RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 7 Februari 2010

EZAM `RAJA SESUMPAH' DARI INDON HASUT RAKYAT MENJADI BARUA SEPERTI DIRINYA

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA memang telah menjangkakan bahawa mamat Ezam `raja sesumpah' atau `raja kotak' ini pasti muncul tatkala isu DS Anwar panas. Ini adalah kerana perjuangan Ezam cuma satu iaitu musnahkan karier politik DS Anwar. Baginya selagi DS Anwar disokong oleh rakyat, ia akan meletakkan Ezam sebagai `pencacai hina' di sisi Umno. Kemasukan beliau ke dalam Umno bukan tidak bersyarat, dan DS Anwar adalah sasarannya. Justeru itu, umpama anjing lapar, beliau akan mencari apa jua bangkai yang perlu dimakannya asalkan perutnya berisi. Nah, bangkai telah dijumpai di mana media pencacai sahaja yang boleh dijadikan makanannya. Utusan Meloya, TV 3 Suku dan beberapa media lain yang terkenal dengan `pengampu' nombor Wahid kepada Umno adalah tempat raja kotak ini mencari makan. Media alternatif lain? Kirim salam.

Terbaru di sini, akhbar Sinar turut menyiarkan kenyataan Ezam raja sesumpah agar rakyat tidak mempercayai lagi DS Anwar. Tanpa fakta, tanpa hujah kukuh dan lebih dahsyat lagi dengan emosinya selaku orang yang tertendang keluar dari pejuang reformasi, Ezam cuba menghasut rakyat agar menjadi beku dan dungu sepertinya. Mamat yang lama tinggal di Indon ini cuba kembali dan keluar dari tempurungnya untuk mengambil kesempatan di saat beliau lihat DS Anwar sedang terluka akibat fitnah. Baginya ini lah saat paling sesuai untuk menyerang DS Anwar kerana tokoh reformasi ini sedang bergelut dengan tindakan zalim diktator pujaan Ezam. Dendam Ezam raja sesumpah ini tidak pernah padam terhadap DS Anwar serta seluruh keturunannya. Ezam pernah menyerang isteri DS Anwar seorang wanita bahkan ernah menyerang anak perempuan DS Anwar juga. Inilah Ezam yang memang wajar Umno letakkannya di dalam `kotak' di hujung tandas.

Di dalam kenyataannya di akhbar Sinar hari ini, Ezam becadang untuk membawa yayasan dari Indon itu ke Malaysia kununnya berjuang untung menentang rasuah. Sesiapa yang tidak pecah perut ketawa dengan kenyataan Ezam itu, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Di era Najib dan Rosmah, di dalam keadaan KJ jadi Ketua Pemuda Umno, di saat Ali Rustam masih kekal sebagai KM Melaka, Ezam cuba menjadi jaguh kununnya untuk membebaskan rasuah. Sedangkan ketika beliau berada di dalam GERAK, apa yang Ezam lakukan? Mana hasilnya laporan Polis beliau yang berkotak-kotak dahulu ketika beliau berada di dalam GERAK? Perjuangkan yang itu dahulu, wahai mamat.

Kita sedar, Ezam muncul tiba-tiba kerana disaat ini DS Anwar mesti diserang. Pilihanraya di Perak mungkin bila-bila masa sahaja dan seperti biasa Ezam akan keluar mencari makan. Bukti telah menunjukkan, setiap kali Ezam muncul pasti akan membawa `bencana' buat Umno. Bila Ezam tidak muncul di Bagan Pinang, Umno menang besar. Di tempat lain, Umno bungkus dan Ezam lari semula ke Indon. Di mana suara Ezam tentang misteri pembunuhan Altantuya dan apa komen Ezam tentang dua Akuan Sumpah Bala? Ezam tidak bersuarakah tentang kehilangan injin pesawat dan juga isu PKFZ? Bagaimana pula komen Ezam tentang kaki rasuah yang dilantik sebagai pemimpin Umno dan juga Ketua Menteri? Soal kebocoran rahsia keselamatan negara yang dikata bocor baru-baru ini, masakan Ezam tidak tahu? Soal hak royalti di Kelantan dan Terengganu seperti yang diterangkan oleh Ku Li semasa ceramah di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini adalah masalah kezaliman terhadap dua negeri Melayu terbesar. Di mana suara Ezam?

Mulut Ezam terkunci dari menyentuh soal ini kerana beliau pernah memberitahu rakyat, "Tunjukkan pada saya siapa yang memasuki Umno itu ikhlas?" Ezam telah buktikan kata-katanya. Ezam tidak perlu lagi buang masa bersumpah ke hulu ke hilir kerana nilai sumpah Ezam sama nilai dengan tisu tandas buat rakyat. Bukankah beliau pernah berjanji tidak akan memasuki mana-mana parti termasuk Umno sewaktu beliau berada di dalam GERAK? Kita boleh dengar kembali kata-kata beliau itu di dalam blog saya ini, kerana saya amat berminat dengan pidato Ezam sewaktu beliau masih berakal dahulu.

