RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 16 Disember 2010

5 + 5 JAWAPANNYA 10, BAGAIMANA BOLEH DAPAT JAWAPAN 10?

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA bapa Saiful mengadu kepada Istana tentang kelewatan kes Liwat yang melibatkan anaknya, maka komen dari DS Anwar amat mantap dan jujur. "Saya setuju telah sampai masa dan ketikanya institusi yang kita muliakan sebagai tunggak perlembagaan negara melihat karenah proses mahkamah sekarang ini. "Saya tidak ada masalah menyegerakan semua ini cuma yang melambatkan ialah kerana dokumen tidak diberikan, nota doktor sampai sekarang tidak diberikan,senarai saksi belum diberikan. Kalau mahu menyegerakan kita setuju," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini."

Persoalannya, adakah Mahkamah kini terpaksa di`pandu' oleh pihak Istana di dalam menjalankan peranannya? Jika Mahkamah gagal untuk berfungsi dengan adil dan saksama, maka memang wajar pihak Istana campurtangan agar kesemua rakyat tidak kira apa status pun akan mendapat keadilan yang sewajarnya. Kita bukan mahu hanya DS Anwar sahaja yang diberi keadilan, bahkan pemuda yang pernah tidak mencuci duburnya beberapa hari itu juga wajar diberi keadilan.

Ramai di kalangan rakyat yang faham benar mengapa kes ini sering tertangguh. Sekiranya semua pihak menuruti peraturan dan sistem perbicaraan yang telus dan adil, maka tidak mungkin boleh berlaku penangguhan. Penangguhan demi penangguhan terjadi kerana ada pihak yang tidak berpuas hati dengan sistem perbicaraan bahkan tidak bersetuju dengan Hakim itu sendiri. Pihak Pembela tidak minta banyak, mereka cuma mahukan beberapa dokumen yang boleh membantu mereka membela anak guamnya dengan baik. Mengapa sukar sangat untuk memenuhi kehendaknya?

Umpama Guru Matematik yang mengajar anak muridnya bahawa 5 + 5 jawapannya adalah 10, tetapi apabila ada anak muridnya yang bertanya mengapa jawapannya 10, adakah guru tersebut hanya menjawab bahawa kiraannya memang begitu iaitu tetap 10. Guru yang bertanggungjawab akan menerangkan jalan kira-kira tersebut bagaimana boleh mendapat jawapan 10 itu. Dengan cara itu, murid akan lebih faham kaedah kira-kira berkenaan. Begitu juga dengan laporan perubatan yang diberikan kepada pihak Pembela.

Laporan Perubatan adalah rumusan keseluruhan pemeriksaan ke atas `mangsa'. Pihak Pembela mahukan Nota Klinikal sewaktu pemeriksaan dilakukan, itu sahaja. Mengapa ianya amat sukar untuk dipenuhi? Jika pemeriksaan dilakukan dengan betul mengikut kaedah yang ditetapkan, maka tidak perlu bimbang untuk menyerahkannya.

Nampaknya kes ke atas DS Anwar dan Saiful ini semakin rumit kerana ianya seperti dirumitkan. Tidak diketahui mengapa boleh terjadi sedemikian. Walau bagaimanapun, kita harapkan kes ini dapat dijalankan samada cepat atau lambat asalkan jangan di satu ketika nanti berlaku pula kesilapan (Typing Error) tarikh kejadian sehingga ianya dipinda berkali-kali. Lupakah kita kisah di dalam kes Liwat 1 dahulu?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan