RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 9 Jun 2009

TUTUP TAJUK KERAJAAN PERPADUAN SEBELUM PRK DUN MANEK URAI

Alangkah baiknya jika suasana ini dapat dikekalkan....

Oleh: WFAUZDIN NS

PILIHANRAYA Kecil Dun Manek Urai tidak beberapa minggu sahaja lagi. Difahamkan Pas kini telah pun menggerakkan jenteranya manakala Umno masih `berkubu' dan belum pun bersedia untuk mengangkat senjata. Apakah ini strategi Umno iaitu memerhatikan terlebih dahulu perkembangan yang melanda Pas serta PR sekarang? Sudah tentu isu Kerajaan Perpaduan yang dihebohkan sekarang amat menarik minat Umno untuk dijadikan `senjata' kempen dan propaganda mereka di Manek Urai nanti.

Kita tidak boleh memandang remeh isu ini kerana ianya telah melibatkan soal prinsip dan pakatan kerjasama di dalam PR. Benar, di Manek Urai sokongan PR tidak diperlukan sangat memandangkan hampir 100% pengundi di Manek Urai terdiri dari orang-orang Melayu dan Manek Urai adalah kubu kuat Pas. Fungsi PKR terutamanya adalah untuk menarik sokongan pengundi-pengundi Melayu dan bukan Melayu untuk menyokong PAS, manakala fungsi DAP pula tentunya untuk menarik kaum Cina menyokong Pas. Ini lah kehebatan PR yang paling ditakuti oleh Umno/Bn. Komitmen pengamal media alternatif seperti Bloggers juga memainkan peranan penting di dalam membantu Pas dan PR dalam setiap pilihanraya. Terbukti, media-media alternatif seperti ini diakui kehebatannya oleh Umno/Bn yang menyebabkan kerajaan Bn hilang 2/3 majoritinya di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu.

Apakah kita boleh bersenang lenang dengan kekuatan yang ada sekarang? Jawapannya sudah pasti tidak kerana kini kita dibelenggu oleh masalah keyakinan di dalam PR. Muktamar Pas baru-baru ini yang dijangkakan menaikkan semangat serta iltizam semua ahli-ahli Pas terhadap PR dan mengiktiraf Umno sebagai musuh politik utamanya ternyata gagal sama sekali. Malah, kemelut di dalam Pas bermula lebih hebat dari sebelum pilihanraya umum yang lalu. Ini adalah kerana gara-gara pendekatan secara berhikmah untuk bekerjasama dengan Umno dan lahirlah istilah Kerajaan Perpaduan. Kita tidak boleh mempersalahkan rakyat yang mungkin terkeliru dengan pendekatan yang pimpinan Pas rancang ini. Pimpinan sehingga kini bukan sahaja gagal untuk meyakinkan rakyat akar umbi, bahkan mereka juga gagal untuk meyakinkan pimpinan PR yang lain. Penjelasan beberapa tokoh di dalam Pas untuk memperjelaskan isu Kerajaan Perpaduan ini dilihat bercanggah satu sama lain menyebabkan isu ini `tergantung tidak bertali'.

Bukan rakan-rakan di dalam PR mencemburui konsep kerjasama yang ingin dilakukan oleh Pas dengan Umno, tetapi mereka ingin penjelasan apakah konsep itu lebih menguntungkan Umno atau PR malah menguntungkan rakyat juga? Jika pendekatan ini hanya semata-mata untuk menunjukkan Pas sanggup bertoleransi dengan Umno demi menyelamatkan rakyat dari belenggu rasuah, kronisma, ekonomi yang tidak menentu, maka tiada bezanya seperti yang telah diperkatakan oleh Ketua Pembangkang DS Anwar bahawa PR sanggup bersama kerajaan untuk tujuan-tujuan tersebut. Oleh yang demikian, mengapa perlu lagi Pas bercakap soal Kerajaan Perpaduan kerana sudah jelas PR akan bekerjasama dengan kerajaan dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan rakyat. Apabila Pas terlalu menekankan soal Kerajaan Perpaduan dalam kaedahnya sendiri, maka tidak hairanlah masalah keyakinan seperti sekarang berlaku.

Persoalannya, adakah dengan wujudnya Kerajaan Perpaduan itu nanti soal rasuah, kronisma, ekonomi yang merudum, pendidikan serta masalah sosial dan agama akan selesai? Tiada penyelesaian kepada semua permasalahan tersebut sekiranya kita bekerjasama dengan mereka yang terlibat dengan semua skandal berkenaan. Kita berunding dengan siapa sebenarnya? Bukankah pemimpin mereka itu pun kita sendiri kata terlibat dengan berbagai skandal? Lainlah sekiranya mereka yang terlibat di dalam berbagai isu rasuah dan penyelewengan itu tidak lagi bersama parti yang ingin kita jadikan Kerajaan Perpaduan itu. Sebagai contoh, amat melucukan bila mana Ketua Menteri Melaka Ali Rustam pun bersetuju sangat dengan Kerajaan Perpaduan tajaan Pas ini. Begitu juga dengan Najib yang kita semua tahu latar belakang serta imejnya. Mereka masih menjadi pemimpin utama di pihak parti mereka dan inikah orangnya untuk kita berpakat?

Saya benar-benar berharap agar isu Kerajaan Perpaduan ini dinoktahkan samasekali sebagaimana Tuan Guru Presiden pernah berkata tiada lagi Kerajaan Perpaduan sejurus Najib mengambil alih kerusi PM dari Pak Lah. Muktamar sebelum ini juga menentang pendekatan itu sebaliknya inginkan PR sebagai `Government Waiting'. Niat yang baik kadangkala tidak disukai ramai apabila kaedah dan perlaksanaannya tidak kena malah terpesong. Tugas Pas dan juga PR seharusnya untuk menyelamatkan ahli-ahli Umno dari terus berada di dalam parti yang hampir karam itu, bukan tugas kita untuk menampal segala lubang yang bocor pada bahtera Umno yang semakin reput tersebut.

