampi yang boleh mengubati berbagai jenis penyakit seperti penyakit rasuah dan sebagainya. Botol lama itu juga mungkin amat bernilai dan keramat sehingga boleh mengurung hatu raya yang melesapkan duit rakyat atau pun sipemakan komisyen RM 500 juta kapal selam. Justeru itu, mengapa Rais risau dengan perlantikan DS Anwar ? Iri hatikah bila DS Anwar dapat elaun bulanan sebanyak RM 1 dari Kerajaan Negeri terkaya di negara ini?

Ini berlainan dengan Rais, beliau umpama botol karat yang telah retak digam semula dan air di dalamnya bukan sahaja lama bahkan telah basi. Maka, terpaksa memohon dan merayu untuk diberi peluang bertanding di dalam pilihanraya yang lalu. Lihat, siapa lebih berwibawa? Rais atau DS Anwar? Rais sentiasa dikalahkan oleh orang-orang bawahannya atau juniornya. Semasa DS Anwar ditabalkan sebagai Timbalan Presiden Umno dan TPM, Rais masih terkulat-kulat di bawah. Kini, Rais terkulat-kulat lagi bila juniornya Hishamuddin dan Zahid berada di atasnya. Inikah kehebatan orang Jolobu ini? Patut pun di Jolobu semasa saya datang dulu hendak mencari bas pun susah. Tidak tahulah sekarang sudah selesai ke belum masalah bas di Jolobu. Diharapkan jika ada pembaca artikel ini yang tahu samada masalah bas di Jolobu ini sila maklumkan untuk pengetahuan ramai. Jika ingin selesaikan masalah bas pun terhegeh-hegeh macam mana hendak menjadi seorang Penasihat Ekonomi seperti DS Anwar?
Mungkin sekadar boleh jadi Penasihat 20 persen seperti dalam filem `Tiga Abdul'.

Tahniah buat DS Anwar kerana beliau tidak memandang kepada upahan untuk berkhidmat kepada rakyat. Elaun RM 1 sebulan selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor mungkin boleh dicatatkan di dalam `World Guiness Book Record'. Agaknya ada tak mana-mana tokoh Umno yang ingin pegang jawatan itu dengan elaun sebanyak itu? Cuba tanya Tun Mahathir yang menjadi Penasihat Petronas tu berapa elaunnya?/Kembali ke laman asal.

Jumaat, 13 November 2009

TUAN GURU TIDAK JADI KE TANAH SUCI ?

Oleh: WFAUZDIN NS

APAKAH ini berita yang dimaksudkan oleh blog Pinkturtle2 ? Baca di sini. Nampaknya kerja-kerja syaitan mula dimainkan oleh beberapa puak untuk menghancurkan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan. Bermula dengan isu PMBK sehingga terpelantingnya Syed Azidi atau Kickdefella dari PMBK sehinggalah kisah MB Kelantan ditaja oleh seseorang yang bermurah hati untuk menunaikan ibadah haji atau umrah. Isu berkaitan PMBK dan Syed Azidi telah saya ulas sedikit di sini.

Sedikit saya tergerak untuk mendahului tulisan sahabat saya Pinkturtle yang dikatakan akan mengulas satu cerita terbaru sedikit jam lagi. Soalnya adalah berkaitan tangan-tangan syaitan yang memainkan peranan untuk menunjukkan Tuan Guru Nik Aziz melakukan umrah atau haji yang ditaja melalui jalan yang tidak betul. Senang cerita, mereka menganggap ibadat yang dilakukan oleh Tuan Guru di Mekah hasil daripada tajaan si pemurah hati itu adalah rasuah. Tuan Guru MB Kelantan juga kaki rasuah, itu sebenar yang ingin disampaikan oleh puak-puak ini. Kali ini operasi mereka agak kasar dan jahat di mana Tuan Guru dan menantu dikaitkan sekaligus.

Soalnya siapakah mereka ini? Pertama kali saya tidak menuduh Umno telibat di dalam hal ini walaupun media mereka tentunya punyai modal terbesar untuk memburukkan imej Tuan Guru. Ironisnya, kebetulan atau tidak, terpelanting pula seorang penulis blog yang bekerja dengan PMBK dan kini mendakwa banyak berlaku penyelewengan di dalam PMBK yang beliau ketahui semenjak beliau bertugas di PMBK. Soalnya semenjak bila beliau ketahui ada penyelewengan dan kenapa setelah dipelanting keluar baru berani bersuara? Itu pun sekadar berani bersuara tanpa apa-apa bukti walaupun amaran demi amaran beliau keluarkan melalui media. Orang ini mengaku bekerja khusus untuk seorang Exco di dalam Kerajaan Negeri dan sebelum ini kita tidak ketahui cerita sebenar beliau di PMBK.

Apa kaitan PMBK dengan isu tajaan Tuan Guru Nik Aziz? Mudah untuk difahami, pertamanya CEO PMBK adalah menantu Tuan Guru selaku MB Kelantan. Keduanya, tajaan dibuat untuk Tuan Guru ke Mekah. Maksud tersirat, PMBK mungkin terlibat di dalam penyelewengan dan kini dalam siasatan dan Tuan Guru juga sama mungkin akan disiasat. Kita saksikan nanti adakah kerja-kerja syaitan ini berjaya atau tidak.

Walau apa pun, niat mereka sedikit sebanyak terhasil. Nama baik PMBK kini terjejas dan imej Tuan Guru dilhat tercemar. Sebagai seorang yang alim dan warak, jalan paling baik bagi menghindari fitnah jahat ini adalah dengan cara Tuan Guru membatalkan pemergiannya ke Mekah. Ini yang saya jangkakan dan mungkin ini juga yang ingin disampaikan oleh rakan saya Pinkturtle. Tuan Guru terpaksa menahan sebak dihati dengan menangguhkan pemergiannya ke Mekah walaupun ada pihak yang berhati mulia sanggup untuk membiayai kos pemergiannya ke Baitullah. Mereka berjaya menggagalkan ibadah ke Mekah Tuan Guru kali ini, tetapi belum tentu mereka berjaya di dalam perancangan jahat mereka.

Hairan bin ajaib, di mana panglima Tuan Guru selama ini? Di mana Husam Musa? Mungkin Husam kini tersepit di antara Tuan Guru atau pun rakan karib. Kita lihat kisah seterusnya dan yang pasti drama merebut jawatan MB Kelantan kini telah bermula./Kembali ke laman asal.

ISU PMBK DAN BAKAL MB KELANTAN ADA KAITAN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

KICKDEFELLA atau Syed Azidi telah ditamatkan perkhidmatannya oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang mana sebelum ini beliau menjawat jawatan Pegawai Perhubungan Korporat PMBK. Difahamkan kontrak asal beliau sepatutnya berakhir pada April 2010, tetapi PMBK telah menamatkan perkhidmatannya lebih awal. Beliau dikatakan mula berkhidmat di PMBK pada April 2006 dan sudah tentulah prestasi beliau menjadi ukuran sebelum PMBK mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya.

Bukan mudah untuk PMBK untuk mengambil tindakan drastik sedemikian rupa apatah lagi dikatakan Syed Azidi merupakan orang kuat kepada Exco YB Husam Musa iaitu penyokong setia kepada MB Kelantan. Tetapi mengapa terjadi nasib sedemikian ke atas Syed Azidi? Semua orang mengetahui bahawa PMBK kini diterajui oleh menantu MB Kelantan sendiri dan lebih hangat lagi pada ketika penamatan kontrak berlaku ke atas Syed Azidi, PMBK di dalam siasatan oleh SPRM. Maka, pelbagai tafsiran dibuat oleh orang ramai tentang pemecatan Syed Azidi. Isu ini bertambah sensasi apabila Syed Azidi sendiri mengadakan sidang media dan memberi amaran untuk mendedahkan apa yang berlaku di dalam PMBK.

Amaran dari penulis blog terkemuka itu langsung tidak menakutkan menantu MB Kelantan Abdul Arif Fahmi yang kembali menyahut untuk mencabar Syed Azidi agar membongkarkan apa yang beliau ketahui berkaitan PMBK. Anehnya, Syed Azidi seolah-olah menekan `break' sedikit dengan menyatakan bahawa beliau tidak mahu terperangkap dengan cabaran menantu MB Kelantan itu untuk mendedahkan `rahsia' di dalam PMBK. Kita tertunggu-tunggu juga apa yang hendak didedahkan oleh Syed Azidi agar nama baik PMBK dapat dipulihkan. Malangnya, Syed Azidi belum berani untuk berbuat demikian. Tidak berani atau sememangnya tiada apa yang hendak didedahkan olehnya, Wallahu Aklam.

