RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 15 Disember 2010

KECUT PERUT UMNO BILA ANWAR TURUN MENEMUI RAKYAT

Oleh: WFAUZDIN NS

DI TAPAK Pasar Malam Taman Melati, Wangsa Maju, KL malam tadi telah diadakan ceramah umum yang dihadiri oleh Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim beserta beberapa pimpinan PR. Sebelum ini diberitakan ceramah tersebut tidak mendapat permit oleh pihak Polis atas alasan `ketenteraman awam dan keselamatan'.

Namun demikian, pihak Penganjur tetap juga untuk mengadakan ceramah yang dirancang dan memberi jaminan bahawa keselamatan sepanjang ceramah tetap terjamin. Akhirnya, mahu tidak mahu pihak Polis membenarkan ceramah tersebut tetapi mesti berakhir pada jam 10.30 malam. Bayangkan demokrasi yang diamalkan di negara ini. Mereka setiap hari melalui media letronik dan media cetak mengecam DS Anwar habis-habisan, tetapi takut untuk mendengar jawapan dari DS Anwar. Betapa baculnya golongan ini untuk menghadapi kebenaran.

Usahkan mahu berdebat secara anak jantan di khalayak ramai atau melalui TV, untuk memberi ruang kepada DS Anwar menjawab tuduhan mereka di hadapan rakyat pun mereka gentar. Mereka sentiasa mahu agar rakyat terus diperbodohkan oleh media pencacai yang mereka kuasai, masalahnya rakyat sudah serik untuk menjadi bodoh seperti mereka yang masih bodoh itu. Syabas kepada DS Anwar yang nekad untuk terus berjumpa rakyat bagi menjawab segala tuduhan puak yang tidak habis-habis berdendam dengan Ketua Pembangkang ini.

Pelik juga, mengapa pihak Polis begitu `Wala' dengan arahan yang tidak masuk akal itu? Adakah ceramah malam tadi kecuh atau berlaku pergaduhan? Adakah di dalam ceramah malam tadi ada berlakunya budak yang kena tembak seperti Aminurrasyid? Semuanya berjalan dengan baik, walaupun ribuan yang sempat datang ke tapak ceramah untuk mengejar waktu sebelum jam 10.30 malam. Hairan juga, jika konsert maksiat atau Jom Heboh boleh pula sehingga lewat malam walaupun terbukti berlaku maksiat di dalamnya, termasuk kumpulan mat rempit yang berlumba setelah selesai konsert. Ini lah yang pelik dalam negara `ketuanan Melayu' ini.

Saya berharap tidak kira Polis atau mana-mana kakitangan awam dan seluruh rakyat berfikir kembali sampai bila fikiran kita mahu dijajah untuk kepentingan puak-puak yang takut kehilangan kuasa ini. Kita semakin dihimpit oleh kesusahan dengan kenaikan harga barang, dan sering tertipu dengan janji pemimpin di atas. Kenaikan harga barang tidak mengecualikan sesiapa walaupun di kalangan anggota keselamatan sekalipun. Jika semua Polis itu senang, masakan ada segelintir Polis yang sanggup melakukan rasuah. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan