RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 30 Oktober 2009

Di sebalik tabir mesyuarat PAS


Jimadie Shah Othman
Okt 30, 09
12:25pm

Tindakan mengheret PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplinnya belum dapat meredakan konflik dalaman apabila komen-komen negatif berhubung perjalanan mesyuarat khas parti itu kelmarin mula tersebar.

Beberapa blog yang mengamat perkembangan PAS menggambarkan seolah-olah terdapat sesuatu yang tidak kena dalam mesyuarat panjang sehingga jam 1 pagi jawatankuasa pusat dan barisan pesuruhjaya negerinya.

Penulis politik Mohd Sayuti Omar berkata mesyuarat khas PAS itu memberikan fokus kepada exco kerajaan Selangor, yang juga pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hassan Ali.

Katanya, ada cadangan meminta Dr Hasan dipecat daripada jawatan mengetuai PAS negeri dan juga exco hal-ehwal Islam negeri itu.

"Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno.

"Bagaimanapun (presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi (Awang) dikatakan telah mempertahankan Dr Hassan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat," tulisnya di blog peribadi Merah Tinta sejurus selepas tamat mesyuarat itu.

"Alasan Abdul Hadi, kalau ada tuduhan, penyiasatan perlu dilakukan.

"Sehubungan itu jawatankuasa disiplin PAS yang diketuai (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatan ke atas Dr Hassan bersama ahli jawatankuasanya."

Sementara blog Malaysian Waves pula mendakwa 75 peratus ahli mesyuarat pada malam itu mahukan Dr Hassan digugurkan daripada jawatan pesuruhjaya PAS Selangor.

"Namun, permintaan majoriti ahli jawatankuasa pusat PAS ditolak begitu sahaja dan dibuat pengumuman bahawa keseluruhan PAS Selangor akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin," tulis Tulang Besi, penulis blog yang sering mendedahkan konflik dalaman parti.

"Keputusan yang diumumkan oleh Tuan Guru Presiden malam tadi bukan keputusan yang dipersetujui oleh para ahli jawatankuasa pusat PAS.

"75 peratus daripada keseluruhan ahli jawatankuasa yang hadir bercakap dan hanya Cikgu Pa (setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali) serta Datuk Abu Bakar Chik sahaja yang menyokong Dr Hassan.

"Yang lebih menyedihkan apabila Tok Guru (mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang membentangkan tulisan beliau dalam blog beliau jelas tidak mahu berganjak daripada apa yang dituliskan oleh beliau.

"Yakni, jelas beliau mahu ketiga-tiga yang dinamakan dalam blog beliau dibuang."

Selain Dr Hassan dan Mustafa, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa juga disebut di Blog Tok Guru yang dianggap antara "beberapa kerat pemimpin bermasalah "

Malaysiakini sedang mendapat penjelasan daripada beberapa sumber dalaman PAS berhubung dakwaan-dakwaan di blog tersebut./Malaysiakini

8 ulasan:

  1. Salam,
    Sy adalah penyokong PAS di selatan tanah air,
    Sy sangat sedih dan dukacita apabila sudah berlaku benci- membenci, hentam menghentam secara terbuka dalam PAS.

    Seolah-olah PAS adalah sama saje dengan UMNO-BN..

    Kenapa sejak kebelakangan ini TGNA terlalu emosional dan sering menuding jari menyatakan orang ini salah, orang itu perlu dibuang?

    Bukankah pemilahan pada muktamar yg lepas telahpun tentukan siapa yg mengisi jawatan dan memikul amanah masing-masing.

    Kenapa TGNA tak hormati suara kami yg diakar umbi?? Kami di selatan menghormati TGNA juga taat pada TG Presiden.

    Apa sebenarnya yg TGNA hendak berlaku dalam PAS?

    Saya menyokong 100 peratus keputusan bijak Presiden, yg mengarahkan siasatan dijalankan oleh badan disiplin PAS.
    Terserahlah apa jua hasilnya yg penting setiap yg dituduh mesti diadili dan diberi peluang membela diri, Bukankah ini cara Islam??

    Saya menyarankan janganlah TGNA asyik nak salahkan orang tu..cabar orang ini untuk letak jawatan, rasanya TGNA lah yg patut letak jawatan terlebih dahulu..sebab TGNA dah pun menjadi sebuah LAGENDA.

