RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 20 April 2010

JENTERA PAS BARU 20 PERATUS, LEPAS INI KITA SERANG - MUSTAFA ALI

PAS perjelas isu jentera 'agak lemah'
Jimadie Shah Othman
Apr 20, 10


PAS menjelaskan, jentera pilihan raya pembangkang "agak lemah sedikit" sebelum ini kerana mereka baru menyumbang 20 peratus tenaga dan kepakarannya bagi membantu rakan mereka dalam gabungan pembangkang, PKR.

"Saya tidak semak satu-satu, tetapi jentera baru-baru ini agak lemah sikit. PKR pun beritahu, di mana kamu (PAS) rasa kamu perlu buat, kamu buatlah, tanpa perlu merujuk kepada kita (PKR) terlebih dahulu.

"Baru-baru ini kita rujuk," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika ditanya tentang 'kelesuan' parti itu dalam kempen awal pembangkang di Hulu Selangor sejak tiga hari lalu.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung PAS di ibu negara hari ini, Mustafa berkata, setelah diberikan lampu hijau oleh PKR - sebagai parti yang bertanding - pihaknya akan meningkatkan bantuan mereka kepada 60 peratus.

"Tak (beri) habis juga. Sebab kalau datang semua (petugas PAS), tak boleh bergerak Hulu Selangor, sesak. Kita pun tak mahu sesak macam itu," katanya sambil berseloroh.

Mustafa juga berkata, sebagai parti paling berpengalaman dalam Pakatan Rakyat, mereka mempunyai sumber manusia yang tidak terbatas.

"Kalau mereka (PKR) hendak lagi boleh, kita akan berikan," katanya yang pernah mengetuai jentera pilihan raya pusat PAS sesi lalu.

Mustafa juga berkata, sebelum ini PAS - yang terkenal dengan kekuatan jenteranya - hanya memberikan bantuan kepada PKR "seperti yang diminta" sahaja.

"Kita terlibat daripada awal lagi. Tetapi PKR kata, tak apa, tak payah turun ramai-ramai. Mereka kata awal-awal lagi hendak berapa orang.

"(Jadi) kita turun (membantu) setakat apa yang mereka hendak. Tetapi sekarang mereka sudah bagi lampu hijau. Jadi, kira turun dengan sepenuh kekuatan," katanya.

Malah, tambahnya, selepas pulang daripada menunaikan umrah, mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz sendiri dijadual turun berkempen bermula 23 April ini.

"Kita akan pertingkatkan kekuatan. Dalam dua tiga hari ini, baru panaskan badan," katanya sambil ketawa lagi.

Mustafa juga menafikan 'kelemahan' jenteranya sebelum ini disebabkan masalah penyelarasan dengan PKR./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Komen