RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 14 November 2010

ZAID GAGAL JATUHKAN ANWAR, KINI CUBA HASUT PAS JAUHI ANWAR

Media pencacai pernah lakukan fitnah jahat ke atas Zaid Ibrahim tentang gambar palsu ini, kini Zaid gunakan media pencacai yang sama pula untuk jatuhkan Anwar....Masih mahu bercakap pasal `prinsip'?

Oleh: WFAUZDIN NS

ZAID Ibrahim nampaknya masih tidak berpuas hati dengan Anwar. Dendamnya terhadap Anwar terpaksa diluahkan kepada akhbar pencacai yang dulunya menghina beliau seperti New Strait Times dan Mingguan Malaysia. Apa yang akhbar ini tidak cerita tentang Zaid sewaktu beliau diangkat sebagai `anak emas' oleh Anwar menjadi calon PKR di PRK Parlimen Hulu Selangor, sedangkan ketika itu baru `dua hari' Zaid berada di dalam PKR. Alhamdulillah. manusia pengecut ini tewas juga kerana Allah mahu selamatkan PKR dari menjadi mangsa Zaid yang mempunyai harapan untuk menjadi `MP Katak' sekiranya beliau menang pilihanraya tersebut.

Di dalam wawancaranya, Zaid menyebut kemungkinan besar untuk menubuhkan parti baru. Sekali lagi Alhamdulillah saya ucapkan kerana PKR berjaya menghapuskan `parasit' yang selama ini kita tidak ketahui. Zaid bekas pemimpin Umno yang pernah disabitkan dengan politik wang atau rasuah politik sewaktu pemilihan Umno bercita-cita untuk menubuhkan parti yang melaksanakan demokrasi tulen, telus dan terbuka. Itu saya tidak mahu komen, kerana itu lah juga alasan Zaid apabila menyertai PKR

Beliau selanjutnya memberitahu, beliau tiada pelan besar di dalam politik. Itu pun saya tidak mahu komen kerana itulah juga yang Zaid pernah katakan seawal mula menyertai PKR di mana beliau berkata tiada rancangan atau cita-cita besar beliau menyertai PKR. Tiba-tiba beliau muncul untuk bertanding kerusi nombor dua tinggi di dalam PKR di dalam keadaan putar belitnya dengan berbagai syarat sebelum beliau masuk bertanding. Namun, akhirnya beliau melompat keluar dari gelanggang lebih awal apabila terasa dirinya bakal tewas. Terciptalah berbagai alasan yang tidak masuk akal seperti menyalahkan Anwar dan Azmin.

"Kalau BN salah saya tentang dan kalau betul saya sokong. Dari dulu sampai sekarang saya ikut isu atau dasar. "Saya tidak ada minat untuk jaga siapa yang bakal naik, perdana menteri atau ketua pembangkang. Siapa untung siapa rugi itu adalah nasib mereka," kata bekas menteri di era perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi itu (Mingguan Malaysia). Hebat prinsip Zaid. Ayat itu juga selalu kita dengar dari YB Zul Kulim, YB Zahrain dan beberapa orang lagi yang dari kumpulan Ibrahim Ali itu. Ayat yang biasa dari sesiapa yang keluar atau ditendang keluar oleh parti. Cuma kita ingin tanya, sepanjang Zaid berada di dalam Umno dahulu pernah atau tidak kita mendengar Zaid mendesak Presiden Umno letak jawatan atau bersara dari politik? Mengapa baru dua tiga hari berada di dalam PKR, itu yang diperjuangkan oleh Zaid?
Jelas pada kita, apakah hasrat dan niat beliau untuk sertai PKR sebenarnya.

Apabila ditanya mengapa beliau tidak sertai PAS atau DAP, beliau seperi budak-budak dengan nada merajuk berkata,"Imej saya dah macam ini tidak ada siapa yang nak ambil saya. Mereka akan kata Zaid ini pengacau." Baguslah, jika Zaid sedar diri dan mengaku lebih awal.

Satu lagi hujah Zaid yang membuktikan beliau masih tidak kenal rapat Anwar dan PKR adalah apabila beliau menyebut diri Anwar tidak boleh disentuh. Pertamanya, saya ingin tahu sehingga kini adakah Anwar ada menyerang keterlaluan ke atas beliau atau mengambil tindakan terhadapnya setelah beberapa hari Zaid cuba `menghalau' Anwar dari Parti PKR? Anwar pernah dikritik hebat oleh Karpal Singh, tetapi Anwar berani menerima kritikan dari Karpal Singh dan beliau akhirnya berjaya selesaikan isu tersebut dengan bijak tanpa emosi. Dan, banyak lagi kritikan yang Anwar pernah terima, tetapi Anwar bukan `budak-budak' seperti Zaid. Ini bukti jelas bahawa Anwar sentiasa bersedia untuk dikritik tetapi mestilah dengan hujah dan fakta buka seperti `orang mabuk todi' bercakap.

Zaid terus dengan hayalannya menyebut bahawa PKR adalah parti Anwar dan kawan-kawannya. Yang ini saya setuju, kerana PKR adalah parti yang menganggap semua ahli adalah kawan-kawan dan bukan musuh. Sekiranya orang yang tidak suka berkawan atau `gedebe' tentu tidak sesuai berada di dalam PKR. Orang yang gila kuasa, tapi pengecut untuk bertanding dan kuat merajuk perlulah berfikir seribu kali jika ingin kekal di dalam parti ini.

Tidak puas dengan itu, Zaid bercakap pula di dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times. Beliau menyebut bahawa PAS lebih layak terajui PR daripada PKR. Apa hujah beliau? Tiada hujah apa-apa pun diberikan sekadar melepaskan geram kepada Anwar dan PKR. Peliknya, di sebalik beliau mahu PAS terajui PKR, Zaid tidak menamakan Tuan Guru Hj Hadi atau Tuan Guru Nik Aziz sebagai penerajunya. Beliau menyebut Datuk Husam Musa, Dr Hatta Ramli, Dr Mujahid dan beberapa lagi sebagai peneraju. Sekali lagi Zaid menunjukkan beliau bukan tokoh politik yang hebat. Memang wajar beliau ditendang oleh Umno sebelum ini selain dari amalan rasuah politik wang yang diamalkannya sewaktu berada di dalam Umno.

Akhir sekali, Zaid melepaskan hajat sebenar beliau iaitu ingin melagakan PAS dengan PKR pula. Matlamat yang sudah begitu lama dimainkan oleh Umno tetapi gagal itu, kini dibantu pula oleh Zaid. Beliau mahu PAS lebih tegas dan keluar dari bayang-bayang Anwar. Sekali lagi Zaid menunjukkan kedunguannya tentang PAS. Semenjak bila PAS dibayangi oleh Anwar? Dasar PAS jauh berbeza dari dasar PKR. Semenjak bila Anwar berjaya mengubah dasar PAS ? Bila pula PAS dilihat sentiasa dibayangi oleh Anwar?

Nampaknya, Zaid semakin celaru dengan hala tuju politiknya. Sudah sampai masanya Zaid bersara dari politik walaupun beliau lebih muda dari Anwar kerana `nyanyu' (pinjam kata Zaid terhadap Dr Hussin Ali) tidak mengira tua atau muda. Beliau kini meraba-raba tidak tentu hala, asalkan PR musnah. Setelah gagal mendesak Anwar bersara, misinya kini cuba jauhkan PAS dari Anwar. Puncanya hanya satu, beliau tidak diberi sokongan kuat untuk menjadi Timbalan Presiden Umno. Itu sahaja./wfauzdin.blogspot.com

PEMILIHAN PKR - MEDIA PENCACAI PUTAR BELIT

PAS Bidas Media Umno-BN Putar Belit Pemilihan Keadilan
13/11/2010


SHAH ALAM 13 NOV : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas tindakan media Umno-Barisan Nasional yang sengaja memperbesar-besarkan isu berhubung perjalanan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung ketika ini.

Beliau berkata media Umno-BN sengaja mengambil kesempatan melaporkan secara tidak benar yang menurutnya menjadi tradisi media di negara ini. Malah media kongkongan Umno-Bn mengambil kesempatan memburuk-burukkan imej Parti Keadilan Rakyat untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap keupayaan PKR selepas membuat kejutan dalam PRU-12 lepas.

"Noktah yang kecil, mereka jadikan bukit yang besar yang menjadi amalan pengamal media dan seperti yang kita diketahui tidak semua yang dilaporkan benar. Hadi berkata demikian selepas program 'Terus Terang' TV Selangor yang diwawancarakan Dr Aziz Bari di sini hari ini. "Oleh kerana kebanyakkan media daripada awal melaporkan sebegitu rupa maka terdapat tanggapan negatif daripada persepi rakyat tetapi tidak semuanya yang disiarkan media Umno-BN diterima oleh rakyat," ujar beliau.

Abdul Hadi dalam pada itu berkata walaupun terdapat sedikit kelemahan di dalam PKR, ini adalah disebabkan parti itu masih lagi baru dan kebanyakkan anggota parti memerlukan sokongan agar lebih memahami perjuangan membela rakyat yang sebenar. "Apa yang penting, PKR selepas ini diharap akan melakukan reformasi dalaman dan apa yang terjadi dapat memberikan pengalaman berharga bagi PKR membuat pembetulan pada masa yang akan datang," tambahnya./TVNews

PAS BIMBANG DENGAN `PENIPUAN' PKR ? BIAR BETUL KAWAN....

TERASA nak tegur sikit tajuk berita yang disiarkan di dalam blog rakan Justice for All, bertajuk "PAS BIMBANG DENGAN KRISIS & PENIPUAN PKR" di sini.

Mungkin tajuk itu telah diedit dan bukan tajuk sebenar yang diambil oleh rakan saya tersebut. Tidak kisahlah tentang `mengedit' tajuk ni, tetapi daripada berita yang dibaca di bawah tajuk itu, tidak tepat sama sekali perkataan PENIPUAN diletakkan sebagai tajuk. Sekiranya tajuk "PAS BIMBANG DENGAN KRISIS PKR' pun sudah kira baik tanpa ditambah `penipuan'. Saya telah baca keseluruhan berita itu, tetapi langsung tiada perkataan `penipuan' yang diperkatakan oleh pemimpin PAS yang mengulas tentang krisis di dalam PKR sekarang. Tentulah tidak baik jika kita mendakwa pemimpin PAS `mengesahkan adanya penipuan', sedangkan ianya belum dapat dipastikan.

Memang PKR sedang alami sedikit krisis, tetapi tentang penipuan itu belum dibuktikan dan PKR sedang menyiasatnya sepertimana jaminan yang diberikan oleh Presiden PKR. Diharapkan dapat diperbetulkan agar tidak mendatangkan salah faham sesama kita di dalam PR./wfauzdin.blogspot.com

MEDIA PENCACAI KENA TIPU - ADA YANG BERHIMPUN TIDAK TAHU SEBAB APA DIA BERHIMPUN?

100 berdemo depan ibu pejabat PKR
Regina Lee
Nov 13, 10


Kira-kira seratus orang bersama kanak-kanak berhimpun di depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini untuk 'protes' singkat 30 minit mendesak parti itu menghentikan pemilihannya yang sedang berlangsung.

Bagaimanapun, sebahagian besar daripada 'penunjuk perasaan' yang hingar bingar yang dibawa datang dengan tiga bas itu nampaknya tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku.

Penganjurnya P Jenapala mendakwa sekumpulan anggota PKR hadir ke situ bagi membantah "sangat tidak gembira"terhadap dakwaan salah laku dalam perjalanan pemilihan parti itu.

Bagaimanapun ketika ditanya oleh pemberita, kumpulan itu dilihat tidak berapa pasti berhubung perkara itu dan status keanggotaan mereka dalam PKR.

Kamisah Arippin, 75, sambil menunjuk kepada seseorang, berkata beliau datang selepas dijemput untuk 'acara' 30 minit.

Kawannya, Kamariah Bapu, 70, dan Zaleka Mohd Ashin, 72, mengakui mereka bukan anggota PKR dan hanya mengecam Jenapala yang pernah dilihat mereka beberapa kali di kaca televisyen.

Bagaimanapun, menurut Jenapala, kesemua mereka anggota PKR yang "sangat sedih dengan pemilihan parti".

"Tetapi saya tidak nafikan sebahagian kecil daripada mereka mungkin dibayar untuk terlibat dalam program ini untuk sabotaj saya," dakwanya./Malaysiakini

DI SEBALIK KRISIS, AZMIN MASIH MENDAPAT SOKONGAN - ADAKAH PEMILIHAN INI JUGA SATU PENIPUAN JUGA?

