TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KLIK "PLAY" DENGAR RADIO KOBAT FM

Selasa, 9 Jun 2009

TUTUP TAJUK KERAJAAN PERPADUAN SEBELUM PRK DUN MANEK URAI

Alangkah baiknya jika suasana ini dapat dikekalkan....

Oleh: WFAUZDIN NS

PILIHANRAYA Kecil Dun Manek Urai tidak beberapa minggu sahaja lagi. Difahamkan Pas kini telah pun menggerakkan jenteranya manakala Umno masih `berkubu' dan belum pun bersedia untuk mengangkat senjata. Apakah ini strategi Umno iaitu memerhatikan terlebih dahulu perkembangan yang melanda Pas serta PR sekarang? Sudah tentu isu Kerajaan Perpaduan yang dihebohkan sekarang amat menarik minat Umno untuk dijadikan `senjata' kempen dan propaganda mereka di Manek Urai nanti.

Kita tidak boleh memandang remeh isu ini kerana ianya telah melibatkan soal prinsip dan pakatan kerjasama di dalam PR. Benar, di Manek Urai sokongan PR tidak diperlukan sangat memandangkan hampir 100% pengundi di Manek Urai terdiri dari orang-orang Melayu dan Manek Urai adalah kubu kuat Pas. Fungsi PKR terutamanya adalah untuk menarik sokongan pengundi-pengundi Melayu dan bukan Melayu untuk menyokong PAS, manakala fungsi DAP pula tentunya untuk menarik kaum Cina menyokong Pas. Ini lah kehebatan PR yang paling ditakuti oleh Umno/Bn. Komitmen pengamal media alternatif seperti Bloggers juga memainkan peranan penting di dalam membantu Pas dan PR dalam setiap pilihanraya. Terbukti, media-media alternatif seperti ini diakui kehebatannya oleh Umno/Bn yang menyebabkan kerajaan Bn hilang 2/3 majoritinya di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu.

Apakah kita boleh bersenang lenang dengan kekuatan yang ada sekarang? Jawapannya sudah pasti tidak kerana kini kita dibelenggu oleh masalah keyakinan di dalam PR. Muktamar Pas baru-baru ini yang dijangkakan menaikkan semangat serta iltizam semua ahli-ahli Pas terhadap PR dan mengiktiraf Umno sebagai musuh politik utamanya ternyata gagal sama sekali. Malah, kemelut di dalam Pas bermula lebih hebat dari sebelum pilihanraya umum yang lalu. Ini adalah kerana gara-gara pendekatan secara berhikmah untuk bekerjasama dengan Umno dan lahirlah istilah Kerajaan Perpaduan. Kita tidak boleh mempersalahkan rakyat yang mungkin terkeliru dengan pendekatan yang pimpinan Pas rancang ini. Pimpinan sehingga kini bukan sahaja gagal untuk meyakinkan rakyat akar umbi, bahkan mereka juga gagal untuk meyakinkan pimpinan PR yang lain. Penjelasan beberapa tokoh di dalam Pas untuk memperjelaskan isu Kerajaan Perpaduan ini dilihat bercanggah satu sama lain menyebabkan isu ini `tergantung tidak bertali'.

Bukan rakan-rakan di dalam PR mencemburui konsep kerjasama yang ingin dilakukan oleh Pas dengan Umno, tetapi mereka ingin penjelasan apakah konsep itu lebih menguntungkan Umno atau PR malah menguntungkan rakyat juga? Jika pendekatan ini hanya semata-mata untuk menunjukkan Pas sanggup bertoleransi dengan Umno demi menyelamatkan rakyat dari belenggu rasuah, kronisma, ekonomi yang tidak menentu, maka tiada bezanya seperti yang telah diperkatakan oleh Ketua Pembangkang DS Anwar bahawa PR sanggup bersama kerajaan untuk tujuan-tujuan tersebut. Oleh yang demikian, mengapa perlu lagi Pas bercakap soal Kerajaan Perpaduan kerana sudah jelas PR akan bekerjasama dengan kerajaan dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan rakyat. Apabila Pas terlalu menekankan soal Kerajaan Perpaduan dalam kaedahnya sendiri, maka tidak hairanlah masalah keyakinan seperti sekarang berlaku.