Sewajarnya Syed Azidi menerima penamatan kontrak beliau itu dengan berlapang dada. MB Kelantan dan juga menantunya tidak pernah menuduh Syed Azidi dengan apa jua tuduhan. Beliau ditamatkan perkhidmatan atas dasar perkhidmatannya tidak memuaskan hati PMBK atau juga masalah disiplin. Itu biasalah bagi yang bekerja secara kontrak. Sejak tahun 2006 sehingga 2009, serta dibayar pampasan sehingga April 2010 dikira amat bertuah jika hendak dibandingkan dengan nasib ramai lagi yang tidak berpeluang menjadi seperti Syed Azidi. Jadi, mengapa Syed Azidi tidak menerima kenyataan bahawa perkhidmatan beliau di PMBK tidak lagi diperlukan? Sedangkan Wakil Rakyat pun jika menunjukkan perkhidmatan yang tidak baik akan ditolak oleh rakyat.

Mungkin beliau merasakan beliau menjadi punca mengapa SPRM tiba-tiba menyiasat PMBK. Itu anggapan beliau semata-mata dan beliau tidak perlu takut merasa pedas jika beliau tidak mengunyah cili. Tetapi jika itu benar, kita anggap beliau adalah hero kerana sanggup ditamatkan kontrak semata-mata untuk membantu SPRM mencari segala penyelewengan yang berlaku di dalam PMBK, jika ada. MB Kelantan sendiri pun kata, orang yang mengadu kepada pihak SPRM tentang berlakunya penyelewengan di PMBK beserta bukti kukuh akan mendapat pahala dan MB Kelantan gembira jika dapat dibuktikan menantunya bersalah. Tetapi jika tidak, orang yang membuat cerita ini menanggung dosa besar. Tidakkah Syed Azidi merasa bertuah mempunyai MB seperti ini? Jika beliau merasa bertuah, mengapa perlu merasa bahang kepanasan teramat sangat?

Saya amat memuji keberanian menantu MB Kelantan yang berani berdepan dengan SPRM. Bukan senang untuk mencari pegawai yang sebegini berani. Kebanyakannya bila mendengar SPRM hendak datang ke pejabatnya, mulalah hendak terkencing dan terberak. Soal ada berlaku atau tidak penyelewengan, biarlah SPRM yang menyiasat dan jika Syed Azidi ada maklumat bolehlah datang membantu SPRM bukan sekadar adakan sidang media untuk membuat gertakan. Jika beliau tiada maklumat, lebih baik beliau diam dan menerima takdir yang menetapkan cukup sekadar itu rezeki beliau di dalam PMBK. Kita bimbang nanti, siasatan SPRM terhadap PMBK selesai dengan tiada kes, timbul pula kes pelik-pelik terhadap Syed Azidi. Di masa itu beliau tidak boleh menyalahkan orang lain kerana beliau yang memulakan `permainan' ini.

Banyak cerita menyatakan isu ini bukan sekadar isu PMBK semata-mata. Tetapi ada kaitan juga dengan sabotaj pihak tertentu untuk memburukkan nama MB Kelantan dan tokoh yang mungkin akan diberi kepercayaan oleh MB Kelantan untuk menggantikannya. Ada tokoh yang merasakan dirinya layak untuk menggantikan Tuan Guru Nik Aziz sebagai MB Kelantan kini mulai terasa terpinggir dan mula memainkan `permainan' yang kita dapat lihat sekarang. Saya harap Syed Azidi tidak terlibat sebagai salah seorang `pemain' di dalam `permainan' yang diaturkan ini./Kembali ke laman asal.

Khamis, 12 November 2009

Kenapa Cemas Bila Anwar Nak Serang Najib?



Posted on Wednesday

Oleh Mohd Sayuti Omar

BELUM apa-apa Umno nampaknya sudah kelam kabut dan beberapa soldadunya terpaksa melepaskan peluru sebelum pihak Anwar Ibrahim dan PKR memulakan perang. Baru saja terdengar PKR menyusun rancangan untuk menyerang Perdana Menteri, soldadu kelas tiga Umno sudah pun membedil. Kenapa begitu sekali? PKR belum pun lagi memulakan hanya baru berbincang mengatur strategi dalam mesyuarat. Entahkah betul ataupun tidak strategi itu.

Bila Umno bertindak sebelum wisel dibunyikan menampakkan Umno dalam keresahan dan kegelabahan. Keresahan ini menjukkan kebodohan parti berkenaan dan sekaligus menggembarkan betapa berbisanya Anwar Ibrahim. Biasanya pihak yang merasakan dirinya kuat tidak mudah panik.

Tindakan beberapa orang pemimpin parti itu yang mengecam Anwar bolehlah dianggap bedilan dari soldadu kelas tiga. Antara mereka yang sudah mengecam Anwar ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Muhammad Hassan, Noh Omar dan ketua puteri Umno, Rosnah Rashid Shirin.

Kata Mat Hassan, langkah PKR hendak serang Perdana Menteri itu menunjukkan parti itu sudah berpecah dan hilang tumpuan. Tindakan itu juga menurut Mat Hassan kerana Anwar ingin mengalihkan perhatian terhadap isu pendakwaanya di mahkamah.

Manakala Noh Omar pula Anwar terpaksa berbuat begitu kerana sudah merasai dengan dengan perubahan dibawa Najib. Kata Noh rakyat sudah menerima kepimpinan Najib dan rakyat sudah mengenali Anwar Ibrahim?

Benarkah apa yang digambarkan kedua soldadu kelas tiga ini? Bahawa pentadbiran Najib diterima rakyat? Najib dapat memulihkan keadaan ekonomi negara dan dasar dan polisi Najib diterima rakyat?

Kalau apa yang mereka katakan itu benar kenapa harus rungsing dengan strategi yang diaturkan itu? Rakyat tidak akan termakan dengan apa yang akan dilambungkan oleh Anwar terhadap Najib. Kalau rakyat sudah memerut dengan Najib, Anwar bilang apa pun rakyat tidak akan peduli.

Bimbangnya, apa yang Mat Hassan dan Noh Omar katakan itu hanya bayangan dan ilusi mereka saja. Ia tidak lebih daripada satu perasmian acara untuk membodek pemimpin atasan di mana di sebaliknya membawa niat tertentu. Mereka perlu mengatakan yang indah-indah kepada bos mereka untuk selamatkan diri. Umum orang tahu apa yang berlaku di sekitar Noh Omar dan Mat Hassan waktu ini.

Kedua pemimpin ini sedang diperhati oleh Najib. Indeks IKP mereka sedang dinilai. Jadi mungkin kerana nilai indeks mereka rendah maka ia perlu ditambah dengan acara bodek dan pujipuja kepada Najib?

Rakyat kini sudah cerdik dan bijaksana membuat penilaian. Baik terhadap apa yang akan Anwar dedahkan ataupun melihat apa yang Najib lakukan. Keduanya sedang diadili oleh rakyat dengan penuh prihatin. Rakyat juga bukan jenis soldadu. Mereka akan tetap memilih intan dari kaca.

Misalnya dakwaan Najib kini berjaya memulihkan keadaan ekonomi negara. Ia bukan saja boleh diucap tetapi rakyat mahu melihat realitinya. Mungkin Noh tidak perasaan hari ini boleh dikatakan setiap hari ada perniagaan ditutup? Kalau eknomi pulih perniagaan tidak akan ditutup. Ukuran rakyat tersangatlah mudah.

Rakyat pula diberikan subsidi beras RM30 dibawah skim Raskin - beras untuk orang miskin. Apakah erti skim itu kalau bukan kerana negara ini berada di tahap membimbangkan? Seumur hidup belum ada skim sebegini tetapi ia diwujudkan di zaman Najib. Apakah ini melambangkan negara maju ataupun negara susah.

Begitu juga dengan ketelusan dan intergriti Najib sebagai seorang pemimpin. Iltizam dan slogan 1 Malaysia yang diuar-uarkan Najib bukan saja didengar dan diterima rakyat, tetapi ianya dinilai rakyat dari semua sudut. Rakyat mengcongak apakah slogan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan itu dipraktikan ataupun hanya retorik semata-mata. Bukan itu saja natijah kepada slogan itu juga sedang dikaji apakah ia mengutnungkan nasib bangsa dan negara.

Diluar mungkin indah dan menarik slogan berkenaan. Tetapi dari dalam, di kalangan nasionalis, ahli akademik dan pejuang bangsa merasakan amat pahit untuk menghayati slogan itu apa lagi menelannya. Slogan ini sedang memakan diri Umno dan Najib. Ia umpama racun yang membunuh konsep awal dijana Umno.

Yang nyatanya dalam konteks ini slogan Najib itu masih boleh dipertikaikan. Masih ada sudut-sudut yang jelas, Najib belum merealisasikan. Beliau lebih mendahulukan Umno daripada rakyat. Maknanya masih ada diskriminasi yang diwarisi oleh Najib dari dasar arpatied Umno.

Apa yang berlaku di Kelantan dengan wang royalti minyak yang ditukarkan kepada wang ehsan, menampakkan akan kecanggungan dan kemungkaran ini slogan Najib.

Di sini bukan persoalan royalti ditukar kepada wang ehsan, tetapi apakah wang itu kelak terjamin akan sampai dan dinikmati rakyat Kelantan seluruhnya? Seperkara lagi, sekiranya Najib telus sepatutnya beliau bukan saja memberi wang ehsan kepada rakyat Kelantan tetapi menyerahkan kepada kerajaan untuk menguruskannya. Inilah baru tepat slogan rakyat didahulukan.

Najib sering kali mengkhabarkan dia terbuka dan akan adil. Tetapi dalam isu royalti minyak Kelantan ini nampak beliau tidak dapat melaksanakan keadilan seperti mana diharapkan.
Mungkin orang akan melihat cara Najib melayan Pas berbeza berbanding dengan perdana menteri lain sekiranya beliau tidak kedekut dengan menyerahkan semua wang ehsan (royalti) itu kepada kerajaan Kelantan. Kalau Najib tidak bersedia berbuat begitu bermakna beliau juga dua kali lima saja dengan bekas PM terdahulu.

Tetapi apakah Najib rela dan ikhlas berbuat demikian? Inilah yang sedang diperhati dan dinilai oleh rakyat.

Sekiranya serangan peribadi yang hendak dimulakan Anwar seperti mana didakwa itu, Umno tidak dapat mempertahankan Najib. Sebab jelas dan nyata Najib tidak berbuat seperti mana yang dikatakan. Khusus bagi rakyat Kelantan pula akan melihat apakah Najib ikhlas dengan mengunakan wang royalti minyak itu untuk rakyat atau untuk Umno. Perilaku Najib terhadap ini merupakan ujian pertama buatnya setidak-tidaknya oleh rakyat di Kelantan. Lulus atau gagal slogan Najib itu juga terjawab di sini. /Sumber:

http://msomelayu.blogspot.com/

Pecat Kickdefella bukan kerana SPRM


Jimadie Shah Othman


kemaskini 3.33pm Pemecatan Syed Azidi Syed Abdul Aziz dibuat kerana masalah disiplin dan tiada kena-mengena dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), kata ketua pegawai eksekutifnya.

"Dia tidak masuk pejabat. Dia tidak laporkan kerjanya kepada saya, dia tidak pernah pohon cuti. Dia tidak pernah tunjuk cuti sakit," kata Abdul Ariffahmi Abd Rahman.

"Jadi kita putuskan, kita tidak perlu lagi orang macam ini dalam PMBK."

Abdul Ariffahmi, yang juga menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diminta mengulas sebab sebenar pemecatan Syed Azidi, bekas pegawai perhubungan korporat PMBK itu, setelah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu dikunjungi pegawai SPRM minggu lalu.

Bekas pegawai itu semalam memberitahu Malaysiakini bahawa pemecatannya - yang dibuat secara mendadak - susulan siasatan SPRM apabila ada pihak mendakwa beliau membuat laporan kepada suruhanjaya tersebut dan membocorkan maklumat dalaman kepada seorang wakil rakyat BN.

Semalam pada sidang akhbar di Kota Bharu, Syed Azidi dilaporkan ingin mendedahkan dakwaan "kepincangan" dalam pengurusan GLC itu di bawah pentadbiran Abdul Ariffahmi yang dilantik kepada jawatan tersebut dua bulan lalu.