Berikut keputusan tidak rasmi mengikut cabang yang diperoleh setakat ini:

Wangsa Maju Azmin (27), Mustaffa (16)
(44 daripada 1,368 anggota keluar mengundi)

Jasin Azmin (92), Mustaffa (9)
(102 daripada kira-kira 1,100 anggota keluar mengundi)

Kota Melaka Azmin (28), Mustaffa (25)

Kepong Azmin (17), Mustaffa (4)
(21 daripada 500 anggota keluar mengundi)

Titiwangsa Azmin (24), Mustaffa (8)
(32 daripada kira-kira 1,200 anggota keluar mengundi)

Bayan Baru Azmin (72), Mustaffa (31)

Balik Pulau Azmin (139), Mustaffa (3)

Bukit Bendera Azmin (50), Mustaffa (1)

Nibong Tebal Azmin (19), Mustaffa (62)

Setiawangsa Azmin (14), Mustaffa (32)

Muar Azmin (19), Mustaffa (3)
(22 daripada 619 anggota keluar mengundi)

Pasir Salak Azmin (60), Mustaffa (110)
(170 daripada kira-kira 1,500 anggota keluar mengundi)

Bagan Datok Azmin (79), Mustaffa (66)
(151 daripada kira-kira 1,600 anggota keluar mengundi)

Teluk Intan Azmin (33), Mustaffa (46)

Batu Azmin (46), Mustaffa (57)
(106 daripada kira-kira 1,500 anggota keluar mengundi)

Setiu Azmin (18), Mustaffa (1)

Kuala Nerus Azmin (44), Mustaffa (6)

Hulu Terengganu Azmin (32), Mustaffa (10)

Kuala Terengganu Azmin (16), Mustaffa (1)

Marang Azmin (9), Mustaffa (6)

Dungun Azmin (49), Mustaffa (3)

Besut Azmin (12), Mustaffa (36)

Kemaman Azmin (62), Mustaffa (9)
(71 daripada lebih 800 anggota keluar mengundi)

Segambut Azmin (39), Mustaffa (6)
(45 daripada kira-kira 800 anggota keluar meengundi)

Tanjong Malim Azmin (57), Mustaffa (183)
(243 daripada 2,816 anggota keluar mengundi)

Sumber: Malaysiakini

PENGADIL MACAM CELAKA !!

Malaysia tumbang angkara pengadil


REAKSI Safiq yang ternyata kecewa selepas dilayangkan kad merah pada pertemuan menentang China di Stadium Tianhe, Guangzhou, China semalam. Malaysia tewas 0-3.

MALAYSIA tewas 0-3 kepada China pada perlawanan penuh kontroversi dalam saingan Kumpulan A temasya Sukan Asia 2010 di Stadium Tianhe, Guangzhou malam tadi.

Ini kerana pengadil dari Australia, Ben Williams telah melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan. Selain itu, lima pemain lain iaitu Fadhli Shas, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad turut dilayangkan kad kuning berbanding pemain China yang langsung tidak diberi sebarang kad.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal jelas begitu berang dengan keputusan 'berat sebelah' pengadil yang sama sekali telah meranapkan hasrat Malaysia sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri dengan China. "Ini pertama kali dalam sejarah saya melihat pengadil seteruk ini. Ini juga pertama kali saya bertindak untuk memberi komen terhadap pengadil. "Saya cukup kecewa. Jika satu kad merah tidak mengapa. Ini kami terpaksa main sembilan pemain sepanjang 55 minit dan lapan pemain pada 10 minit terakhir," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan semalam.

Pada minit ke-24, Mahali dilayangkan kad merah setelah didakwa sengaja menyepak bola ke luar padang manakala Safiq turut menerima nasib sama kerana dikatakan cuba membantah keputusan pengadil. Kunanlan pula menerima kad kuning pertama pada minit ke-79 dan kad kuning kedua seterusnya kad merah seminit kemudian kerana memberikan sepakan penalti. "Semua pemain telah berkerja keras biarpun terpaksa lawan 11 pemain. Cuma sukar untuk terus bertahan pada baki 45 minit dengan kekurangan pemain," jelasnya.

Gol pertama China dijaringkan Li Jianbin menerusi tandukan selepas sepakan percuma pada minit ke-61 diikuti gol kedua hasil sepakan percuma Zhao Honglue pada minit ke-64 sebelum Zhang Linpeng menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-82.


