RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 24 Julai 2019

KENYATAAN TUN M YANG PERLU DIPERBETULKAN

Kenyataan Tun M dlm chedet.com menyatakan, beliau anggap isu video semburit Sandakan itu hanya isu politik dan beliau tidak mahu melayaninya.

Alangkah baiknya jika ini prinsip yang Tun M pegang 20 tahun yg lampau. Namun, Tun M silap rasanya. Kes video semburit ini telah menjadi kes polis dan telah ramai ditahan untuk siasatan. KPN pun sudah jelaskan video ini tulen. Apabila kes telah dibawa ke pihak polis, ini bukan lagi kes politik. Ia sudah jadi kes besar apatah lagi melibatkan beberapa tokoh besar dalam kerajaan serta beberapa Adun yang disiasat.

Apakah kerana ianya melibatkan orang politik, maka kes sebesar ini mahu disembunyikan dan dibiarkan berlalu hanya dianggap isu politik? Di mana janji kita untuk melakukan reformasi dalam kerajaan PH ? Jika hujah Tun M ini diambil kira, ianya amat merbahaya kerana orang-orang politik akan lebih selamat dan bebas untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

Saya harap Majlis Presiden tolong peringatkan Tun M tentang janji kita untuk bertindak adil dan telus dalam mana-mana kes yang melibatkan pimpinan kerajaan. Sebagaimana saranan TPM, Kak Wan agar mana-mana pemimpin yang ada maklumat yang boleh membantu pihak Polis di dalam mengenalpasti dalang yang menyebarkan video ini serta pelaku-pelaku di dalam video tersebut, sila tampil dan bantu pihak Polis, bukan hanya bercakap di luar.

Saya harap kita tidak tersilap di dalam memilih Tun M sebagai PM yang kita yakin beliau akan berpegang dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Lupakan prinsip "undang-undang rimba" dahulukala.

Isnin, 22 Julai 2019

TOLONG BERI LAGI MASA KEPADA KPN UNTUK SIASAT SIAPA INDIVIDU BERSAMA HAZIQ

Saya telah membaca kenyataan media Presiden KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini yang menggambarkan KEADILAN 'lega' apabila pihak PDRM mengesahkan bahawa 'tiada pertunjuk orang yang dikaitkan' dengan video jijik Sandakan berpandukan kepada ujikaji oleh Cybersecurity.

KEADILAN merasa 'lega' kerana mengikut kata PDRM, Timbalan Presiden KEADILAN, YB Dato' Seri Azin Ali tidak dapat disahkan berada bersama Haziq walaupun Haziq berulangkali mengaku ada bersamanya di bilik hotel tersebut. KPN juga menyatakan video itu 'tulen' selari juga dengan laporan yang didedahkan oleh Lokman Adam yang juga menghantar video berkenaan untuk diuji di Indonesia. Ini memperkuatkan hujah bahawa video itu memang tulen, bukan diedit atau direka cipta. Bezanya, di Indonesia mengikut kata Lokman, ujikaji dibuat mengesahkan memang serupa pelaku di dalamnya iaitu Haziq dan Azmin. Saya tidak mahu percaya apa yang Lokman dedahkan kerana kita kenal Lokman Adam sebagaimana kita kenal Raja Petra.

Parti telah bertindak terhadap Haziq dengan memecat Ketua AMK Sentubung ini tetapi bukan kerana kesalahan aksi beliau dihotel Sandakan itu. Beliau telah dipecat kerana membuat tuduhan terbuka kepada Azmin tanpa bukti yang kukuh. Bagaimana pula dengan tuduhan dan pengakuan beliau bahawa Azmin bersamanya di dalam bilik tersebut? Saya merasakan parti telah melakukan yang sepatutnya iaitu pecat Haziq, satu hukuman paling maksima di dalam parti. Selebihnya, azmin perlu berfikir apakah perlu beliau lakukan terhadap Haziq yang sampai sekarang tetap mempertahankan bahawa beliau bersama Azmin. Itu hak Azmin.

Adakah kes ini telah selesai dengan kenyataan KPN dan laporan dari Cybersecurity ? Jawapannya tidak. Masih ada siasatan telah dan sedang dibuat oleh PDRM tetapi dilihat lebih menjurus kepada 'dalang' atau 'pengarah' drama "Semburit Sandakan". Untuk membenteras filem lucah yang dibikin di negara ini, Pengarah. Penerbit, Krew dan pelakun-pelakunnya wajib dikenakan tindakan. Kita tidak serius jika kita hanya tumpu mencari 'dalang' tetapi kita tidak fokus dan berusaha mengesan pelakunnya. Kerja pihak PDRM sepatutnya lebih mudah kerana salah seorang pelakunnya telah mengaku. Jika salah seorang perompak atau perogol telah mengaku, lazimnya siasatan kes rompakan dan rogol untuk mengesan yang lain-lainnya lebih mudah dibuat.