Sewajarnya isu ini diselesaikan secepat mungkin sebelum PRK Dun Manek Urai. Jika tidak, suasana kempen dan keceriaan sesama kita di dalam Pas serta PR mungkin kelihatan suram nanti. Mungkin semangat petugas-petugas kempen dan jentera agak luntur kerana mereka merasakan seolah-olah mereka akan berperang dengan parti yang bakal bersama Kerajaan Perpaduan. Percayalah, kesemua pandangan mereka yang seolah-olah mengkritik kepimpinan Pas bukan kerana mereka bencikan Pas tetapi kerana terlebih sayang kepada Pas. Kami semua mahu Pas terus mendominasi PR satu hari nanti dan pada kami Umno semakin hampir untuk ditalkinkan. Buktikan di Manek Urai nanti, InsyaAllah.

Lain-lain artikel sini

KERAJAAN PERPADUAN , APA KATA PRESIDEN PKR ?

Saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) merakamkan ucapan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berjaya melangsungkan muktamar tahunan kali yang ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Syabas juga saya ucapkan kepada barisan pimpinan PAS yang baru sahaja terpilih di dalam muktamar tersebut.

Muktamar PAS tahun ini menyaksikan isu kerajaan perpaduan menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari ucapan dasar Presiden PAS. KeADILan berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menunggu penjelasan dari pimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan mahupun sebarang bentuk perbincangan dengan Umno. Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan nasional.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen KeADILaN untuk memastikan Pakatan Rakyat sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin rakan-rakan kami, PAS dan DAP juga mempunyai iltizam yang sama demi memastikan agenda perubahan terlaksana di Malaysia. - Presiden Parti Keadilan Rakyat; Datin Seri Wan Azizah Ismail. - azm _/Harakahdaily

BANYAK PERSOALAN TENTANG US NASHA

Salah seorang dari pimpinan ini dilihat tidak mendapat sokongan majoriti perwakilan Pas pada pemilihan baru-baru ini. Siapa tokoh itu?

2 pekara yang perlu dilihat

1- Apakah Pakatan Rakyat bukan bertujuan kearah kesejahteraan rakyat dan negara?

2-kenapa Nasha tidak mahu tampil dalam program tersebut untuk memberi penjelasan tentang gagasan tersebut kalau Nasha benar-benar ikhlas dan mahukan rakyat memahami idea Presiden PAS tentang Kerajaan Perpaduan itu

………………………………………………………………………………………………………….

Nasharudin berkata, PAS tidak akan menyertai Umno atau Barisan Nasional (BN) dan beliau yakin kerisauan di kalangan pemimpin Pakatan akan dapat diselesaikan setelah Abd Hadi memberikan penjelasan kepada mereka. Perbincangan antara PAS dan Umno bukanlah ke arah perkongsian kuasa tetapi lebih kepada kesejahteraan rakyat dan negara.

Bolehkah kata-kata Nasha ini dipercayai – setelah sebelum ini beliau menafikan ada membuat perjumpaan sulit….

“Perbincangan antara PAS dan Umno bukanlah ke arah perkongsian kuasa tetapi lebih kepada kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya.

Sementara itu, dalam Agenda Awani terbitan Astro yang sepatutnya turut disertai sama Nasharuddin Mat Isa tetapi beliau tidak hadir disaat terakhir, si Khairy menyatakan :

“Muzakarah ini menghasilkan persefahaman tidak rasmi, tidak sampai membentuk kerajaan perpaduan. Perbincangan ini adalah satu usaha serius ke arah perpaduan ummah, orang Melayu,” Baca seterusnya di sini

Apakah Pakatan Rakyat bukan bertujuan kearah kesejahteraan rakyat dan negara? Dan kenapa Nasha tidak mahu tampil dalam program tersebut untuk memberi penjelasan tentang gagasan tersebut kalau Nasha benar-benar ikhlas dan mahukan rakyat memahami idea Presiden PAS tentang Kerajaan Perpaduan itu.

Mengapa Nasha lepaskan peluang keemasan untuk berjumpa dengan Umno secara terang-terangan begitu? Mungkinkah Nasha bimbang Khairy akan tersilap cakap dan pecahkan tembelangnya didepan orang ramai?

Hj Hadi dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 Jumaat lalu yakin idea bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno yang beliau cadangkan sebelum ini dapat dilaksanakan di masa akan datang jika semua pihak memahami hasrat penubuhannya.

“Jika semua pihak memahami hasrat penubuhannya” itulah yang selalu diulang kata tetapi mengapa tidak pernah diperjelaskan kepada umum?

Sejak beliau mencetuskan idea Kerajaan Perpaduan ini, bukan sahaja rakyat terpinga-pinga inginkan penjelasan, malah di peringkat pimpinan parti sendiri dan juga rakan-rakan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat turut musykil dengan idea tersebut hinggakan TGNA sendiri menolak dan menyifatkannya sebagai ‘mengarut’

Mengapa isu tersebut tidak dijadikan antara topik ucapan dasar Muktamar? Ini seolah-olah mahu mengelakan isu tersebut diperbahaskan oleh perwakilan.

Apakah Hj Hadi belum bersedia untuk membentangkan ideanya itu setelah setahun berlalu ; supaya beliau tidak dituduh sebagai ‘mengarut’ sahaja dan terus menjadikan semua pihak terus tertanya-tanya dan ‘blank’ untuk memahami hasrat penubuhannya.

Menurut Nasha, hasrat itu digagaskan selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas dengan tujuan mencari jalan kompromi dalam pembentukan kerajaan pada ketika itu dan ia diterima secara positif bukan sahaja dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkang malah pemimpin Umno sendiri.

Adakah itu gambaran sebenarnya kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno yang beliau cadangkan ? Yang kononnya akan dapat dilaksanakan di masa akan datang jika semua pihak memahami hasrat penubuhannya?

Walau apapun, sehingga kini Nasya dan Hadi gagal memberikan penjelasan tentang idea Kerajaan Perpaduan walaupun punya kesempatan yang hanya dipersia-siakan.

http://alhusseyn51.blogspot.com

SIAPA TIDAK PATUH PESANAN TUAN GURU PRESIDEN INI?

