RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 24 April 2010

DEBAT PERDANA - SAH, NAJIB TIDAK AKAN HADIR

Kain rentang dakwa debat perdana Najib-Anwar
Apr 23, 10


Dengan tinggal hanya satu hari saja lagi untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, beberapa kain rentang dipasang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyertai debat perdana di Kuala Kubu Baru esok.

Kain rentang tersebut yang dipasang di sekitar Kuala Kubu Baru, menjemput orang ramai menghadiri debat perdana antara Najib dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Kuala Kubu Baru pada pukul 9 malam esok.

Ia menyatakan isu berkenaan Apco, Israel dan keselamatan negara akan dibincangkan pada debat itu.

Hebahan media mengenai program kempen calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pula menunjukkan Anwar, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Zaid akan hadir pada ceramah di situ.

Bagaimanapun, seorang pegawai pejabat perdana menteri ketika dihubungi menafikan Najib akan menyertai majlis debat itu.

Sebaliknya, Najib yang turun padang hari ini dan esok untuk membantu calon BN P Kamalanathan dalam pilihan raya kecil itu, akan menghadiri Grand Finale 1Malaysia di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung pada masa yang sama.

Program Najib di Hulu Selangor bermula dengan Sarapan 1Malaysia di Padang Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang pada jam 9 pagi, diikuti tinjauan mesra di Kampung Baru Cina di Kuala Kubu Baru (10.45 pagi), Kampung Baru Rasa, Kampung Bukit Rasa, Kampung Baru Kalumpang dan Hulu Bernam.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan