RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 12 April 2011

DARI VIDEO KEPADA JAM OMEGA, DATUK T MASIH BEBAS JUGA

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIAKINI melaporkan, identiti pemilik jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada polis berhubung kes rakaman video aksi seks didakwa melibatkan pelaku dilaporkan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui tidak lama lagi, kata polis. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.

Biarkan Polis mahu siasat jam itu atau mahu ambil tilam, cadar atau apa jua yang dirasakan perlu untuk siasatan kes video seks tersebut. Apa yang rakyat mahu tahu pada peringkat ini adalah mengapa Rahim Thamby Chik, Eskay dan Shuib (three strooges) tidak ditangkap atas dakwaan memiliki dan menayangkan video lucah di khalayak awam di dalam hotel? Mengapa pihak pengurusan hotel tidak ditangkap atau didakwa kerana bersubahat di dalam penayangan video lucah itu? Mereka sudah mengaku dan saksi pun ramai, tarikh dan tempat kesalahan yang telah mereka lakukan itu telah diketahui, jadi apa masalahnya lagi pada pihak Polis?

Itu perkara pertama yang pihak Polis mesti lakukan kerana ianya tidak memerlukan siasatan atau bukti lagi kerana ketiga-tiga `three strooges' telah mengaku terlibat di dalam menayangkan video lucah berkenaan. Mengapa mereka masih bebas dan tidak didakwa? Jika ini gagal dilakukan, adakah perkara yang lebih rumit lagi iaitu untuk menyiasat siapa pelakun lelaki yang berperut buncit, wanita jalang dan siapa pemilik jam Omega itu dapat disiasat dengan teliti serta telus?

Sekarang kita mahu satu pendirian dari pihak Polis, adakah menjadi satu kesalahan jika kita menayangkan video lucah dan memanggil beberapa orang awam untuk menjadi penonton atas apa jua sebab sekali pun? Di sinilah rakyat akan menilai tahap profesionalisma PDRM di bawah KPN yang baru. Jika ini gagal dilakukan, usahlah merasa kecil hati jika rakyat menganggap PDRM seperti satu komponen parti politik yang suka `berpolitik'./wfauzdin.blogspot.com

VIDEO INI BUAT NAJIB TERPAKSA BERKAMPUNG DI SARAWAK



Ubah Sebelum Parah.....

Isnin, 11 April 2011

SIBUK GELAR PEMBANGKANG `JEMBALANG', HELIKOPTER TERHEMPAS, SEORANG TERBUNUH

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLALU celupar, sibuk ke hulu ke hilir menggelar pembangkang sebagai `Jembalang', tiba-tiba sebuah helikopter yang membawa rombongan pemimpin `lembam' ini terhempas di Sibu. Berita terbaru menyebut Juruterbangnya telah meninggal dunia. Saya petik berita dari KeadilanDaily, seperti berikut;

" Juruterbang yang membawa helikopter yang terhempas di Sibu pada tenghari hari ini, disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 malam tadi, lapor media. Allahyarham, Sahimi Ghazali sebelum ini menerbangkan helikopter berkenaan bagi membawa rombongan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sarawak. Sebelum kejadian, allahyarham menurunkan tiga penumpang termasuk Setiausaha Akhbar kepada menteri pelajaran, di Dataran Sibu pada jam 1.40 tengahari" (KeadilanDaily).

ALfatihah, dan ucapan takziah saya kepada keluarga Allahyarham semoga roh Allahyarham mendapat kerahmatan dari Allah. Mungkin akan ada suatu siasatan akan dijalankan untuk menentukan punca kemalangan tersebut. Perlu diketahui samada helikopter berkenaan terhempas ketika menjalankan tugas resmi/kerajaan atau pun tugas kempen parti oleh pemimpin berkenaan. Jika tugas resmi, apakah tugas tersebut dan di mana lokasinya dan jika tugas parti, adakah wang rakyat digunakan untuk menyewa helikopter berkenaan? Ini semua perlu dicari jawapan./wfauzdin.blogspot.com

EZAM SESUMPAH IKUT PUNGGUNG AZMIN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

KEHADIRAN Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali ke program ceramah di Kg Boyan di Dun Pantai Damai, Sarawak malam tadi disambut oleh `kumpulan sesumpah' diketuai oleh Ezam raja sesumpah. Sukar untuk menemukan Azmin dan Ezam sesumpah di dalam program yang serentak, tapi kali ini puak mereka terpaksa mengerah Ezam sesumpah ke sana kerana tidak mahu Senator itu makan gaji buta.

