RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 30 Oktober 2009

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Mahu Siasatan Dipercepatkan

SHAH ALAM, 29 Okt (Bernama) -- Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad hari Khamis meminta siasatan ke atas PAS Selangor oleh Lembaga Disiplin parti dipercepatkan.

"Kita terima kalau nak dibawa ke Lembaga Disiplin... tidak ada masalah. Saya yakin PAS Selangor akan dapat membersihkan namanya dan saya minta supaya dalam kita membawanya ke Lembaga Disiplin kalau terbukti tidak benar segala dakwaan supaya mereka yang membawa dakwaan itu diambil tindakan tegas," katanya di sini hari Khamis.

Iskandar, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, berkata demikian selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor ketika diminta mengulas laporan berita PAS Selangor akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti.

Mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS malam semalam memutuskan PAS Selangor dihadapkan ke Lembaga Disiplin berhubung isu-isu yang dibangkitkan Pesuruhjaya negeri itu Dr Hasan Ali.

Ditanya sama ada PAS Selangor kini berpecah dan berpuak-puak, Iskandar berkata: "Saya tak tahu sebab itu orang spekulasi."

-- BERNAMA

2 ulasan:

  1. apabila iblis meminta dipanjangkan umurnya sehingga hari kiamat, Allah izinkan. Iblis dengan egonya berjanji akan merasuk manusia dari segenap penjuru, dari depan, belakang, kanan, dan kiri. permintaannya itu diizinkan. tetapi Allah memberitahu kecuali hamba-hambanya yang beriman. jadi, berdepan dengan Allah pun iblis berani berkata-kata sedemikian, apatah lagi sesama manusia. oleh itu, teguran nik aziz adalah hendak membersihkan duri dalam daging yang didalangi iblis. Iblis tahu manusia mudah lupa.
    Syabas TGNA tuan, teguh pendirian semoga Allah mencucuri hidayah kekuatan kepadamua.

    BalasPadam
  2. Anti Musang Bulu Ayam PAS30 Oktober 2009 pada 11:08 PTG

    masalah nya skarang ni napa nak libatkan PAS Selangor sedangkan yang jadi Pengkhianat Parti hanya 2-3 kerat....

    tup-tup nanti kuar keputusan PAS Selangor tak salah....

    Memangla PAS Selangor tak salah pasal yang salah ialah Hasan Ali, Roslan SMS Mustapa Ali dan Nasha.... ni la musang bulu ayam dalam PAS yang perlu dibuang kalau tak nak PR lingkup PRU 13 nanti....

    Ingat... 2-3 kerat ni bukan sahaja bakal lingkupkan PAS sahaja, tapi ngan PKR dan DAP jugak bakal terjerumus sama dalam masalah kalau kita tak amik tindakan tegas sekarang

    BalasPadam