Syed Azidi yang dikenali juga dengan nama di blognya Kickdafella menuntut Abdul Ariffahmi meletakkan jawatan demi menjaga nama baik Nik Abdul Aziz.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Ariffahmi mendakwa pemecatan Syed Azidi (foto kanan) tidak dibuat secara melulu, sebaliknya beliau merujuk terlebih dahulu kepada bapa mertuanya sebagai pengerusi PMBK.

Abdul Ariffahmi juga berkata, beliau tidak berasa terancam dengan ugutan Syed Azidi membongkar kepincangan itu kerana beliau telah menjalankan perkhidmatan dengan baik dan telus.

"Saya tidak terasa terancam. Kalau dia hendak dedah, dedahlah. Maklumat yang mungkin ada pada dia adalah maklumat yang salah," katanya, yang juga exco Pemuda PAS Kelantan.

"Saya tidak boleh hendak jelaskan satu persatu sebab perkara ini masih berada adalam siasatan SPRM.

"Perkara yang dia sebut itu perkara remeh-temeh. Tidak ada pun penyelewengan RM10 juta (misalnya)."

Dalam artikel terbarunya di blog peribadinya hari ini, Syed Azidi antaranya mendakwa beliau tidak hadir ke pejabat kerana kemudahan itu telah ditarik balik oleh Abdul Ariffahmi pada awal tahun lalu.

Berhubung perkara itu, Abdul Ariffahmi (foto kiri) sebaliknya berkata: "Dia tidak hadir ke pejabat lama sudah. Sebab itu saya tarik balik."

Sementara itu, Syed Azidi berkata, beliau tidak akan terperangkap untuk mendedahkan isu-isu dalam PMBK.

"Saya hendak dedahkan (kepincangan PMBK) pada dia (Abdul Ariffahmi) buat apa? Kita tahu ada konspirasi.

"Dia boleh ubah tarikh ke belakang (dokumen berkaitan) untuk menghalalkan perkara yang tidak halal.

"Saya tidak akan terperangkap dalam strateginya yang mahukan saya membuat pendedahan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Syed Azidi sebaliknya berkata, semua pihak patut mengurangkan gangguan terhadap siasatan yang sedang diljalankan SPRM.

Mengulas dakwaan beliau tidak melaporkan tugasannya kepada Abdul Ariffahmi, Syed Azidi mengakui perkara itu dilakukannya kerana ia tidak termaktub dalam kontrak perkhidmatannya.

"Saya laporkan terus kepada (exco negeri) Datuk Husam (Musa). Itu jelas termaktub dalam perjanjian bersama.

"Ditulis juga bidang kerja saya juga tertakluk di bawah (seliaan) Datuk Husam," katanya.

"Bukan taraf dia henda tahu kerja saya. Dan saya fikir, PAS Kelantan dan kerajaan negeri pun tidak mahu tugasan ini didedahkan."

Husam, kini pengerusi Jawatankuasa Tetap Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan Kelantan, dilihat rapat dengan Syed Azidi.

Penulis blog itu semalam mendakwa, sejak berkhidmat pada 17 April 2006, ada pihak cuba menyingkirkannya beberapa kali, antaranya dengan mempengaruhi pentadbiran PMBK supaya menarik balik kemudahan pejabatnya di Kota Bharu tahun lalu.

Kontrak Syed Azidi dengan PMBK sepatutnya tamat April 2010./Malaysiakini

NAJIB MENGHINA KAKITANGAN KERAJAAN DIWAKILI CEUPACS

Dzulfikar Mashoor dan Mohd Hafeez Sabri
KUALA LUMPUR, 12 Nov: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar semalam menasihatkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak agar berdamai dan menarik balik kenyataan beliau terhadap Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) dalam isu tuntutan bonus untuk kakitangan kerajaan.

Najib sebelum ini mengeluarkan kenyataan didakwa menghina CEUPACS sebagai tidak bermoral kerana menuntut bonus untuk kakitangan awam dari kerajaan.

"Saya minta Perdana Menteri berdamai dan tarik balik kenyataannya kata CEUPACS tidak bermoral bila mereka tuntut bonus," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menasihatkan Najib agar menjelaskan pertimbangan kerajaan menolak tuntutan CEUPACS itu.

"Dia (CEUPACS) nak tuntut itu haknya, kerajaan jelaskanlah kenapa tak boleh (beri bonus)...jelaskanlah kalau kerajaan hadapi penguncupan ekonomi,ketirisan, rasuah dan sebagainya kalau itu punca kerajaan tidak mampu beri bonus pada mereka." jelasnya.

