RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 7 Februari 2010

SIRI JELAJAH NAJIB - BILA KUCING TIADA, TIKUS BERKELIARAN

Beranikah Najib ke Mahkamah?
Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK menghairankan sejak dua tiga hari ini dan ianya akan berterusan, Najib akan terus menjelajah bumi Malaysia ini dengan membawa retorik-retoriknya sambil menabur `gula-gula' buat rakyat. Beliau merasa agak selesa dan selamat berbuat demikian kerana DS Anwar kini Justify Fullsibuk berulang alik ke mahkamah untuk mempertahankan dirinya sebagaimana beliau dakwa sebagai fitnah dan konspirasi jahat ke atasnya. Pada waktu ini lah Najib merasa saat paling sesuai kerana diwaktu DS Anwar diaibkan, beliau akan menonjolkan dirinya kununnya sebagai pemimpin pembela nasib rakyat.

Mungkinkah Najib tidak sedar bahawa setiap kali rakyat menatap wajahnya, rakyat seperti ingin melihat apakah beliau berani hadir ke mahkamah apabila di sapina oleh DS Anwar? Kita lihat setiap kali Najib ke mana-mana, memang ramai yang menanti, almaklumlah, pasti ada `gula-gula' yang ditaburkan. Di Melaka, berpuluh buah bas yang datang membawa manusia yang ingin makan percuma. Pengumuman demi pengumuman yang Najib istiharkan seolah-olah beliau begitu mengambil berat tentang nasib rakyat. Baru-baru ini di Kg Baru, KL usah ditanya sambutan ke atas Najib. Orang-orang di Kg Baru lebih tahu kerana di kawasan itu sudah seperti kampung halaman DS Anwar. Namun, Najib berani menjejakkan kakinya ke situ untuk mencuba nasib ketika beliau tahu DS Anwar kini lebih menumpukan kes terhadapnya. "Apabila kucing tiada, tikus berkeliaran".

Adakah dengan kehadiran Najib rakyat telah lupa apa yang berlaku di negara ini? Mana mungkin rakyat lupa bahawa ekonomi negara ini terlalu teruk di kalangan negara-negara jiran kita? Rakyat tidak lupa hadiah istimewa darinya berupa kenaikan harga gula sempena tahun baru. Rakyat tertanya apakah kesudahannya skandal PKFZ dan kecurian injin pesawat yang memakan duit rakyat berbillion ringgit itu? Hati kita juga musykil apakah negara ini selamat setelah terbongkarnya cerita maklumat pertahanan kita bocor kepada negara asing. Najib tidak dapat lari dari menjawab cabaran dari Tengku Razaleigh berkaitan isu royalti minyak melibatkan Kelantan dan juga Terengganu. Bukankah Kelantan dan Terengganu merupakan dua buah negeri yang majoritinya hampir 100% Melayu berugama Islam, tetapi mengapa kedua-dua negeri ini diumpamakan negeri `Tok Fakir'? Tidak malukah Najib bila mengaku beliau pemimpin Melayu yang berjuang di dalam parti yang kununnya membela orang-orang Melayu?

Kisah pembunuhan Altantuya masih tidak selesai di mulut rakyat. Di mana keberanian untuk mencari dan membawa pulang seorang saksi penting berkaitan kes tersebut yang telah membuat akuan bersumpah melibatkan Najib iaitu Bala? Bagaimana pula kesudahan drama rampasan kuasa di Perak? Adakah Najib akan berlepas tangan terhadap kesemuanya ini? Mungkin bagi rakyat yang tidak mementingkan ketelusan dan tanggungjawab, mereka mungkin akan sentiasa mengikut belakang Najib asalkan diberi makan. Tetapi tidak semua yang sanggup menjual maruah diri lebih-lebih lagi maruah negara tercinta ini ke tangan pemimpin seperti Najib.

Sebelum saya akhiri tulisan ini, saya ingin bertanya kepada rakan-rakan perwira kita di kem Bagan Pinang, Port Dickson yang baru-baru ini banyak membantu parti Najib mencapai kemenangan di dalam Pilihanraya Kecil di sana. PDRM telah mendapat kenaikan gaji, apakah anda semua akan menanti pilihanraya satu lagi untuk menuntutnya? Apakah anda di sana sudah melihat tanda-tanda Padang Futsal disiapkan? Bagaimana dengan wifi di seluruh kem yang dijanjikan beserta kolam renang? Jika belum ada tanda-tanda, bersabarlah, tunggulah pilihanraya sekali lagi./kembali ke laman asal di sini.

2 ulasan:

  1. Heghh..Najib cakap pun je lebih.. dengan bini pun tak berani..Inikan pulak dengan DSAI.

    Mamat ini cakap lain buat lain..tok sah dok percayalah...

    BalasPadam
  2. Najib!? la.... kalau buat profile ke atas character dia ni, gerenti fail....tak layak jadi PM hanya layak bagi orang UMNO sahaja.
    Suka main belakang tabir nak basuh tangan, dan kelabu asap. Nasib la Nasir Safar kena kencing sama... sebab buat kerja bos......lagi mau percaya ka sama ini UMNO?

    BalasPadam