RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 7 November 2019

AZMIN PUNYA MASALAH HUTANG PUN MAHU DIKAITKAN DENGAN ANWAR ?


Syarikat YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd telah membawa kes ke mahkamah untuk menuntut hutang dari Azmin Ali yang dikatakan berjumlah sekitar RM 300K iaitu berupa tiket penerbangan dan penginapan untuk Timbalan Presiden Keadilan itu.

Pertamanya, tahniah dan syabas kepada Azmin kerana berjanji akan membayarnya. Semua manusia ada melibatkan diri dengan hutang, jadi isu hutang ini perkara biasa.

Pelik bin ajaib, apabila seorang bekas Chegu yang dulunya hari-hari berkokok pasal kubah masjid dan terowong di era Azmin jadi MB Selangor, tiba-tiba mengulas isu ini dan mengaitkannya dengan Anwar. Kononnya, syarikat itu milik kawan Anwar dan anak kawan Anwar itu dikatakannya pernah mengedit video lucah. Umang aiii...jauh bona lari dari isu hutang ni bai.....

Kalaupun syarikat itu milik kawan Anwar, adakah Azmin tidak perlu membayar hutangnya? Kalaupun anak kawan Anwar itu kaki edit video lucah, adakah ada kaitannya dengan hutang tidak berbayar? Nasib baik lah Chegu yang pernah jadi tokey ayam organik dan penjual barang lelong ini tidak kaitkan bahawa Haziq yang mendakwa Azmin adalah pasangannya di dalam hotel itu adalah anak ponakan tokey syarikat tersebut.

Begitulah nasib Chegu yang terbiar. Cerita kubah masjid dan terowong dah senyap sekarang. Cerita tentang Billboard Mak Lampir yang nilainya berjuta di Selangor itu langsung tidak disentuhnya. Maklumlah sibuk sekarang usung tin biskut gambar Mak Lampir ke hulu ke hilir. Patutlah ramai anak2 buah dia dah lari sebab baru tahu wajah sebenar Chegu ni.

KONVENSYEN KEADILAN NEGERI PAHANG BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM PADA 08 NOV 2019 (JUMAAT) DI KERDAU


Menjelang Kongres Nasional KEADILAN yang dijangka pada awal Disember tahun ini di Melaka, KEADILAN Negeri Pahang akan mengadakan Konvensyen yang berthemakan " Dua Dekad Merakyatkan Reformasi" sebagai momentum menghadapi Kongres Nasional yang akan diadakan.

Konvensyen pada tahun ini akan diadakan di Dewan Dato' Zaharuddin Abu Kassim, Kampung Peragap, Kerdau pada 08 November 2019 (Jumaat) bermula jam 06.00 petang sehingga jam 11.30 malam. Para perwakilan/Pemerhati dari setiap Cabang diminta untuk mendaftar nama pada jam 05.00 petang di kaunter pendaftaran yang disediakan, Konvensyen kali ini juga turut dibuka kepada orang ramai bagi mengikuti ucapan-ucapan dari pemidato yang terdiri dari berbagai golongan mewakili berbagai peringkat seperti anak muda, wanita, mewakili masyarakat sivil (warga felda/petani/nelayan) serta mewaili golongan akademik/profesional.

Pentas ucapan disediakan bagi golongan ini agar mereka dapat menyuarakan pandangan mahupun kritikan agar suara mereka dapat didengari oleh pucuk pimpinan. Pendekatan ini adalah sejajar dengan inspirasi dan roh perjuangan Parti KEADILAN di mana parti ini tidak menyekat mana-mana suara atau kritikan yang membina demi kebaikan rakyat.

Tayangan video perjuangan akan diselangselikan dengan persembahan kesenian dari masyarakat tempatan serta menampilkan artis terkenal Yassin "reformasi". Turut berucap Pengarah Konvensyen Pahang, Sdr Rizal Jamin (Timbalan Pengerusi MPN), YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Pengarah Konvensyen Pusat), YB Fuziah Salleh (Pengerusi MPN), YB Dato' Saifuddin Nasution (SUA KEADILAN), Timbalan Presiden/Naib-Naib Presiden. Beberapa tokoh lama di dalam perjuangan khususnya di Negeri Pahang ini turut dijemput sebagai tetamu istimewa.


