RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 24 Julai 2009

Zahid Hamidi mesti disiasat kerana jumpa Ehud Barak

Wednesday, July 22

Oleh Ustaz Idris Ahmad

PAS mengecam tindakan Menteri Pertahanan Malaysia yang berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun lepas. Pertemuan yang berlangsung selama 35 minit dengan Barak adalah satu pertemuan yang mengguris perasaan umat Islam di Palestin dan saudara seagama di Asia Barat.



Persoalannya, adakah kerajaan Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan haram ini?

Zahid mesti disiasat kenapa beliau berani berbuat demikian. Paling merbahaya, beliau adalah Menteri Pertahanan yang sanggup berjumpa dengan manusia yang saban hari menyembelih umat Islam di Palestin.

Siapakah Zahid yang hendak berlagak dan tunjuk hero kepada dunia untuk berbincang dengan Israel?

Seperti sedia maklum bahawa pemimpin Israel bukan bangsa yang boleh berbincang.

Israel hanya faham dengan bahasa jihad sahaja. Buktinya, berapa banyak perundingan mengenai masalah Palestin terutamanya, telah gagal kerana dikhianati oleh Israel.

Tentu kita masih ingat, Dr Mahathir Mohamad, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulupun, menafikan pertemuan dengan pemimpin Israel kerana takut umat Islam marah.

Sudah pasti pertemuan Zahid dengan Barak ini mendapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak, ini satu lagi hadiah 1Malaysia pada rakyat.

--

Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat/Detikdaily

1 ulasan:

  1. INILAH SALAH SATU DAJAL DARI UMNO/BN ! MASA MAMAK MADET PUN NAFI,KINI MANGKUK BARUA UMNO NI PUN AKAN NAFI ! LEPAS INI KIBARKAN BENDERA ZIONIS DI BANGUNAN UMNO 1MALAYSIA !

    BalasPadam