RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 16 Januari 2011

KESIHAN UMI HAFILDA, LAKONANNYA MUDAH DIKESAN

Kenapa Ummi tak saman Azmin ?

SHAH ALAM 14 JAN: Kemunculan Ummi Hafilda Ali (adik Azmin Ali) yang mahu menyaman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bebarapa lagi tokoh politik dilihat hanya untuk mencari publisiti.

Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau yang lebih dikenali sebagai che'GuBard berkata tindakan Ummi yang menyaman pelbagai pihak tetapi tidak menyaman Azmin membuktikan Ummi sendiri tidak konsisten dalam dakwaannya.

"Dia saman Annwar, dia saman Kak Wan, dia saman Pas, dia saman Karpal Singh tapi saya tengok benda ini tak konsisten. Dalam isu Pas dia saman Pas, dia kata dia jumpa Mat Sabu, dalam perkara lain dia saman Anwar, saman Wan Azizah sebab mengetahui perkara sebenar tetapi dia tak saman Azmin jadi saya tengok Ummi sediri tidak konsisten," tegas beliau.

Beliau yang juga pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata persoalannya bukan berkisar kepada dakwaan Ummi tetapi mengapa perlu muncul pada masa di mana pilihanraya dijangkakan akan diadakan. "Persoalannya macam ini, dia melibatkan banyak pihak, isu saman in sebenarnya semua orang boleh saman sesiapa sahaja tetapi hakikatnya, kenapa sekarang? 'Timing' dan macam mana cara itu dibuat, disensasikan itu lebih penting," jelas beliau lagi.

Katanya, tindakan Ummi adalah sebahagian daripada permainan politik dengan Ummi sebagai salah satu daripada alat politik mereka yang berkepentingan dalan kejatuhan Anwar dari medan politik negara. "Kali itu pilihanraya Galas, muncul Rahimi, kali ini Tenang ini pula muncul Ummi Hafilda, ini semua benda biasa dan permainan biasa. Cuma harapan kita ialah rakyat jadi cerdik dan melihat perkara ini yang diulang-ulang merupakan satu pembohongan," kata che'GuBard.

Beliau menjelaskan keadaan ini sama seperti semasa kes Fitnah 1 Anwar pada tahun 1998 dan beliau mengesyki 'skrip lama' akan digunakan kembali kerana Perdana Menteri yang juga Presiden Umno dilihat semakin takut dengan pembangunan Anwar.

"Skrip lama akan digunakan balik dan keputusan lama akan terjadi semula. Najib dalam keadaan terkapai-kapai untuk menyudahkan apa yang dia mulakan dalam kes fitnah 2 kali ini. Oleh itu saya cukup berkeyakinan ini semua berlaku kerana dalam keadaan pilihanraya yang terlalu hampir, ketakutan Najib kepada Anwar Ibrahim dan Najib nak menyudahkan skripnya terhadap Annwar Ibrahim," katanya lagi.

Chegubard seterusnya berkata Ummi hanya menyampaikan skrip yang diberi kepadanya dan jika dilihat kembali kes Fitnah 1, Ummi merupakan saksi utama tetapi tiada apapun pembuktian dibuat oleh Umi kecuali menarik publisiti dan memanipulasikan pelbagai isu.

"Ummi Hafilda boleh muncul kembali dan pemain-pemain lain pun mungkin boleh muncul lagi, dan terus mengukuhkan lagi 'political conspiracy' tapi mereka, mereka boleh kembali, datang, muncul buat sidang media dan sebagainya tetapi seperti yang saya sebut tadi saya rakyat telahpun membuat keputusan," kata beliau.

Katanya lagi, rakyat telahpun memberi penghakiman terhadap Anwar dengan memberikan kemenangan besar kepada Pakatan rakyat pimpinan Anwar, yang mana membuktikan bahawa rakyat menolak sebarang pertuduhan yang berniat jahat dan berunsur politik terhadap Anwar.

"Ummi Hafilda boleh ulang tayang, lagi kali ketiga dia nak datang ulang tayang pun tak ada masalah, sebab saya yakin rakyat telahpun membuat penghakiman terhadap Anwar," kata beliau lagi.

Cuma kali ini selain berdepan mereka kita perlu membuktikan dengan mandat sedikit yang diberikan oleh rakyat kita benar mampu melakukan apa yang kita sering cakapkan./chegubard.blogspot

4 ulasan:

  1. MOHON SDR ANUAR (ALJUBURI) MENERIMA PERLAWAAN DEBAT INI SECARA TERBUKA DAN BERFIKIRAN POSITIF SERTA INI ADALAH PELUANG KEEMASAN BAGI ALJUBURI UTK MEMBERSIHKAN NAMA BELIAU DI KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA DAN DUNIA.ITU ITU KALAU DIA DAPAT MENAFIKAN DGN BUKTI APA YG DISANGGAH OLEH UMI ADALAH SATU KONSPIRASI.TETAPI AKU YAKIN UMI BERADA DIPIHAK YG BENAR SEBAB BELIAU BEGITU LANTANG BERSUARA, SEKIRANYA APA YG DISAMPAIKAN TIDAK BENAR MASAKAN ALJUBURI MEMBIARKAN NAMA BELIAU SEWENANG2 NYA DICEMARI, SUDAH PASTI ALJUBURI AKAN MENYAMAN UMI SPT YG SELALU ALJUBURI LAKUKAN KEPADA MUSUH POLITIKNYA.KESIMPULANNYA ADALAH, ALJUBURI ADALAH DIPIHAK YG TIDAK BENAR DAN ALJUBURI KUAT MEMEGANG PERPATAH MELAYU " BERANI KERANA BENAR DAN TIDAK BERANI KERANA SALAH".SYOR KEPADA ALJUBURI "LAWAN TETAP LAWAN UMI"...PERSOALANNYA ...ADAKAH ALJUBURI SEORG YG BERANI.....

    BalasPadam
  2. goodlistener bad brain. Mahathir mengaku DSAI tak salah. Dia buat skrip liwat kerana itu saja cara nak tutup DSAI. Liwat 1 villa tempat kespun belum siap. Liwat 2 bukti medik Saifulpun tak berani bagi.Kes mata lebam diputar belit AG....dan banyak lagi... Kalau benarlah DSAI buat perkara terkutuk ulama-ulama yang punya mata hati atau mata bashirah dah lama blah.....

    Saya bukan penyokong DSAI atau PR tapi menyokong kebenaran. Fikir-fikirkan lah...

    BalasPadam
  3. goodlistener punya tulisan sama macam blogger upahan UMNO...apa kes nak dilawan ajakan debat Ummi Hafilda..reti ke pompuan tu berdebat?..memfitnah orang lain reti la dia..!!apa bukti Ummi Hafilda tu ada??...kes tahun 1998 dulu pun x lepas nak tambah fitnah baru pulak ke??..patut pun ayah dia sampai mati x ngaku Ummi ni anak....entah bila nak insaf..

    BalasPadam
  4. goodlistener sang bebal...mmg bebal..buta mata hati ker pe..xyah la ko nk memandai mandai..buat kena gelak je..

    BalasPadam