Terlalu banyak kes jenayah yang telah berjaya diselesaikan oleh pihak PDRM hasil bantuan video atau CCTV. D dalam kes ini, orang yang merakam perbuatan songsang tersebut sememangnya salah samada diupah atau tidak, tetapi yang melakukan perbuatan songsang ini lebih besar kesalahannya. Justeru itu, KPN tidak boleh menganggap isu ini remeh dan membuang masa PDRM. Masa tidak akan terbuang jika kita cekap dan profesional. Inilah ujian besar buat KPN baru yang diharapkan oleh rakyat untuk mereformasikan PDRM.

PDRM harus diberi sedikit sahaja masa untuk mencari dalang dan pelakunya. Kita berharap PDRM kita tidak ditertawakan oleh dunia luar akibat kegagalan menyelesaikan isu ini.

Jumaat, 19 Julai 2019

ADAKAH PELAKU DI DALAM VIDEO ITU JUGA DIUPAH?


Saya membaca kenyataan KPN di dalam Malaysiakini yang menyatakan bahawa terdapat bayaran upah melibatkan ratusan ribu ringgit bagi menghasilkan video Sandakan yang diviralkan itu.

Lojikkah untuk merakam atau menghasilkan video berkenaan dibayar upah? Jawapannya lojik kerana manusia boleh diupah untuk berbuat apa sahaja samada bertujuan baik atau buruk. Tidak mustahil orang yang merakam atau mengedarkan video berkenaan diupah walaupun mengikut kata Haziq, beliau adalah di dalam video itu dan pasangannya "Anymous" yang menyerupai seorang menteri kanan itu sendiri merakamkannya untuk simpanan peribadi.

Soal merakam dan mengedar video berkenaan memang lojik jika dikatakan telah dibayar upah. Pihak PDRM tentunya ada bukti kuat untuk mengatakan terdapat upah ratusan ribu ringgit dan menjadi tanggungjawab PDRM untuk menahan dan membawa pihak yang membayar upah dan menerima upah itu ke muka pengadilan. PDRM tidak boleh berhenti setakat mengumumkan sahaja.

Sekiranya pembuat video itu diupah, bagaimana pula 'pelakon' yang terdapat di dalam video yang disahkan ketulenannya itu? Apakah kedua-dua pasangan itu juga turut diupah melakukan aksi jijik berkenaan? Jika diupah juga, apa tujuan mereka? Saya rasa tidak masuk akal 'pelakun' di dalam video itu diupah hanya untuk mengaibkan diri sendiri. Jika tidak diupah tetapi telah dikhianati kerana aksi mereka telah dirakam curi, adakah perbuatan mereka itu tidak salah? Melakukan perbuatan sumbang sesama jenis tetap satu kesalahan samada diupah mahupun tidak.

Orang ramai sekarang berfikir adakah perbuatan sumbang itu benar-benar berlaku dan siapa mereka? Jika dikatakan perbuatan seperti yang Haziq dedahkan itu tidak berlaku, maka tidak timbul isu diupah. Mahu upah apa jika benda itu tidak wujud? Tapi, pihak Polis kata ada upah. Ertinya memang wujud. Andainya kita berfikir bahawa ada upah dibayar untuk cipta video palsu atau 'fake', bagaimana pula dengan kenyataan yang sebut video itu tulen? Tulen bermakna tidak fake.

Orang ramai tidak kisah samada perbuatan itu dirakam curi atau sengaja dirakam. Perbuatan haram tetap haram samada diupah atau tidak. Yang memberi upah, yang menerima upah dan paling penting yang 'beraksi' itu mesti dibawa ke muka pengadilan. Ini satu tanggungjawab pihak berkuasa untuk mencari jawapannya tanpa rasa takut dan bimbang. Selagi isu ini tidak mempunyai jawapan dan kesudahan, maka fitnah akan berleluasa.

Jumaat, 12 Julai 2019

MENTERI KENAKAN MP DARI PAS - DIZAMAN UMNO 30%, DIZAMAN PH 40%


MP Rantau Panjang (Pas) YB Siti Zailah Yusuf tanya soalan kepada YB Anyhony Loke (Menteri Pangangkutan) berkaitan pembinaan ECRL melibatkan kawasan beliau terutamanya, beliau menuduh kerajaan PH menganaktirikan kerajaan Kelantan. Megapa kuota bumiputra hanya 40% sahaja? soal beliau.

Dengan selamba menteri jawab, " Mengapa dulu tidak tanya kerajaan Bn tentang perkara ini? Dulu zaman Bn hanya dapat 30%. Bawah kerajaan PH, dirunding semula dan dapat dinaikkan dari 30% kepada 40%.. Itu jawapan menteri.

Maka, meyalak habis lebai2 dalam dewan. Marah sungguh mereka kalau sentuh nama Umno/Bn kawan baik mereka itu. Lihat perangai lebai. Zaman Umno, ECRL diwujudkan dan Umno Bn dah buat macam2 perjanjian yang samasekali tidak menguntungkan rakyat dengan kos yg terlalu tinggi. Bila PH perintah, mahu tidak mahu terpaksa teruskan projek tersebut tetapi banyak rundingan dibuat semula agar kos dapat dikurangkan. Kalau zaman Umno mereka runding dapat 30% saja, tetapi zaan PH kita runding dapat 40% untuk kontrak pekerja tempatan, adakah itu maksudnya kerajaan PH menganaktirikan Kelantan dan Umno itu sayang kepada Kelantan? Maka, wajib jatuhkan kerajaan PH dan wajib sokong Umno?

