RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 16 Mei 2011

VIRUS `KATAK GILA'

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA katak ini sudah menjadi `katak gila'. Virus `katak gila' amat merbahaya dari virus JE yang banyak membunuh manusia di Kg Nipah, Port Dickson suatu masa dahulu. Kali ini virus `katak gila' dibawa dari Pasir Mas, Kelantan.

Sebenarnya sudah lama kita terbau akan busuknya katak ini terutamanya apabila dia mula berbunyi. Rupa-rupanya bau yang busuk itu sebagai tanda bahawa katak ini semakin tenat dan terbukti benar katak tersebut kini menjadi `katak gila'.

Setakat dia seekor yang gila tidak mengapa juga, tetapi masalahnya dia kaitkan orang lain dengan gilanya. `Katak gila' ini berkata, “Ramai orang Kristian di Malaysia orang Cina. Orang Kristian (di dunia) ramai di Amerika Syarikat. Tali barut Amerika Syarikat di Malaysia Anwar Ibrahim. Kita nampak, dah masuk saf-safnya,” katanya.

Kununnya katak ini akan `mati katak' terlebih dahulu bergelimpang di depan katak-katak yang lain sekiranya orang Kristian di negara ini ingin berperang dengan orang Islam. Bila masa orang Kristian mahu berperang? Mana `katak gila' ini dapat maklumat sedemikian? Nampak sangat `katak gila' ini ingin mencari publisiti kununnya ingin menjadi hero di kalangan katak-katak sepertinya. Jika benar sekali pun orang Kristian mahu berperang dengan orang Islam, kita selaku orang Islam tidak akan membenarkan `si katak gila' ini turut bersama. 'Katak gila' ini tidak boleh dipercayai langsung dan akan menyusahkan kita nanti.

Hakikatnya rakyat di negara ini waras tidak gila seperti `katak gila'. Sebenarnya `katak gila' ini pasti akan bergelimpang juga nanti tetapi bukan di tangan orang-orang Kristian. `Katak gila' ini akan bergelimpang di kampung halamannya di Pasir Mas di dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. /wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. betul tu apa yang dikata kan dia akan gila bila kalah dalam pilihanraya 13 nanti ha.ha.ha....

    BalasPadam
  2. Korang jgn cepat2 marah! Ibrahim ni YB tempat saya, dia baik cuma dia tersasul cakap..sebenarnya dia nak istihar 'Perang Jilat' bukan ' Perang Jihad'. adalah sapa-sapa dia nak jilat tu! saya pun suka jilat, tapi jilat aiskrim...hehe nak tergelak aku

    BalasPadam