Alhamdulillah, ceramah oleh Azmin di kawasan tersebut mendapat sambutan luar biasa dan di luar jangkaan MP Gombak berkenaan. Meskipun diganggu oleh `salakan' dari raja sesumpah yang tidak habis-habis menjaja cerita basinya, namun di Sarawak modal raja sesumpah tidak laku. Seperti biasa Ezam sesumpah menyebut nama DS Anwar kerana tanpa nama DS Anwar apa lagi isu yang boleh Ezam sesumpah mahu perkatakan? Isu rasuah? Isu kemiskinan rakyat di Sarawak? Isu kenaikan harga barang? Mustahil Ezam sesumpah mahu cerita pasal kekayaan KM Sarawak dan kaum kerabatnya.

Berbeza dengan Azmin, beliau lebih menekankan soal hidup rakyat di Sarawak. Salakan dari Ezam sesumpah tidak dipedulikan oleh Azmin kerana perlu apa beliau hairan dengan fitnah raja sesumpah itu kerana beliau telah lali dengan fitnah malah oleh adik kandungnya sendiri. Ini kan pula Ezam sesumpah yang Azmin pun tahu datang ke Sarawak hanya untuk menunjukkan kepada Najib bahawa beliau tidak makan gaji buta sebagai Senator lantikan itu.

Jika betul Ezam sesumpah mahu berdepan dengan Azmin secara anak jantan, Ezam sesumpah boleh masuk bertanding di dalam PRU ke 13 nanti dan menentang Azmin samada di Dun atau Parlimen. Masalahnya, awal-awal lagi raja sesumpah ini sudah `surrender' tidak berhajat mahu bertanding di dalam pilihanraya. Adakah memang benar Ezam sesumpah tidak mahu bertanding atau pun sedar bahawa pemimpin Umno di Selangor tidak akan memberikan laluan buat beliau menjadi calon? Atau, Ezam sesumpah sendiri lebih suka terus menjadi Senator tidak perlu bertanding? Anak jantankah namanya itu?

Tahniah, buat Azmin yang dapat menarik ramai pendengar di dalam ceramahnya di Kg Boyan bagi menyokong calon PR Hj Wan Zainal Abidin Wan Sanusi. Buat Ezam sesumpah, di masa akan datang anda perlu membawa lagi M.Daud Kilau untuk menarik pendengar seperti yang dilakukan di PRK Kerdau baru-baru ini. /wfauzdin.blogspot.com

BN Sarawak guna konsert ganggu ceramah Anwar

Rakyat semakin bersemangat melawan regim BN



Rakyat Sarawak lebih teruja dengan ucapan Anwar berbanding konsert sebegini

SARAWAK: Barisan Nasional (BN) Sarawak semakin terdesak apabila cuba mensabotaj ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengadakan konsert berhadapan tapak ceramah di Kampung Sebuan Besar.

Sungguhpun begitu, orang ramai tidak berganjak dan terus mengikuti ucapan Ketua Umum KEADILAN itu walaupun diganggu bunyi bising dari konsert nyanyian artis di padang awam di kampung yang terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak itu. Seorang penduduk kampung yang juga petugas Pakatan Rakyat ketika ditemui KeadilanDaily, berkata taktik itu tidak akan dilakukan BN jika mereka tidak terdesak. “Tak apa, kita berkempen bukan hari ini sahaja. Mereka berbelanja berpuluh-puluh ribu ringgit untuk tarik ‘crowd’ (orang ramai). Belum tentu orang akan undi mereka,” katanya.

Ucapan Anwar lebih membawa makna kepada
masa depan rakyat Sarawak

Pada pagi sebelum itu, polis cuba menghentikan ceramah Anwar yang mengadakan pertemuan bersama pengundi di Medan Selera Ngu dekat pekan Batu Niah. Polis hanya membenar ucapan Anwar selepas campur tangan pimpinan KEADILAN termasuk Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam tetapi dihad kepada 15 minit.

