TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KLIK "PLAY" DENGAR RADIO KOBAT FM

Ahad, 7 Jun 2009

KETUA PEMUDA PAS P.PINANG DENDAM TERHADAP PKR?

Oleh: WFAUZDIN NS

Muktamar Pas kini di penghujungnya dan kesemua perwakilan yang hadir dari merata pelosok negeri merasa lega kerana muktamar kali ini dapat dijalankan dengan baik dan teratur. Meskipun terdapat pertandingan di peringkat tertinggi khususnya jawatan Timbalan Presiden Pas yang amat hangat dan mendebarkan sekali. Perwakilan telah memutuskan bahawa Us Nasa layak ditabalkan sebagai Timbalan Presiden Pas walaupun tidak mendapat undi yang terlalu kuat. Faktanya, Us Nasa menang, tetapi yang tidak menyokong beliau iaitu yang menyokong Husam dan Mat Sabu melebihi dari undi yang diterimanya. Apa pun kita kena terima bahawa Us Nasa adalah Timbalan Presiden Pas yang dipilih.

Semasa muktamar sedang berlangsung sekarang, saya terbaca satu kenyataan oleh Ketua Pemuda PAS P.Pinang iaitu Sdr Mohd Yusni Mat Piah di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 06 Jun 2009. Beliau mengulas tentang kemenangan calon PKR di PRK Dun Penanti baru-baru ini. Ketika muktamar baru sahaja bersemangat menyebut untuk memperkuatkan PR dan pemilihan pula seolah-olah menjurus kepada kepimpinan Ulamak, kita lihat apa yang diucapkan oleh Ketua Pemuda Pas P.Pinang ini di dalam akhbar tersebut. Petikan adalah seperti berikut,
" Jika kita lihat kepada peratusan pengundi yang keluar ia amat mendukacitakan dan `signal' yang rakyat tidak puas hati dengan permainan politik PKR. PKR menang kerana rakyat beranggapan daripada memberi undi kepada calon bebas baik pilih PKR kerana Umno tidak bertanding".

Apakah maksud beliau sebenarnya ? Apakah beliau juga beranggapan bahawa pimpinan Pas yang bertungkus lumus berkempen di dalam PRK Dun Penanti tersebut turut terlibat dalam apa yang dikatakan `permainan politik PKR'? Dan, apakah pada anggapan beliau penyokong-penyokong Pas di Dun Penanti `terpaksa' mengundi calon PKR kerana tiada calon lain terutamanya Umno? Jika Umno yang masuk bertanding, apakah beliau akan merasa penyokong-penyokong Pas akan memberi undi kepada Umno? Atau sebenarnya, beliau masih berdendam dengan PKR kerana kegagalan Pemuda Pas P.Pinang untuk meletakkan calon Pas di situ? Inikah sikap seorang Ketua Pemuda Pas yang memberi ulasan dan kenyataan yang mirip seratus peratus dengan kenyataan Pemuda Umno? Post mortem masih dijalankan oleh PKR tentang keputusan pilihanraya tersebut, tetapi Ketua Pemuda Pas ini telah berani mendedahkan betapa rakan mereka PKR tidak mendapat sokongan rakyat sebenarnya.

Apakah ini jenis Ketua Pemuda di era kepimpinan Ulamak yang kini di bawah Ketua Pemuda Pas yang baru? Saya mungkin terkeliru atau diputarbelitkan oleh akhbar tersebut, tetapi saya mencabar Ketua Pemuda Pas tersebut menyaman akhbar berkenaan jika benar beliau tidak berkata demikian. Jika beliau tidak berani menyaman akhbar berkenaan, beliau harus berani meletakkan jawatannya selaku Ketua Pemuda Pas kerana beliau gagal menghayati semangat setiakawan dan persefahaman pimpinan PR termasuk pimpinan PAS sendiri. Mursyidul Am Pas dan Presiden Pas serta beberapa tokoh Pas telah bekerja kuat di PRK Dun Penanti, tiba-tiba ada pemuda yang bersikap seperti ini. Saya harap agar Ketua Pemuda Pas yang baru berani bertindak kepada Ketua Pemuda Pas P.Pinang ini kerana Ketua Pemuda Pas yang baru ada berjanji bahawa beliau bukan sahaja berani berdepan dengan Ketua Pemuda Umno, bahkan sanggup berdepan dengan Najib sendiri. Nah, buktikan dulu keberanian beliau terhadap Ketua Pemuda Pas P.Pinang ini.