09 Jun 2009 1:09PM

Oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Kemantapan sebuah Harakah Islamiah berhubung erat dengan keteguhan aqidah atau prinsip perjuangannya dan keteguhan pegangan ahlinya di semua peringkat terhadap aqidah dan prinsip itu sehingga membuahkan wala’ dan melengkapkan diri dengan akhlak dan disiplinnya.

Perlu difahami bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar dan prinsip yang sebenarnya tanpa membina peribadi dengan akhlak berjamaah, oleh itu di bawah ini dikemukakan beberapa perkara yang menjadi sifat-sifat yang mesti dipunyai oleh pejuang-pejuang Islam untuk dijadikan perbincangan dan muhasabah kepada diri kita sendiri.

Akhlak Berjamaah

Supaya perjuangan kita diterima, direstui oleh Allah SWT dan mendapat pertolongan daripada-Nya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:

1. Ikhlas

Pejuang Islam mestilah ikhlas dengan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah, menuntut keredhaan-Nya dengan menegakkan agama-Nya sehingga didaulatkan.

Abu Musa Al Ashaari menceritakan: Seorang Arab Badwi datang menemui Rasullah, dia berkata:

“Orang yang berperang kerana mahukan harta rampasan, orang berperang kerana mahu disebut orang, berperang kerana riya’, maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah? Sabda Rasulullah: Sesiapa yang berperang supaya ‘kalimatullah’ itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan Allah.”

Ini bermaksud perjuangan menegakkan Islam menurut situasi dan keadaan samada melalui pilihan raya sehinggalah berperang di negeri, tidak ada cara lain daripada mestilah dengan niat yang ikhlas.

Firman Allah, maksudnya:

“Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus.” (al Bayyinah : 5)

Apabila mengikhlas niat kerana Allah semata-mata maka mestilah membersihkan hati dari sifat-sifat yang menrosakkan niat seperti riya’, ujub dan sum’ah.

Istiqamah

Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain, hanyut bersama arus, jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan. Allah berfirman kepada Musa dan Harun yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya yang bermaksud:

“Maka kamu mestilah istiqamah dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang tidak tahu”. (Yunus : 189)

Apabila Abu Sufian bin Abdullah berkata kepada Rasulullah saw:

“Katakan kepada saya dengan kata-kata yang jelas sehingga saya tidak perlu lagi bertanya seseorang yang lain darimu. Sabda Rasulullah: Katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah beristiqamah.”

Para rasul dan sahabat adalah orang yang paling istiqamah, tetapi mereka diperintah juga supaya beristiqamah. Ini menunjukkan bahawa sifat istiqamah sangat penting dan mestilah berterusan, kerana ia adalah tonggak dan cara untuk mendapat pertolongan Allah, bahkan orang yang tidak istiqamah amalannya sia-sia. Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan, iaitu menyekutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan.”

Taat

Ketaatan lahir daripada sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan pengikut, apabila pemimpin mempunyai keikhlasan dan menyatakan perngorbanan yang sebenar dan memberi perhatian kepada perjuangan dan pengilut-pengikutnya. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa lapang dan susah, di masa lapang dan sempit dalam perkara yang tidak maksiat. Firman Allah, maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu akan Allah, taatlah kamu akan Rasul dan Ulil Amri (pemimpin di kalangan kamu)”. (an-Nisa : 59)

Rasulullah telah meneguhkan sifat ketaatan kepada para sahabatnya dengan melakukan bai’ah di antara Baitul ‘Aqabah yang terkenal sebelum melakukan hijrah.

Di dalam Bai’ah itu Rasulullah bersabda:

“Berbai’ahlah kepadaku di atas kewajipan taat di masa cergas dan di masa malas, sanggup berbelanja di masa susah dan senang, menjalankan kewajipan menyuruh yang baik dan mencegah dari kemungkaran, bangun menyatakan agama Allah tanpa terjejas walaupun dicela, sanggup menolong aku apabila aku tiba kepada kamu dan sanggup mempertahankan aku.”

Ketaatan Yang Dituntut

a) Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan sehingga menjadi kelam-kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam jamaah atau parti yang mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jamaah dalam parti.

b) Ketaatan itu membawa kepada penyelarasan yang baik di kalangan seluruh anggota dan sayap parti atau jamaah dan melaksanakan amal jamaie yang tidak boleh dijelaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera masing-masing sehingga jentera parti bercelaru dan tidak selaras antara satu sama lain.

c) Ketaatan juga dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang terlalu ke depan (advance), ada orang yang terlalu lambat dan ada yang sederhana.

Wala’

Kita melihat betapa kumpulan yang tidak Islam mengalami kelemahan dan kepupusan termasuk yang pernah memerintah negara besar, begitu juga dengan pertubuhan yang meletakkan nama Islam tetapi tidak mengambil Islam secara menyeluruh.

Oleh itu maka penekanan yang perlu diberi perhatian ialah peningkatan wala’ dan disiplin dalam jamaah yang dapat memelihara ketaatan dan perjalanan secara istiqamah. Firman Allah, maksudnya:

“Sesungguhnya wali kamu ialah Allah, rasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka itu sentiasa ruku’” (al Maidah : 55)

Wala’ dan hubungannya dengan Harakah Islamiah (PAS)

Dalam aspek ini perlu dibahagikan wala’ itu kepada beberapa aspek yang perlu diberikan penekanan.

a) Wala’ terhadap aqidah perjuangan

Sesungguhnya wali kamu ialah Allah dan Rasul-Nya. Wala’ dalam aspek ini berkait erat dengan ketaatan secara mutlak kepada Allah dan RasulNya, wajiblah beriman bahawa tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah dengan segala sifat ketuhanan yang Maha Suci dan juga beriman kepada rasul yang wajib dengan sifat-sifat kerasulannya.