Kemuncak konvensyen nanti, Presiden KEADILAN akan menyampaikan amanat dan pidatonya yang sudah pasti akan merungkai berbagai perkara dan isu semasa untuk dijadikan panduan kepada seluruh ahli parti terutamanya.

Sehubungan itu, marilah kita beramai-ramai untuk tidak melepaskan peluang kali ini kerana ini adalah konvensyen yang julung-julung kalinya diadakan di negeri ini setelah kita membentuk kerajaan di Persekutuan. Semoga konvensyen ini akan dapat menyuntik semangat kita bagi meneruskan usaha dan bakti kepada rakyat seterusnya berjaya mengambil alih pentadbiran di Negeri Pahang ini, InsyaAllah.



WAN FAUZULDIN WAN SAMAD
Ketua Komunikasi
KEADILAN Pahang

Formulanya mudah di Tg Piai.

Calon PH - Melayu Islam dari Bersatu, bekas pendidik dan bekas Imam, sama2 berjuang melawan Umno/Bn dan jatuhkan Najib serta Rosmah dari menjadi ketua kerajaan kleptokrasi. Seorang calon yg akan mengekalkan Kerusi Parlimen milik melayu Islam.

Calon BN - Dari MCA, seorang kaum Cina bukan berugama Islam, pernah menyatakan penentangan terhadap Hudud dan bersama2 bersubahat di dalam kerajaan Bn dahulu yg kleptokrasi bahkan hingga kini kekal di dalamnya. Seorang calon yg cuba untuk mengurangkan satu Kerusi Parlimen milik Melayu Islam dan cuba menggantikannya dgn kerusi milik Cina bukan Islam.

Calon Berjasa - Muncul hanya waktu pilihanraya saja.

Calon Gerakan - Sama dengan calon MCA juga, pernah berada di dalam kerajaan kleptokrasi dahulu.

Calon-calon Bebas - Muncul di waktu pilihanraya saja.

Jangan pilih berdasarkan perkauman, tetapi pilihlah yg mempunyai integriti. Maka, tiada pilihan lain kecuali memilih calon PH yg bukan sahaja Melayu Islam tetapi berintegriti.

PILIHLAH YANG KURANG MUDHARAT DI TG PIAI


Calon BN dari MCA yang disokong oleh Umno dan Pas adalah Non Muslim yang dikatakan amat tegar menentang Hudud bahkan menentang Pas itu sendiri. Calon ini pernah menghentam Dap kerana mendakwa Dap tidak bersungguh-sungguh menentang Hudud, sedangkan MCA jelas dan berani menentang hukum Islam tersebut. Cuba baca link2 di bawah:

WEE JECK SENG BENCI HUDUD & PAS

Selama 3 tahun berturut-turut, Wee Jeck Seng menyatakan kebenciannya kepada PAS, menolak hukum hudud yang diperjuang parti itu dan menakut-nakutkan pengundi cina kepada PAS dan hukum Islam.

2014

Wee Jeck Seng mengatakan pendirian Lim Guan Eng (DAP) berkenaan hukum hudud adalah tidak jelas. Tidak seperti MCA yang jelas dan tegas menolak hukum Islam itu.

2015

Wee Jeck Seng menegaskan pendirian peribadinya untuk menentang undang-undang jenayah syariah (hudud).

2016

Wee Jeck Seng menakut-nakutkan pengundi cina dengan hukum hudud, berikrar akan menentang usul berkaitannya dari diluluskan dan mendakwa pengundi cina telah ditipu DAP kerana DAP bertanggungjawab memujuk pengundi cina untuk mengundi PAS.

