RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 19 Mei 2011

MENGENALI EZAM DAHULU, EZAM SEKARANG

Apabila berkawan dengan kaki fitnah.....

Senator Ezam Mohd Noor, bekas orang kuat Dato' Seri Anwar membuat kenyataan terbarunya di Utusan Malaysia Online menuntut agar mantan bosnya itu bersumpah di dalam isu video seks yang hangat diperkatakan. Sudah dijangka Ezam akan terus menyerang Ketua Umum PKR ini dan tidak pernah Ezam tidor lena sekiranya tidak memburukkan dan mengaibkan tokoh yang pernah dipujanya dulu.

Berkaitan isu sumpah ini tidak lagi menghairankan bagi kita di dalam PKR khususnya kerana ini bukan pertama kali Dato' Seri Anwar dicabar berbuat demikian. Cuma kita merasa kesihan dengan sikap bekas Ketua Pemuda KeADILan (kini AMK) yang dahulunya terkenal dengan seorang yang berprinsip. Di mana prinsip beliau sekarang? Usahkan mahu mempertahankan prinsip dan hukum Islam di dalam isu ini, Ezam ternyata gagal mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini.

Sebelum in, Ezam pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan percaya lagi kepada Dato' Seri Anwar walaupun Dato' Seri Anwar bersumpah. Kenyataan beliau boleh dibaca di sini. Jika sudah tidak mahu percaya, mengapa sibuk-sibuk Ezam mendesak agar Dato' Seri Anwar bersumpah? Selain daripada bersumpah, beliau juga mendesak agar Ketua Umum PKR itu melakukan;

  • Melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks.

  • Menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong.

  • Menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

  • Tuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.

  • Di antara yang Ezam gariskan itu, saya tidak tahu yang mana satu yang Allah anjurkan kepada kita umat Islam di dalam menangani isu tuduhan zina ini. Khabarnya Ezam orang yang berugama dan kuat pegangan agamanya sehinggakan dikatakan sewaktu ditahan di dalam penjara dulu beliau sering membaca Al-Quran. Peliknya, ke mana ayat Al-Quran yang beliau baca itu dicampakkan? Mengapa Ezam meletakkan dirinya setaraf dengan Datuk Eskay dan gerombolan mereka? Adakah ini yang Allah maksudkan apabila manusia itu khianat, mereka akan dihina dan dijatuhkan darjat mereka di dunia ini lagi. Alhamdulillah, Dato' Seri Anwar tetap komited dengan pengakuannya dan memilih Islam sebagai penyelesaian dan keadilan, bukan sesumpah atau 4 perkara yang Ezam sebutkan di atas.

    Sedarlah wahai Ezam, insaflah kerana dendam kesumat itu tidak akan membawa ke mana-mana walau berapa penggal sekalipun kamu akan dilantik sebagai Senator. Kemuliaan di sisi manusia lebih-lebih lagi di sisi Allah SWT itu yang harus dicari. Berfikirlah sejenak, mengapa di dunia lagi kita dihina oleh masyarakat walaupun kita berada bersama golongan penguasa.

    Memang benar, Ezam pernah berjuang dan masuk penjara kerana melawan rasuah suatu ketika dahulu. Beliau masuk penjara kerana mendedahkan fail rahsia (Akta OSA) kes rasuah melibatkan Rafidah Aziz dan waktu itu beliau dilihat berani dan disanjung. Namun akhirnya, Ezam sendiri terjun ke dalam Umno dan berada `sekapal' dengan Rafidah Aziz . Rafidah Aziz tidak didakwa dan Ezam pula sudah tidak menyebut hal itu lagi. Kini, Ezam menjadikan Dato' Seri Anwar sebagai `bahan' untuk beliau `mencari makan' di dalam Umno. Itulah penghinaan namanya.

    Mudah-mudahan Ezam akan pulih semula dari ingatannya. Nasib malang menimpa Ezam menjadi pengajaran kepada kita di dalam PKR agar tidak mementingkan diri sendiri sehingga sanggup memakan daging kawan atau bekas ketua kita sendiri./PKR Pahang

    8 ulasan:

    1. Ezam dah ketagih bersumpah.... agaknye sumpah dia dulu dah menjadi kot...

      BalasPadam
    2. dah x de modal. takut terus tenggelam jadi hanya sumpah je lah yang dia tau

      BalasPadam
    3. Pernah tengok tak bila beliau berucap- lidah nya selalu keluar saperti BIAWAK- mana nak percaya makluk ini-tapi tetap braveheart sperti Williams Wallace- a leader and people WILL follow

      BalasPadam
    4. dulu aku respect sama sesumpah ni,sekarang hampeh...benci plak aku dgn tokek bacin...

      BalasPadam
    5. Aduhai Ezam.. berapa kali mahu sumpah daa...

      BalasPadam
    6. ezam dah sekapal dengan umnogok yang lain,tak pa juga dia dah kayaraya,yang kita semua nak ikut dia terjun klcc nak buat apa???

      BalasPadam
    7. dia ni kalau tak sebut nama anwar mmg tak leh tido. Keje dia sebagai senator hanyalah utk 'meratib'kan nama anwar sepanjang masa. kalau anwar dah takde, agak2nya dia ni mesti bunuh diri sbb kecewa tak dpt nak buruk2kan anwar. karier politik dia ni hanya bergantung kepada title ex ketua pemuda keadilan dan ex org kanan anwar. kalau tak rasa2nya dia ni hanya ketua jkkk je.

      BalasPadam
    8. anti-melayu bangang20 Mei 2011 pada 6:34 PTG

      Kalau nak dibandingkan perjuangan yg dilalui oleh saudara Ezam dalam PKR dulu dengan hang & ahlul Anwaq Hawaq la ni Din....teramat jauh lah sekali perbezaannya.. Hangpa ni ibarat daun kering tepi jalan saja Din oi..
      So...bilamana dia bercakap.., semestinya aku akan beri perhatian..demi untuk mencari KEBENARAN..Bukan takat dia sorang saja yg belah dari Anwaq Hawaq Din.. There must be something..

      BalasPadam