Sebelum ini, polis melakukan tindakan sama terhadap tiga program yang dihadiri Anwar di Betong, DUN Semariang dan Satok minggu lalu. Dalam program di restoran 96 di Bandar Bintulu, kira-kira 3,000 hadir – rata-ratanya kaum Tionghua sekali gus menunjukkan semangat untuk melakukan perubahan. Di Sebiu majoriti penduduknya keturunan Melanau-Islam, sambutan tidak kurang hebat. Penduduk setia untuk mendengar walaupun terpaksa berdiri sepanjang ceramah yang dijalankan perkarangan rumah.

Rakyat semakin bersemangat melawan regim BN

Anwar dalam ucapannya mengingatkan mereka, pentadbiran tiga tahun Pakatan Rakyat jauh lebih berjaya daripada 30 tahun dalam cengkaman regim BN di Sarawak, khususnya dari segi kebajikan rakyat.

“Apa bezanya Pakatan Rakyat perintah tiga tahun dengan BN perintah Sarawak selama 30 tahun? “Adakah orang Sarawak diberi sagu hati jika masuk universiti? Adakah anak Sarawak yang baru lahir diberi saham? Adakah orang Sarawak dapat air percuma? Tidak ada. Kita tawarkan untuk merakyatkan ekonomi dan memberi kebajikan kepada rakyat. “Ini bukan janji. Perkara ini kita dah buat,” kata Anwar sambil disambut tepukan gemuruh.

Beliau berkata, jumlah penduduk di Selangor adalah empat juta, sekali ganda penduduk Sarawak tetapi mampu mengagih kekayaan sumber bumi melalui program kerajaan negeri. “Sedangkan, Selangor tidak ada minyak, tidak ada balak dan hasil sawit yang sedikit tetapi mengapa kami mampu lakukan? Kerana pemimpin yang amanah dan kasih kepada rakyat,” katanya./KeadilanDaily

TALIAN HAYAT BUAT TAIB MAHMUD, NAJIB BAWA `UNCANG' DARI PUTRAJAYA

Oleh: WFAUZDIN NS

BENARLAH kata DS Anwar sememangnya Najib tidak lagi berharap kepada Taib Mahmud di dalam PRN Sarawak yang sedang hangat sekarang. Maka, Najib pun datang atas dua kapasiti iaitu kununnya sebagai PM dan juga Pengerusi Bn dan kemungkinan besar Najib akan berkampung di negeri di bawah bayu itu sehingga tarikh mengundi 16 Apr ini.

Sudah tentulah Najib datang ke Sarawak bukan dengan tangan kosong. Mulai sekarang untuk tempuh beberapa hari lagi, eloklah rakyat Sarawak menyenaraikan apa jua yang dimahukan dari Najib hatta mangkuk tandas sekali pun pasti ditunaikan. Maklumlah, sudah lebih 30 tahun rakyat Sarawak tidak pernah merasa seperti berada di bawah negeri yang kaya dengan minyak dan balak itu. Kini, Najib hadir dengan gerombolannya mengharapkan agar rakyat Sarawak akan dapat `dibeli' dan maruah mereka boleh dijual dengan air liur janji manis seperti pilihanraya sebelum ini.

Saya ingin memetik satu hadith diriwayatkan daripada al-Hassan : Ubaidillah bin Ziyad pernah menjenguk Ma'qil bin Yasar al-Muzanni pada waktu sakit menjelang wafatnya. Lalu Ma'qil berkata, "Aku akan menceritakan sebuah hadis yang aku dengar dari Rasulullah saw. Kalau aku tahu bahawa aku masih akan hidup, tentu aku tidak mahu menceritakannya kepada mu. Aku mendengar Rasulullah saw bersabda , " Seseorang yang diberi amanat oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu mati ketika sedang MENIPU rakyatnya, maka Allah mengharamkan baginya Syurga." (6:9 Sahih Muslim)

Adakah Najib sudah terlambat untuk memujuk rakyat Sarawak atau rakyat Sarawak masih bersedia untuk di`buli' semahu-mahunya? Suka saya berpesan kepada seluruh rakyat Sarawak, sebelum anda memangkah nanti, fikir sejenak dan imbas kembali 30 tahun yang lampau. Adakah anda berpuas hati berada di negeri yang kaya dengan hasil mahsul dari perut bumi tetapi kehidupan anda sedikit baik dari zaman penjajah? Tidakkah anda merasa cemburu dengan pencapaian beberapa negeri di bawah PR di Semenanjung seperti Selangor dan P.Pinang?