"Saya tidak mahu menuduh Najib tidak berupaya menyanggah tuntutan itu (tuntutan bonus) kerana dia adalah Perdana Menteri 1Malaysia, takkan dengan CEUPACS pun tak berani nak bersemuka. Kalau macam ini, 1CEUPACS pun tak layak."

Tambahnya lagi, tindakan Najib menafikan hak CEUPACS itu turut dilakukan ke atas kerajaan negeri Kelantan, dalam isu royalti minyak.

"Saya nampak apa saja yang dituntut rakyat, Najib akan anggap sebagai tidak bermoral. Mungkin sebab itu, Najib menafikan hak kerajaan negeri (dan) rakyat Kelantan untuk dapat royalti minyak sekarang ini," ujarnya.

"Sedangkan ini (pemberian royalti minyak) adalah hak yang termaktub dalam perjanjian antara Petronas, kerajaan persekutuan dan negeri."

Beliau juga menyifatkan tindakan Najib enggan bersemuka dengan CEUPACS sebagai cubaan menyembunyikan fakta, sama seperti sikap Najib dalam kes pembunuhan gadis Mongolia.

"Saya juga lihat Najib cuba sembunyikan fakta yang perlu kakitangan kerajaan tahu, tidak kira sama ada kes rasuah (dan) ketirisan yang libatkan beberapa individu yang dekat dengan Najib, atau juga siapa bunuh Altantuya, semua nak tahu," jelas Khalid lagi.

"Itu (sembunyi fakta) yang sepatutnya dilihat sebagai suatu kesalahan tidak bermoral apabila seorang wartawan akhbar Perancis dedah gambar-gambar Najib bersama Altantuya yang saya lihat cuba disembunyikan."

Mewakili seluruh kepemimpinan PAS, Mahfuz juga menyokong tuntutan CEUPACS agar seluruh kakitangan kerajaan diberikan bonus demi menempuhi kemelesetan ekonomi tidak lama lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain turut mendesak Najib menarik semula kenyataannya, yang dianggap menghina kakitangan kerajaan di negeri Perak sendiri.

Menurut Abu Bakar, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang mengalami difesit untuk tahun ke-12 tahun ini mungkin menjadi punca kerajaan tidak boleh melunaskan tuntutan CEUPECS itu, seperti yang yang didedahkan Penyarah Universiti Malaya Profesor Rajah Rasiah sebelum ini.

Ujarnya lagi, bonus kepada kakitangan kerajaan adalah antara piawaian umum untuk rakyat menilai sejauh mana kemampuan kerajaan.Terdahulu, beberapa media melaporkan Najib enggan bertemu CEUPACS dalam isu tuntutan bonus kakitangan kerajaan kerana mengganggap tuntutan tersebut sebagai tidak bermoral.

Tindak tanduk Najib itu dipercayai bukan sahaja mencalar peribadinya, malah slogan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan./Harakahdaily

Rabu, 11 November 2009

GAMBAR UTUSAN KANTOI, MEMALUKAN !!

Kiriman P.Osman

Semalam semua akhbar menyiarkan berita ttg warga emas yg menikam isterinya. dlm masa semua akhbar menyiarkan gambar tanpa di edit, akhbar Utusan Malaysia melakukan sebaliknya. Ada perkara perlu disembunyikan. Sempat lagi nk cover line...hahah. Cuba cari!

Sila ke sebelah untuk melihat dan mencari perbezaan tersebu. Selamat mencuba..

Gambar daripada Utusan Malaysia (Meloya)


(Lihat....payung tu kosong kan?)

OK CARI BEZA DENGAN GAMBAR AKHBAR LAIN

The Star



Berita Harian



Daily Chilli

Harian Metro



(Ehhh..kenapa yg lain payung tu ade lambang dacing yer....iskk..iskk..pelikkk)

Banyak kali UM ini membuat editan pada gambar yang disiarkan terutamanya bila ada majlis sambutan pemimpin yang nak mengambarkan seolah terlalu ramai yang hadir.

Begitu juga kes bakar bendera di Batu buruk.

Nasib baik gambar payung tak ditukar warna hijau. Berkupiah pulak tu!!

Sumber: http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/