RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 31 Disember 2009

Operasi khas Pemuda PAS malam ini

31 Dec 2009

Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan serta Nisa Wilayah Persekutuan akan berganding bahu menjalankan operasi 'Ziarah Kasih' pada malam Ambang Tahun Baru 2010.

Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad berkata operasi itu akan tertumpu di beberapa lokasi strategik di sekitar ibu negara seperti Dataran Merdeka, KLCC, Taman Tasik Titiwangsa, Bangsar dan Taman Tasik Permaisuri mulai pukul 9 malam hingga 1 pagi.

Operasi itu bertujuan mendekati anak-anak muda supaya mereka mampu menjaga diri, akhlak, sahsiah serta pergaulan agar tidak terjerumus kepada perkara negatif.

"Berdasarkan pengalaman setiap tahun, budaya sambutan Malam Tahun Baru ini menjadi punca peningkatan gejala sosial di kalangan anak-anak muda seperti hedonisme (candu hiburan), zina, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dadah minum arak, lumba motor haram dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Beliau berkata kebiasaannya, anak-anak muda mengakhiri sambutan malam Tahun Baru dengan berkunjung ke kelab malam, berlumba motor dan kereta, mengambil dadah, meminum arak atau berkunjung ke tempat-tempat sunyi bersama pasangan masing-masing.

Kamaruzaman berkata PAS berharap usaha itu akan disokong sepenuhnya oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan polis selain badan-badan bukan kerajaan./KLpost

Tiada ulasan:

Catat Komen