Saya berharap kejadian seperti ini tidak meresapi ke dalam kepimpinan Pemuda Pas yang lain . Percayalah, Pas akan rosak jika punyai pimpinan seperti ini yang sentiasa mencari jalan untuk `menyakitkan hati' rakan-rakan seperjuangan mereka. Saya tidak tahu bagaimana sikap sebenar Pemuda Pas P.Pinang yang sebenarnya terhadap PR, atau mungkin beliau seorang sahaja yang bersikap sedemikian? Seekor kerbau ini harus disembelih sebelum membawa lumpur dan najis ke dalam jemaah Pas.

wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

  1. Ada satu usaha untuk menjatuhkan imej PAS dan Ust Nasa;

    Sebelum keputusan rasmi diumumkan, seawal-awal jam 8 pagi media-media pro-Anwar dan para blogger menyebar-nyebarkan keputusan tidak rasmi yang berpihak kepada Husam.

    Dengan menyebarkan berita palsu ini, mereka bersedia dengan sebarang keputusan.

    Sekiranya keputusan berpihak kepada mereka, maka pemenangnya akan dijulang dan disanjung tinggi.

    Sekiranya keputusan tidak berpihak, maka proses kemenangan tersebut akan dipertikaikan.

    ++++++

    Sebenarnya golongan yang mengatakan bahawa PAS ingin masuk kepada UMNO adalah golongan pro-Anwar yang berada di dalam PAS serta ahli-ahli PKR.

    Mereka ingin menjatuhkan golongan ulama, maka memulakan saraf menyerang individu tertentu yang dikatakan berusaha membawa masuk PAS kedalam Umno.

    Kebangkitan PAS ditakuti oleh Anwar dan PKR. Anwar tahu jentera partinya tidak sehebat jentera PAS yang ramai dan bertenaga.

    Jadi, cara untuk menonjolkan Anwar dan PKR adalah dengan cara mempergunakan PAS.

    Caranya ialah dengan menaikkan tokoh-tokoh liberal yang menyanjunginya.

    Para ulama mengatahui tektik ini. Ulama tidak mahu kejadian pra-merdeka berulang lagi selepas para ulama berjuang bermatia-matian, golongan nasinalis yang memerintah.

    Juster, terjadilah pertembungan yang maha dahsyat ini.

    Selepas ini, saya yakin ada lagi usaha-usaha untuk menjatuhkan ulama di dalam PAS.

    ====
    PKR takut rakyat lebih terpengaruh dengan PAS.

    Lebih-lebih lagi terdapat YB-YBnya yang melompat. Ini adalah kemaluan besar bagi PKR.

    Juga YB-YB yang tidak tahan diuji sehingga terpaksa meletakkan jawatan.

    Inilah yang ditakuti oleh PKR dan Anwar.

    Kebangkitan PAS sekarang perlu dibendung dengan cara me’liberal’kan PAS.

    Sebab itu dicanag-canang projek 916 yang ternyata suatu pembohongan yang amat nyata.

    Proses pemilihan akan dipertikai.

    Pengerusi pemilihan akan dipertikaikan.

    Justeru dengan cara ana, imej yang kalah akan disembunyikan sebaik mungkin.

    BalasPadam
  2. saudara,
    sbb pertama aku kadang2 ckp pas ni bodo sombong..sbb2 mcm nie..sbb apa pas trg leh tumbang pd election 2004..sbb2 mcm nie..tak akui..mereka tak sedar bhw org2 muda mau dekati mrk slps dari kesan pemecatan anwar ibrahim..kalo dak smpai la ni takda nye...!! pas punya org...anggap mrk suci..org2 luar dari pas tak islamik..itu silap pas!! dari dulu lagi sikap pas mcm tuh..patutla...org duk sokong pkr dr pas...mcmner tuh...baik amik hamas/ikhwan muslimin duk ganti pas..