Zaman Umno Bn, mereka rampas royalti, tapi dizaman PH, kita kembalikan royalti minyak itu adalah tanda kerajaan PH anaktirikan Kelantan dan Umno dulu sayang kepada Kelantan? Maka, jatuh fatwa haram sokong PH dan wajib sokong Umno?

Sebab itu aku kata, lebai memang jual agama.

Khamis, 20 Jun 2019

NAIB KETUA AMK DESAK PECAT HAZIQ HANYA KERANA HAZIQ MELIWAT SEORANG DIRI?

Haziq buat akuan memang dia di dalam video tersebut. Dia juga sebut nama Azmin.

Apakah Haziq bercakap benar bahawa memang dia dan Azmin di dalam bilik hotel tersebut? Tiada siapa boleh pastikan kebenarannya. Tapi Haziq telah mengaku.

Azmin pula menafikan. Maka, kalau Naib Ketua AMK, Nazree Yunus dan Zuraida kata Haziq patut dipecat kerana melakukan perbuatan liwat yang beliau sendiri mengaku, kita mahu bertanya Haziq melakukannya dengan siapa? Meliwat seorang diri? Dengan Azmin? Bukankah Azmin menafikannya?

Kalau Haziq dipecat kerana mengaku dirinya terlibat di dalam video tersebut, kita kena juga siasat siapa pasangannya sebelum kita mahu hukum Haziq. Kalau kita percaya pengakuan Haziq itu bulat-bulat, ertinya kita percaya Azmin adalah pasangannya. Ini tidak adil buat Azmin.

Mana mungkin kita boleh dakwa seseorang itu berjudi, kalau hanya seorang berjaya dicekup? Judi boleh berlaku sekurang-kurangnya dua orang. Liwat juga tidak berlaku bersendirian.

Mengapa Nazree Yunus dan Zuraida tidak sabar-sabar menanti siasatan pihak polis? Sepatutnya Nazree Yunus atau Zuraida desak Azmin saman Haziq kerana Haziq babitkan namanya di dalam pengakuan beliau, bukannya mahu parti pecat Haziq sedangkan pasangannya pun masih tidak diketahui?

Apakah Nazree Yunus dan Zuraida sebenarnya tahu siapa pasangan Haziq?

Rabu, 22 Mei 2019

MOKHTAR SENIK BACA AYAT HARAM BERSEKONGKOL DENGAN DAP TAPI TIDAK BAWA AYAT HARAM BERSEKONGKOL DENGAN PARTI PEROMPAK

Penjual agama, Mokhtar anak Senik ni menjawab kenyataan Adun Ketari, YB Rara yang menyebut bahawa meskipun beliau Dap tetapi masih sujud kepada Allah dan solat. Mokhtar anak Senik kata, Islam itu bukan solat saja tetapi tidak boleh bersekongkol dengan Dap yang menentang Islam, kata lebai penjual agama ini.



Wahai Mokhtar anak Senik, hujah kamu tu ke laut dan memperlihatkan kebodohan kamu lebih besar dari serban kamu. Pertamanya, kamu tuduh Dap penentang Islam tanpa bawa hujah pun. Keduanya, kamu lupa parti kamu lebih dahsyat sesatnya apabila bersekongkol dengan parti perompak yang terbukti telah pun merompak sehingga negara ini musnah. Ketiga, parti kamu terang-terang menyokong MCA dan MIC dan terbaru parti PBS yang kesemuanya parti2 itu terang2 menentang hukum Islam. MCA, MIC dan PBS penentang hukum Hudud, bahkan Umno sendiri sokong Hudud sangatkah?

Kalau betul Dap itu menentang Islam, sejarah menunjukkan sejak Dap ditubuhkan, parti ini tidak pernah diharamkan oleh kerajaan yang 60 tahun dulu Umno sendiri perintah. Lojikkah parti yang menentang Islam dibenarkan wujud di negara ini yang di dalam Perlembagaannya Islam itu agama persekutuan? Mengapa tidak diharamkan parti Dap sejak Umno perintah berpuluh tahun dahulu?

Bila Mokhtar anak Senik ni mula rasa Dap ini menentang Islam? Sejak parti kamu berkawan dengan Umno kan? Berpuluh tahun parti kamu bersama Dap dan berapa ramai lebai2 kamu yang makan gaji dari tangan Dap sebelum ini? Dap tidak pernah kencing parti kamu macam Umno pernah kencing parti kamu. Dap tidak pernah buat konvensyen bertajuk "Pas parti ajaran Sesat" sebagaimana Umno pernah buat program dan konvensyen bertajuk "Pas parti ajaran Sesat" di Terengganu.

Sudah2lah Mokhtar anak Senik. Parti kamu sembang kencang macam nak jadi hero lawan Dap. Menyalak saja lebih tetapi bila Dap buka gelanggang, semua telor2 lebai kecut dalam jubah, tidak berani bertanding lawan Dap. Takut kalah? Eh, bukankah Allah tidak tanya kalah atau menang, tapi Allah akan tanya, kamu lawan ke tidak Dap yang kamu kata menentang Islam itu?.