Terkandung di dalam mafhum ketaatan dan wala’ kepada Allah dan rasul secara mutlak kepada Al Quran dan Al Hadith yang menjadi rukun dan hokum tertinggi bagi Harakah Islamiah, dan dalam konteks kita di Malaysia ini ialah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

b) Wala’ kepada Jamaah

Menurut rukun dan hukum haram berjamaah haram kepada ahli yang telah memberi bai’ah kepada jamaah tiba-tiba memberi wala’ kepada kumpulan lain samada yang jelas menentang Islam atau kumpulan yang bernama Islam. Ini bercanggah dengan akhlak berjamaah dan merosakkan perpaduan jamaah, strategi dan jenteranya.

Adapun wala’ kepada jamaah itu bergantung kepada wala’ jamaah terhadap aqidah perjuangan yang sebenar dan menjadi kewajipan kepada ahli mempertahankannya daripada menyeleweng.

c) Wala’ kepada pemimpin

Kepimpinan di semua peringkat merupakan salah satu daripada tonggak yang penting kepada jentera dan perjalanan jamaah. Oleh yang demikian wala’ kepada pemimpin dalan pengertian kasih dan taat mestilah diberi dengan penuh tanggungjawab. Wala’ ini mesti diberi di semua peringkat pimpinan. Ia juga bergantung kepada perinsip perjuangan parti atau jamaah.

Disiplin

Firman Allah, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaran kamu dan tetap bersedia dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”(ali Imran : 200)

Perkara yang ditakrifkan dengan disiplin ialah sebagaiman berikut:

1. Tatatertib dan kelakuan diri.

2. Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik.

3. Kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan.

4. Hukuman atau denda kerana melanggar peraturan Harakah Islamiah (PAS) telah menetapkan perkara-perkara ini secara menetapkannya di dalam perlembagaan parti secara tegas. Di antaranya ialah menetapkan perkara yang dinamakan tatatertib:

1. Taat kepada hokum-hukum dan ajaran Islam yang menjadi dasar jamaah.

2. Patuh kepada perlembagaan parti serta aturan dan peraturannya.

3. Taat kepada arahan dan perintah jamaah.

4. Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh jamaah sedaya upaya yang boleh.

5. Menjaga dengan cermat segala rahsia jamaah.

6. Beramal dengan akhlak Islam.

7. Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan jamaah.

Penutup

Akhlak dan disiplin penting bagi setiap ahli demi kebaikan jamaah. Setiap ahli mesti berdisiplin dan melengkapkan diri dengan akhlak Islam bagi meningkatkan kejayaannya kepada sasaran dakwah dan matlamat kerana tindakan individu ahlinya menjadi contoh dan perhatian di samping dapat mewujudkan jentera dalaman yang baik bagi mentadbir segala kegiatannya./http://syukran.wordpress.com/KLpost

Ulasan - Saya tertarik dengan pesanan Tuan Guru bahawa jangan kita bertindak sendiri tanpa pengetahuan orang lain/pimpinan. Mungkin ini yang telah berlaku di Selangor suatu ketika di mana beberapa orang pemimpin telah berjumpa `secara sulit' dengan Umno sebaik sahaja PR merampas kerajaan negeri tersebut. Sehingga kini tiada siapa dapat mengesahkan bahawa perjumpaan itu di`benar'kan atau telah mendapat arahan kepimpinan tertinggi parti atau tidak. Jika benar ada kebenaran dari pihak parti, mustahil Ketua Penerangan Pas ketika itu dan beberapa pimpinan di peringkat tertinggi Pas tidak mengetahuinya apatah lagi ahli-ahli Pas peringkat bawahan. Jika perjumpaan sulit itu tidak mendapat kelulusan atau kebenaran pihak tertinggi Pas, mengapakah mereka yang secara jelas melangar disiplin seperti yang digariskan oleh Tuan Guru Presiden Pas itu tidak dikenakan apa-apa tindakan bahkan boleh terus memegang jawatan penting? Sebenarnya, inilah yang menyebabkan Pas dilanda masalah keyakinan.

PAS TERUS BERSAMA DENGAN PR - SALEHUDIN AYUB




SHAH ALAM – Naib Presiden Pas yang baru, Salahuddin Ayub menyangkal tanggapan umum bahawa wujud perpecahan dalam parti itu selepas timbul perbezaan pandangan pemimpin parti itu berhubung isu kerajaan perpaduan.

:“Saya tidak nampak ada apa-apa berlaku dalam Pas di mana ada pihak kononnya cuba untuk tidak bersetuju dengan Presiden. Ucapan dasar adalah ucapan Jawatankuasa Pas Pusat yang diterjemahkan kepada ucapan Presiden, jadi agenda besar kami tetap satu iaitu terus bersama dengan PR,” katanya.:

:Katanya, ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perasmian Mukatamar Pas ke-55 Jumaat lalu cukup jelas ke arah memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR).

:Akhbar ini semalam melaporkan percanggahan pendapat antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung idea menubuhkan kerajaan perpaduan.:

:Abdul Hadi sebelum ini melahirkan keyakinan bahawa konsep kerajaan perpaduan merupakan jalan penyelesaian terbaik untuk kebaikan negara.

:Idea tersebut bagaimanapuyn turut tidak dipersetujui komponen PR yang lain iaitu DAP dan PKR kerana tidak pernah dibincangkan sebelum ini.:

:Salahuddin turut menyifatkan saranan Dewan Pemuda supaya parti itu memimpin PR sebagai idea memaksimumkan strategi politik PR dan bukannya bertujuan memperkecilkan keupayaan komponen yang lain.:

:“Pas mesti terus memainkan peranan penting sebagai rakan kongsi iaitu rakan kongsi bijak dalam PR,” katanya.:

:Beliau turut melahirkan keyakinan keputusan bijak perwakilan membentuk barisan pimpinan baru yang terdiri daripada golongan ulama, profesional dan aktivis akan mengukuhkan lagi perjuangan Pas selepas ini.

:Sementara itu, salahuddin berkata, beliau akan melaksanakan tugasnya sebagai Naib Presiden dengan penuh tanggungjawab sebagaimana beliau memimpin Dewan Pemuda sejak 6 tahun lalu.:

:Menurutnya, ia adalah amanah yang sangat besar dan misinya selepas ini untuk meneruskan agenda penyatuan Pas dengan semua pihak terutamanya dengan dunia luar.

