RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 18 April 2010

MASYA'ALLAH, HISHAMUDIN PANDANG REMEH ISU APCO-YAHUDI?

BN yakin cipta kejutan

HULU SELANGOR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meluahkan keyakinan Barisan Nasional (BN) mampu memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Menurutnya, walaupun Pakatan Rakyat (PR) dijangka membawa pelbagai isu seperti Apco Worldwide dan kerajaan ejen Yahudi, beliau yakin pengundi di kawasan ini tidak terpengaruh dengan dakyah mereka.

Katanya, BN akan lebih mengutamakan nasib dan kebajikan penduduk dikawasan ini daripada membawa isu yang langsung tidak membawa sebarang makna kepada mereka.

“Saya letak keyakinan yang tinggi di sini bahawa kita boleh menang, dengan semangat 1Malaysia, saya yakin rakyat akan menerima kita.

“Saya tidak gusar dengan isu Apco dan ejen Yahudi yang dipermainkan oleh PR, kerana orang di sini mahu kita membela nasib mereka,” katanya kepada media di pusat penamaan calon di Dewan Sebaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

Ditanya mengenai keperluan untuk menambah a:nggota keselamatan di Hulu Selangor, Hishammu-ddin yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan tiada keperluan lagi kerana anggota yang ada sudah mencukupi.

“Seribu anggota seperti yang saya cakapkan tidak bermaksud hanya seribu, kita ada pasukan tambahan yang boleh dikerahkan bila-bila masa,” katanya./Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan