RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 31 Julai 2010

APA MASALAHNYA JIKA PAS JADI PM ?

Oleh: WFAUZDIN NS

MCA kini sudah mula merasakan bahawa akan tiba masanya PR menduduki Putrajaya. Kenyataan Presiden MCA, Chua Soi Lek jelas memperlihatkan betapa PR mempunyai harapan besar untuk mentadbir negara ini. Cuma yang membimbangi beliau adalah sekiranya pemimpin PAS yang akan ditabalkan menjadi PM kelak. Baca di sini.
Justify Full
Kita tidak tahu mengapa takut benar Chua Soi Lek sekiranya PAS dilantik sebagai PM jika PR memerintah? Adakah beliau bimbang dengan dasar PAS yang akan menubuhkan Kerajaan Islam jika memerintah, dan Hukum Hudud dilaksanakan maka beliau akan `direjam' akibat perbuatan `zina'nya sebelum ini? Jika itulah yang dibimbanginya, maknanya Chua Soi Lek takut pada bayang-bayang sendiri. Beliau telah dibutakan matanya oleh Umno dari melihat keadilan Islam itu.

Sebenarnya beliau amat takut melihat sokongan kaum Cina terhadap PR sekarang ini. Beliau cuba untuk menakutkan kaum Cina dengan membuat andaian bahawa PAS akan menjadi PM sekiranya PR memenangi Pilihanraya Umum nanti. Beliau tidak sedar bahawa Mursyidul Am PAS sendiri pernah membuat pengakuan bahawa jika PR memerintah, DS Anwar adalah PM pilihan PAS. Begitu juga dengan DAP yang turut mahukan DS Anwar sebagai PM. Mengapa Chua Soi Lek membuat perkiraan sedemikian? Tidak lain dan tidak bukan untuk menakutkan kaum Cina dari menyokong PR.

Hakikatnya, kaum Cina sudah tidak takut lagi untuk menyokong PAS. Tidak menjadi masalah sekiranya PAS dilantik menerajui kerajaan nanti. Bahkan, PAS telah menunjukkan rekod terbaik mereka di Kelantan selama 20 tahun. PKR juga telah menunjukkan rekod mereka di Selangor, dan DAP di P.Pinang. Di mana rekod Umno dan MCA ? Inilah yang menjadi penilaian rakyat.

Rakyat telah melihat betapa bekas Presiden MCA sendiri menjadi kaya raya dan sekarang dihadapkan dengan tuduhan di mahkamah akibat skandal PKFZ. Begitu juga dengan Presiden MIC, Umno apatah lagi. Lihat kepada pemimpin PAS seperti Tuan Guru Nik Aziz, dan buat penilaian sendiri. Jadi, apa masalahnya jika benar terjadi PAS memimpin negara ini?/wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Begitu juga rekod lebih kurang 10, 11 bulan DS Ir. Nizar dari PAS bila dia jadi MB Perak tempoh hari. Orang Cina dah lama terbuka dalam politik & kini kian ramai dah terima PAS jika PAS could walk the talk.

    BalasPadam