Simpanlah kebodohan kamu itu untuk kamu ajar kat anak2 murid kamu di pondok An Nur itu.

Selasa, 21 Mei 2019

BERAPA BANYAK PARTI YANG EZAM TELAH SERTAI DAN TUBUH SERTA SIAPA PM YANG EZAM SOKONG SEBENARNYA?

Ezam asalnya Umno. Di era reformasi, Ezam bersama Anwar dan jadi Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat). Pada tahun 2008, beliau menyertai Umno di era Pak Lah jadi PM. Di era Najib kleptokrasi, Ezam terus bersama Umno, dapat jadi Senator dan bekerja di pejabat Najib sebagai Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan di mana Najib juga Menteri Kewangan.


Sebelum PRU14, Ezam keluar dari Umno dan menyertai Bersatu. Tiga bulan kemudiannya, beliau keluar dari Bersatu, dan menubuhkan parti baru, yang kononnya berjuang untuk melawan rasuah. Kemudiannya, Ezam bubarkan parti barunya itu sebelum ROS luluskan. Kelmarin, diberitakan sekali lagi Ezam umumkan untuk mendaftar parti baru yang kononnya juga berjuang melawan rasuah. Parti barunya kali ini singkatannya adalah Parti NEGARA. Bukan main rajin Ezam keluar masuk parti dan tubuhkan parti.

Di dalam kenyataan terbaru beliau kelmarin, Ezam menyokong Tun M sebagai PM. Sekaligus tentangan beliau kepada Tun M sebagai PM setahun yang lalu di 'mansuhkan'. Setahun yang lalu beliau tegas menolak Tun M sebagai PM. Hari ini, beliau menyokong Tun M. Jangan terperanjat, suatu ketika nanti Ezam akan menyokong Anwar jadi PM.

Begitulah serba sedikit tentang Ezam. Jadikan pengajaran kepada kita semua agar jangan mudah hilang pedoman dalam perjuangan. Prinsip perjuangan mesti dipertahankan dan jangan jadi lalang.

Selasa, 14 Mei 2019

PH TIDAK PERLU JADI "KERAJAAN MALAIKAT" TETAPI JANGAN MENJADI "KERAJAAN SYAITAN"

Negara kita pernah mencipta sejarah apabila berada di bawah pemerintahan "Syaitan Kleptokrat" sehinggalah Allah mencabut "nyawa" Umno/Bn dari terus menjadi kerajaan dan memberikan peluang kepada PH untuk menerajui negara.

Tiada siapa berani meramalkan bahawa hayat Umno/Bn di Putrajaya akan berakhir pada 09 Mei 2018, kecuali suara dari INVOKE yang berulangkali menyatakan kerajaan baru akan terbentuk selepas PRU14 dan suara ini sering menjadi bahan jenaka bukan sahaja oleh Umno/Bn malahan dari kalangan kita sendiri. Kita mampu merancang, Allah jua adalah sebaik perancangan dan Alhamdulillah, umur kerajaan Kleptokrat direntap tanpa belas kesihan.

Sejurus kemenangan PH melakar sejarah negara, rakyat begitu teruja untuk berada di bawah kerajaan baru yang menyajikan manifesto berlandaskan prinsip keadilan dan reformasi. Apabila PH membuka kunci Putrajaya, di luar jangkaan samasekali betapa terlalu banyak kerosakan telah berlaku tanpa diketahui umum. PH menjangkakan paling tinggi hutang yang akan diwarisi dari kerajaan lama hanya sekitar RM 600-700 Bilion sahaja dan PH telahpun bersedia untuk menangani hutang-hutang berkenaan di samping komitmen PH untuk melaksanakan kesemua janji-janji di dalam manifesto PRU14.

Rupa-rupanya keburukan kerajaan Kleptokrasi yang sering PH perkatakan sebelum ini lebih dahsyat dari yang dijangkakan. Masuk sahaja di bangunan Putarajaya, kerajaan PH terperanjat besar apabila menyaksikan bahawa sebenarnya kerajaan turut menanggung bebanan selain dari hutang-hutang yang diistiharkan secara resmi. Kerajaan sebenarnya turut menanggung hutang pinjaman dari syarikat 1MDB di mana kerajaan adalah penjamin kepada syarikat yang penuh misteri tersebut. Tanggungan hutang ini tidak pernah diumumkan kepada rakyat sehinggaka sampai ke hari ini masih ramai tidak percaya bahawa tanggungan hutang kerajaan sewaktu PH mengambil alih kuasa adalah melebihi RM 1 Trilion.

Saya suka ibaratkan seperti kisah kita yang mahu menyewa sebuah rumah. Di lihat dari luaran, rumah itu memang agak usang namun kita merasa yakin bahawa kita boleh memperbaikinya. Kita pun berjanji dengan isteri dan anak-anak sekiranya kita berpindah ke rumah tersebut, kita akan baikinya dan rumah itu akan kita penuhi dengan perabut-perabut yang cantik. Sudah tentu isteri dan anak-anak akan merasa teruja untuk berpindah . Apabila kita memasuki rumah tersebut, ianya amat memeranjatkan kita kerana kerosakan yang kita jangkakan selama ini bukan sahaja di luar rumah, malahan di dalam rumah begitu dhaif dan buruk sekali. Bukan sahaja atap yang bocor, pintu pagar yang rosak, tetapi di dalam rumah pintu bilik semua terkopak, siling pecah, tangki air bocor, tandas tersumbat, singki di dapor juga pecah bahkan pendawaian letrik juga terputus di sana sini. Apakah keutamaan kita waktu itu? Apakah kita akan terus membeli perabut yang mahal-mahal sebagaimana yang kita janjikan kepada keluarga kita, atau kita tangguhkan dahulu untuk kita memperbaiki semua kerosakan yang berlaku di dalam rumah? Apabila kita mengambil keputusan untuk memperbaiki semua kerosakan itu terlebih dahulu kerana ianya amat penting demi keselamatan keluarga kita, apakah wajar isteri dan anak-anak kita menuduh kita memungkiri janji untuk membeli perabut-perabut di dalam rumah?

Menangguhkan janji kerana terdapat sebab musabab yang tidak dapat dielakkan berbeza samasekali dengan memungkiri janji. Namun, masih terdapat suara-suara yang menuduh kerajaan PH memungkiri janji-anji mereka. Apakah tempuh setahun dua untuk memulihkan negara yang rosak ini adil untuk kita adili tentang prestasinya?

Tidak semua manifesto PH ditangguhkan. Banyak juga yang telah dilaksanakan, sedang dilaksanakan dan akan dilaksanakan. Malangnya, kita sedikit lemah di dalam menyalurkan maklumat tentang pencapaian kita. Rata-rata masyarakat di luar sana tidak tahu apa yang telah kita lakukan dan sedang kita lakukan. Maka, tidak pelik jika mereka menyatakan apa kelebihan PH berbanding Umno/Bn selain dari mengheret Najib, Rosmah, Zahid Hamidi, Azeez Tabung Haji, Isa Samad, dan beberapa orang pemimpin Umno itu ke mahkamah? Kita kena terima hakikat bahawa kita masih lemah di dalam menggunakan media arus perdana untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan seluas mungkin. Jika di era Umno/Bn, mereka bukan sahaja ada TV3, RTM, Radio semata-mata, tetapi mereka punyai media cetak akhbar harian seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian yang bukan sahaja dijual setiap hari di merata-rata tempat, tetapi sehingga dilanggan oleh pejabat-pejabat kerajaan.

Kerajaan PH ada media cetak seperti ini? Akhbar parti pun tidak berkembang bahkan dikatakan seperti terpinggir selepas kita menjadi kerajaan. Suara Keadilan contohnya, adakah jualannya semakin meningkat atau menurun sekarang? Apakah kita fikir tidak perlu lagi akhbar parti kerana kita telah menjadi kerajaan? Bayangkan, sekiranya PH tiada akhbar harian, media elektronik seperti TV dan radio juga tidak berfungsi dengan baik, di dalam masa yang sama akhbar Utusan dan Berita Harian masih dilanggan di pejabat-pejabat kerajaan dan masih terjual di merata-rata kedai, apakah kita boleh kekal sebagai kerajaan selepas PRU15?

Percayalah, jika ditakdirkan kita tumbang (Na'uzubillah) di dalam PRU15 akan datang, ianya bukan kerana kita tidak lebih baik dari Umno/Bn tetapi kerana kita tidak tahu gunakan kuasa yang kita miliki. Kita telah bekerja kuat dan sanggup berkorban berpuluh tahun untuk mendapatkan kuasa, tetapi apabila diberi peluang berkuasa kita tidak tahu menggunakannya.

Gunakan kuasa yang dipinjamkan kepada kita ini sebaik mungkin. " Kita tidak perlu untuk menjadi kerajaan Malaikat, tetapi kita jangan menjadi kerajaan Syaitan". Gunakan kuasa yang ada ini untuk kepentingan rakyat dan dengan kuasa itu juga kita perlu bertindak tegas kepada mana-mana pihak atau individu di dalam kerajaan yang cuba untuk mensabotaj usaha baik yang kita rancang. Mereka boleh berbeza pendirian politik dengan kita, tetapi sebagai kakitangan kerajaan mereka tidak boleh mensabotaj usaha dan dasar-dasar kerajaan. Kita tidak boleh singkirkan mereka hanya kerana mereka tidak menyokong PH, tetapi kita wajib singkirkan mereka sekiranya mereka tidak patuh kepada dasar-dasar kerajaan PH.

Cukuplah setahun kita memberi peluang kepada mereka untuk memahami dasar-dasar kerajaan dan reformasi yang mahu kita tegakkan. Kini tiba masanya kerajaan perlu bertindak tegas kerana kita bertanggungjawab kepada rakyat yang memberikan mandat kepada kita. Jangan kerana seekor dua nyamuk di dalam kelambu, kita tidak boleh lena tidur sampai ke pagi.

Ahad, 21 April 2019

TUN M MEMULAKAN, ANWAR PELENGKAPNYA


TERIMA kasih kepada Tun M, Perdana Menteri yang berusia 93 tahun namun telah berusaha kuat dan gigih bagi membetulkan negara ini dari kerosakan rejim terdahulu.  Menghampiri setahun kerajaan PH mentadbir negara, sedikit demi sedikit menampakkan kemajuan di bawah kepimpinan Tun M.

