RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 8 Februari 2010

ANTARA DUA KATAK, KATAK EMAS DAN KATAK JAMBATAN

Oleh: WFAUZDIN NS

"KATAK bukan sebarang katak, ini katak emas", Itulah akuan oleh MP Pasir Mas yang menumpang tiket PAS di dalam Pilihanraya Umum yang lalu. Cuba baca akhbar Sinar hari ini. Kita tidak peduli katak itu katak emas ke, katak tembaga ke, katak besi ke, yang penting Berahim Ali mengaku dia katak. Apa jenis katak pun tetap haram dimakan dan menjijikkan. Letaklah apa jenama katak pun, katak tetap perangainya melompat ke sana ke mari. Itulah gambaran Berahim Ali. Cumanya, sedikit kelebihan bila beliau sinonim dengan gelaran raja katak.

Jika raja katak ini beranggapan Rais Yatim juga dari jenis katak, maka kita bersetuju dengan beliau cumanya Rais boleh dipanggil `katak jambatan' kerana peristiwa `membakar jambatan'. Raja katak seperti Ibrahim ini mungkin sesuai diberi nama `katak menumpang' kerana tiket MP yang dipegangnya kini hasil dari menumpang. Umpama mengangkat diri sendiri di dalam tempurung, raja katak ini berkata beliau juga banyak berjasa pada PAS. Jika begitu keadaannya, mengapa PAS sejak dari dulu tidak pernah mempelawa raja katak yang berjasa banyak pada PAS ini untuk menyertai PAS? Ruginya PAS bukan?

Di dalam Umno sendiri pun ramai yang berbelah bahagi untuk memelihara `katak' yang dikatakan emas ini. Maka, sehingga sekarang raja katak ini terawang-awang umpama roh yang tidak sampai ke langit. Beliau berkata kerana sikap beliau yang tegas itu lah kununnya nama beliau popular dan dicemburui ramai. Perasan sungguh raja katak ini. Beliau tidak sedar namanya sering disebut orang kerana beliau terkenal dengan kata-kata atau hujahnya yang seperti kebudak-budakan, ditambah pula dengan sikap `gedebe' tetapi jahil dan penakut. Dulu, sewaktu era reformasi tatkala DS Anwar ditangkap, raja katak ini mendakwa DS Anwar pernah menangis dibahunya. Kemudian, bila DS Anwar dibebaskan beliaulah di antara yang awal-awal terhegeh-hegeh berjumpa DS Anwar tanpa di undang sewaktu DS Anwar mendapat rawatan di Jerman. Itulah yang menyebabkan raja katak ini terkenal.

Katak tetap katak. Bertukar corak bagaimana sekali pun kulitnya orang tetap kenal makhluk yang melompat ini. Oleh itu, kita pakat-pakat lihat nanti raja katak ini akhirnya akan mencium keris telanjang Umno dan penyudahnya Umno sepak sekali lagi katak ini. Adakah selepas itu PAS teringin untuk memelihara katak ini sekali lagi? Kirim salam sajalah./kembali ke laman asal di sini.

3 ulasan:

  1. budak budak main katak
    main katak dalam kotak
    kalau sudah mengaku katak
    alamak sudah otak pun otak katak.

    BalasPadam
  2. Rasanye KATAK TUMPANG akan cuba melompat dalam parti Keris Telanjang... tapi malangnya lompatan KATAK TUMPANG tak kene cara... tertusuk kat mata keris yang telanjang tu!

    Maka PRU-13 ni... berakhir la riwayat Katak Tumpang. Nak tumpang PAS, dah melepas. Nak tumpang UMNgOk.... U...Mmmm...No! Maka bertanding la Raja Katak Tumpang bersama Katak Posmen, Katak CombatPencen dan Katak OKU bawah Parti Katak OINK-OINK!

    BalasPadam
  3. katk yang bernama Ibrahim Ali ni,elok dicampak ke kandang buaya je.

    BalasPadam