Saya nasihatkan Ezam, jika ingin mengampu biarlah berpada-pada. Jangan jadi seperti jurucakap Najib yang terlalu mengampu sehingga dicampakkan orang. Bukan mudah untuk menjadi pejuang yang boleh dipercayai rakyat kerana rakyat ingin melihat apa yang kita perjuangkan. Apa yang Ezam perjuangkan semenjak beliau bermazhab Umno? Cuma satu, iaitu memburukkan imej DS Anwar dan sehingga kini perjuangan beliau tidak pernah berjaya. Ini adalah kerana prinsip dan perjuangan beliau dengan DS Anwar tiada tandingan. Ezam kini bercakap seperti Ketua Pemuda Umno Cawangan yang berbual kosong di warung kopi.

Apa pun, kita berharap Ezam kembali sedar kerana kita tidak mahu bekas Ketua Pemuda KeADILan ini terus-terusan dibuli oleh Umno. Tidak sanggup lagi kita melihat Ezam umpama anjing yang memungut bangkai di merata-rata demi untuk sesuap nasi. Cukuplah, wahai mamat./kembali ke laman asal di sini.

10 ulasan:

  1. ooo yg menentang semua barua UMNO la... xsangka bodoh dan cetek pemikiran kau... kembali ke pangkal jalan... x payahla dok bela2... kalau ko kna tangkap bukan ANU-WAR bela ko pun... BODOH

    BalasPadam
  2. biar menjadi barua bangsa yg membela kalimah Allah dari terus menjadi barua kapiaq harbi men dajal amanat sendiri !

    BalasPadam
  3. tegelak sampai terkentut-aku pinjam ayat hisamuddin rais untuk reply komen dua ANON yang aku tau orang yang sama.
    gelak pasai gelaklah,wala umno bolih bincang bab agama dan otak orang cetek atau tidak.
    ANON 5:05 Hanya mamai kut,kalau hang tak mamai tentu hang tau aurat bukan bolih main main.waktu ibadah pakai,lepas ibadah londeh habis.
    hang juga mamai pasai tak tau bahawa lindungi aib sendiri sesuatu yang amat diminta olih Nabi SAW.Sayfool tu buka aib sendirilah walaupun aib tu sengaja diadakan.
    ANON no 1:Otak hang duk bawah kaki ka?.Terbentang luas banyak rasuah dan kemungkaran dilakukan olih umno hang masih kata otak yang tentang umno cetek fikiran. bahas 7 hari 7 malam pun hang tak akan jumpa kebaikan umno sekarang(umno dulu ok juga kata aku).
    aku harap ANON,kamu dibayar untuk buat ulasan,kalau tak dibayar amat rugi pasai orang lain tutuh duit,hang jadi pecacai buta.

    BalasPadam
  4. puak2 nie bukan reti bahasa pun...nie pi baca pasai JASA kat http://colourluna.blogspot.com/2010/02/apa-benda-jasa.html...bukan aku yg tulih..tp org gomen gak...

    BalasPadam
  5. taubatlah sdr ezam.

    BalasPadam
  6. kepada penyokong UMNO tu sudah2lah menjadi pencacai kepada parti pengkhianat bangsa Melayu. Kalau UMNO lah pemusnah orang Melayu, bila mereka dah tertekan baru nak sebut pasal sMelayu. boleh blah

    BalasPadam
  7. satu tepukan untuk raja kotak dan satu ketawa untuk raja lompat

    Keahlian Parti Katak

    1. Presiden - Brahim Ali
    2. T/Presiden - Ezam
    -
    -
    -
    Pencalonan sedang dibuat
    he he

    BalasPadam
  8. Dah lah Ezam.. duduk diam2 sajalah.. tak usah
    menyalak sana sini.. karier politik kau dah
    bacul, siapa yang nak percayakan kau lagi.
    Dulu zaman reformasi, aku sentiasa ikut kau berceramah sana sini dan aku maseh lagi pegang
    dgn kata2 kau " Tunjukkan saya siapa yang ihklas sertai UMNO"... tiba2 kau sendiri yg masuk dalam kocek UMNO. Apa pasal nii...
    Kau tuduh bermacam2 pasal UMNO.. kaki rasuah,
    jahat, tak islamik, perosak bangsa melayu dan bermacam2 lagi dan kau datang membela UMNO pulak.. Bagi aku kau memang bahalol dan boleh disamakan dgn berahim katak.. rendah moral kau..

    BalasPadam
  9. ezam aku sokong hang...aku sokong hang MAMPOS!!!

    BalasPadam
  10. saya rasa pkr sengaja menanam ezam sebagai agen didalam umno untuk memenangkan pr dalam mana2 pilihanraya. syabas pr, genius move

    BalasPadam