RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 13 Februari 2010

ISU JK DISIPLIN PAS - ABDULLAH ATAU TUAN IBRAHIM YANG BERBOHONG?

Abdullah Karim jawab Tuan Ibrahim
Jimadie Shah Othman
Feb 13, 10


Exco Pemuda PAS Abdullah Karim - yang mengecam Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dalam isu jawatankuasa disiplin - kini bersumpah dengan nama Allah bagi mempertahankan hujahnya.

"Saya bahkan bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang ditulis oleh Tuan Ibrahim itu adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Tuan Ibrahim pada 3 Februari, antaranya mendakwa aduan Abdullah - berhubung penglibatan ahli PAS dalam "konspirasi menjatuhkan Pakatan Rakyat" - kepada jawatankuasa disiplin tidak dilayan kerana tidak berasas dan dibuat berdasarkan dengar cakap.

Abdullah yang juga timbalan ketua Pemuda PAS Pahang sebelum itu mempertikaikan kewibawaan jawatankuasa tersebut susulan kontroversi penggantungan jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pada 29 Januari lalu.

Abdullah antaranya dilaporkan membayangkan jawatankuasa disiplin PAS berat sebelah apabila memejamkan mata terhadap aduan-aduan tertentu, termasuk yang dilaporkannya kepada jawatankuasa itu dan pejabat agungnya.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini kelmarin, Abdullah menyatakan keraguannya kemungkinan "terdapat sebab-sebab lain" aduannya ditolak.

"Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah pada bila-bila masa dimaklumkan oleh Tuan Ibrahim atau mana-mana orang lain bahawa aduan saya tidak boleh diambil tindakan kerana ada bukti, atau kerana ia sekadar dengar cakap sahaja, atau kerana sebab-sebab lain yang menyebabkan aduan ini ditolak," katanya.

Kenyataan tidak dibetulkan

Setelah ditegur Tuan Ibrahim sebelum ini, Abdullah berkata, beliau telah menggunakan "saluran yang betul" dengan menghubungi sendiri naib presiden itu melalui panggilan telefon dan e-mel.

"Namun, selepas seminggu berlalu, Tuan Ibrahim tidak menjawab e-mel saya dan tidak juga memperbetulkan tulisan tersebut yang masih kekal ada di dalam blognya.

"Maka, saya tidak mempunyai pilihan bagi menyatakan kebenaran ini melainkan membuat penjelasan terbuka dan saya berharap hal ini dan perkara-perkara lain yang bersangkutan dengannya dapat diperjelaskan di dalam mesyuarat jawatankuas pusat PAS yang akan datang," katanya.

Jawatankuasa pusat PAS akan dijadual bersidang esok di ibu pejabatnya di ibu negara.

Abdullah juga sekali lagi mempersoalkan kedudukan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengelolakan aduan kepada jawatankuasa disiplin kerana ia dilihat memberikan kuasa yang cukup besar kepadanya.

Perkara itu juga, tambahnya, menunjukkan jawatankuasa itu seolah-olah hanya menerima arahan dari setiausaha sgung.

"Jika inilah keadaannya, ianya perlu diperbetulkan bagi mengelakkan konflik kepentingan dan juga angapan-anggapan negatif yang lain. Soal menentukan sesuatu aduan tatatertib itu mempunyai merit atau sebaliknya, tidak sepatutnya diputuskan oleh seorang individu sahaja.

Beliau juga sempat menempelak Mustafa yang tidak langsung memanggilnya berhubung aduannya walaupun telah memberitahu media akan melakukannya segera awal bulan ini./Malaysiakini

9 ulasan:

  1. Konspirasi peringkat tertinggi dalam PAS oleh Hj Mustapa Ali.... kalau disiasat maka akan terbongkarlah segala-galanya... tak gitu cikgu pa?

    BalasPadam
  2. ni la org JIM dan ISMA yg menjadi anai-anai dalam perjuangan...Moga Allah akan tunjuk sifat buruk korang...bela la org tabiah JIM tu,,org semua dh tahu...Siapa pimpinan PAS yang dr tarbiah JIM atau ISMA akan merosakkan PAS...

    BalasPadam
  3. ni blog perosak...semua parti nak pimpinan diaorang yg jadi PM..kami PAS so Presiden kami akan jadi PM..

    BalasPadam
  4. xsabor loyar dollah ni...baru seminggu dah nak jawapan dari Dato Tuan...adui laa, penat melayan puak nih

    BalasPadam
  5. dalam pas pun suka gadoh...macam sama jer dengan puak grombolan umno....ader beza ker?....

    BalasPadam
  6. memang banyak beza pas dengan umno..
    jauh nya langit dan bumi

    BalasPadam
  7. Saya telah membaca tulisan Abdullah Karim. Ternyata dia bukanlah membuat tuduhan yang tidak berasas. TITM ternyata gagal dalam 'assignment' soal siasat yang diketuainya itu. Beliau tak payah pertahankan apa2 lagi. Saya tidak nafikan kebolehannya berceramah agama, tetapi, kalaulah setakat ini sahaja kemampuannya dan kini memegang pula jawatan kanan dalam parti, nampaknya PAS masih jauh lagi untuk memburu impiannya.

    BalasPadam
  8. apa sindrom yang melanda, kebelakangan ini aku tengok iklim dalam PAS macam tak nyaman saja. dari sebelum muktamar lagi, sampai la, ada-ada saja yang bercakaran. di selangor bercakaran, di kelantan bercakaran, pimpinan pusat pun buat kalut juga. MACAM NAK SURUH PENYOKONG LARI SAJA......

    BalasPadam
  9. jika difikirkan,alangkah baiknya jika kita masih macam dulu ,sebelum PRU12.tewas setiap masa.ketewasan akan mengujudkan perpaduan.gentar umno-bn melihat perpaduan dan kekuatan kita.medan ceramah penuh penyokong.medan demontrasi mengumpul puluhan ribu.ribut perpecahan hanya ibarat kocakan air dalam cawan.tiada siapa yang membantah sesiapa.tiada siapa yang mengutuk dan mempertikai kesetiaan sesiapa.
    rupanya kekuasaan menjadi kita lupa diri,lupa perpaduan.kekuasaan mengundang pepecahan dan paling malang kekuasaan membawa kehancuran.
    lihatlah apa yang terjadi pada umno-bn dan kita tanpa segan silu mengikut apa yang umno-bn lakukan.
    nak berpecah juga:LANTAKLAH.

    BalasPadam