    BalasPadam
  3. bro,
    telah berlaku ada pru yang lalu ditempat aku,
    segelintir puak pas yang taksub ni menyangkakan hanya mereka yang baik betul pandai dan dan lain lain lagi.Pas for all tidak diterjemah oleh mereka ,islam untuk semua bukan hanya untuk melayu......

    BalasPadam
  4. hanya org tak berpegang pada alquran dan hadis je yg sokong pkr.ideologi sekular pkr dan umno jelas bertentangan dgn islam kerana memisahkan agama dari politik.kenapa pkr tidak meletakkan alquran dan hadis sebagai perlembagaan parti..kenapa tidak bersam-samapas berjuang menegakkan alquran dan hadis..pas kalah di trg sbb pengundi hantu dan undi pos.bukan sbb kes lompat parti yg berlaku di perak.kedua-dua yg melompat parti adalah pkr bukan pas yg merosakkan kerajaan pr di perak.

    BalasPadam
  5. ni la sikap org pas..silap dari dulu...apa la dorang nie..ckp tu skit..kata sekular..pening aku...aku tak berparti..tapi yg pasti aku akan pangkah selain bn..

    BalasPadam
  6. ni masalah ni...bila tegur sket kata anti ulamak la..anti pas la....biarkan jer....biar lah apa nk jadi...pas pun dah kuat skrg ni...aku teringat gak pernah naib presiden pas lompat masuk umno...us nakhaei tu. jgn dok kata pkr je ok...

    BalasPadam
  7. aku salute kat pro erdogan pas..termasuk nik aziz...ntah ler..malas aku nk komen pas lagi..lantak p la..janji aku follow saudara anwar...tu jer..dorang ni tak abis ler..1998 dh byk mengajar mereka..pastu lupa sekejap..idup balik..tut2 dh byk tadbir negri nk lupa blk..last2 bungkus jadi mcm kat trgganu 2004..kalo husam naik jadi tim presiden..umno akan jadi kecut n gerun..umno paling takut ialah byg2 anwar dlm pas n anwar..sbb tuh bila nizar jer..mrk kecut..bila anwar jer mrk kecut..bila husam jer mrk kecut..1-2 golongan dlm pas pun kecut..tu ler..pas2..no wonder la..

    BalasPadam
  8. Anon 5:46 kata Ulamak berjuang bermati2an. Ulamak mana yang berjuang bermati2an tu? Ulamak Ibrahim Libya? Bukanke ulamak nih UMNO yang bunuh dia. Jadi kenapa benci PKR? Kenapa nak kawin semula dengan golongan yang bersekongkol dengan pembunuh pejuang PAS? Why?? why????
    Golongan pengecut dalam PAS sebenarnya yang dengki pada Husam dan Nizar. Lebih2 lagi ramai penyokong PR yang kata Nizar ade potensi untuk jadi PM. Kenapa Nizar? Kenapa bukan TGAH atau Nasa? Why?? Sebabnya Nizar boleh ketengah dan ketepi, kata orang kampung. Ulama PAS pro UMNO lupa siapa yang aniaya mereka. Siapa yang buat onar di Baling. Sorry. Deme benci PKR, tapi sayang UMNO yang menzalimi rakyat. Yong tak hormat ulama jenis ini. Noktah.

    BalasPadam
  9. Aku tgk yg mati-matian bela Nizar kat Perak tu adalah PR...PKR dan DAP serta beberapa tokoh dan aktivis Pas yg berani. Mereka mcm nk gila pertahankan Nizar tetapi muktamar plak kata, kita leh runding ngan Umno....Selesaikan kat Perak dulu...kalau kat Perak je Umno tak mahu btolak ansur...kirim slm la peringkat persekutuan Umno senang2 nk berunding...tolong la fikir org2 Pas yg nk sgt berunding ngan Umno ni..

    BalasPadam