Terfikirkah anda, walaupun Kelantan sebuah negeri teramat kecil dari Sarawak dan tidak mempunyai kekayaan sumber bumi seperti Sarawak namun mengapa rakyat Kelantan tetap mempertahankan Kerajaan PAS di negeri berkenaan? Adakah MB Kelantan atau anak pinaknya hidup mewah seperti keluarga Taib Mahmud? Hidup mewahkah Lim Guan Eng dan keluarganya semenjak mentadbir P.Pinang? Pernahkah anda mengunjungi rumah Tuan Guru Nik Aziz dan juga Us Azizan Razak, MB Kedah yang diperintah oleh PR itu? Sekiranya anda tahu semua ini, pasti anda tidak akan tergamak untuk memangkah logo dacing kali ini.

Buat rakyat Sarawak, jika Najib bahkan sebelum ini Tun Mahathir juga gagal untuk menurunkan Taib Mahmud dari `takhta emas'nya di Sarawak, rakyat Sarawak mesti buktikan bahawa tangan-tangan mereka yang sering bekerja keras untuk hidup di negeri ini akan menurunkan Taib Mahmud serta kerajaannya. Cukuplah tempuh untuk Taib Mahmud bermulan madu di `takhta emas' KM Sarawak bersama bini barunya itu. Jangan benarkan Najib memberi talian hayat untuk tokoh yang berumur itu.

Paling penting, bertindaklah dengan bijak seperti rakyat Kelantan. Apa yang Najib kendung yang dibawa dari Puutrajaya untuk dihulurkan kepada rakyat Sarawak, ambillah dengan berhemah kerana itu adalah hak anda yang sekian lama diperam oleh mereka. Namun, bila saat memangkah jangan lagi ada belas ihsan buat gerombolan Bn yang sekian lama membuat anda menderita di negeri sendiri. /wfauzdin.blogspot.com

VIDEO - BETINA GATAL MULUT KENA BASUH OLEH ANWAR



Hahahaha....betina mana la ni bodoh tanya soalan....Polis tak tanya, yang mulut gatal kata Polis minta jam tu buat apa...? Kan dah buta je kena belasah oleh Anwar. Ternyata media itu pencacai Umno....

Ahad, 10 April 2011

TULISAN ZUL KULIM - 110 PERATUS PEGUAM INI BENGONG

Oleh: WFAUZDIN NS

TERBACA saya tulisan dari MP Kulim Bandar Bharu, YB Zul satu artikel bertajuk "Keliru Yang Mengelirukan". Artikel tersebut ada disiarkan diruangan forum di Tranungkite di sini, dan apabila saya membacanya maka saya 110 % percaya yang keliru dan mengelirukan itu adalah MP yang dipecat dari PKR ini.

Saya tidak perlu belajar rajin-rajin untuk mendapatkan ijazah peguam bagi menjawab hujah YB Zul ini yang pada saya budak tidak lulus SRP pun boleh jawab, yob!! Beliau menyebut, mengapa perlu kecuh dengan isu Qazaf, fitnah zina dan sebagainya sedangkan kes video lucah tersebut masih belum selesai disiasat. Wahai Zul Kulim, kamu mahu rakyat jadi bisu seperti kamu apabila melihat seluruh media menunjukkan aksi dan berita lucah itu? Di mana sekelumit iman kamu wahai Zul, masakan hilang terus semenjak berada di bawah ketiak Bik Mama?