:“Saya percaya dengan kuasa penyatuan, Insya Allah saya akan cuba menjadikan diri saya sebagai seorang Duta parti untuk membina lebih banyak lagi jambatan-jambatan baru di antara Pas dan dunia luar.

:“Ini termasuklah hubungan lebih baik dengan kementerian dan jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta serta penyatuan di peringkat antarabangsa,” ka:tanya.
~~Sumber SH

PAS AMAL DASAR `PINTU TERBUKA' ATAU `MENGETUK PINTU'?

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA amat tertarik dengan ucapan penggulungan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang di dalam Muktamar Pas baru-baru ini. Pada saya intipati ucapan Tuan Guru amat bertepatan dengan ajaran Islam terutamanya di dalam perkara mengajak umat kepada perdamaian. Cinta kepada perdamaian sememangnya ajaran Islam begitu juga mencintai kepada insan atau golongan yang juga mahukan perdamaian. Tuan Guru juga menyebut bahawa Pas sentiasa mengamalkan dasar `pintu terbuka' kepada semua samada dari mana-mana pertubuhan atau parti siasah. Itu juga amat bertepatan dengan ajaran yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Cuma, yang menjadi kemusykilan kepada saya adalah kerana pada waktu dan ketika ini saya melihat Pas seperti tidak melaksanakan dasar `pintu terbuka' seperti yang diucapkan oleh Tuan Guru sebaliknya Pas dilihat lebih `mengetuk pintu rumah' orang lain. Seharusnya dasar pintu terbuka adalah mengajak mereka ke `rumah' kita dan bersama berjuang dengan kita, bukannya kita yang bersungguh-sungguh `mengetuk pintu rumah' nya. Isu Kerajaan Perpaduan sebagai contoh, secara terang-terangan menyebut Pas sedia berunding dengan Umno walaupun Pas tidak menyebut bahawa Pas akan menyertai Umno/Bn. Inilah yang menjadi keraguan kepada rakyat yang selama ini menyokong perjuangan Pas dan PR. Mereka mungkin tidak secerdik pimpinan Pas untuk mentafsir apakah tujuan sebenar Pas, tetapi `pengalaman' telah banyak mengajar mereka untuk menjadi lebih cerdik sedikit. Saya tidak mahu mengungkit peristiwa yang menjadi kontroversi yang berlaku di Selangor sejurus PR berjaya menubuhkan kerajaan di Selangor selepas Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Pengalaman seperti ini amat menakutkan apatah lagi mereka yang terbabit masih berkuasa di dalam Pas. Bahkan, mereka ini lah yang lebih lantang menyokong Kerajaan Perpaduan ini meskipun Mursyidul Am Pas secara berterus terang menentang pendekatan tersebut.

Pada hemat saya, Pas tidak perlu melibatkan Umno untuk memperkasakan perjuangannya, tetapi Pas harus menarik seramai mana mungkin ahli-ahli Umno sahaja. untuk bersama Pas. Lupakan sahaja jasad parti Umno atau kulitnya itu, tetapi ambillah isinya iaitu ahli-ahli Umno yang bukan kesemuanya kaki rasuah. Jika ini dapat dilakukan oleh Pas, nescaya tiada keraguan atau syak wasangka dari rakan-rakan di dalam PR bahkan juga ahli-ahli Pas sendiri. Pas, PKR dan DAP mesti berlumba-lumba untuk `memancing' mendapatkan ahli-ahli Umno demi memperkuatkan PR, bukannya `terpancing' oleh Umno dan media-medianya. Jangan dikaitkan samasekali nama tubuh Umno atas apa jua alasan, tetapi kerja dakwah Pas hendaklah ditumpukan kepada ahli-ahli Umno sahaja. Inilah juga strategi yang dilakukan oleh DS Anwar untuk memperkuatkan PKR, dan tidak salah jika Pas menuruti strategi ini kerana ia terbukti berkesan. Strategi berpakat atas nama parti Umno tidak akan berjaya dan sejarah telah membuktikannya. Maka, benarlah apa yang dikatakan oleh Mursyidul Am Pas bahawa parti Umno tidak boleh diajak berpakat untuk kebaikan, tetapi ahli Umno tidak mustahil boleh dibimbing dan dibentuk. Sudah berapa ramai ahli-ahli Umno bahkan tokoh-tokoh mereka yang menyertai Pas hasil daripada strategi ini.

Paling penting perkuatkan dahulu PR yang terbukti telah banyak berjasa di antara satu sama lain. Kemudian usaha lebih giat perlu dilakukan untuk menarik ahli-ahli Umno bersama Pas. Percayalah, jika ini mampu dilaksanakan secara agresif oleh semua parti di dalam PR, maka di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti Umno sudah boleh kita `talkin'kan. Pimpinan Pas diharap akan dapat menyelesaikan isu Kerajaan Perpaduan ini dengan penerangan yang lebih tepat dan terperinci tanpa putar-belit yang menambahkan lagi keraguan rakyat. Barang harus diingat bahawa Pas kini telah mendapat sokongan rakyat Non Muslim melalui Kelab Penyokong Pas yang semakin berkembang sekarang. Jangan kerana silap percaturan dan strategi, Pas mendapat kerugian yang amat besar dan menjejaskan cita-cita Pas untuk menegakkan Islam di bumi tercinta ini.

Lain-lain artikel klik sini

TIDAK HORMAT KERAJAAN? KERAJAAN PERPADUAN PULA BAGAIMANA?

PAS tidak hormat kerajaan yang 'belakangkan' perlembagaan negara

PAS sangat kesal dengan kejadian kekerasan yang berlaku di luar perkarangan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) dan dalam Dewan tempat persidangan para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada hari ini (7 Mei).

Demikian kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily melalui Setiausaha Politik, Dr Shamsuri.

"Pada kali ini, bukan sahaja para penyokong dan pimpinan parti dari Pakatan Rakyat yang ditangkap, tetapi beberapa ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat negeri Perak juga telah ditahan,"katanya.

Peristiwa yang berlaku ini adalah berpunca dari sikap angkuh para pimpinan BN yang tidak menghormati undang-undang,ujarnya.

BN juga ujar Presiden PAS bertindak dengan berselindung di sebalik lencana anggota keselamatan.

"PAS sekali-kali tidak akan menghormati kerajaan yang sememangnya tidak menunjukkan rasa hormat mereka kepada undang-undang dan perlembagaan negara," katanya.

Sebelum ini beberapa pimpinan Pakatan Rakyat telah ditangkap polis semasa berada berhampiran di Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dun Perak.

Antara yang ditahan ialah, Ketua Pemuda PAS,Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S.Jayakumar dan beberapa Adun serta 30 orang awam. Sehari sebelum itu, Naib Presiden PAS Mohamad Sabu turut ditangkap. - azm _

~~Sumber Harakahdaily

Ulasan saya - Itu Duluuuuuuu......................


SIAPA MENGAJAR AHLI PAS TIDAK HORMATI ULAMAK?

Harap anda semua dapat baca dengan jiwa yang tenang. Dan buat kesimpulan berpandukan iman.

tok Iskandar said:

Pesuruhjaya PAS,Ustaz Ahmad Awang dalam temuramah yang disiarkan dalam NST Online berkata,ada pemimpin PAS yang melobi agar PAS bergabung dengan UMNO untuk membentuk kerajaan campuran di Perak selepas PRU yang lepas.Bila ditanya,beliau enggan menjelaskan identiti individu yang terbabit.

Memang haru sampai penyokong-penyokong PAS di peringkat akar umbipun keliru.Ketua Dewan Ulama,Ustaz Harun Taib ketika ditanya mengenai kerajaan perpaduan juga keliru.

Setahu tok,dalam hirarki kepimpinan PAS,Mursyidul Am,TG Nik Aziz adalah tempat rujukan semua ahli PAS dan segala keputusannya tidak boleh dibantah sesiapapun hatta Presiden PAS sendiri.Persoalannya,agenda kerajaan perpaduan ini tidak dibincangkan langsung dalam muktamar PAS.

Ada ahli PAS menganggapnya sebagai gimik politik sahaja.Ada ahli PAS yang bingung kerana majlis syura sudah bersetuju untuk memperkasakan Pakatan Rakyat.

Bantahan keras TG Nik Aziz yang mengatakan kerajaan perpaduan itu mengarut dalam ucapannya di Stadium Melawati pada Sabtu lepas dikatakan pandangan peribadinya amatlah menyedihkan.Sekarang siapa tak hormat kepada ulama dan mereka yang lebih tua daripadanya.

Paling menghairankan kenapa ucapan TG Nik Aziz ini tidak disiarkan oleh laman web harakahdaily.Beliau adalah seorang tokoh pemimpin PAS dan bukannya pemimpin UMNO.Siapa pula di belakang tabir harakahdaily yang begitu berani untuk tidak menyiarkan ucapan TG Nik Aziz.

Ahli-ahli UMNO sendiri turut keliru dengan agenda kerajaan perpaduan.Menurut sumber dalam UMNO sendiri,kerajaan perpaduan ini melibatkan Pak Lah dan proksinya kerana mereka meragui kredibiliti Najib memerintah negara.

Jika berlaku,mungkin rundingan ini di antara PAS dengan Pak Lah yang masih mempunyai pengaruh di kalangang pengikutnya di parlimen.Pada pandangan peribadi tok,eloklah TG Haji Hadi menyatakan dulu perancangannya kepada TG Nik Aziz kerana ahli-ahli PAS melihat tindakannya membelakangkan TG Nik Aziz adalah kurang wajar.

Sebelum menerangkan kepada rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat,eloklah bersemuka dengan TG Nik Aziz.Jangan kita lupa persediaan di Manik Urai dan sebarang keputusan PAS mengenai kerajaan perpaduan akan menjauhkan parti itu dengan rakan-rakan komponen di dalam Pakatan Rakyat.

Tidak mustahil ketika itu PAS akan kehilangan sokongan bukan Melayu.Tok seperti majoriti ahli PAS yang lain akan berdiri teguh bersama-sama TG Nik Aziz menolak cadangan kerajaan perpaduan yang mengarut ini.Kami tidak bersalah kerana kami sekadar mengikut pendirian pimpinan tertinggi kami.

http://pemudakemehe1.blogspot.com

AHMAD AWANG BERBOHONG ATAU SIAPA BOHONG?

Awas....Jangan sampai Pas jadi mangsa `binatang' seperti ini....

Akhirnya, Ustaz Ahmad Awang, bekas Naib Presiden PAS Pusat, telah mendedahkan bahawa wujud usaha membawa PAS kepada UMNO. Boleh rujuk kepada ucapan Ustaz Ahmad Awang di bawah.

Benarlah Husam Musa apabila beliau berkata tujuan beliau menentang Ust Nasa baru-baru ini adalah kerana untuk menghalang usaha membawa PAS kepada UMNO.

Ia juga membuktikan bahawa:

a. Tidak wujud usaha untuk menjatuhkan ulama dalam PAS
b. TIdak wujud untuk menyebarkan kekuasaan Anwar Ibrahim
i – Yang sebenarnya hanyalah usaha untuk menyebarkan pengaruh Mursyidul Am
c. Tidak wujud usaha untuk meliberalisasikan PAS ke arah menjauhkan diri dari Islam
d- Membuktikan wujudnya Fraksi UMNO dalam PAS

Yang sebenarnya konflik yang wujud sekarang ini adalah hasil dari usaha beberapa pihak untuk membawa PAS kepada UMNO, seperti yang didedahkan oleh Ustaz Ahmad Awang itu.

http://www.malaysiawaves.com

Isnin, 8 Jun 2009

UMNO KINI MENDAPAT KEKUATAN, PKR DAN DAP BERDUKACITA

Oleh: WFAUZDIN NS

Kisah Kerajaan Perpaduan ini sudah lama timbul sebelum muktamar lagi. Percubaan untuk ke arah `kerjasama' dengan Umno ini pun sudah lama cuba dilakukan oleh beberapa pimpinan Pas. Ramai yang sudah maklum cerita `merayap' malam masuk kelambu Umno oleh beberapa pimpinan Pas sejurus sahaja PR merampas Selangor di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Ini bermakna cita-cita untuk bersama Umno yang pernah `menerajang' Pas ini memang sudah lama ada dihati beberapa pimpinan Pas. Saya percaya jika perkara ini dilakukan oleh PKR atau DAP di Perak yang berpakat untuk `bersatu' dengan Umno/Bn, nescaya Ir Nizar dari Pas ini tidak akan merasa duduk di kerusi MB Perak walau sesaat pun. Tetapi, kelakuan buruk ini dilihat molek dan mulia jika `Ulamak' yang melakukannya di Selangor.