    BalasPadam
  2. TGNA takut perjuangan PAS tergelincir separuh jalan. sebab tu dia bagi pandangan.PAS berjuang bersama rakan-rakan dalam PR jadi jangan khianat pada rakan..itu yang TGNA mahu..

    BalasPadam
  3. Penyertaan PAS ke dalam BN tahun 2010/2011. Usaha membawa PAS ke dalam BN sudah bermula dan sedang berjalan dengan rancak.

    Pres : Ustaz Nasha
    Tim pres : Dr Hasan
    S/U : Mustafa Ali
    Naib pres : Ustaz Hasan Tantawi, Ustaz Idris dll

    BalasPadam
  4. Salam
    TGNA seorang politician dan jujur dalam persahabatan. Kita tengok bggmana spoilnya Kuli semasa S46 bersama PAS di Kelantan begitu juga Ibrahim Ali mendapat layanan persahabatn yang baik dari TGNA (sanggup beri kerusi kemudian IA makan kawan). Masa perubahan perlembagaan zaman Mahathir dulu hanya Sultan Kelantan yang masih ada kuasa menolak akta yang diluluskan DUN. Ini kerana nasihat Kuli. Lepas tu betapa susah TGNA nak layan Istana.
    Saya rasa TGNA memang tiada tandingan dalam menjaga hubungan sahabat dan perjanjian. Itu sebabnya dia marah betul bila ada pemimpin PAS tak berpegang pada janji persahabatan dalam PR.
    WalLahu a'lam

    BalasPadam
  5. Bloger-bloger munafik yg konon sokong PAS tapi kalianlah tersangat seronok meliht PAS pecah belah. Boleh dibaca wala'setia kalian tu kpd PKR parti yg masih bermata UMNO dan PRM parti yg sabit serpihan komunis spt dikata TGNA (2004).

    Bacaan politk sekarang tak payah sangat nak buat kesimpulan yg kalian diagendakan oleh org2 tertentu dlm parti kalian. Kalian marah sangat kalu PAS dapat melebar pengaruh dan mendekati kedlm masyarakat Melayu/ individu Melayu yg tak ada pendirian politik (atas pagar tapi dilihat macam penyokong UMNO) atau yg memang dalam UMNO utk bersama-sama menyokong PAS di masa hadapan. Ya itu harapan utk ummah bersatu di bawah PAS tapi kalian seronok sangat dgn agenda pecah belah yg sebati dgn tabiat UMNO yg anda warisi dulu dan masih berakar umbi lagi. Kalian sangat takut PAS jadi peneraju dan menopoli pengundi Melayu dek kerna ketua2 kalian ada agenda utk menopoli pengundi Melayu itu sendiri. Kalian sangat sedar majoriti pengundi Cina dan India bukan nak sangat mengundi PAS kecuali ada agenda menguntungkan mereka dan pekara ini dimaklumi semua termasuk PAS. Dan mereka bukan bangsa yg dapat diharap setia melihat Islam jadi peneraju dan situasi mutakhir membuktikannya. Merekalah jadi pengkhianat termasuk serpihan ahli UMNO yg jadi ADUN bebas yg darahnye sealiran macam kalian. Lalu kalian utk mengalih arah dari situasi itu menjadi saiko negatif kpd masyarakat kalian sama2 serang PAS dgn pandangan setengah2 pemimpin PAS ajen pengkhianat kpd pakatan.

    Minta maaflah sesekali aku kena menembak. Menyampah sangat aku dgn ulasan2 bersahaja utk memecah belah PAS.

    Wassalam. Adios

    BalasPadam
  6. Tindakan TG Presiden itu pada pandangan saya adalah yang terbaik. Seseorang itu tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah. Itulah ruh Islam yang sebenar. Hukuman tidak boleh dijatuhkan hanya kerana tuduhan-tuduhan yang dilemparkan. Bagaimana jika tuduhan tersebut dikaitkan dengan diri kita sendiri? Tentukan kita juga ingin mempertahankan diri. Tindakan TG Presiden adalah cerminan kematangan seorang ketua yang tidak mudah tunduk dengan anasir-anasir luar. Bagi saya, orang yang menuduh TG Presiden sebagai pro-Umno adalah sangat keterlaluan.

    BalasPadam
  7. MSO itukan memang pro-UG?

    BalasPadam
  8. Salam
    Ingat Wan... Jgn jadi mcm Tulang Besi aka Abddullah Bin Ubai zaman moden, pemecah belah jamaah..

    INGAT........

    -Seorang Pemuda dari Gelang Patah

    BalasPadam