Zul Kulim berkata, ada 5 perkara yang perlu diselesaikan dan katanya pihak Polis baru melakukan satu perkara iaitu perkara 1 : mengesahkan video itu tulen. Kelima-lima yang digariskan oleh Zul Kulim seperti berikut:

1. adakah videoklip itu tulin, maksudnya bukan superimpose dan lain-lain? 2. jika tulin, siapa watak-watak yang ada didalam video itu? 3. setelah dikenal pasti, barulah kita siasat apa yang berlaku dalam videoklip itu? Adakah mereka main gasing atau pun main guli? 4. jika kandungan videoklip itu menunjukkan berlaku satu perlakuan jenayah, maka kesalahan itu hendaklah disiasat; dan jika cukup bukti, pendakwaan bolehlah dikenakan samada di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah. 5. dan jika pemilikan, penyebaran dan pendedahan itu juga satu kesalahan, maka jika cukup bukti, pendakwaan bolehlah dikenakan terhadap mereka yang berkaitan samada di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.
Di dalam perkara 5, mengapa dibiarkan? Mengapa Zul Kulim sebut `JIKA pemilikan, penyebaran dan pendedahan itu juga satu kesalahan'? Mahu `backing' lagi ke `three strooges' itu? Masakan seorang peguam tidak tahu undang-undang berkaitan pemilikan dan tayangan video lucah? Dan, paling lucu Zul Kulim sebut JIKA CUKUP BUKTI, pendakwaan boleh dikenakan. Wahai Zul, kamu ketinggalan bas lagi ke? Kamu tidak tahukah bahawa `three strooges' atau Datuk T itu mengaku terlibat di dalam penayangan video lucah. Kamu tidak menonton TV 3 suku yang mendedahkan pengakuan `kumpulan kepala otak biru' itu? Bukankah kamu sebut 110 % percaya?

Apabila `three strooges' sudah membuat pengakuan dan satu dunia tahu mereka yang memiliki dan menayangkan video lucah tersebut di Seri Carcosa, mengapa perlu tunggu bukti lagi? Bukti apa lagi? Zul Kulim nampaknya begitu bersunguh-sungguh untuk menyelamatkan si penayang video lucah berkenaan. Beginilah jadinya jika ilmu begitu mudah untuk dilacurkan.

Saya kesihan melihat perangai Zul Kulim yang nampaknya semakin berserabut dengan isu video seks yang beliau dakwa 110 % percaya itu. Putar belitnya semakin ketara memperlihatkan kebodohan beliau sendiri. Di dalam tulisannya itu juga, Zul Kulim mempertahankan Najib mengalungkan bunga di makam Kamal An-Tarturk atas `nas atau dalil' bahawa Tayyeb Erdogan juga berbuat begitu. Semenjak bila Islam mengambil dalil atau nas hukum dari Erdogan, wahai Zul Kulim? Jika Erdogan kencing berdiri, maka Zul Kulim akan kata tiada masalah kita kencing berdiri, tak begitu Yob?/wfauzdin.blogspot.com

VIDEO - SUATU ANALISIS LAGI



Satu analisis video telah saya jumpai di dalam youtube. Analisis ini juga anda boleh di perolehi melalui blog milosuam.blogspot yang ada sedikit sebanyak mengulasnya tentang analisis berkenaan.

Walaupun tanpa analisis seperti ini pun, rakyat sememangnya tidak mempercayai tuduhan mereka ke atas DS Anwar kerana puak yang selalu menipu ini kita sudah kenal berpuluh tahun dahulu. Cuma mahu bertanya, mengapa `three strooges' atau geng Datuk T masih bebas? Atau, sudah ada undang-undang baru boleh menayangkan video lucah di khalayak awam?

`PUTING BELIUNG' MELANDA SARAWAK, BN SEMAKIN PANIK ?


Perhimpunan Pakatan terus jadi tarikan

Wong Teck Chi
Apr 9, 11

Ribuan penyokong Pakatan Rakyat membanjiri perhimpunan yang diadakan di beberapa lokasi di utara Sarawak, malam tadi. Jumlah yang hadir dikatakan melebihi daripada jangkaan pemimpin pembangkang sendiri.

NONEBeberapa sumber berkata jumlah hadirin di perhimpunan di Miri, Senadin dan Bintulu adalah 7,000 orang manakala pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam tulisan di Twitter menyifatkan “puting beliung” sedang melanda negeri itu.

Perhimpunan terbesar dikatakan di Miri dengan kehadiran tidak kurang 4,000 penyokong yang datang untuk mendengar ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.

Rali kedua terbesar adalah di Senadin - yang tidak jauh dari Miri - di mana dianggarkan tidak kurang 2,000 orang berkumpul di klinik calon PKR Dr Teo Yu Kheng bagi mendengar ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. [Lihat video]NONE

Pada ucapannya, Anwar berkata masa sudah tiba untuk rakyat berhenti menjadi pemerhati pasif kepada perompakan hasil mahsul Sarawak yang memperkayakan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan pemimpin BN lain termasuk kerabat keluarga dan kroni mereka.

"Jangan biarkan Taib atau Najib (Razak) atau Rosmah (Mansor) sekalipun menentukan nasib kita. Kita sendiri mesti bangun dan tentukan nasib negeri ini demi masa depan anak cucu kita.

“Sudah cukup rakyat Sarawak menderita miskin disebabkan kerakusan BN. Sekarang masa yang amat sesuai untuk berubah," katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Manakala di Bintulu, kira-kira 1,000 orang hadir pada perhimpunan yang dianjurkan oleh DAP dengan pemimpin veterannya, Lim Kit Siang dijemput sebagai penceramah.

sarawak election miri dap ceramah 080411 01DAP dikatakan kini memberi tumpuan di dua bandar di utara Sarawak - iaitu di Sibu dan Miri selepas yakin, kerusi-kerusinya di Kuching boleh diperttahankan tanpa sebarang masalah besar.

Semua kerusi di Sibu dan Miri itu adalah di kawasan yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang begitu sukar ditembusi.

Sesetengah pihak mendakwa jumlah hadirin yang ramai belum tentu dapat menjamin bahawa DAP mampu menumbangkan calon-calon BN, termasuk presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan, khususnya di kerusi Piasau.

Chan, adalah juga timbalan ketua menteri Sarawak dan ini penggal ketujuh beliau mempertahankan kerusinya.

NONEMeskipun jumlah hadirin yang ramai, belum tentu dapat diterjemahkan sebagai undi, namun pemimpin DAP cukup selesa kerana di kalangan yang hadir itu, ramai yang menyumbang kepada tabung parti itu, terutamanya di Miri dan Bintulu.

Di Miri, ketua pemuda DAP Anthony Loke melaporkan kira-kira RM20,000 berjaya dikutip di kalangan penyokong parti itu yang menghadiri perhimpunan semalam, manakala Kit Siang pula berkata RM10,896.70 dikutip di Bintulu./Malaysiakini

Lagi polis ganggu ceramah Anwar di Sarawak

Seperti tiada kerja lain, polis tak sudah-sudah menggangu program yang dihadiri Anwar


Seperti tiada kerja lain, polis tak sudah-sudah menggangu program yang dihadiri Anwar

BATU NIAH: Sebaik sahaja Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berakhir 6 April lalu, polis semakin galak mengganggu program ramah mesra yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim..

Kejadian berlaku di Medan Selera Ngu dekat pekan Batu Niah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N60 Kemena. Gangguan polis itu akhirnya dileraikan selepas campur tangan pimpinan KEADILAN termasuk Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam. Polis kemudian membenarkan ucapan Ketua Umum KEADILAN itu diteruskan tetapi dihadkan kepada 15 minit sahaja.

Sebelum ini, polis melakukan tindakan sama terhadap tiga program yang dihadiri Anwar di Betong, di DUN Semariang dan Satok minggu lalu. Dalam ucapannya, Anwar mengingatkan penduduk Sarawak untuk melakukan perubahan secara aman.


Saya datang ke mari bukannya nak cari gaduh. Tak mengapa, kita dah biasa dengan perkara begini,” kata Anwar merujuk kepada gangguan polis yang menimbulkan ketegangan. “Nanti kalau kita perintah, gaji dan elaun polis pun kita naikkan,” sindir Anwar disambut tepukan gemuruh kira-kira 1000 hadirin.

Terdahulu, Anwar singgah ke beberapa pekan kecil termasuk Batu Niah dan pekan Sepupok di sepanjang perjalanan menuju ke Bintulu untuk bertemu pengundi. Beliau memperkenalkan calon-calon KEADILAN mewakili DUN Kemena, Bernard Bina Bayang dan Ishak Mahwi bagi
DUN N61 Bekenu.

Turut hadir dalam program ramah mesra bersama pengundi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai,Chan Ming Kai dan Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari./KeadilanDaily