KONTROVERSI... Williams melayangkan kad merah kepada kapten Malaysia, Safiq Rahim (tengah) pada aksi di Stadium Tianhe, Guangzhou semalam. Malaysia tewas 0-3.

Sementara itu, Safiq yang merupakan ketua pasukan negara memberitahu: "Saya hanya tanya pengadil kenapa Mahali dilayangkan kad merah. Kemudian saya diberi kad kuning. "Apabila saya tanya pula kenapa saya kena kad kuning, pengadil terus keluarkan pula kad merah," katanya.

Malaysia bagaimanapun tetap berjaya layak ke pusingan kedua selaku empat pasukan tempat ketiga terbaik dan akan bertemu juara Kumpulan B, Iran petang esok./Kosmo

DI SEBALIK ZAID MINTA ANWAR UNDUR, ANWAR, NIK AZIZ DAN W.AZIZAH TERSENARAI 500 TOKOH MUSLIM PALING BERPENGARUH DI DUNIA 2010

TG Nik Aziz, DS Anwar dan Wan Azizah Tersenarai 500 Individu Muslim
Paling Berpengaruh Dunia 2010
,



KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat tersenarai dalam 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia untuk tahun 2010.

Buku ' The Most Influential Muslims 2010' Edisi ketiga itu diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre. Dalam laporan itu Anwar disifatkan sebagai seorang ahli politik yang dikenali di peringkat global dengan pendirian Islam serta sangat berpengaruh kalangan generasi muda. "Empat buah negeri di bawah kerajaan Malaysia berada di penguasaan Anwar. Jika Anwar memimpin dalam pilihanraya yang adil, Anwar akan memenangi pilihanraya umum 2013 ini.

" his excellency dr anwar Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is the former deputy prime minister of Malaysia, former finance minister and is currently the leader of the Malaysian opposition coalition.He is well-known for his liberal Islamic stance on politics, and is incredibly influential as a leader and role model for young people. Ibrahim's coalition now controls four of 13 state governments. If led by Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013."

Sementara itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut disenaraikan untuk tahun 2010.

"Dr Wan Azizah Wan Ismail is the president of Parti Keadilan Rakyat (People's Justice Party). She was Leader of the Opposition Party until she stepped down for Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat juga antara yang tersenarai dalam 500 individu Paling Berpengaruh 2010. Menurut buku itu, Nik Aziz disifatkan sebagai pemimpin yang sudah memerintah Kelantan 20 tahun yang mempunyai sokongan ahli PAS hampir 1 juta ahli. "Nik Aziz telah memerintah negeri Kelantan kira-kira 20 tahun dan beliau memegang kuasa yang sangat penting dalam tempoh berkenaan di mana sokongan ahli PAS hampir satu juta ahli"

"Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat is a Malaysian politician, an Islamic scholar and has been the chief minister of the State of Kelantan for the past 20 years. He holds the position of Mursyidul Am-the religious guide-within the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS). As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. Nik Mat's fundamentalist party has close to one million members and enjoys strong support from the northern rural and conservative states such as Kelantan and Terengganu."

The Most Influential Muslim 2010 dibahagikan kepada 15 kategori ,antaranya kategori ulama, politik, cendekiawan, pemuda, media, sains, teknologi, perubatan, undang-undang, seni dan radikal. Penyenaraian ini bukti kepimpinan politik dan peranan besar yang disumbangkan tokoh tersebut mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Sumber: Muslimeen United

JENAPALA...KEPALA...JENAPALA...KEPALA...AIYOOOOO!!!

Oleh: WFAUZDIN NS

TV 3 suku, dan boleh dikatakan semua media pencacailah senang cerita, memberi liputan meluas demontrasi di depan Ibu Pejabat PKR, di PJ semalam. Sumber Malaysiakini menyebut hanya lebih kurang 100 sahaja yang berhimpun dan ada sumber lain menyebut sekitar 200 orang. Demontrasi itu dikepalai oleh Jenapala. `Jenapala, kepalai'. Lebih kurang la tu.

Siapa Jenapala? Tentunya berbangsa India. Partinya apa? Diberitakan sudah lama dipecat dari PKR. Demontrasi untuk apa? Kununnya tidak puas hati dengan pemilihan kepimpinan PKR yang sedang berlangsung sekarang. Apa kena mengena dengan Jenapala yang `mengapalai' demontrasi tersebut sedangkan dia sudah lama dipecat dai PKR?

Maknanya, demontrasi itu semata-mata untuk nak kelentong TV3 suku yang bodoh bin bahlol itu. Lagi lucunya, ada beberapa orang tua yang turut serta berhimpun di situ, apabila ditanya oleh wartawan Malaysiakini apa tujuan berhimpun, mereka sendiri tidak tahu. Perhimpunan pula lebih kurang 30 minit saja. Aku rasa lagi lama kalau aku buang air besar.

Apabila TV3 suku siarkan demontrasi tersebut, terdengar pula suara entah dari mana mengarahkan supaya sepanduk diangkat untuk dirakamkan gambar di TV. Maka, budak-budak dan beberapa orang tua yang tidak tahu apa pun patuh. Apa yang aku tengok rata-rata kulit gelap. Maklumlah di`kepalai' oleh Jepala!!

Ayoo..yoo..Deyy...ini macam perhimpunan mau kasi Anwar jatuh ka? Itu Gerakan Anti Samy (GAS) lagi ribu-ribu berkumpul, Sammy pun tarak tumbang. Machaa...aiyooo...terima kasih banyak la pasal U hantar email pada saya jemput datang sana...nasib baik saya tarak datang. Kalau saya datang, aiiyooo...manyak malu woooo...Yang datang pun sama banyak itu Anwar punya Staf Opis wooo....

APA SUDAH JADI BERPASUKAN BADMINTON KITA?

Badminton malu besar


CHONG WEI gagal menyumbang mata pertama
Malaysia apabila tewas kepada Boonsak semalam.

SKUAD badminton negara menerima kejutan terbesar apabila tewas 2-3 kepada Thailand pada aksi suku akhir saingan berpasukan lelaki Sukan Asia 2010 di Gimnasium Tianhe, Guangzhou semalam.

Bibit-bibit kegagalan Malaysia mula terjelma apabila pemain perseorangan pertama negara, Datuk Lee Chong Wee tewas 21-9, 10-21, 19-21 kepada Boonsak Ponsana. Bagaimanapun, beregu utama, Koo Kien Keat-Tan Boong Heong kembali menceriakan kem Malaysia apabila menyumbang mata sulung selepas mudah membenam Sudket Prapakamol-Songphon Anugritayawon 21-12, 21-13.

Pemain perseorangan kedua, Hafiz Hashim meletakkan Malaysia di hadapan apabila menundukkan Tanongsak Saensomboonsuk 14-21, 21-14, 21-18) untuk menjadikan kedudukan 2-1. Namun beregu kedua negara, Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong gagal menghadiahkan kemenangan yang dicari apabila tewas 23-21, 12-21, 16-21 kepada Maneepong Jongjit-Bodin Isara.



Malaysia mengakhiri saingan semalam dengan noktah kegagalan apabila pemain perseorangan ketiga, Daren Liew tewas 16-21, 16-21 kepada Suppanyu Avihingsanon.

Jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek berkata, kekalahan kepada Thailand itu sesuatu yang cukup tidak disangka. "Saya rasa sedih kerana kita tewas pada peringkat suku akhir. Sepatutnya kita tak boleh tewas kepada Thailand. "Segalanya bermula apabila Chong Wei tewas. Kita mula risau Hafiz tidak mampu untuk menghasilkan satu mata tetapi Hafiz berjaya bangkit dan mencatat kemenangan. "Tetapi saya harus akui beregu kedua kita tampak begitu tertekan dan tidak dapat beraksi dengan selesa apabila diasak.

Begitu juga dengan Darren pada perlawanan penentuan," kata Misbun ketika ditemui selepas perlawanan. Ditanya kenapa Chong Wei tewas kepada Boonsak sedangkan sudah lebih dua tahun dia tidak tewas kepada jaguh Thailand itu, Misbun berkata, pemain No. 1 dunia itu sedang dalam proses pemulihan selepas demam. "Memang Chong Wei tampak tidak dapat mempamerkan aksi terbaiknya tetapi dia tetap perlu diturunkan kerana kita perlukan satu mata daripada beliau," jelas Misbun.