Amat sukar untuk memahami apakah strategi mereka yang bersungguh-sungguh benar untuk bekerjasama dengan Umno. `Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Setahu saya di dalam Perhimpunan Agung Umno sendiri pun mereka tidak pernah hendak menyebut betapa Umno perlu bekerjasama atau untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama Pas. Tiba-tiba di dalam muktamar Pas baru-baru ini, begitu lantang pimpinan Pas mempertahankan hasrat inginkan Kerajaan Perpaduan ini. Kononnya demi rakyat. Betulkah rakyat kini kepingin sangat agar Pas bekerjasama dengan Umno? Seingat saya, pimpinan tertinggi Pas pernah menyatakan sebaik sahaja Najib ditabalkan sebagai PM yang baru menggantikan Pak Lah, isu Kerajaan Perpaduan tamat. FULL STOP. Sekarang apa sudah jadi? Siapa yang bergembira dan siapa yang berduka sekarang? Jelas, media-media kerajaan Umno/Bn saban hari memuji idea Pas di dalam muktamar baru-baru ini dan tentunya Umno juga turut bergembira. Lihatlah apa komen Najib dan Mukhriz serta beberapa pemimpin Umno sehari dua kebelakangan ini. Sebaliknya yang kecewa, duka dan bersedih adalah rakan-rakan seperjuangan Pas sendiri. Lihat apa pula komen pimpinan PKR dan DAP. Gembirakah mereka?

Saya tidak menyangka samasekali muktamar kali ini dapat mengembalikan semula `nyawa-nyawa ikan' Umno. Tidak terfikir juga oleh saya betapa tergamaknya mereka menghiris hati rakan-rakan mereka di dalam PR. Percubaan pertama yang gagal dilaksanakan di Selangor, kini dicuba di peringkat yang lebih tinggi pula. Amat memalukan , muktamar telah menjemput pimpinan tertinggi PR untuk hadir semasa perasmian muktamar semata-mata untuk mereka mendengar bahawa Pas akan teruskan usaha Kerajaan Perpaduan ini. Saya rasa kita masih ada kelemahan dari segi adab dan sopan dengan tetamu apatah lagi mereka adalah rakan-rakan kita yang bersama setia dengan kita sewaktu susah. Pada saat Speaker Perak dari DAP ditarik dengan ganas oleh pihak keselamatan di dalam Dun Perak semata-mata untuk mempertahankan kerajaan di bawah MB Ir Nizar dari Pas, pimpinan Pas masih bersangka baik dengan mereka yang merampas kerajaan negeri Perak itu. Bayangkan hati mana tak luluh.

Sekiranya pimpinan Pas menganggap bekerjasama dengan Umno akan membolehkan Pas melaksanakan dasar Islamnya, sudah tentu saya pun akan menyokong kuat. Memang benar seperti yang diperkatakan oleh Presiden Pas sewaktu penggulungannya di muktamar bahawa Islam menyeru kepada perdamaian. Perdamaiankah namanya jika kita menghulurkan tangan kepada `perompak' yang merompak rumah kita sedangkan perompak itu masih tidak mengaku kesalahannya dan tidak memulangkan kembali hasil rompakannya kepada kita? Tentu Pas masih ingat sewaktu Parti Melayu S46 di bawah Ku Li mengikat perdamaian dengan Umno, maka segala skandal atau salah laku pimpinan Umno yang sebelum ini lantang disuarakan oleh Ku Li dan Rais Yatim diam setakat itu sahaja. Ku Li dan Rais dapat jawatannya dan segala skandal dan penyelewengan dikira selesai dengan perdamaian itu. Apakah masalah Melayu selesai selepas perdamaian tersebut?

Saya yakin, ahli-ahli Pas majoritinya mahukan Pas meneruskan agenda perjuangan mereka bersama PR dan tidak akan mengambil jalan mudah untuk bersama Umno. Buktinya, suara-suara mereka telah diterjemahkan di dalam pemilihan pimpinan Pas baru-baru ini. Meskipun dikatakan bahawa tokoh yang pro PR (Erdogan) gagal dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas, tetapi yang menang jawatan tersebut ditolak majoritinya oleh perwakilan. Husam dan Mat Sabu dikenali oleh rakyat sebagai yang terlalu anti Umno telah mendapat sokongan yang lebih besar dari perwakilan. Kekalahan Husam dan Mat Sabu adalah kekalahan `teknikal ' atau di atas kertas sahaja kerana undi kepada mereka telah berpecah. Lihat bagaimana perwakilan memilih Naib-Naib Presiden Pas serta AJK yang lain, majoritinya mereka yang dipilih adalah tokoh-tokoh yang menolak idea Kerajaan Perpaduan ini. Amat malang sekali jika mana-mana tokoh atau ahli Pas yang menolak idea Kerajaan Perpaduan bersama Umno ini dilabelkan sebagai anti Ulamak.

Di dalam keadaan begini, saya penuh yakin bahawa para Ulamak di dalam Pas mampu berijtihad untuk mendapatkan kebenaran. Jelas kita lihat pandangan dua tokoh Ulamak di dalam Pas iaitu Mursyidul Am dan Presiden Pas agak bertentangan. Kedua-duanya boleh kita pakai ijtihad mereka sebagai panduan tetapi kita harus memilih pandangan yang kurang mudharatnya kepada parti kita. Jika Umno kita anggap tidak pernah dan tidak mungkin memudharatkan kita, maka terimalah Kerajaan Perpaduan ini. Sebaliknya jika kita anggap PKR dan DAP terlalu banyak memudharatkan kita, kita tolak sahaja kedua-dua parti tersebut. Habis cerita.

Lain-lain artikel berkaitan klik sini

KISAH BLOGGER DI MUKTAMAR....KESIHAN..

Presiden PAS dalam ucapan dasarnya di muktamar PAS ke-55 telah menucapkan penghargaan terhadap sumbangan blogger selama ini membantu perjuangan PAS melalui “media baru”, namun rupa-rupanya ada kisah lain yang berlaku di muktamar.

Golongan pro-muqabalah yang dilihat menguasai urusetia muktamar kali ke 55 tiba-tiba menjadi golongan yang tidak mesra-blogger mungkin kerana blogger dilihat kebanyakannya tidak menerima idea dan gagasan Pakatan Rakyat yang dibawa oleh pimpinan utama parti.

Berikut ialah catatan ummi anni:

Sumbangan media baru khususnya media siber termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini di cengkam oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan UMNO BN telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, kata Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Sebenarnya, walaupun tiada majlis penghargaan khusus untuk para blogger dan wartawan internet pada majlis muktamar pada tahun ini. Namun pengiktirafan yang diberikan oleh Presiden PAS itu telah lama ditunggu oleh para blogger sekalian yang telah bertungkus-lumus selama ini memperjuangkan kebenaran dan keadilan melalui alam siber membantu Pakatan Rakyat mencapai kemenangan. Moga-moga ibadah dan perjuangan kita ini dapat membantu kita berhadapan dengan ALLAH SWT di akhirat kelak.

Betul lah pimpinan atas menghargai bloggers ni.. tapi hakikatnya blogger tetap dipandang sebagai ‘nobody’… kalau benar seperti yang TGHH sebut.. blogger ini diiktiraf kenapa bila kita nak mintak pas media dari urusetia tak dilayan..

” kami tak berikan pas media kepada blogger.. hanya media perdana sahaja diberi pas media muktamar”.. alasan mereka,”kalau beri kat sorang blogger nanti semua blogger nak.. ” susah sangat ke kalau berikan untuk 2 @ 3 orang blogger pas media.. ? blogger bukan nak mintak keistimewaan apa sangat.. dapat masuk semasa PC pun dah cukup la…

Kalau kita dengar ucapan dari perwkilan negeri Melaka disebut bagaimana media perdana ini mensensasikan akhbar mereka dengan memburukkan pimpinan PAS.. tapi mereka2 ini juga la yang diiktiraf.. blogger2 yang membawakan liputan yang benar tak diberi keistimewaan seperti media perdana.. apa ni…

Bila ummi tanya ada wifi ke? pakai password ke.. ?… “ha’ah ada password.. hanya unit IT aje yang boleh guna line wifi ni.. orang lain tak boleh.. “hangin tol ummi bila dia jawab macam tu… tapi sebagai muslim kita telah ditarbiyyah supaya bersabar… takpa lah ummi tetap ucapkan terima kasih… bukan kebuluq sangat pun pasal ummi ada bawak broadband sendiri.. cuma ummi saja tanya tapi jawapan memang menghanginkan hatiku…

Ummi telah mengikuti 2 program besar oleh 2 parti.. satu semasa Kongres PKR di tempat yang sama Stadium Melawati Shah Alam… dan yang terkini Muktamar Tahunan PAS ke 55… 2 parti yang besar.. ummi sebagai ahli PAS tapi tidak menjangka ini cara pengurusan PAS .. berbanding dengan PKR.. kami blogger mendapat tempat bersama media perdana… memang ummi kecewa dengan pengurusan PAS.. untuk mendapat pas media kami telah ditolak mentah2 apatah lagi untuk mendapat liputan di dalam sidang media … kami memang tak dapat.. nak mintak letak recorder pun tak kasi.. hina sungguh blogger ni rupanya..

Ummi tunjuk kad media yang ummi dapat dari kerajaan Pakatan Rakyat di Perak oleh DS Nizar sendiri.. tapi tetap tak diiktiraf..

“akak ni ada pas media tapi pas yang bukan dari media perdana.. “kata petugas

“ni pas dari kerajaan PR Perak .. DS Nizar yang iktiraf blogger sebagai media kerajaan PR”

“kami tak kisah siapa yang beri.. Nizar ke siapa ke.. tapi akak bukan dari mana2 yang boleh kami beri pas media”.. aduiii hangat hati betul la dengar ayat tu… kalau nak bukak cerita dalam kain PAS ni memang banyak sungguh.. tapi disebabkan sayangkan jemaah ummi tak sanggup nak bukak buruk parti sendiri.. seperti bukak pekung di dada la pulak…

Tapi ummi luahkan ketidakpuasan hati ummi kerana perkara in tak sepatutnya berlaku terhadap blogger jemaah sendiri.. kerana pimpinan sendiri telah memberi pengiktirafan kepada blogger kerana sumber berita yang kita sampaikan tidak seperti media arus perdana yang bermuka2..

Bak kata MSK sapa suruh gatai jadi blogger… sendiri tanggung la… kalau Topeng Perak pulak cakap.. blogger ni dapat apa.. dapat maki aje.. kalau Cenangau kata pulak.. blogger ni macam daun kari.. untuk menyedapkan bau masakan hang buh la.. masa nak makan hang kena tolak ketepi…

Ummi mengharapkan agar perkara ini diberi ruang sedikit untuk dipertimbangkan.. permintaan blogger tidaklah besar sangat.. tidak minta dilayan seperti media perdana pun sekurang2nya beri sedikit ruang untuk kami blogger berdiri dibelakang para media perdana pun tak apalah.. jangan dihalau terus jauh2.. sebelum para blogger rasa bosan dengan layanan yang begini harap ada sedikit perubahan minda dalam pengurusan pada majlis besar yang akan datang..

Sumber: Kelab GB