RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 19 April 2010

INSAF DAN BERTAUBAT SALAH BESAR BUAT UMNO?

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim hari ini secara tidak langsung mengakui bahawa beliau pernah mengambil minuman keras apabila berkata beliau kini sudah insaf dan memohon kemaafan daripada Allah.

“Saya sudah mintak maaf dengan Allah s.w.t dan saya mintak maaf dengan rakyat Selangor.

“Saya sudah perjelaskan sebelum ini, saya bukan malaikat dan ada kelemahan semasa saya muda dahulu. Kalau Umno hendak mainkan isu ini kerana mereka itu malaikat terpulanglah,” katanya pemberita selepas menunaikan solat asar di masjid Kerling di sini hari ini.

Hari ini, akhbar Mingguan Malaysia dalam laporan muka depannya memetik Naib Presiden PKR, Azmin Ali, mencabar BN mengemukakan bukti berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadap calon mereka yang didakwa sebagai kaki botol tegar.

Zaid dipertaruhkan PKR bagi mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan, bakal berdepan saingan empat penjuru daripada BN dan dua calon Bebas yang turut menawarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya kecil 25 April ini

Mengulas lanjut isu berkenaan, Zaid yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Baru berkata, apa pun kelemahan dan ketidaksempurnaannya sebagai seorang manusia beliau masih mampu menjadi wakil rakyat yang baik dan memperjuangkan hak rakyat sekiranya menang dalam pilihan raya kecil ini.

“Saya tidak kisah jika Umno hendak serang peribadi saya..serang lah mereka tak perlu berhenti.Mereka ada tujuh hari lagi untuk serang saya. “Apa yang silap itu silaplah, saya tidak lari daripada kebenaran. Saya tidak hipokrit dan bukan macam mereka. Bila saya silap saya mengaku tapi mereka tidak mereka angkuh,” ujarnya.

Sekadar gambar hiasan. Takdo kono mengono dengan yang mati. Sobab dio masih hidup maa. Semoga dah bertaubat

Zaid percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai sama ada beliau layak atau tidak menjadi wakil rakyat di sini. “Kalau saya layak saya akan menang, kalau tidak layak saya kalah. Itu sahaja,” katanya. Ditanya bila beliau berhenti daripada amalan minum arak itu Zaid berkata: “Itu tak usahlah kita bercerita. Itu cerita lama yang tak perlu diungkitkan lagi.”

Dalam perkembangan berkaitan, Zaid berkata beliau tidak perlu bersumpah untuk membuktikan dia tidak pernah minum arak.

“Apa nak sumpah-sumpahnya suruh lah orang-orang yang minum arak dalam Umno itu bersumpah dahulu. Sumpah adalah urusan saya dengan tuhan, tak perlu tunjuk kepada mereka,” katanya ketika mengulas mengenai cabaran yang dilontarkan oleh Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusof mencabar bekas menteri Kabinet itu supaya bersumpah bagi membuktikan beliau tidak pernah minum arak. [link]

Sumber: Baganutama.blogspot

7 ulasan:

  1. DALAM UMCO MANA DIA SUKA ORANG BERIMAN...

    BalasPadam
  2. ya lah n.ajis dah fatwa hampas dan ahli parti kelentong rakyat masuk sorga kan

    BalasPadam
  3. assalamualaikumm...blog tuan ni betul sangat ke...asyik maki n carut orang islam juga...Allah Berkat Lah Blog Tuan ni....tak pa nik ajis ....kan ada syafaat nak bagi tiket masuk syurga...

    BalasPadam
  4. Kaki liwat pun kami pertahankan. Ini kan pula Kaki Botol apa ada hal.

    BalasPadam
  5. Anon 8:30 dan Anon 1100 serta Tangan Kanan.
    Ini blog Wan.Dia punya pasallah apa dia nak tulis.Lagipun dia bertanggong jawap dengan catatannya.siap ada nama dan biodata.Yang kau orang tu,dah lah jadi pecacai,nama pula guna nama Anon-ini jenis nama orang penakut.
    Tangan Kanan-aku nak tanya,Anwar Ibrahim biasa tutuh "jubok"hang kot.Pasai tu hang tau dia kaki jubuk.

    BalasPadam
  6. haaa..tu dia gambar Hisyamuddin dah kuar, aper nak jawab wahai pencacai2 UMNO. Datuk Zaid dh ngaku Hisyam ada berani ker...klu berani ngaku la bangang.

    BalasPadam
  7. umno pegi jahanam cukupla memerintah bertahun2 lamanya sebab dah biasa senang tak kan nak susah kot perkataan biasa bagi diorang banyak beza nya dan apa yg anwar cakap memang betul yg kaya bertambah kaya yg miskin belom tentu jadi kaya kerna hidup dalam rencana umno

    BalasPadam