Persoalannya, adakah dengan wujudnya Kerajaan Perpaduan itu nanti soal rasuah, kronisma, ekonomi yang merudum, pendidikan serta masalah sosial dan agama akan selesai? Tiada penyelesaian kepada semua permasalahan tersebut sekiranya kita bekerjasama dengan mereka yang terlibat dengan semua skandal berkenaan. Kita berunding dengan siapa sebenarnya? Bukankah pemimpin mereka itu pun kita sendiri kata terlibat dengan berbagai skandal? Lainlah sekiranya mereka yang terlibat di dalam berbagai isu rasuah dan penyelewengan itu tidak lagi bersama parti yang ingin kita jadikan Kerajaan Perpaduan itu. Sebagai contoh, amat melucukan bila mana Ketua Menteri Melaka Ali Rustam pun bersetuju sangat dengan Kerajaan Perpaduan tajaan Pas ini. Begitu juga dengan Najib yang kita semua tahu latar belakang serta imejnya. Mereka masih menjadi pemimpin utama di pihak parti mereka dan inikah orangnya untuk kita berpakat?

Saya benar-benar berharap agar isu Kerajaan Perpaduan ini dinoktahkan samasekali sebagaimana Tuan Guru Presiden pernah berkata tiada lagi Kerajaan Perpaduan sejurus Najib mengambil alih kerusi PM dari Pak Lah. Muktamar sebelum ini juga menentang pendekatan itu sebaliknya inginkan PR sebagai `Government Waiting'. Niat yang baik kadangkala tidak disukai ramai apabila kaedah dan perlaksanaannya tidak kena malah terpesong. Tugas Pas dan juga PR seharusnya untuk menyelamatkan ahli-ahli Umno dari terus berada di dalam parti yang hampir karam itu, bukan tugas kita untuk menampal segala lubang yang bocor pada bahtera Umno yang semakin reput tersebut.

Sewajarnya isu ini diselesaikan secepat mungkin sebelum PRK Dun Manek Urai. Jika tidak, suasana kempen dan keceriaan sesama kita di dalam Pas serta PR mungkin kelihatan suram nanti. Mungkin semangat petugas-petugas kempen dan jentera agak luntur kerana mereka merasakan seolah-olah mereka akan berperang dengan parti yang bakal bersama Kerajaan Perpaduan. Percayalah, kesemua pandangan mereka yang seolah-olah mengkritik kepimpinan Pas bukan kerana mereka bencikan Pas tetapi kerana terlebih sayang kepada Pas. Kami semua mahu Pas terus mendominasi PR satu hari nanti dan pada kami Umno semakin hampir untuk ditalkinkan. Buktikan di Manek Urai nanti, InsyaAllah.

Lain-lain artikel sini

4 ulasan:

  1. yeah..sgt-sgt bersetuju. isu unity gov n kesediaan pas kpd rundingan umno harus dinokhtah

    kukuhkan setiakawan PR dan biar rakyat tentukan

    BalasPadam
  2. kali ni kalo pas kalah dlm election nie..aku tak kisah...padan muka...kureng asam nye pas..nk unity gomen laks..hampeh..ilang smgt juang rakyat..khianat rakyat..non muslim baru nk berdamping..pastu main politik mcm ni laks..wut the hell..kasi skit..patutla pas..mcm nie..rupanya mmg dh mcm tuh..patutla..sblm anwar kena pecat..org tak kisah langsung ngn pas...patutla...nk jadi mcm tu balik ke pas??

    BalasPadam
  3. kalo kita bergabung dengan umno dan kita jadi parti utama itu aku boleh terima tapi kalau bergabung pastu dok jd bawah umno, umno still jadi main party, baik tak payah. skandal rasuah dan bermacam macam lagi takkan dapat diatasi melainkan kita diatas umno. so pemimpin yg nak sgt dok bergabung. pikir betul2

    BalasPadam
  4. tak payah!! tak yah gabung..dh elok2 ada pr..wat taik laks..aku rasa ni keja kotor org politik dlm pas sendiri yg kerjasama ngn umno..mrk gusar dgn pengaruh anwar..tu jer!!!

    BalasPadam