RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 29 Disember 2009

SPRM KATA TIADA KES, DAH AGAK DAH.....

Surat SPRM sahkan tiada kes terhadap Norza

TEMERLOH - Mahkamah Sesyen dimaklumkan bahawa seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menghantar surat kepada UMNO mengatakan bahawa suruhanjaya itu "tidak ada kes" terhadap Datuk Norza Zakaria, bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan yang sedang menghadapi tuduhan rasuah.

Bekas Setiausaha Kerja Umno, Brig Jen (B), Datuk Husainy Hashim, yang merupakan saksi kelima pendakwaan bagi kes perbicaraan rasuah membabitkan Mohamad Norza dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, berkata surat berkenaan telah diserahkan kepada Majlis Tertinggi Umno.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris mendakwa keterangan oleh saksi berkenaan dibuat kerana didorong oleh peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Mohamad Norza.

Saiful yang menyoal balas Husainy bertanyakan siapa yang menandatangani surat berkenaan kerana sebelum itu beliau memberi keterangan bahawa beliau "rasa ada surat berkenaan".

"Datuk Shukri (yang menandatangani surat itu), saya tak ingat nama penuhnya, dia seorang pegawai tinggi SPRM," katanya./Sinar

2 ulasan:

  1. biasa lah tu...nak wat cm ne lagi. Dah SPRM ni bapak dia punya. Prob nya gaji pegawai tu kita yg baya...

    BalasPadam
  2. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Kenapa kita tidak percaya dengan kewibawaan pihak SPRM .Semua kakitangan SPRM di latih dengan penuh dedikasi tanpa ragu ragu .Kita harus ariff perihal dakwaan Muhamad Norza yang di katakan main politik wang semasa permilihan wakil tempoh hari dan wahal selepas di teliti dengan halus oleh Pihak SPRM memang tidak dapat sembarang bentuk "wang" rasuah .Cuma saudara Muhamad Norza seorang suka bersedekah dan dermawan harta pusakanya . Jadi Saudara Muhamad Norza sebagai seorang Islam yang mulia yang suka bersedekah .Jadi pihak SPRM merumuskan bahawasanya dan sesungguhnya saudara Muhamad Norza memang seorang pemurah jadi NO KES RASUAH FOR HIM.hj jamaludin

    BalasPadam