Tapi mutakhir ini. dan penyokong parti itu beria mempertahankan Wee Jeck Seng yang jelas telah menolak hudud secara terang-

Meskipun begitu, Umno dan Pas tetap menyokong calon MCA ini asalkan calon Melayu Islam dari PH ini tewas. Ertinya, Umno dan Pas mahu satu Kerusi Parlimen milik Melayu Islam sebelum ini akan diserahkan kepada MCA. Kemudian, mereka akan balik ke kampung masing2 untuk memperbodohkan macai dan walaun masing2 untuk menjerit "Hidup Melayu". " Maruah Melayu" dan " Perpaduan Ummah".

Bagi kita di dalam PH, isunya bukan kaum. Bagi kita, samada Melayu atau tidak, maruahnya terletak kepada keperibadian dan integriti. Serban tebal akan memberatkan kepala jika pemakainya menyokong puak yang jelas bersama kleptokrasi dan rasuah.

Pilihlah yang kurang mudharat!!

Jumaat, 1 November 2019

PRK TG PIAI - TIDAK SUKAR UNTUK MEMAHAMI 'FATWA" PAS DI DALAM MEMILIH CALON

Dewan ulamak Pas keluarkan 'fatwa'baru di Tg Piai, iaitu, wajib sokong calon BN - MCA berbangsa Cina yg bukan Islam berbanding calon PH - Bersatu walaupun berbangsa Melayu, Islam, bekas pendidik dan bekas Imam, dalilnya, " PILIH YANG KURANG MUDHARAT".

Kita buat kajian ok. MCA adalah parti komponen BN. BN adalah kerajaan kleptokrasi yg memerintah negara sebelum 09 Mei 2018 dan telah ditumbangkan di dalam PRU14 yg lalu kerana 'kemudharatan"nya terlalu banyak. Hingga hari ini, beberapa pimpinan dari BN telah dibawa ke mahkamah atas beberapa skandal penyelewengan. MCA juga berada di dalam kerajaan kleptokrasi dahulu dan turut bersubahat membiarkan kemungkaran dan kemudharatan kerajaan BN selama ini. MCA tanpa segan silu dan berterus terang menolak hukum Hudud.

Calon PH dari Bersatu adalah calon yang mewakili PH yang telah membuang kerajaan kleptokrasi terdahulu. Ini bertepatan dengan perintah Allah iaitu jangan sesekali membiarkan kezaliman dan kemungkaran, cegah kemungkaran itu wajib. Bertepatan dengan perintah Allah, "Jangan sesekali cenderung kpd kezaliman, kelak dibakar api neraka". Ayat ini sering menjadi mukaddimah penceramah Pas sewaktu bersama kita di dalam PR dan sewaktu Pas mendoakan Umno agar 'K.O". Ertinya, calon PH adalah mewakili parti yg menentang kerajaan terdahulu yang dipenuhi dengan skandal 1MDB, skandal terbesar di dunia itu.

Jika mahu memilih mana satu yg kurang mudharat, maka tidak sukar untuk buat pilihan. Calon MCA sudah semestinya ditolak kerana bersama dengan BN yg memudharatkan negara sebelum ini. Mahu cari calon Pas? Malangnya Pas hanya jadi balaci tukang angkat bendera Dacing Baghdad dan kerjanya jual agama dan cipta hukum dari masa ke semasa.

Habis tu, mau undi siapa? Tiada lain, kita wajib undi calon PH dari Bersatu. Tidak sukar nak memahami 'fatwa' Pas itu.

LEBAI WALA' KEPADA UMNO DAN UMNO WALA' KEPADA MCA - SIAPA PARTI DOMINAN DI DALAM BN SEBENARNYA?


Tepat jangkaan saya bahawa akan ada "fatwa" baru oleh olamak parti lebai bila MCA letak calon di PRK Tg Piai. Tidak seperti di PRK Cameron Highland di mana fatwanya adalah wajib undi calon Melayu Islam (Umno) dan haram undi calon bukan Islam (PH-Dap). Di atas mimbar Jumaat, berbuih2 mulut khatib lebai baca nas dan dalil untuk memperkuatkan hujahnya.

Kali ini, fatwanya lain. Wajib undi calon MCA kaum Cina bukan Islam dan haram undi calon PH -Bersatu iaitu seorang Melayu Islam bekas sseorang guru dan Imam. Alasannya apa? Lebai kata hujahnya adalah kerana Taawun dengan Umno. Umno telah diberi mandat untuk jadi parti dominan (bos), maka wajib wala' dengan Umno. Umno pula wala' dengan MCA? Kahkahkah355...melucukan!!

Lebai kata lagi, Islam tidak boleh langgar perjanjian dan parti lebai tidak akan langgar perjanjian. Wah !! Betulkah ada perjanjian dengan Umno? Perjanjiannya Umno jadi bos? Perjanjian berkaitan calon pilihanraya pun telah ada? Betulkah lebai tak pernah langgar perjanjian?

Wahai lebai, dengan budak hingusan dalam politik bolehlah kamu jual agama. Siapa tidak tahu kisah pertandingan 3 penjuru banyak berlaku yang melibatkan lebai langgar perjanjian sewaktu berada di dalam Pakatan Rakyat? Langgar perjanjian, tidak cukup dengan itu reka fitnah kononnya calon Keadilan adalah berfahaman komunis dan pengedar pil kuda, maka lebai pun letak calon di situ. Kalah pun takpe, asalkan parti kawan tidak menang. Akhirnya Umno menang dan Umno jadi kawan lebai sekarang.

Lebai pernah kata, parti Islam ini kuat bersendirian dan jika parti ini mahu bergabung dengan mana-mana parti sekalipun, parti Islam mesti dominan. Hari ini, terbukti bahawa Taawun di antara lebai dengan parti keris telanjang tidak bersarung itu yang dominan adalah Umno. Lebai seperti biasa juga. Lebai kena wala' dengan Zahid Hamidi yang telah dihadapkan dengan berpuluh kes di mahkamah.

Lebai wala" kepada Umno. Umno pula terpaksa wala' kepada MCA dan MIC kerana takut Bn diharamkan jika MCA atau MIC keluar dari Bn. Ertinya di dalam Bn dan pakatan mereka, parti dominan adalah MCA. Wallahu Aklam

Khamis, 31 Oktober 2019

TRAGEDI MALANG INI PUN LEBAI CUBA BERMAIN DENGAN ISU PERKAUMAN


Terlebih dahulu marilah kita sama2 ucapkan Takziah kepada semua waris anak2 yang terkorban di dalam tragedi kemalangan basikal lajak dua tahun lalu. Marilah bersama kita doakan semoga Allah merahmati kesemuanya dan keluarga mereka diberikan kekuatan menghadapi ujian ini.

Kes ini berlaku pada tahun 2017, ertinya siasatan mula dijalankan pada tahun yang sama. Kejadian itu berlaku dan siasatan itu bermula bukan pada waktu kerajaan PH memerintah, dan setiap yang ditakdirkan itu tidak kira siapa yang menjadi kerajaan. Namun, apabila kes ini dibicarakan di era kerajaan PH, terdapat mulut2 busuk di kalangan lebai yang menjual agama cuba untuk mengambil kesempatan di atas tragedi ini bagi memainkan isu perkauman.

Kebetulan mangsa adalah anak2 Melayu dan yang terlanggar mangsa itu pula adalah seorang wanita kaum Cina. Apakah wanita ini mabuk? Tidak. Adakah wanita ini menghisap dadah atau apa jua bahan terlarang ketika memandu? Tidak. Wanita ini dituduh memandu di dalam keadaan melulu hingga terlanggar sekumpulan anak2 yang sedang mengayuh laju basikal lajak pada jam 3.00 pagi di laluan jalan besar. Namun, mahkamah mendapati wanita ini tidak bersalah kerana tiada bukti dan keterangan yang boleh menunjukkan beliau memandu secara melulu atau dipengaruhi alkohol atau sebarang perbuatan yang melanggar peraturan jalanraya.

Bayangkan jika kita terbalikkah kejadian ini di mana mangsa yang terkorban itu anak2 kaum Cina dan yang terlanggar mereka itu pula adalah wanita Melayu. Agaknya kita suka wanita Melayu ini dihukum kerana karenah budak2 Cina yang bermain basikal laju pada jam 3.00 pagi? Saya rasa pasti kita akan menyalahkan keluarga budak2 Cina ini kerana membiarkan anak masing2 keluar pada jam 3.00 pagi dengan membawa basikal lajak yang telah pun diharamkan penggunaannya.

Kalau kita berpegang kepada ajaran Islam, kita mesti berlaku adil tidak kira siapa. Di dalam Islam, binatang ternakan kita pun wajib kita kurung dan tidak boleh dibiarkan merata2. Lembu yang terbiar dan berada di jalanraya boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna2 jalanraya. Bahkan jika lembu yang terbiar itu dicuri orang, mengikut hukum Islam tuan punya lembu pun boleh disabitkan kesalahan kerana cuai menjaga binatang ternakan mereka. Bayangkan begitu sekali Islam mengatur hukum terhadap binatang ternakan, apatah lagi manusia iaitu anak2 kita. Apakah kita tidak merasa bersalah membiarkan anak2 kita keluar bermain pada jam 3.00 pagi?

Saya bukan mahu menyalahkan ibu bapa budak2 ini kerana seperti yang saya sebutkan awal tadi ini adalah suratan dan takdir. Kalau sudah ditakdirkan nyawa mereka diambil pada awal pagi itu, jika tidak keluar rumah pun pasti ajal mereka akan sampai cuma kita tidak tahu bagaimana. Cuma, jangan kita tidak berlaku adil kepada orang lain apabila musibah berlaku kepada kita. Tentu ada hikmahnya ia terjadi.

Amat malang, status dari seorang pemimpin dari parti yang menjual agama ini cuba untuk mendatangkan provokasi perkauman apabila mengulas tentang keputusan mahkamah di dalam kes ini. Sepatutnya selaku orang yang tahu ugama, beliau boleh memberikan peringatan kepada kita agar tragedi seperti ini tidak berulang lagi. Malangnya, demi politik beliau sanggup mendustakan agamanya.

MASALAH EKONOMI JANGAN BEBANKAN KEPADA TUN M SEBAGAI ALASAN MELENGAHKAN PERALIHAN KUASA



Saya telah membaca kenyataan Menteri Ekonomi, YB Dato' Seri Azmin Ali di dalam Malaysia Gazzet yang mengulas tentang isu peralihan kuasa di antara Tun M dengan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Pertamanya, tahniah kepada Azmin yang telah bercakap bagi pihak Tun M dan sepatutnya beliau dilantik SU Politik Tun M kerana beliau sering menjawab bagi pihak Tun M.

Pendapat Azmin adalah Tun M mesti terus menjadi PM sehingga selesai masalah ekonomi negara yang meruncing sekarang dan Tun M berkewajipan membetulkannya sebelum menyerahkan jawatan kepada Anwar seperti perjanjian di dalam PH. Saya mula keliru, semenjak bila Tun M sebagai PM adalah juga merangkap Menteri Ekonomi? Habis tu, apa jawatan Azmin? Adakah beliau hanya pegawai pengiring YDP Agong atau SU Politik Tun M?

Jika Azmin masih lagi Menteri Ekonomi, sepatutnya beliau malu dan bersalah apabila mengakui bahawa ekonomi negara sekarang begitu teruk sehinggakan Tun M terpaksa buat kerja untuk beliau. Lojiknya, jika beliau selaku Menteri Ekonomi merasakan beliau gagal pulihkan ekonomi negara, beliau wajar memikirkan untuk meletakkan jawatan bukannya semudah itu untuk meletakkan beban tersebut di bahu Tun M.

Tidak masuk akal, akibat kegagalan Menteri Ekonomi melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya maka terpaksa pula Tun M melanjutkan tugasnya sebagai PM hingga ekonomi pulih. Itu sikap tidak bertanggungjawab dan seolah-olah untuk mempersendakan Tun M.

Isu peralihan kuasa di antara Tun M dengan Anwar tiada kaitan dengan masalah ekonomi. Sesiapa yang mengambil alih tugas PM adalah bertanggungjawab menentukan keadaan negara baik dan tugas ini bukan terletak di bahu PM semata-mata tetapi juga kepada seluruh anggota Kabinet. Mana-mana menteri yang gagal melaksanakan tugasnya tidak boleh memaksa PM untuk memikul beban, sebaliknya menteri berkenaan undur diri.