Ramai menjangkakan negara ini akan pulih sepenuhnya selepas sepenggal kerajaan PH memerintah, namun apabila melihat kepada perubahan yang begitu drastik sekarang ini saya menaruh keyakinan di dalam tempuh dua tahun lagi negara ini akan kembali berada pada landasannya yang betul dan tepat.  Kejayaan paling besar dibawa oleh kerajaan PH adalah berjaya menghadapkan Najib, Rosmah, Zahid Hamidi, Azeez Tabung Haji, Isa Samad Felda dan beberapa tokoh lain ke mahkamah atas banyak kes salah laku dan penyelewengan sewaktu rejim Umno/Bn berkuasa dahulu.  Ini membuktikan bahawa kerajaan PH benar-benar serius untuk mengembalikan maruah negara ini agar lebih dihormati dan disegani setelah ditimpa aib yang besar dengan skandal 1MDB.

Pemulihan yang semakin ketara walaupun secara beransur-ansur amat melegakan kita kerana kesinambungan kerja baik yang dilakukan oleh Tun M selepas 09 Mei 2018 sudah pastinya akan dilengkapkan oleh pengganti beliau Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Sekarang adalah waktu untuk kita memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Tun M kerana dengan sokongan padu sahajalah akan menjadikan peralihan kuasa kepada Anwar berjalan dengan baik.  Peralihan kuasa dari Tun M kepada Anwar memang digeruni oleh Pembangkang kerana Pebangkang mengharapkan pengganti Tun M mestilah tokoh yang lebih lemah dari Tun M bagi memudahkan mereka kembali ke tampuk kuasa.  Sudah pasti ini tidak akan berlaku kerana PH sendiri telah menetapkan bahawa Anwar adalah sebaik tokoh bagi menggantikan Tun M.  

Di sebalik kegembiraan rakyat di bawah teraju Tun M sekarang, rakyat juga tidak sabar menanti Anwar meneruskan kejayaan Tun M.  PH beruntung kerana kita memulakan langkah memasuki Putrajaya dengan menampilkan tokoh yang hebat dikenali di merata dunia iaitu Tun M dan kita tidak perlu risau kerana yang bakal menggantikan Tun M pula adalah bekas gandingannya dahulu yang pernah membawa nama negara digelar "Harimau Asia", iaitu Anwar Ibrahim.  

PH memunyai tokoh-tokoh yang jauh berwibawa dari tokoh-tokoh Pembangkang.  Selepas Tun M, kita ada Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, Husam Musa, Rafizi Ramli dan kita tidak kurang hebatnya memiliki tokoh yang bukan berbangsa Melayu seperti Lim Guan Eng dan Tony Phua yang sudah semestinya mampu membantu meningkatkan imej negara di mata dunia.  Tokoh-tokoh muda seperti Nurul Izzah, Syed Sadiq termasuk Rafizi Ramli adalah di antara bakal pelapis negara yang mempunyai aura masing-masing.  Saya yakin, di bawah kepimpinan Anwar nanti tokoh-tokoh muda ini akan ditampilkan di barisan hadapan untuk menimba pengalaman sebagai pelapis pimpinan muda.

Rakyat hanya perlu bersabar seketika di dalam tempuh setahun dua ini.  Selepas itu, rakyat pasti akan dapat melihat perbezaan yang ketara di antara kerajaan 'reformasi" PH dengan kerajaan "kleptokrasi" Umno/Bn.    

Jumaat, 19 April 2019

PAS JENTERA AGAMA TAPI MEMBANTU PEROSAK AGAMA ? - MENJAWAB TULISAN YB ADUN TG LUMPUR


Saya merujuk satu tulisan dari Adun Tg Lumpur yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang, YB Ustaz Rosli Abdul Jabbar bertajuk " Pas Jentera Agama", dan saya mahu berikan sedikit komen terhadap setiap perenggan kenyataan beliau seperti di bawah;

PAS JENTERA AGAMA

"Yang PAS nak, ialah Islam menang, bukan PAS. PAS cuma peralatan atau jentera yang bekerja untuk Islam menang, sampai bila?, sampai Islam menang."

[Jika benar Pas mahu melihat Islam menang, Pas mesti tahu memilih dan menilai pihak manakah yang patut Pas buat kawan atau bekerjasama. Dalam konteks negara kita, hanya terdapat dua parti yang berpengaruh besar untuk menjadi kerajaan atau pemerintah, samada Pakatan Harapan atau Umno/Bn. Apabila Pas memilih untuk membantu Umno/Bn yang berpuluh tahun mempunyai rekod yang kita semua tahu dan Pas pun lebih tahu, jelaslah bahawa Pas memilih Umno/Bn bukan kerana Islam tetapi lebih kepada semangat perkauman dan kepentingan politiknya. Tidak masuk akal Pas mengharapkan Umno untuk memartabatkan Islam kerana terbukti Umno/bn adalah parti yang bukan sahaja merosakkan Islam bahkan Melayu itu sendiri.]

" Bukan semestinya PAS memerintah baru disebut Islam menang, sesiapapun memerintah jika ia melaksanakan Islam secara keseluruhannya maka itulah kemenangan Islam."

[Benar, Islam menang bukan terletak kepada Pas atau mana-mana parti tetapi kepada perlaksanaannya atau kesungguhannya. Jika dilihat kepada sejarah Umno/Bn, di manakah boleh kita harapkan parti ini mahu melaksanakan apa yang Islam perintah, bahkan secara terang-terangan parti ini banyak melakukan apa yang Islam larang. Pakatan Harapan sekarang sedang berusaha mencuci kekotoran yang telah ditinggalkan oleh rejim Umno/Bn terdahulu dan cuba berusaha untuk menjadi lebih baik dan adil kepada semua termasuk kepada Pas sendiri, namun Pas tetap mahu menjadikan Umno/Bn sebagai rakannya untuk menegakkan Islam. Masuk akalkah memilih parti yang terlalu banyak melahirkan pimpinan perosak negara, bangsa dan agama ini sebagai rakan untuk memperjuangkan Islam?]

"Tanggung jawap PAS ialah berdakwah dan sebagai wadah politik Islam bagi tujuan menegakkan sistem Ilahi yang pastinya akan memberikan keadilan kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama."

[Samada Pas mahu berdakwah atau berpolitik atau kedua-duanya sekali, Pas tidak boleh lari dari prinsip iaitu membantu ke arah kebaikan. Di antara Pakatan Harapan dan Umno/Bn, pihak manakah yang terbukti banyak merosakkan negara ini? Pihak manakah yang cuba memperbaiki sistem yang lebih baik untuk negara ini? Pas tidak boleh menipu diri sendiri di dalam menilai hal ini. Pas kenal Umno/Bn bukan baru dan Pas juga kenal parti-parti di dalam Pakatan Harapan di mana Pas pernah bersama kami sebelum ini. Mustahil Pas mahu menyatakan Umno/Bn itu lebih baik dari Pakatan Harapan, kecuali jika Pas mengambil semangat perkauman (Assobiyyah) di dalam penilaiannya]

"Islam itu agama, agama itu ilmu, ilmu perlukan kefahaman, untuk faham wajib belajar, maka dakwah itu ialah mengajar dan memberi faham kepada yang tidak faham."

[Benar, Islam itu agama dan agama itu perlu kepada ilmu untuk mengamalkannya. Begitu juga politik. Politik juga perlukan kepada ilmu dan strategi serta kemaslahatannya. Orang yang mengaji agama belum tentu faham tentang politik, begitu juga sebaliknya. Tetapi, paling tidak orang politik itu tidak melanggar ajaran agama dan orang agama pula tidak menjual agamanya untuk kepentingan politik. Pada satu ketika menentang Umno/Bn itu jihad dan pada ketika yang lain wajib menyokong Umno/Bn sedangkan parti Umno/Bn itu tetap parti yang sama dari segi dasarnya sewaktu 'diharam'kan menyokongnya.]

" Bila faham barulah timbulnya keyakinan pada Islam, bukan yakin kepada yang lain. Bila dah yakin maka ia akan mencetuskan semangat berkorban dan berjuang untuk menegakkan Islam. Bukan semangat kepada yang lain."

[Faham agama tidak bererti faham kepada pendekatan politik dan kemaslahatannya. Yakin kepada Islam asasnya adalah menyokong kepada kerja-kerja makruf dan menentang pihak-pihak yang mungkar. Adakah bersama dan menyokong Umno/Bn itu bertepatan dengan uslub dakwah Islam? ]

" Perngorbanan akan sia-sia jika tiada diberikan pahala, dan tiadalah pahala jika tidak dilakukan kerana Allah swt dan tiadalah sesuatu itu dilakukan kerana Allah melainkan bertepatan dengan syariaatNya.Syariaat itulah yang hendak ditinggikan, bukan dirinya."

[Pengorbanan juga menjadi sia-sia jika kita bersekongkol dengan puak-puak yang zalim dan mungkar serta menyeleweng apabila diberikan kuasa. Jika benar kita melakukan sesuatu itu kerana Allah, maka Allah melarang kita cenderung kepada kezaliman, apatah lagi menyokong dan mengundi puak-puak ini. Inilah yang selalu disebut di dalam mukaddimah setiap ucapan di dalam ceramah Pas sebelum ini]

" Syariat itu yang mengawal PAS, bukan sebaliknya. Syariat itulah yang mengarahkan PAS berjuang, PAS hanya menjadi suruhan Syariat untuk tegakkanNya, PAS cuma menjadi alat untuk tegakkan Syariat bukan Syariat menjadi alat PAS untuk kekuasaan politik."

[Malangnya, Pas tidak mematuhi syarat itu apabila terang-terangan membantu Umno/Bn yang terang lagi bersuluh sewaktu pemerintahannya telah merosakkan bangsa, agama dan negara ini. Pas bukan menjadi suruhan syariat, tetapi Pas telah dilihat menjadi suruhan Umno untuk kembali berkuasa di negara ini. Pas lupa kepada doa "K.O" Umno sewaktu Almarhum Tok Guru Nik Aziz masih hidup. Kini doa Pas berubah kepada "O.K" Umno.]

