RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 15 Mei 2011

KALAU `PANDI KUTTI' BOLEH BERCAKAP PASTI ANWAR DIMARAHI

Oleh: WFAUZDIN NS

DULU saya tidak tahu apa ertinya di dalam bahasa Melayu `Pandi Kutti' itu, tetapi apabila ianya mula diperkenalkan oleh DS Anwar terhadap golongan fasik yang derhaka kepada Allah dan zalim itu, baru saya mengetahui makna perkataan tersebut.

`Pandi Kutti' bermakna anak babi, sejenis binatang yang diharamkan oleh Islam untuk dimakan termasuk keturunan atau yang bersubahat dengannya. Ertinya, jika seekor babi dikacukkan dengan seekor kambing yang halal dimakan, maka kambing itu dan juga termasuk anak hasil kacukan tersebut jatuh haram untuk dimakan dan menjadi najis berat (mughallazah) jika disentuh. Begitulah pandangan Islam terhadap binatang bernama babi ini.

Bagaimana pula seseorang manusia yang lahir di muka bumi ini atas sifat hamba kepada Allah, tetapi derhaka dan engkar kepada hukum hakam yang Allah turunkan? Mereka bukan sahaja engkar, bahkan pada sesuatu ketika mereka menghina hukum yang Allah turunkan di dalam Al-Quran. Mereka menghina hukum Allah apabila memilih hukum lain yang akan mendatangkan keuntungan kepada mereka sedangkan mereka berakal. Ini berbeza dengan seekor babi yang tidak Allah kurniakan akal fikiran seperti manusia.

Mereka ini mengaku Islam, tetapi sanggup memperlekehkan hukum Islam. Apabila Islam melarang melakukan kezaliman, mereka lakukan juga sehingga sanggup mengadakan satu hukum atau undang-undang yang nyata sama sekali bertentangan dengan hukum Islam. Siapakah yang berakal dan beriman kepada Allah boleh menerima Undang-Undang zalim seperti Akta ISA itu? Jika seekor babi yang diharamkan oleh Allah itu pun di dalam Islam tidak boleh dizalimi atau disiksa, apatah lagi menzalimi seorang manusia. Akta ISA adalah zalim kerana hak seorang manusia itu telah dirampas untuk mempertahankan dirinya.

Manusia yang suka melakukan fitnah sesama manusia, mengaibkan sesama bangsa dan ugama malahan dilakukan berulang-ulang dan bangga dengannya, tentulah lebih hina dari seekor babi. Manusia jenis ini tidak lagi menghargai maruah seseorang, apa yang penting pada mereka hanyalah kepentingan diri sendiri serta memenuhi dendam kesumat dan busuk hati terhadap orang lain. Islam mempunyai hukum-hakam yang lebih adil yang tidak terfikir oleh kita hikmah hukum yang Allah perturunkan kepada manusia ciptaannya itu. Malangnya, manusia seangkatan Firaun laknatullah ini merasakan mereka lebih bijak dari Maha Pencipta.

Justeru itu, saya menganggap gelaran `Pandi Kutti' yang dianugerahkan oleh DS Anwar kepada golongan zalim ini terlalu sopan dan beradab. Seandainya binatang bernama babi ini boleh berkata, nescaya babi ini akan memarahi DS Anwar kerana menyamakan keturunan babi dengan golongan itu kerana babi tidak diberi akal seperti manusia. Di dalam ertikata lain, babi lebih mulia dari manusia yang berterusan melakukan kezaliman. /wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Saya pernah dengar dari seorang kawan cina saya yang pulang dari pasar membeli seketul daging babi dan diletakkan dalam raga motor. Beliau singgah sebentar dikedai kopi membeli rokok. Sebaik kembali ke motorsikal disedarinya daging babi tadi telah tiada. 'Ini BABI punya olang, saya punya babi pun dia curi!'. Inilah dia manusia yang lebih teruk dari babi.

    BalasPadam
  2. Seharam-haram dan senajis-najis babi yang dihukum di dalam Islam, tiada seekorpun dinyatakan akan masuk ke neraka.

    Tapi manusia hatta yang warak dan alim pun akan ada dihumban ke dalam neraka kerana kekejian, kemunafikan dan kesyirikan yang dilakukannya di dunia yang tidak diterima di dunia. Apatah lagi mereka yang sememangnya keji, munafik dan syirik kepada Allah. Hanya dengan rahmat Allah kita berlindung dan memperolehi balasan yang baik.

    BalasPadam