Sementara itu, barisan wanita negara turut gagal mara ke separuh akhir acara berpasukan apabila tewas mudah 0-3 kepada Korea Selatan./Kosmo

TINDAKAN TEGAS KEPADA YANG MENYALAHI ETIKA PEMILIHAN - DS WAN AZIZAH

Presiden PKR 'arah' henti kritik sama sendiri
Nov 13, 10

Ekoran, 'kontroversi' dalam pentadbiran pemilihan PKR, presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan pemimpin parti itu supaya mengelakkan kritikan peribadi sesama sendiri.

Menurutnya, ini kerana perkara sebegitu hanya akan "membuka ruang kepada musuh".

"Apa yang berlaku ini merupakan proses mematang dan memantapkan parti.

"Kita yakin ini akan menatijahkan semangat dan kekuatan baru kepada ahli dan parti," katanya yang menang tanpa bertanding sebagai presiden dalam pemilihan langsung kali pertama itu.

Dalam satu kenyatan hari ini, Wan Azizah (kiri) memberi jaminan bahawa Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR dan beliau sendiri akan memberi perhatian serius terhadap kritikan yang dibuat melalui perbagai cara.

"Bahkan kita telah pun memulakan tindakan dan tumpuan diberikan kepada kes-kes yang mempunyai petunjuk yang jelas.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahi etika yang digariskan," katanya.

Semalam, Pengerusi PJR Pahang Datuk Fauzi Abd Rahman menyerahkan Resolusi Rapat Anak Muda Malaysia bertarikh 10 November 2010.

Resolusi enam perkara itu berkaitan perjalanan pemilihan pimpinan parti yang sedang berjalan.

Wan Azizah juga menyifatkan tindakan menyerahkan resolusi itu merupakan proses yang baik mengikut saluran yang tepat dan menunjukkan kematangan anggota dalam menangani isu-isu berbangkit/Malaysiakini

DI SEBALIK ZAID MINTA ANWAR UNDUR, ANWAR, NIK AZIZ DAN W.AZIZAH TERSENARAI 500 TOKOH MUSLIM PALING BERPENGARUH DI DUNIA 2010

TG Nik Aziz, DS Anwar dan Wan Azizah Tersenarai 500 Individu Muslim
Paling Berpengaruh Dunia 2010 ,



KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat tersenarai dalam 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia untuk tahun 2010.

Buku ' The Most Influential Muslims 2010' Edisi ketiga itu diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre. Dalam laporan itu Anwar disifatkan sebagai seorang ahli politik yang dikenali di peringkat global dengan pendirian Islam serta sangat berpengaruh kalangan generasi muda. "Empat buah negeri di bawah kerajaan Malaysia berada di penguasaan Anwar. Jika Anwar memimpin dalam pilihanraya yang adil, Anwar akan memenangi pilihanraya umum 2013 ini.

" his excellency dr anwar Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is the former deputy prime minister of Malaysia, former finance minister and is currently the leader of the Malaysian opposition coalition.He is well-known for his liberal Islamic stance on politics, and is incredibly influential as a leader and role model for young people. Ibrahim's coalition now controls four of 13 state governments. If led by Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013."

Sementara itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut disenaraikan untuk tahun 2010.

"Dr Wan Azizah Wan Ismail is the president of Parti Keadilan Rakyat (People's Justice Party). She was Leader of the Opposition Party until she stepped down for Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat juga antara yang tersenarai dalam 500 individu Paling Berpengaruh 2010. Menurut buku itu, Nik Aziz disifatkan sebagai pemimpin yang sudah memerintah Kelantan 20 tahun yang mempunyai sokongan ahli PAS hampir 1 juta ahli. "Nik Aziz telah memerintah negeri Kelantan kira-kira 20 tahun dan beliau memegang kuasa yang sangat penting dalam tempoh berkenaan di mana sokongan ahli PAS hampir satu juta ahli"

"Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat is a Malaysian politician, an Islamic scholar and has been the chief minister of the State of Kelantan for the past 20 years. He holds the position of Mursyidul Am-the religious guide-within the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS). As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. Nik Mat's fundamentalist party has close to one million members and enjoys strong support from the northern rural and conservative states such as Kelantan and Terengganu."

The Most Influential Muslim 2010 dibahagikan kepada 15 kategori ,antaranya kategori ulama, politik, cendekiawan, pemuda, media, sains, teknologi, perubatan, undang-undang, seni dan radikal. Penyenaraian ini bukti kepimpinan politik dan peranan besar yang disumbangkan tokoh tersebut mendapat pengiktirafan antarabangsa.


Sumber: Muslimeen United