RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 23 Julai 2009

GEMPAR - AMARAN DARI 60 ORANG BUAT PAKATAN RAKYAT!!

Kes Teoh: Ahli BN demo sokong SPRM, polis
Abdul Rahim Sabri
Jul 22, 09
5:51pm

Kira-kira 60 penyokong Umno dan parti komponen BN menyertai demonstrasi di hadapan pusat membeli-belah Ampang Point untuk menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk meneruskan siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock dan tidak mahu ia dipolitikkan oleh parti pembangkang.

Perhimpunan selama kira-kira 15 minit diketuai oleh ketua Umno bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Ia disertai ahli Umno bahagian-bahagian Ampang, Gombak dan Pandan. Manakala ahli-ahli MCA, MIC, PPP dan Gerakan pula semuanya dari Ampang.

Dalam perhimpunan ringkas itu, mereka membawa kain rentang yang bertulis 'Umno bahagian Ampang yakin kredibiliti SPRM dan polis untuk teruskan siasatan' dan 'Umno bahagian Ampang menyokong tindakan SPRM dan polis".

Mereka juga membawa poster yang antaranya bertulis 'Jangan ganggu tugas SPRM dan polis, teruskan siasatan' dan 'Pembangkang jangan alihkan isu!!!'.

Mereka turut melaungkan 'Hidup Umno' dan 'Hidup BN'.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ismail menegaskan sokongan kepada SPRM yang menurutnya mempunyai kekebalan sewajarnya dalam menjalankan siasatan.

Katanya, mereka juga memberi sokongan dan kepercayaan penuh kepada polis dalam menjalankan siasatan secara adil dan profesional.

Polis arah bersurai

Ismail berkata, mereka percaya amanah yang diberikan kepada SPRM dan polis akan dilaksanakan menurut budi bicara dan undang-undang negara sebagai badan bebas yang berkanun.

Beliau juga memberi amaran tegas kepada pihak-pihak yang menurutnya tidak bertanggungjawab supaya jangan menimbulkan isu perkauman daripada kes kematian Teoh tersebut.

Sementara itu, dalam sidang akhbar selepas itu, Ismail menyampaikan simpati mereka kepada keluarga Teoh.

Sambil menggesa supaya isu itu tidak dipolitikkan, beliau sebaliknya berkata, isu sebenarnya ialah rasuah dalam kepimpinan negeri Selangor.

"Kalau isu cuba dieksploitasi (oleh pembangkang), kita beri kata dua, kenyataan yang boleh membuatkan negara huru-hara, kita 'membujur lalu, melintang patah'. Oleh itu, SPRM dan polis, teruskanlah jalankan siasatan," kata Ismail, sambil disambut sorakan peserta demonstrasi itu.

Oleh itu, Ismail meminta rakyat supaya jangan terkeliru dengan isu tersebut dan tidak terpengaruh dengan dakyah dan kenyataan berat sebelah parti pembangkang, sehinggalah selesai siasatan polis.

Ketika sidang akhbar selepas perhimpunan itu, pegawai polis menemui Ismail dan meminta beliau mengarahkan perhimpunan itu bersurai.

Berikutan itu Ismail, dengan menggunakan pembesar suara, meminta mereka bersurai.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hasan memberitahu pemberita bahawa perhimpunan itu diadakan tanpa permit polis.

Oleh itu, katanya, polis akan memanggil pihak penganjur untuk memberi keterangan.

Katanya, pihak polis mengarahkan mereka bersurai kerana perhimpunan itu mengganggu lalulintas di Jalan Ampang./Malaysiakini

Ulasan- 60 orang tu nak beri amaran pada pembangkang? hehehe....dan 60 orang tu kata `membujur lalu, melintang patah'? hehehe....siapa yang membujur, dan siapa yang patah? Yang kita tahu, yang membujur adalah mayat mendiang Beng Hock, dan yang patah pun mendiang tu jugak. Takutnya kita dengar amaran dari 60 orang tu kan....hehehe....

8 ulasan:

  1. nampak macam muka2 tokey projek jer

    BalasPadam
  2. Hebat sgt ke 60 org ni yg jadi pencacai UMNO BN?
    terdesak sgt nak masuk TV...kalau tak nampak sgt berat sebalhnya dan mrk mati kutu nak jawab pertanyaan org pasai kematian teoh ni.

    BalasPadam
  3. mari kita baca cerita 'KALAU'???? takdir kata 'KALAU' penyisat sama ada suruhanjaya atau apa2 badan penyiasat mendapati yang berkenaan terlibat membunuh, apahal dengan puak-puak yang bertegang leher ni? Dulu pun macam tu juga, bila Che Det kata DS liwat, ramai yang amin..amin..amin. Bila SD buat siasatan 'TIDAK LIWAT' macam mana ni????

    BalasPadam
  4. Aku memohon kepada Mu Ya Allah, kau balikkan apa yang berlaku kepada Teoh ke atas mereka 60 orang itu terutama yang mengaku Islam (jika yang berlaku itu adalah perbuatan zalim dan benar disisiMU)...amin. Biarlah mereka merasai pulak bagaimana perasaan saudara2 Teoh....

    BalasPadam
  5. kalo dah jenis pencacai,pencacai jugaklah...
    usahkan sepanduk,tong taik pun anak kijo galas. janji masyukkkkkkk!!!!

    BalasPadam
  6. FRU tak pulak halau 60 ekor tu balik, sebur air kimia ke?. Mana ada permit tu, boleh le pulak! kalau org PR buat, FRU dah tunggu nak belasah. Poorah!!!!

    BalasPadam
  7. Sesiapa yang kenal 60 orang tu sila paparkan untuk tatapan umum!

    BalasPadam
  8. Hahahaha... nampak wajah sebiji kaki Solap duit, main ekor dan gila betina...hahahaha . Ni lah perangai UMNO sejak dulu, kini dan selamanyerr lahhhh

    BalasPadam