Jelas di sini Azmin cuba untuk menuding jari kepada PM di atas kegagalannya. Jangan kerana kamu bermasalah, maka peralihan kuasa turut bermasalah.

Kita tetap berpegang kepada apa yang Tun M sebut baru-baru ini iaitu jangkamasa dua tahun adalah jangkamasa peralihan kuasa beliau dengan Anwar. Tidak perlu ada jurucakap lain yang berkepentingan untuk mencipta alasan bagi menggagalkan transisi ini.

LAWAK BODOH TONTOWI



Lawak sungguh lebai Tontowi ni. Dia faham tak bezanya "menjatuhkan PM" dengan "Peralihan kuasa PM" ? Takkan la sebangang itu untuk bezakan "menjatuhkan Imam kampung" dengan "menukar imam kampung" pun lebai Tontowi tak tahu?

Patut pun dalam kenyataannya, dipetik

" Pas teguh dengan pendirian supaya Tun Dr Mahathir Mohamad, kekal sebagai Perdana Menteri, sehingga tamat penggal Pilihan Raya Umum PRU Ke 15, walaupun pas mnegeluarkan fatwa mewajibkan ahli parti itu untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan. Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, fatwa terbabit masih kekal relevan, biarpun dengan kesediaan pas menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir."

Lawak lagi. Dia fatwakan wajib jatuhkan kerajaan PH yg dipimpin oleh Tun M, tetapi Pas tetap menyokong Tun M. Umpama, babi itu haram, tetapi kepala babi sedap dibuat sup.

Itulah lebai penjual agama...

NIK BEDUH JANGAN MURIH, ANA TAKLID KEPADA ANTA....


Wah !! Tak Ana sangka tulisan Ana dibaca oleh Nik Beduh. Maka, Ana rasa malu kerana tulisan Ana hanya dibaca oleh orang seperti Anta. Ana fikir tulisan Ana dibaca oleh orang bijak pandai saja.

Anta dakwa Ana menipu kerana menulis yg bukan Anta kata. Alaahh...Ana menipu syarie, bukankah "menipu demi parti" itu diwajibkan? Anta pun pernah menipu jugak kan? Dulu Anta kata, "audio itu bukan suara Ana, itu fitnah manusia seperti iblis". Akhirnya, Anta mengaku bahawa audio yang menyebut parti Anta makan duit Umno itu adalah memang suara Anta. Bukankah waktu itu Anta diwajibkan menipu?

Ana pun demikian, Ana bertaklid kepada Anta punya auta, syeikh....ehehhh

Selasa, 29 Oktober 2019

SATU NEGARA SUSAH, ZAHID HANYA MINTA MAAF KEPADA PAS?

Di Terengganu dlm himpunan perpaduan ummah, Zahid Hamidi akhirnya mengaku lebih 60 tahun partinya byk buat salah kpd rakyat dan kemuncaknya parti kuno tersebut hilang kuasa pada PRU14 yg lalu. Maka, dgn rasa sebak Zahid minta maaf kpd Pas.

Hahaha...dia ingat parti dia dulu perintah negara ini hanya org2 Pas sahaja jadi mangsa atau rakyat malaysia itu orang2 Pas? Minta maaf kpd Pas sahaja?

Kamu rosakkan negara ini dgn segala bentuk penyelewengan dan skandal serta buat hutang berbilion ringgit, semua rakyat susah, sepatutnya jika ikhlas kamu kena mohon maaf dengan seluruh rakyat, bukannya kpd pak-pak lebai yg sekali satu pinggan pelahab makan tu. Itu tandanya kamu tidak ikhlas, hanya utk ambil hati orang2 Pas agar lupakan kesalahan besar kamu. Pmimpin Pas tentunya dengan mudah maafkan kamu sbb mereka pun dapat faedah dari apa yg kamu lakukan dulu.

Rakyat Malaysia tidak sebodoh itu untuk melupakannya.