" Hari ini ada orang marahkan PAS, ada orang rimas kerana PAS nak tegakkan syariat Allah, orang kata PAS lambatkan kemenangan untuk kalahkan UMNO/BN jika terus menerus pertahankan prinsipnya untuk tegakkan Syariat Allah".

[ Bukan hari ini, bahkan sejak dahulu kala Umno/Bn sentiasa menghina Pas apabila Pas cuba membawa perjuangan Islam. Siapa yang pernah menggelar Pas parti ajaran sesat sehingga mengadakan satu seminar khas di Terengganu atas tajuk "Pas Parti Ajaran Sesat"? Dap, Keadilan, Amanah dan Bersatu tidak sanggup berbuat demikian, kecuali Umno. Hari ini, ada yang memarahi Pas bukan kerana Pas mahu bawa Islam, tetapi adalah kerana Pas menjual Islam mengikut seleranya sendiri.]

" PAS tak peduli semua tu, sebab yang kawal PAS ialah Syariat bukan manusia. PAS bukan berjuang untuk tegakkan sebuah negara yang serupa dengan kerajaan UMNO/BN yang tidak laksanakan Syariaat Allah. Teramat rugi perjuangan begitu."

[Pakatan Harapan juga tidak pedulikan Pas kerana bagi kami Islam itu untuk semua dan sesiapa berhak memperjuangkannya mengikut kaedah yang difikirkan baik. Bagi Pakatan Harapan, menentang rasuah, menentang kezaliman, menegakkan keadilan, meningkatkan ekonomi dan pendidikan, memperkasakan semua jabatan kerajaan, memperkuatkan pertahanan negara dan menghukum semua perompak yang merompak harta rakyat dan melakukan penipuan, memperbetulkan kerosakan di dalam Tabung Haji, LTAT dan felda, itu juga adalah perjuangan yang dituntut oleh Islam. Amatlah rugi perjuangan kita jika bersekongkol dengan puak-puak perosak seperti Umno/Bn]

" Yang PAS nak ialah tertegaknya Syariat Allah, Syariat perintahkan kita supaya menyokong sesiapa sahaja yang nak tegakkan SyariatNya, jika ada yang berhasrat untuk laksanaknnya, PAS pasti akan sokong, kerana yang diperjuangkan oleh PAS adalah SyariatNya."

[ Syariat Allah tidak akan tertegak jika kita memilih parti yang selama ini terbukti merosakkan syariat itu. Perjuangan menegakkan syariat Allah itu mestilah bersama pihak atau kumpulan yang mahu membersihkan negara ini dari kerosakan yang dilakukan oleh rejim terdahulu. Pas telah memilih jalan yang salah dan tidak pelik sekarang ini Pas semakin dilihat bukan sebagai parti Islam tetapi sebagai parti yang hanya menumpang parti perkauman Umno].

YB Ustaz Rosli Abdul Jabbar‎
ADUN Tanjung Lumpur

Komentar:

WFAUZDIN NS

Khamis, 21 Mac 2019

PENCALONAN DR STRERAM DI PRK RANTAU BUKTI BAHAWA KEADILAN ADALAH PARTI YANG TAHU MENGENANG JASA DAN TIDAK TAKSUB KEPADA PERKAUMAN

Pada PRU13, Dun Jeram Padang di NS, calonnya adalah dari kaum India iaitu Kumar (keadilan). Pada PRU14, di Dun tersebut calonnya adalah calon Melayu (Keadilan) iaitu S. Musliadi Sabtu. S. Musiladi tewas.


Pada PRU13, calon Parlimen Teluk Kemang (Kini Port Dickson) adalah seorang Melayu iaitu Dato' Kamarul Baharin (Keadilan) dan beliau menang. Pada PRU14, calonnya adalah seorang dari kaum India iaitu Datuk Danyal (Keadilan), kemudiannya mengosongkan Kerusi tersebut untuk beri laluan kepada Anwar Ibrahim di dalam PRK baru2 ini.

Ertinya, di Jeram Padang Kerusi dari kaum India diserahkan kepada calon dari kaum Melayu. Di Port Dickson yang dulunya Parlimen Teluk Kemang, dari calon Melayu diberikan kepada calon dari kaum India, kemudiannya calon ini berkorban untuk mengangkat Anwar sebagai Ahli Parlimen telah mengosongkan Kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada Anwar, seorang calon Melayu untuk bertanding di situ.

Di dalam Keadilan, isu kaum tidak releven dan ianya terlalu 'fleksibel". Keadilan adalah parti yang boleh bertolak ansur dan berusaha untuk membuat keputusan dengan adil. Sehubungan itu, Keadilan merasakan tidak adil untuk terus membolot semua tempat bagi menempatkan calon-calon dari kaum Melayu sahaja.

Atas prinsip ini, ditambah pula dengan calon Dr Streram yang telah dianiyai tidak dapat bertanding di Dun Rantau pada PRU14 yang lalu, dan beliau bersusah payah memperjuangkan haknya untuk menfailkan petisyen di mahkamah dan menang di dalam tuntutannya, maka wajarlah Keadilan mencalonkan beliau untuk bertanding di PRK Rantau kali ini.