RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 11 Jun 2009

MSO KATA DUA NAIB PRESIDEN PAS SEPERTI `BUDAK SURUHAN'?

Oleh: WFAUZDIN NS

Mohd Sayuti Omar (MSO) di dalam blognya masih rajin mengulas tentang keputusan Muktamar Pas yang baru berlangsung. Saya percaya beliau tentunya merasa amat gembira kerana `ayam sabung'nya telah memenangi jawatan tertinggi Pas Pusat, dan `musuh ketat'nya tewas walaupun majoriti perwakilan terang-terangan menolak idea yang ingin dibawa oleh `ayam sabung' MSO itu. Kini, MSO cuba pula untuk mengulas tentang beberapa jawatan yang agak penting di dalam Pas yang masih belum dilantik.

Baru-baru ini dua Naib Presiden Pas iaitu Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayob bersetuju dan mencadangkan agar Husam Musa dan Mat Sabu dilantik ke jawatan penting di dalam Pas bagi menggambarkan sokongan majoriti perwakilan kepada mereka tidak dipandang remeh oleh Presiden Pas. Apa ulasan MSO terhadap sokongan kedua-dua Naib Presiden tersebut terhadap Husam dan Mat Sabu? Sebahagian daripada petikan ulasan MSO di dalam blognya adalah seperti berikut:

" Lebih malangnya lagi pelobi untuk jawatan ini dilakukan sendiri oleh dua naib presiden. Mahfuz Omar telah mencadangkan supaya Mohamad Sabu dan Husam Musa diberi tempat dalam Dewan Harian. Ianya disokong penuh penuh oleh Sallahudin Ayub. Tindakan kedua-dua naib presiden ini menampakkan sangat mereka adalah dari kumpulan yang menyokong calon presiden yang tewas itu. "Sebenarnya adalah elok kalau Pas memberi perhatian dan tidak mencicirkan peranan kedua-dua calon presiden yang kalah itu dan juga calon-calon lain. Tetapi apabila ianya dilobi sendiri oleh naib presiden ianya kurang elok dan menampakkan kedua naib presiden itu tidak profesional dan masih kelihatan sebagai budak suruhan! " - MSO

Sebenarnya ramai yang sudah mengerti apa tujuan MSO membuat ulasan sedemikian. Semenjak dari awal kempen pemilihan pimpinan di muktamar lagi kita telah lihat bagaimana MSO memainkan peranan bagi menentukan ke mana seharusnya Husam diletakkan. Kini, MSO seperti rasa terjerat kerana beliau menyangka pemikiran yang beliau ada kebetulannya mungkin bersamaan dengan pemikiran Timbalan Presiden Pas sekarang, tidak sama dengan pemikiran majoriti perwakilan yang lain. Beliau seperti tidak berpuas hati sekiranya Husam khususnya diberikan jawatan di dalam Pas kerana ini amat merbahaya di dalam merencanakan bentuk kerjasama dengan Umno nanti.

Menganggap Naib Presiden Pas seperti `budak suruhan' adalah satu anggapan yang berniat jahat dan secara tidak langsung tidak menghormati kehendak majoriti perwakilan. Tidak menjadi kesalahan kepada kedua-dua tokoh tersebut untuk menyokong sesiapa sahaja yang difikirkan boleh membantu menaikkan imej Pas yang kini dilihat agar tercalar. Lebih-lebih lagi tokoh yang disokong oleh kedua-dua Naib Presiden itu adalah tokoh yang dipilih majoriti perwakilan baru-baru ini. Memang benar, mereka boleh mengutarakan sokongan tersebut secara tertutup di dalam mesyuarat tanpa dihebahkan kepada umum, tetapi demi untuk menunjukkan bahawa tiada apa yang perlu disembunyikan dari ahli-ahli Pas maka sokongan secara terbuka itu amat bijak sekali. Apatah lagi kenyataan Mahfuz dan Sallehuddin tersebut tidak ada kena mengena dengan strategi parti yang perlu dirahsiakan. Tidakkah Dewan Ulamak juga sebelum ini secara terbuka malah lebih terbuka mengusulkan agar tiga jawatan utama di dalam Pas diberikan kepada Ulamak? Bukankah itu kempen secara terbuka yang dilakukan sebelum pemilihan dibuat? Mengapa MSO tidak mengkritiknya?

Pada pandangan saya, sokongan kedua-dua Naib Presiden Pas itu kepada Husam dan Mat Sabu amat tepat sekali jika inginkan perpaduan dan memulihkan semula imej Pas sekarang. Husam tentunya tidak rugi apa-apa jika tidak terpilih sekali pun kerana beliau masih Exco dan Adun di Kelantan, manakala bagi Mat Sabu pula beliau sudah lali dengan kekalahan. Tetapi, kedua-duanya adalah panglima kepada Pas dan oleh kerana itulah Umno amat gerun dengan kedua-duanya sama seperti `gerun'nya MSO kepada Husam. Mungkin berita buruk buat MSO apabila isu Kerajaan Perpaduan telah di `noktah'kan sepertimana kenyataan media yang baru diumumkan oleh DS Anwar yang sebelum itu telah berbincang dengan Lim Kit Siang serta Tuan Guru Hj Hadi. Mereka tetap menolak Umno dan akan terus memperkuatkan PR.

Selesai isu Kerajaan Perpaduan, MSO mungkin boleh mengulas pula tentang isu `siapa yang terlibat menaja muktamar' baru-baru ini. Saya belum mahu mengulas isu tersebut kerana belum ada seorang pimpinan pun yang membuka mulut tentang isu yang telah dibangkitkan oleh perwakilan dari Shah Alam semasa muktamar berlangsung. Saya menjangkakan persoalan yang ditimbulkan oleh Ir Khalid Abdul Samad (Perwakilan Shah Alam) akan dijawab oleh mana-mana pihak yang berkenaan di dalam Pas semasa penggulungan, tetapi malang sekali ia terhenti setakat itu sahaja. Menjadi penaja tidak salah, cuma yang diragui oleh mereka adakah tepat kita memilih syarikat berkenaan untuk menaja sebuah parti yang semulia ini? Penaja yang punyai rekod yang tidak baik walaupun kaya raya tidak seharusnya melibatkan diri di dalam muktamar parti seperti Pas ini./wfauzdin.blogspot.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan